30,900ha in Klang Valley erosion-prone
01/11/1993 NST
KUALA LUMPUR, Sun . - A total of 743 hectares of land in the Klang Valley is
seriously eroded while another 30,899ha have been identified as having a high
risk of soil erosion if land clearing is done there, an interim inter-governmental
study revealed. Maps developed by the National Remote Sensing Centre (MACRES)
from the study for the upstream districts of the Federal Territory noted that
protected areas such as forest reserves, water catchment and wildlife sanctuaries
had not been spared the impact of upstream/hill development.
Kebajikan
pembeli diutamakan 01/11/1993 BH
KLUANG, Ahad - Kebajikan pembeli rumah, terutama rumah kos rendah di Johor
sentiasa diutamakan serta dipelihara oleh kerajaan negeri daripada menjadi
mangsa pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata kerajaan
negeri juga tetap berpihak kepada pembeli sekiranya pemaju perumahan di
negeri ini tidak mengikut syarat dan pelan dalam melaksanakan projek
masing-masing.
Perlu kaji
By Aminuddin Ibrahim 01/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Pembeli flet Vista Angkasa di Kampung Kerinchi di sini,
meminta pemaju projek itu mengkaji semula kos rumah berkenaan yang dianggap
tidak setanding dengan konsepnya. Mereka mendakwa kebanyakan pembeli
terkeliru dengan tawaran bahawa rumah pangsa itu menyediakan tiga bilik,
sebaliknya hanya dua bilik.
Dakwa
diperdaya 01/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Blok 01A Flet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
di Kampung Kerinchi di sini, mendakwa diperdaya oleh DBKL dengan tawaran
projek Vista Angkasa yang sedang dalam pembinaan berhampiran kediaman mereka.
Mereka mendakwa DBKL tidak menepati beberapa kemudahan yang dijanjikan
kepada pembeli sebelum ini.
Nak
pangsapuri lima tingkat 01/11/1993 HM By C Ramasamy
PETALING JAYA: Badan Bertindak Menyelamat Taman Aman sanggup menerima
cadangan pembinaan pangsapuri di taman itu sekiranya cadangan asal membina
pangsapuri setinggi 22-24 tingkat diganti dengan pangsapuri lima tingkat.
Pengerusinya, Kadir Mat Isa, berkata badan itu berpendapat pembinaan
pangsapuri lima tingkat lebih praktikal dengan persekitaran kawasan itu
berbanding pembinaan 2,000 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana.
Siasat makan
masa 01/11/1993 HM By C Ramasamy
PETALING JAYA: Siasatan terhadap kejadian bangunan kampus induk Kolej Bandar
Utama, Damansara, yang runtuh pada 19 Oktober lalu akan mengambil masa yang
panjang. Ini kerana Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Majlis Daerah
Petaling (MDP) berhadapan dengan "banyak perkara yang teknikal serta
memerlukan penyiasatan menyeluruh dan teliti".
Pesara kesal
sikap pemaju 01/11/1993 HM
JOHOR BAHRU: Seorang pesara akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju
yang membina rumahnya kerana mendakwa bangunan itu tidak dibina dengan
sempurna. Ini kerana bahagian tepi rumahnya di Jalan Teratai 11, Taman Johor
Jaya di sini, runtuh pada 19 Oktober lalu.
Rumah: Pemaju
sokong 03/11/1993 BH
KOTA BHARU, Selasa - Pemaju perumahan di negeri ini menyokong program
perumahan kos rendah dan penubuhan Tabung Perumahan Kos Rendah yang
dilancarkan kerajaan bagi menangani masalah kekurangan kediaman kategori itu.
Menurut mereka, dengan adanya tabung itu yang membabitkan dana bernilai
RM1.404 bilion, akan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah
untuk membeli rumah.
90 peratus
rumah murah bocor 03/11/1993 BH
LABIS, Selasa - Bumbung hampir 90 peratus daripada 367 unit rumah kos rendah
di Perumahan Awam Jalan Muar-Labis yang siap sejak empat tahun lalu bocor
kerana menggunakan bahan kurang bermutu. Bendahari Pemuda Umno cawangan
Perumahan Awam, Abdul Kadir Atan, berkata bumbung rumah itu retak dan bocor
menyebabkan rumah penghuni sering dimasuki air hujan.
TNB atau
pemaju? 04/11/1993 HM By Khalid Yasin
SUBANG JAYA: Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan
peralatan elektrik bernilai berpuluh ribu ringgit yang dihadapi penduduk
rumah pangsa di Blok O, Jalan SS13/IB di sini? Ini berikutan sikap tarik
tali di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pemaju projek perumahan itu.
Safeguarding Sabah house buyers 06/11/1993 NST
KOTA KINABALU, Fri. - Housing developers in Sabah will be required to pay a
deposit of RM100,000 to the Government before they can get their licence next
year. Local Government and Housing Minister Datuk Joseph Kurup said the move
was aimed at safeguarding the interest of house buyers.
Pemaju perlu
bayar deposit 06/11/1993
BH
KOTA KINABALU, Jumaat - Semua pemaju perumahan individu di negeri ini
perlu membayar deposit RM100,000 sebelum lesen pemaju dikeluarkan mulai
tahun depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Joseph Kurup,
berkata syarat itu sebahagian pindaan yang dicadangkan dalam Enakmen
Perumahan, Kawalan dan Perlesenan 1978 dalam sidang Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sabah yang akan bersidang 22 hingga 25 November depan.
Pembeli rumah dakwa ditipu
kontraktor 06/11/1993 BH By Shariffudin Mohamed
PEKAN, Jumaat - Pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru di Peramu,
Pekan, 50 kilometer dari sini, mendakwa mereka ditipu kontraktor berikutan
projek itu terbengkalai sedangkan pembayaran awal dijelaskan. Mereka kini
dalam keresahan kerana bank sudah mengambil tindakan meminta pembayaran
balik pinjaman diteruskan tanpa mengambil kira samada projek itu siap atau
tidak.
Ministry to
review housing occupancy regulations 07/11/1993 SUM
THE Housing and Local Government Ministry will review some of the regulations
to allow house-buyers to occupy their homes as soon as a project is completed.
Its secretary-general, Datuk Umar Abu, said the Ministry would amend the Housing
Developers Act and the Uniform Building By-laws to enable house- buyers to move
into their properties without having to wait for the Certificate of Fitness
(CF).
ATM prihatin
masalah rumah tentera 08/11/1993 BH By Khalid Amin
MASALAH perumahan yang dihadapi anggota tentera di negara ini akan berakhir
tidak lama lagi berikuatan langkah kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah
mereka di seluruh negara. Langkah itu bertujuan mengatasi masalah anggota
tentera yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan di kawasan
setinggan berikutan kos rumah dan sewa yang tinggi di bandar-bandar utama.
Cepat dapat
CF 08/11/1993 HM
KELEWATAN pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang selalu menjadi
rungutan orang ramai, akan dapat diatasi setelah Akta Pemaju Perumahan dan
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 dipinda. Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Umar Abu, berkata pindaan
itu akan membolehkan pembeli memperolehi CF dalam tempoh sekurang-kurang dua
minggu selepas pemaju mengemukakan segala syarat kepada pihak berkuasa
tempatan.
Pemaju lintah
darat! 08/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya lebih 10
syarikat pemaju perumahan dan bangunan di sekitar ibu kota dan Selangor
menggunakan tiang konkrit dan kerangka bangunan tidak berkualiti untuk
projek mereka. Kedua-dua bahan asas itu yang tidak tahan lama, mudah retak
dan boleh menyebabkan sesebuah bangunan runtuh, dipercayai digunakan secara
meluas oleh pemaju terbabit yang hanya mementingkan keuntungan tanpa
memikirkan risikonya.
Lebih bahaya
bila hujan 08/11/1993 HM
GOMBAK: Struktur tanah yang tidak mempunyai daya penahan yang stabil akibat
aktiviti manusia dipercayai menjadi punca utama tanah tebing di Jalan SG
1/27, Taman Sri Gombak di sini, mendap dan runtuh. Jurucakap Jabatan Tanah
dan Galian Wilayah Persekutuan berkata aktiviti menggali atau mengaut tanah
di kawasan kaki bukit itu menyebabkan daya kukuh tanah menjadi lemah dan
mendap secara perlahan-lahan.
Bimbang tanah
runtuh 08/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
GOMBAK: Empat keluarga di kawasan perumahan kos rendah Taman Sri Gombak di
sini, kini dalam kebimbangan berikutan dinding dan lantai rumah mereka retak
akibat tebing bukit di situ mendap. Tebing bukit yang menempatkan 63 unit
rumah teres di Jalan SG 1/27, mendap dan runtuh ke bawah lereng bukit,
menjejaskan empat buah rumah yang paling hampir.
Jangan cari
untung saja 09/11/1993 HM By Fadzil Abdul Rashid
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kesal dengan sikap
sesetengah pemaju perumahan dan bangunan di ibu kota yang terus menggunakan
tiang konkrit dan kerangka bangunan tidak berkualiti walaupun ia tidak
selamat. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata amalan tidak beretika
itu perlu dihentikan segera kerana ia adalah perbuatan yang boleh `mengorbankan'
banyak nyawa.
Sikap lewa
pemaju punca talian telefon gagal disediakan 09/11/1993 HM
PUCHONG: Penduduk kawasan perumahan di Bandar Puchong Jaya di sini kesal
dengan sikap sambil lewa pemaju yang didakwa gagal menyediakan kemudahan
talian telefon sejak setahun lalu. Mereka mendakwa sudah beberapa kali
menemui Syarikat Lam Soon Huat untuk membincangkan masalah itu tetapi gagal
menemui jalan penyelesaian.
Periksa
syarat CF: Samad 09/11/1993 HM
KUALA LANGAT: Jangan jadikan pemaju anak angkat! Ahli Majlis Daerah Kuala
Langat (MDKL), Abdul Samad Maharudin, mengingatkan MDKL agar tidak
sewenang-wenangnya mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sebelum
pemaju perumahan melengkapi serta menyediakan pelbagai kemudahan dalam
projek pembinaan seperti yang disyaratkan.
Temporary CFs to be issued 12/11/1993 BT
LOCAL authorities will be asked to issue temporary Certificate of Fitness (CF)
to housebuyers who have obtained the keys to their property from developers.
Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said in Penang
yesterday that with the move, buyers need no longer have to wait for a long
time to occupy their homes legally. "We received many complaints over the delay
in issuing CFs which caused house buyers to wait for up to six months to legally
occupy their houses," he told reporters after chairing a meeting of the Coordinating
Committee between the ministry and state governments. - Bernama
Pembeli rumah
kos rendah diutama 12/11/1993 BH
KLUANG, Khamis - Kebajikan pembeli rumah, terutama rumah kos rendah di Johor
sentiasa diutamakan serta dilindungi kerajaan negeri untuk mengelakkan
mereka menjadi mangsa pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari
Haron, berkata kerajaan negeri juga tetap berpihak kepada pembeli rumah jika
pemaju perumahan di negeri ini tidak mengikut syarat dan pelan dalam
melaksanakan projek masing-masing.
Pemaju gagal
patuh13/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Sikap pemaju yang gagal mematuhi spesifikasi dalam pembinaan
sesuatu projek menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat mengeluarkan Sijil
Kelayakan Menduduki (CF) dalam tempoh yang singkat. Ketua Pengarah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Noordin Abdul Razak, berkata walaupun
menjadi mangsa kemarahan pembeli, penguasa tempatan terpaksa mengambil
tindakan itu.
CF lulus
dalam dua minggu saja 14/11/1993 HM By Roslan Ibrahim; Rosmin
Darus
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta
Pemaju Perumahan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 bagi
mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Kelayakkan Menduduki Rumah (CF)
kepada dua minggu saja. Timbalan Menterinya, Osu Sukam, berkata kementerian
banyak menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai mengenai kelewatan
Majlis Kerajaan Tempatan mengeluarkan sijil itu.
24 pembeli
rumah kos rendah tunggu CF 15/11/1993 HM
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman
Seri Bahagia, Tanjung Agas masih menunggu sijil kelayakan menduduki (CF)
dari Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS). Ia perlu bagi membolehkan mereka
berpindah ke rumah masing-masing secepat mungkin.
Nyawa 300
penduduk terancam 16/11/1993 BH By Fazli Abdullah
KUALA LIPIS, Isnin - Tiga ratus penghuni di tiga blok rumah murah di kawasan
perumahan Fasa Tiga Taman Lipis bimbang bukit berhampiran rumah mereka
runtuh dan mengancam nyawa mereka. Mereka tidak mahu kejadian tanah dari
bukit itu runtuh menyebabkan sembilan kereta dan tiga motosikal tertimbus
semalam, berulang.
Undang-undang
perumahan lulus 16/11/1993 BH
SIDANG Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang- Undang
Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1993 setelah dibahaskan lima ahli
dewan. Mereka yang membahaskan rang undang-undang itu ialah Datuk Song Swee
Guan (BN-Padungan), Datuk Daniel Tajem anak Miri (PBDS-Bukit Begunan),
Joseph Entulu Belaun (PBDS-Tamin), Dr Soon Choon Teck (BN-Dudong) dan Datuk
Effendi Norwawi (BN-Dalat).
MPPJ arah
bayar cukai elak premis disita 16/11/1993 HM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 687 pemilik harta di kawasan perumahan Taman Dahlia di
sini yang gagal menjelaskan tunggakan cukai harta bernilai RM185,00 sejak
lebih lima tahun lalu diberi amaran supaya membayarnya segera bagi
mengelakkan premis mereka disita. Jurucakap Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB)
berkata pihaknya akan mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan terbabit
tidak lama lagi.
Pembeli rumah
kecewa 16/11/1993 HM By Ashar Ahmad
YONG PENG: Lebih 200 pembeli rumah kos rendah di pekan ini kecewa kerana
rumah yang mereka beli tiga tahun lalu masih belum boleh diduduki. Menurut
mereka, walaupun rumah itu sudah siap dibina dua tahun lalu, mereka masih
tidak dibenar menduduki rumah berkenaan yang kini terbiar dan dipenuhi
semak-samun.
Penduduk
kesal tindakan pemaju 17/11/1993 BH
JOHOR BAHRU, Selasa - Kira-kira 3,000 penduduk di Taman Ungku Tun Aminah
dekat sini, kesal di atas tindakan pemaju taman perumahan itu, yang
mengenakan bayaran tinggi bagi urusan pindah hak milik rumah pangsa di
kawasan itu. Pemaju itu, melalui peguambela dan peguamcaranya, menuntut
sejumlah RM1,066, termasuk RM506 sebagai kos pindah milik, RM220 bayaran
duti setem dan RM340 bagi kos gadaian.
Nak nama 88
pemaju perumahan berlesen 18/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Perumahan Wilayah Persekutuan dan Selangor
meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghantar senarai 88
pemaju perumahan berlesen yang gagal menyerahkan nombor akaun perumahan
mereka bagi tindakan persatuan. Pengerusinya, N Antonisamy memberitahu
Harian Metro, persatuan boleh membantu mengesan pemaju terbabit supaya
berbuat demikian.
Pemaju
langgar syarat punca CF lewat 19/11/1993 BH
KEGAGALAN pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan dalam UndangUndang Kecil
Bangunan Seragam 1984 atau syarat pihak berkuasa tempatan, menjadi faktor
kelewatan pengeluaran sijil kelayakan menduduki (CF). Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata tindakan pemaju mengubah
pelan bangunan daripada yang diluluskan, turut melambatkan pengeluaran sijil
berkenaan.
Penduduk
kesal sikap pemaju 19/11/1993 BH
BUTTERWORTH, Khamis - Lebih 200 penduduk di Taman Perumahan Sentol Jaya Juru,
dekat sini menyesali sikap pemaju yang gagal menyediakan sistem perparitan
yang sempurna bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku sepanjang minggu
ini. Mereka mendakwa air naik hampir satu meter baru-baru ini ekoran parit
di kawasan itu tersumbat.
Pemaju boleh
didakwa By Zulkifli Md Ali 19/11/1993 BH
BATU PAHAT, Khamis - Kerajaan hari ini menasihatkan semua mangsa penipuan
projek pembinaan rumah yang menggunakan mutu binaan murahan atau tiruan
supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju terbabit. Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron,
berkata tindakan itu lebih berkesan, kerana pembeli mempunyai hak
kepenggunaan.
Dinding retak
19/11/1993 HM By Yusof A Rahman
LEBIH 350 penghuni rumah kos rendah di Taman Anggerik Desa, berhampiran
pekan Gemas Baru, dekat Segamat, berada dalam kegelisahan kerana menghadapi
bahaya disebabkan dinding rumah mereka retak sejak 18 bulan lalu. Sejumlah
65 keluarga menetap di taman perumahan berkenaan yang dibina oleh Gemas
Housing Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pemaju perumahan tempatan.
Siasat pemaju
19/11/1993 HM
PEMBELI rumah kos rendah di Taman Anggerik Desa dekat Segamat, meminta
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, campur tangan dengan menyiasat
dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang menyediakan rumah tidak
sempurna di kawasan berkenaan. Mereka juga meminta pemaju membayar ganti
rugi ke atas rumah yang retak termasuk 80 peratus yang mengalami kerosakan
teruk.
Pemaju
digalak bina pondok polis 20/11/1993 BH
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pemaju perumahan digalak membina pondok polis di
setiap kawasan projek mereka untuk membolehkan penempatan anggota polis di
situ. Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, berkata
cara ini dapat membantu kerajaan menjimatkan kos membina pondok polis di
samping menaikkan nilai hartanah di situ.
Rumah runtuh
jika tidak dibaiki segera 20/11/1993 HM By Roslan Bian
CHERAS: Penghuni sebuah rumah di Taman Cuepacs di sini, meminta Majlis
Daerah Hulu Langat (MDHL) menyegerakan kerja membaiki benteng rumah dan
parit yang pecah dan runtuh kerana hujan lebat minggu lalu. Pemilik rumah
itu, Afreddy Gomez, 51, berkata selagi tidak dibaiki, kediamannya mungkin
runtuh sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa hari ini.
Tragedi Bukit
Cagar bawa pengajaran 21/11/1993 BM
KEJADIAN tangki air pecah di bumbung rumah pangsa 16 tingkat di Bukit Cagar,
Johor yang membunuh seorang mangsa dan mencederakan 18 yang lain adalah satu
lagi bencana yang tidak boleh dipandang ringan. Disebabkan malang tidak
berbau, setiap pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Langkah
pencegahan adalah paling utama bagi mengelakkan kemalangan yang datang tidak
diundang. Oleh itu, setiap pihak sama ada pemaju, pihak berkuasa atau
penduduk perlu melihat bahawa kejadian seperti itu boleh berlaku di mana
saja.
PBT perlu
perketat proses pelan rumah 21/11/1993 BM By Fazli Abdullah
KUANTAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memperketatkan lagi
penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemprosesan pelan projek perumahan,
khususnya di kawasan berbukit bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan Desa negeri, Datuk
Adnan Yaakob, berkata PBT mesti lebih teliti sebelum mengambil keputusan
meluluskan pelan berkenaan.
Kementerian
minta Johor hantar laporan 21/11/1993 BM
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu kerajaan
negeri Johor menghantar segera laporan kejadian tangki air meletup di Rumah
Pangsa Bukit Cagar, Johor Bahru, yang mengorbankan seorang pelajar dan
mencederakan 18 orang lain, tengah hari kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan
Perumahan Negara, Datuk Nawawi Kamaruddin, berkata kementerian memandang
berat kejadian itu dan menyifatkan sebagai satu tragedi yang boleh dielakkan.
300 penduduk
bantah pemaju 22/11/1993 HM By C Ramasamy
KUALA LUMPUR: Lebih 300 penduduk rumah panjang, Danau Kota, Setapak, dekat
sini, mengadakan demonstrasi secara aman semalam bagi mendapatkan perhatian
terhadap masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan itu. Kawasan perumahan
itu tidak mempunyai telefon awam, lampu jalan, jalan yang sempurna dan turut
dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Ibu kota
hilang banyak pokok 22/11/1993 HM
KUALA LUMPUR: Ibu kota kini menghadapi `sindrom pembangunan' menyebabkan ia
kehilangan pokok dalam jumlah yang besar berikutan kepesatan pembangunan dan
menaikkan taraf infrastrukturnya. "Sepanjang tahun ini saja, Kuala Lumpur
kehilangan 10,000 pokok akibat daripada projek pembangunan dan kemudahan
infrastruktur," kata Pengarah Jabatan Seni Taman dan Rekreasi Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khuzaimah Yunos.
Ada pembeli
sudah pencen, meninggal dunia 23/11/1993 BH
PEMBELI sudah meninggal dunia tetapi rumah masih belum siap. Begitulah
keadaannya yang berlaku kepada kira-kira 200 pembeli rumah Taman Senandung
Ria yang masih setia menunggu walaupun projek perumahan terbabit
terbengkalai lebih 17 tahun. Seorang mangsa projek terbabit, Habsah Mohd
Ali, kesal projek perumahan di Jalan Raya Barat, Kampung Jawa, Klang masih
gagal disiapkan walaupun sudah dua kali usaha memulihkannya dilakukan.
10 tahun tak
ada CF 23/11/1993 HM By Yusaini Ali
JOHOR BAHRU: Empat blok Rumah Pangsa Bukit Cagar di sini, masih tidak
mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) walaupun sudah dihuni sejak 10
tahun lalu. Pemaju yang juga pentadbir rumah pangsa berkenaan, Jabatan
Perumahan Negeri (JPN) yang membina 1,152 unit rumah di situ, dikatakan
tidak menyerahkan pelan bangunan terbabit kepada Majlis Perbandaran Johor
Bahru (MPJB) untuk tindakan susulan bagi mendapatkan CF.
Banyak
koperasi, PKEN tidak berpengalaman 23/11/1993
BH
PERBADANAN Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan koperasi perlu tertakluk
kepada syarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika kerajaan
mahu mengurangkan masalah rumah terbengkalai, kata Pengerusi Persatuan
Pemaju Perumahan Wilayah Persekutuan dan Selangor, N Anthony Samy. Katanya,
pada masa ini hanya pemaju perumahan swasta diwajibkan mempunyai Akaun
Pemaju Perumahan dan lesen pemaju, manakala koperasi dan PKEN tidak perlu
mematuhi syarat itu.
New ruling on
project account for housing developers 24/11/1993 NST
HOUSING developers will have to open a "project account" for each project undertaken
under an amendment in the Housing (Control and Licensing) Enactment passed by
the State Legislative Assembly. With the proposed amendment, the deposit for
a developer's licence is increased from RM20,000 to RM100,000.
Flet Bukit
Cagar tiada CF 24/11/1993 BH By Jamhariah Jaafar; Wan Razman Juraimi;
Noor Jaafar; Shamshul Azree Samshir; Fazli Abdullah; Sariha Mohd Ali
JOHOR BAHRU, Selasa - Rumah Pangsa Bukit Cagar yang terbabit dalam nahas
tangki air pecah Jumaat lalu, tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF)
walaupun sudah dihuni sejak 10 tahun. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan di
Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) (Cawangan Perumahan), Jumali Ahmad,
berkata pemaju rumah pangsa berkenaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN)
menyerahkan rumah pangsa itu kepada Kerajaan Johor tanpa sebarang CF.
Tak boleh
tuntut? 24/11/1993 HM By Fahmi Omar; Shamsul Azree Samsir; Nazarudin
Shahari; Yusaini Ali JOHOR BAHRU: Mangsa kejadian tangki air pecah di Blok
C, Rumah Pangsa Bukit Cagar di sini Jumaat lalu, mungkin tidak boleh
menuntut sebarang pampasan daripada syarikat insurans. Ini kerana rumah
pangsa itu tidak mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan syarikat
insurans tidak melindungi sebarang bangunan yang belum disahkan selamat
untuk diduduki.
Belum terima
kunci 26/11/1993 HM
SEBANYAK 108 pembeli rumah kos rendah di Taman Perumahan Awam, pekan Buluh
Kasap dekat sini, sini masih belum menerima kunci dari pemaju. Wakil mereka
yang tidak mahu namanya disiarkan berkata rumah itu yang berharga RM22,000
seunit siap dibina Februari tahun lalu dan cabutan undinya dibuat 24 Mei
tahun lalu.
House-owners
sue PKNP
27/11/1993 BT
MORE house-owners in the Indera Mahkota II housing scheme in Kuantan plan
to sue the Pahang State Development
Corporation (PKNP) for alleged breach of agreement. Earlier, 30 of the 668
house-owners in the housing scheme filed High Court suits against the
developer, Pasdec Corporation Sdn Bhd, an SEDC subsidiary, for alleged
shoddy construction of their houses. Action committee chairman Saidon
Othman said yesterday the house-owners were seeking compensation for
repairs after Pasdec failed to carry out satisfactory remedial works. He
added that it has been almost a year since the temporary certificates of
fitness for occupation (CF) were issued but basic essential facilities
like street lights and public telephones are lacking. - Bernama
Pembeli rumah mahu saman
pemaju 28/11/1993 BM
KUALA LIPIS: Jawatankuasa Bertindak Penghuni Taman Lipis Fasa Tiga di sini
yang ditubuh minggu lalu bagi menyelaras dan menyelesaikan masalah
berkaitan tanah runtuh bercadang menyaman pemaju perumahan jika mereka
terus tidak melayani desakan penduduk mahukan aspek kesela matan di
kawasan itu ditingkatkan. Pengerusinya, Wong Kwan Meng, berkata itu adalah
antara resolusi diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan
yang ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa mengatasi masalah kejadian
tanah runtuh di kawasan itu.
Negri revives projects 29/11/1993 NST
SEREMBAN, Sun. - The Negri Sembilan Government has successfully revived eight
housing projects involving 800 units, its Housing and Local Government Committee
chairman Datuk Hon Choon Kim said today. He said all housebuyers in the projects
had received their keys from the developers.