Pangsapuri Malek Noor retak
             
            05/10/1992 HM 
            KUALA LUMPUR: Malek Noor ketuai bantahan! Penduduk pangsapuri Delima, 
            Desa Pandan di sini termasuk ahli bina badan negara, Malek Noor, 
            mendakwa pemaju tidak mempedulikan sebarang kerosakan atau keperluan 
            di pangsapuri itu sejak dibina, tiga tahun lalu. 
			
            Pembeli, pemaju taman industri 
            bertemu esok 
            05/10/1992 BH 
            KUALA LUMPUR, Ahad - Pertemuan di antara pembeli dan pemaju Taman 
            Perindustrian Utama Bukit Raja Klang bagi menyelesaikan masalah 
            infrastruktur akan diadakan Selasa ini. Pengerusi Jawatankuasa 
            Infrastruktur Negeri Selangor, Datuk Saidin Thamby, kerajaan negeri 
            akan menjadi orang tengah dalam pertemuan di Tingkat 15, Bangunan 
            Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam itu. 
			
			Projek tidak lulus tanpa taman rekreasi
            
			06/10/1992 BH 
            KUALA LUMPUR, Isnin - Kerajaan tidak akan meluluskan 
			permohonan projek perumahan sekiranya kontraktor atau pemaju 
			terbabit gagal mematuhi syarat iaitu tidak menyediakan taman 
			rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan. Menteri Perumahan dan 
			Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata berikutan itu 
			kementerian mengarahkan kerajaan negeri dan penguasa tempatan di 
			seluruh negara memastikan setiap projek perumahan baru dilengkapkan 
			dengan pelbagai kemudahan asas termasuk taman rekreasi 
			
			Hanya 20 projek 
            08/10/1992  HM 
            JOHOR BAHRU: Hanya 33 peratus atau 20 daripada 60 projek perumahan 
            terbengkalai di negeri ini sudah menerima Sijil Kelayakan Menduduki 
            (CF) hingga akhir Jun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd 
            Yassin, berkata kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai itu 
            berpunca daripada kemelesetan ekonomi negara pada awal tahun 
            1980-an.
			MB lawat kawasan perumahan terbengkalai 
            08/10/1992 HM
            
            BERTEMU RAKYAT...Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (gambar) 
            melawat ke kawasan perumahan Taman Puteri Wangsa di Ulu Tiram yang 
            terbengkalai sejak lebih lapan tahun. Beliau diiringi beberapa exco 
            kerajaan negeri dan pegawai kanan syarikat swasta yang akan 
            membangunkan semula projek berkenaan.
              MBf takes over 
            abandoned JB housing project 
            08/10/1992 BT 
            THE MBf Group yesterday announced that it will take over the 
            management of Taman Puteri Wangsa, a housing development abandoned 
            more than six years ago in Hulu Tiram near Johor Baru, in a bid to 
            review and complete the project. MBf Holdings Bhd's chief executive 
            officer, Tan Sri Loy Hean Heong, commented that the group was 
            looking at completing more than 8,000 units of mixed development. 
			
            MBf ambil alih Puteri Wangsa 
            08/10/1992 BH 
            MBf Holdings Berhad (MBf), mengumumkan akan mengambil alih 
            pengurusan Taman Puteri Wangsa, projek perumahan yang terbengkalai 
            sejak lebih enam tahun lalu di Hulu Tiram, dekat Johor Bahru dalam 
            usaha meneruskan projek itu. Sehubungan itu, MBf akan membiayai 
            kira-kira $600 juta untuk kos memajukan taman itu terletak di 
            kawasan kira-kira 360 hektar berhampiran Tebrau. 
			
            Hanya 20 projek 
            08/10/1992  HM 
            JOHOR BAHRU: Hanya 33 peratus atau 20 daripada 60 projek perumahan 
            terbengkalai di negeri ini sudah menerima Sijil Kelayakan Menduduki 
            (CF) hingga akhir Jun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd 
            Yassin, berkata kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai itu 
            berpunca daripada kemelesetan ekonomi negara pada awal tahun 
            1980-an. 
			
			Denda jika pemaju abai projek  
			09/10/1992 BH 
            JOHOR BAHRU, Khamis - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan tindakan 
			menyenaraihitamkan pemaju yang melengahkan projek perumahan serta 
			gagal menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan. Menteri Besar, Tan Sri 
			Muhyiddin Mohd Yassin, berkata tindakan itu yang membabitkan senarai 
			pemegang saham projek itu, perlu kerana ramai pemaju memberi 
			pelbagai alasan walaupun pihak berkuasa mengeluarkan surat amaran.
			MBf tolong atasi masalah 
            09/10/1992 
			BH
            MBf Holdings Berhad (MBf) akan terus membantu kerajaan memulihkan 
            projek perumahan terbengkalai sesuai dengan motonya, `Keuntungan 
            Bersama Tanggungjawab Sosial'.
            Appeal to revoke eviction notices
            
            
            09/10/1992 NST 
            DISTRAUGHT residents of Taman Gemilang in Cheras, who have expressed 
            dissatisfaction with their housing developer for allegedly 
            delivering sub-standard houses, are appealing to City Hall to revoke 
            its eviction notices. They urge City Hall to take stern action 
            against the developer, Antah Development & Construction Sdn Bhd, for 
            allegedly using substandard building material and for the lack of 
            infrastructure. 
			
            Tak ada air sejak dua tahun  
            09/10/1992 HM 
            SENAI: Kira-kira 300 dari 350 pembeli rumah fasa dua dan tiga Taman 
            Aman di sini tidak mempunyai bekalan air sejak menduduki rumah 
            berkenaan dua tahun lalu kerana Majlis Daerah Kulai (MDK) belum 
            mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF). Sehingga ini, hanya 50 
            rumah di kawasan itu menerima bekalan air manakala 300 lagi belum 
            menikmati kemudahan itu walaupun sudah hampir dua tahun menerima 
            kunci rumah daripada pemaju. 
			
			BPR tahan eksekutif jualan  
			10/10/1992 BH 
            KUALA LUMPUR, Jumaat - Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang 
			eksekutif jualan sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dipercayai 
			mengambil wang sogokan $6,000 di pejabat syarikat itu di Jalan Klang 
			Lama di sini, semalam. Sumber BPR berkata, selepas menerima maklumat 
			mengenai kegiatan lelaki itu sepasukan pegawai BPR Wilayah 
			Persekutuan `memasang perangkap' dan membuat intipan di pejabat itu.
			Tiada paksaan ikut sistem `bina dan jual'  
            12/10/1992 BH 
            IPOH, Ahad - Kerajaan tidak akan memaksa pemaju perumahan 
            melaksanakan projek mengikut sistem `bina dan jual' kerana bimbang 
            pemaju hilang minat membina rumah secara besar-besaran. Menteri 
            Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata 
            sistem itu sememangnya mampu menggelakkan pembeli ditipu oleh 
            segelintir pemaju yang tidak bertanggungjawab.
			Pemaju patut tunggu dulu  
			13/10/1992 HM 
            JOHOR BAHRU: Pemaju perumahan Taman Aman, Senai dekat sini perlu 
			membina tangki air bagi membolehkan Jabatan Bekalan Air (JBA) 
			menyalurkan bekalan air ke fasa dua dan tiga projek perumahan itu. 
			Jurucakap JBA Johor berkata pemaju juga sepatutnya menunggu Majlis 
			Daerah Kulai (MDK) mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) 
			sebelum menyerahkan kunci rumah kepada pembeli. 
			
            Desak diadakan tiga kemudahan 13/10/1992 HM 
            JOHOR BAHRU: Lebih 1,400 penduduk di Taman Kemas, di sini, mendesak 
            pemaju perumahan itu supaya menyediakan surau, balai raya dan taman 
            permainan kanak-kanak. Menurut mereka, kemudahan itu masih belum 
            disediakan sejak penduduk berpindah ke taman berkenaan, dua tahun 
            lalu.  
			
            Tidak mahu bayar  
            13/10/1992 HM 
            JOHOR BAHRU: Lebih 400 penghuni Flet Taman Perling di Jalan Camar 14 
            dekat sini enggan membayar kos penyelenggaraan tahunan yang 
            dikenakan oleh pemaju kawasan perumahan terbabit kerana tidak puas 
            hati dengan perkhidmatan pungutan sampah. Tinjauan Harian Metro di 
            kawasan rumah pangsa itu mendapati, sampah bertaburan di beberapa 
            tempat berikutan kakitangan syarikat kontrak mengangkut sampah yang 
            dilantik oleh pemaju perumahan itu dipercayai tidak menjalankan 
            tugas dengan sempurna. 
			Tindakan cemar HDA 14/10/1992 BH  
            KOTA BHARU, Selasa - Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia (HDA) 
            cawangan Kelantan akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang 
            mencemar nama persatuan. Pengerusinya, Mohd Zaid Nik Taib, berkata 
            langkah itu perlu bagi memastikan matlamat membantu kerajaan 
            menyediakan tempat kediaman yang mampu dimiliki tidak tergendala.
			21 projek hartanah hadapi masalah  
            15/10/1992 BH 
            DUA puluh satu projek hartanah mewah di seluruh negara bernilai $3.5 
            bilion menghadapi ketidaktentuan untuk diteruskan pembinaannya 
            berikutan garis panduan yang dikatakan kurang jelas dan ketat oleh 
            Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC). Pengarah Eksekutif Persatuan 
            Pemaju Perumahan Malaysia (HDA), Yin Ee Kok, mendakwa daripada 
            jumlah itu, 12 projek yang membabitkan kondominium bernilai $636 
            juta mungkin tidak diteruskan seperti dijadualkan walaupun ia sudah 
            dilancarkan kerana bimbang tidak mendapat sambutan terutama daripada 
            pembeli asing.
              Bayar cukai lebih  
              15/10/1992 HM 
              JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 pembeli rumah kos rendah di Bandar Baru 
              Permas Jaya, Masai dekat sini, mendakwa pemaju memungut cukai 
              harta lebih daripada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran 
              Johor Bahru (MPJB). Wakil pembeli, Alaodin Hameed, berkata mereka 
              terpaksa membayar tiga penggal cukai harta yang ditetapkan oleh 
              MPJB kepada pemaju sebelum kunci rumah diserahkan. 
              
              Pemaju tipu pembeli rumah  
              15/10/1992 HM  
              MUAR: Pemaju tipu pembeli rumah melalui perjanjian yang 
              mengelirukan. Dalam perjanjian yang ditandatangani dengan bank, 
              mereka bukan dikatakan peminjam tetapi hanya sebagai penjamin yang 
              terpaksa membayar pinjaman untuk pemaju. 
              
              14 rumah di Kg Baru terancam  
              16/10/1992 HM 
              KUALA LUMPUR: Empat belas rumah penduduk di Jalan Raja Abdullah, 
              Kampung Baru yang terletak di tebing Sungai Gombak, menghadapi 
              bahaya keretakan disebabkan kerja-kerja memasang cerucuk besi oleh 
              sebuah syarikat pemaju sejak dua minggu lalu. Tinjauan Harian 
              Metro mendapati kerja-kerja menanam cerucuk itu menyebabkan 
              gegaran yang boleh dirasakan sejauh 50 meter dan didakwa 
              menyebabkan beberapa rumah retak. 
              
              Tolong kami dapatkan hak milik rumah! 16/10/1992 HM 
              MUAR: Perlukan bantuan untuk dapat hak milik rumah. Pembeli rumah 
              pangsa Wisma Mas Raya di Jalan Khalidi di sini, meminta 
              Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu mereka 
              menyelesaikan masalah itu. 
              
              Anxious to move into new home
              
              
              17/10/1992 MM 
              LIM, who bought an apartment at Sentul Park in Sentul, wonders why 
              it is still not ready although it was reported to have been 
              completed last December. "I have called the developer many times 
              since early this year. Although they promised to give us the keys 
              in June, they have still not done so," she says. 
			
			539 hakmilik strata didaftar  
			17/10/1992 BH 
            LIMA ratus tiga puluh sembilan hakmilik strata membabitkan 13 skim 
			bangunan bertingkat di daerah Petaling sudah didaftarkan mengikut 
			Akta Strata 1985. Timbalan Menteri Besar, Datuk Abu Sujak Mahmud, 
			berkata Pejabat Ukur juga sehingga 15 September lalu sudah 
			meluluskan permohonan 42 skim dan bakinya sedang diproses.
              539 hakmilik strata didaftar  
            17/10/1992 BH 
            LIMA ratus tiga puluh sembilan hakmilik strata membabitkan 13 skim 
            bangunan bertingkat di daerah Petaling sudah didaftarkan mengikut 
            Akta Strata 1985. Timbalan Menteri Besar, Datuk Abu Sujak Mahmud, 
            berkata Pejabat Ukur juga sehingga 15 September lalu sudah 
            meluluskan permohonan 42 skim dan bakinya sedang diproses. 
			
			Siap lebih awal  
			18/10/1992 BM  
            KUALA LUMPUR: Taman Bukit Indah, Ampang mencatat sejarah apabila 
			pemajunya, Syarikat Kemajuan Jerai Sdn Bhd berjaya menyiapkan 
			pembinaan rumah teres dua tingkat jenis Impian dan Kayangan (Fasa 
			1), lapan bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Jika mengikut 
			surat perjanjian jual-beli, pemaju mesti menyiapkan rumah yang 
			dibina dalam masa dua tahun, tetapi Syarikat Kemajuan Jerai berjaya 
			menyiapkan 626 unit rumah jenis berkenaan dalam masa 16 bulan saja.
              Guidelines on property need to be enforced 
            19/10/1992 NST By Shaik Osman Majid 
            DEVELOPERS are businessmen. They are wont to make as much money as 
            they can in each project. And so they concentrate on development 
            that generates the highest return. Which in the Klang Valley and in 
            cities like Ipoh and Penang is high-rise condominiums, the housing 
            favoured by expatriates and the managers of foreign investment. In 
            the past developers had no problems in obtaining approvals to build 
            high-rise residential units in small sites in the middle of 
            residential areas. 
			
			40 projek perumahan terbengkalai 
			20/10/1992  HM 
            JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 projek perumahan di negeri ini masih 
			terbengkalai. Malah, ada di antara projek terbabit terbengkalai 
			sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah, 
			terutama kewangan.
              Squatters `block' way to new flats  
            20/10/1992 NST 
            TWO blocks of apartments have been left idle for about 10 months as 
            the developers wait for City Hall to evict eight squatter families 
            whose homes are on road reserve. The authority cannot issue the 
            certificates of fitness for the buildings as Metropole Development 
            Sdn Bhd cannot build the road to link the project to Jalan Sentul.
            
			
            40 
            projek perumahan terbengkalai 
            20/10/1992  HM 
            JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 projek perumahan di negeri ini masih 
            terbengkalai. Malah, ada di antara projek terbabit terbengkalai 
            sejak 10 tahun lalu kerana pemaju menghadapi pelbagai masalah, 
            terutama kewangan. 
              
              A dream come true for house owner  
              21/02/1992 MM 
              * DREAMS of finally moving into his own house by the end of the 
              year may just remain a dream for Owner of Sungei Besi. Owner, who 
              bought one of the Asiaville houses in Bukit Antarabangsa, was very 
              pleased when he received the temporary Certificate of Fitness for 
              his house on Sept 13. 
              
              Pembeli dalam dilema 
              24/10/1992 BH 
              KAMPAR, Jumaat - Seramai 21 kakitangan awam yang membeli rumah di 
              satu projek perumahan di sini kini dalam dilema kerana gaji mereka 
              terus dipotong oleh Perbendaharaan walaupun projek itu 
              terbengkalai sejak enam tahun lalu. Jurucakap mereka, Mohd Haniff 
              Mohd Saad, berkata pelbagai pihak, termasuk Menteri Perumahaan dan 
              Kerajaan Tempatan sudah ditemui bagi membantu mengatasi masalah 
              itu, tetapi tidak berhasil. 
              
              Penduduk kesal pemaju gagal salur air  
              26/10/1992 BH 
              KUALA KETIL, Ahad - Penduduk fasa I Taman Melati dekat sini, kesal 
              dengan sikap pemaju yang gagal menyalurkan bekalan air paip kepada 
              48 keluarga di situ sejak enam bulan lalu. Jurucakap penduduk 
              berkata, pemaju itu, Lim & Co, berjanji membekalkan air paip 
              kepada taman itu dalam masa dua minggu selepas tarikh menduduki 
              rumah. 
              
              Pemaju janji siap kerja  
              27/10/1992 BH 
              SHAH ALAM, Isnin - Pemaju Taman Perindustrian Utama Bukit Raja 
              dekat sini, Maxharta Sdn Bhd, berjanji akan menyiapkan 
              infrastruktur di taman itu, seperti yang terkandung dalam 
              perjanjian jual beli di antaranya dan pembeli. Pengerusi 
              Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Datuk Saidin Tamby, 
              berkata janji itu dibuat dalam pertemuan Maxharta dengan pembeli, 
              6 Oktober lalu, yang turut membincang kelewatan menyerahkan tapak 
              projek kepada pembeli. 
              
              No CFs until developer puts up bank guarantee
               
              29/10/1992 MM 
              NEARLY 1,000 USJ Subang Jaya house buyers will not get temporary 
              certificates of fitness (TCF) for their homes until the developer, 
              Sime- UEP Development, puts up a bank guarantee for $3 million. 
              The 916 houses in various phases, will not get full CFs until the 
              developer has completed the construction of Jalan Hicom-Puchong.
              
              
              Late CFs threat on `outside' 
              architect  
              30/10/1992 MM 
              THE Petaling District Council yesterday warned housebuyers that 
              the certificates of fitness (CFs) for their homes will be issued 
              late if they engage `outside' architects or draughtsmen for 
              renovation works. Council secretary Mokhtar Ahmad said if 
              housebuyers want to renovate their homes, they have to use the 
              services of the developers' architects. 
              
              Mangsa pemaju  
              31/10/1992  HM 
              KLANG: Sudah bayar lebih $50,000 tapi rumah belum boleh diduduki. 
              Itulah masalah yang dihadapi oleh seorang pembeli rumah teres di 
              Taman Nakhoda Yusuf di sini, Shafie Nani, apabila projek perumahan 
              itu gagal disiapkan walaupun pembinaannya bermula lebih 14 tahun 
              lalu.