Pembeli kesal
rumah lambat siap 02/12/1999 BH By Nor Fatin Osman
SAYA ialah pembeli rumah di Sungai Buaya, Selangor. Di sini ingin saya meluahkan
rasa kesal, sedih dan tidak berpuas hati sebagai pembeli. Mengapa dan apakah
masalah sebenar menyebabkan rumah yang dibeli lewat siap iaitu hampir tiga
tahun. Dari Oktober 1996 dan sehingga kini saya masih belum menerima kunci
dengan lebih nyata lagi Sijil Menduduki (CF) untuk mendiami rumah itu.
Builders to be told to hand out guides 03/12/1999 NST
Developers will be compelled to distribute a buyer's guide drawn up by the
Housing and Local Government Ministry to ensure people know their rights when
buying houses.
Pemaju diberi
tempoh 2 minggu 03/12/1999 HM By Srihanasham Noordin
CHERAS: Pemaju yang bertanggungjawab menyelenggara kedai dan pangsapuri di
Jalan Sarjana, Taman Connaught di sini, diberi tempoh antara seminggu hingga
dua minggu untuk membaiki kerosakan di tempat letak kereta di situ. Ahli Parlimen
Bandar Tun Razak, Datuk Tan Chai Ho, berkata beliau menerima rungutan penduduk
di tiga blok itu mengenai bau busuk dan keadaan tidak selesa di tempat letak
kenderaan, di bawah bangunan berkenaan.
Pembeli kecewa
harga rumah berbeza 09/12/1999 BH By Pembeli Kecewa
SAYA adalah pembeli rumah teres dua tingkat di Pasir Gudang, Johor. Harga
rumah itu diturunkan daripada harga asal. Saya membeli rumah itu pada akhir
1997 dengan harga RM136,000 seunit. Selepas siap dibina pada November lalu,
harga rumah itu diturunkan kepada RM122,400.
Urgent need
to revamp the Housing Developers Act 11/12/1999 NST
By Prof. Salleh Buang
THE Housing Developers Act 1966 which is more than 30 years old is in need
of a total revamp, judging from the number of calls by the public and local
leaders. Penang Chief Minister Tan Sri Dr Koh Su Koon is among the leaders
who want the Act to be revamped as early as possible. One of Koh's arguments
for the move is that the State Governments should be empowered to take action
against defaulting developers - especially those who do not complete their
projects in time.
Strategi laksana konsep bina rumah kemudian jual
11/12/1999 BH
BINA kemudian jual secara rasminya diperkenalkan di Malaysia pada 1992 melalui
seminar anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur
yang disertai pelbagai pihak terdiri daripada sektor kerajaan dan swasta.
Pada prinsipnya bina kemudian jual bukan konsep baru dalam industri perumahan
di Malaysia. Kerajaan negeri dan badan berkanun seperti Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri (PKEN) sudah menjayakan konsep itu. Misalnya, dalam program
perumahan awam kos rendah iaitu program kerajaan negeri membina rumah kos
rendah dengan bantuan kewangan kerajaan Pusat.
Strata title
blues 11/12/1999 MM
THEY are two conflicting versions. But which is the right one? Residents of
the Teratai Mewah Apartments in Taman Teratai Mewah claim the Federal Territory
Land and Mines Department is sitting on their strata title application. The
department, however, says it has not received any application from the project
developer, United Malaysian Properties Sdn Bhd.
Ong janji tumpu
masalah perumahan 12/12/1999 BM By Raihanah Abdullah
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru dilantik,
Datuk Ong Ka Ting berjanji akan memberi tumpuan kepada masalah perumahan bagi
golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Beliau berkata, rakyat perlu
mendapat perkhidmatan yang baik sejajar dengan manifesto Barisan Nasional
(BN) untuk meningkatkan mutu hidup warganegara ini dengan suasana persekitaran
kediaman yang selesa.
Ting: Cabinet
line-up very good 12/12/1999 NSUNT
KLANG, Sat. - Datuk Dr Ting Chew Peh, who was dropped from the new Cabinet,
said today he will concentrate on his responsibilities in the MCA and serve
his constituents in Gopeng. Ting, who was Housing and Local Government Minister
in the previous Cabinet, described the new line-up as "very good".
Terbengkalai
10 tahun 13/12/1999 HM By Azwani Abdul Ghani
KAJANG: Lebih 300 keluarga di taman perumahan Sungai Sekamat di sini, terpaksa
menanggung hutang apabila pemaju perumahan itu gagal menyiapkan projek perumahan
itu, sejak 10 tahun lalu. Ahli Dewan Undangan kawasan Kajang, Dr Shafie Abu
Bakar, ketika melawat kawasan itu semalam berkata keluarga malang itu sudah
menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju perumahan fasa satu projek
perumahan di situ sejak 1991.
Ong kaji rancangan
kementerian 15/12/1999 BH
KUALA LUMPUR, Selasa - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong
Ka Ting yakin dapat melaksanakan tugas barunya hasil kerjasama dan sokongan
padu pegawai di kementerian itu. Beliau percaya Timbalan Menteri, Datuk Peter
Chin Fah Kui dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Khalid Husin yang sudah
lama di kementerian itu dapat membantu beliau menyelesaikan pelbagai isu berkaitan
perumahan dan kerajaan tempatan.
Rumah belum
siap sudah dapat CF 18/12/1999 BH By Jiwaraga Y2K
SIJIL Kelayakan Menduduki Rumah (CF) sudah terima, begitu juga dengan kunci
rumah. Bayaran bulanan jangan cakaplah, sebelum CF pun, dah kena bayar. Tetapi
yang menyedihkan rumah saya belum sempurna, nak pindah macam mana? Saya membeli
rumah di Kulim, Kedah tapi jiwa saya tidak aman.
Rumah terbiar
dipenuhi samun 20/12/1999 HM By Noor Sham Saleh
RAWANG: Beratus unit rumah kos rendah yang terbiar di Taman Jati, di sini,
membimbangkan penduduk berhampiran. Rumah berkenaan yang sudah siap dibina,
terbiar sejak empat tahun lalu dipercayai menghadapi masalah mendapatkan Sijil
Layak Menduduki (CF), kini menjadi sarang nyamuk dan tempat persembunyian
penagih.
Ministry gets 14pc of housing reports 20/12/1999 NST
Only 14 or 1.2 per cent of reports made by housebuyers to the Monitoring and
Supervisory Committee of the Housing and Local Government Ministry last year
fell under the ministry's jurisdiction.
Pembeli resah
rumah belum boleh diduduki 20/12/1999 BH By Mas
PADA 29 Mac 1995 saya membeli rumah kos sederhana di Hulu Langat, Selangor.
Sehingga kini rumah itu belum boleh diduduki dan bermula September lalu setiap
bulan saya terpaksa membayar RM440. Sejak September 1997, saya sudah membayar
faedah kepada bank atas pinjaman yang dikeluarkan kepada pemaju mengikut peringkat
kemajuan siap rumah. Sepatutnya rumah itu diserahkan kepada pembeli pada Mac
1998 (selepas 36 bulan mengikut perjanjian jual beli). Namun pihak pemaju
gagal menyiapkan rumah itu atas alasan masalah dalaman. Baru-baru ini (Oktober
1999) bank membayar semua jumlah pinjaman saya iaitu RM46,500. Namun saya
masih juga tidak mendapat kunci rumah atau menduduki rumah yang dibeli atas
alasan Majlis Daerah Kajang belum mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF)
rumah itu. Apabila ditanya kepada pemaju perumahan caramana hendak menduduki
segera rumah itu, saya perlu menandatangani satu surat yang menyatakan saya
tidak akan meminta sebarang tuntutan selepas menerima kunci rumah.
Illegals at home in abandoned
project 21/12/1999 NST
KAJANG, Mon. - Hundreds of Malaysians who paid thousands of ringgit to buy
houses 10 years ago are still waiting while these incomplete buildings have
become home to illegal immigrants. Ironic but true, and anyone who cares to
make their way to Taman Lingkaran Nur at Km19 Jalan Cheras can see it for
themselves.
10
long, painful years of waiting for Taman Lingkaran Nur housebuyers
21/12/1999 NST
KAJANG, Mon. - Housebuyers of the abandoned Taman Lingkaran Nur housing scheme
near here have been waiting for 10 years and there seems to be no solution
in sight for them.
Buyers lodge
report over abandoned project 22/12/1999 NST
KUALA LUMPUR, Tues. - A group representing 554 property buyers in Bukit OUG
in Jalan Kelang Lama lodged a report with the city police commercial crime
department today claiming that the developer had failed to deliver their homes.
Speaking on behalf of the group, Loh Kwong Cheng, a Singapore national, claimed
in his report that the developer (Sri Keladi Sdn Bhd) had defaulted in delivering
their homes since 1997, as per their sales and purchase agreement
Adun diminta
atasi masalah projek terbiar 23/12/1999 BH
KUALA LUMPUR, Rabu - Seramai 200 orang penduduk di Jalan SS14/4B, Subang Jaya,
dekat sini, mengesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Datuk Lee
Hwa Beng menyelesaikan masalah projek terbiar di depan rumah mereka. Selain
itu, penduduk menggesa pihak berkaitan mengembalikan keadaan asal kawasan
itu sebagai tempat meletak kenderaan dan taman permainan kanak- kanak.
To sue or not
to sue 25/12/1999 MM
DIFFERENCES in opinion among the residents are aggravating the problems of
Taman Lembah Maju house-buyers. Last month, the residents had agreed to sue
the developer for late delivery.
Pemaju kenakan
syarat tambahan 27/12/1999 BH
BUTTERWORTH, Ahad - Lebih 700 keluarga yang masih menetap di rumah kontena
di Seberang Jaya dekat sini dikehendaki membayar lebih RM1,300 sebelum dibenarkan
menduduki rumah baru yang ditawarkan di projek mega bernilai RM1.2 bilion.
Pemaju dalam surat bertarikh 13 Disember lalu meminta penduduk terbabit menjelaskan
bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula daripada tarikh itu.
Lembaga arkitek
janji siasat aduan 30/12/1999 BH By Lim Ann Teck
SAYA merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 18 Disember 1999, muka
surat 11 bertajuk `Rumah Belum Siap Sudah dapat CF' oleh Jiwaraga Y2K. Merujuk
kepada gambaran yang diberikan oleh Jiwaraga Y2K, ternyata bahawa penyerahan
pemilikan kosong itu adalah tidak selaras dengan terma dalam Surat Perjanjian
Jual Beli (S&P) Jadual G, Perkara 21(1) yang menyebut syarat Arkitek Penjual
memperakukan bahawa pembinaan bangunan berkenaan telah siap dengan sewajarnya.