Confusion over
land status
01/10/1993 MM
THE rape of the foothills of Bukit Gasing by squatters continues as there
is confusion over which local authority has jurisdiction over the encroached
area. And as long as the territorial rights are not established, nobody wants
to act - something the squatters are certainly not complaining about.
Rumah tidak
ikut pelan 01/10/1993 BH By Pembeli Kecewa
KAMI pembeli rumah Taman Ayer Molek Sek Satu dukacita kerana pemaju memberi
layanan buruk kepada kami. Pemaju yang bertanggungjawab dalam hal ini,
menyerahkan kerja sepenuhnya kepada kontraktor tanpa pengawasan. Ini
menyebabkan pembinaan rumah di projek ini tidak mengikut pelan, terlalu
kasar dan tidak sempurna.
Ministry's
proposal to reduce backlog of court cases
05/10/1993 BT
THE Housing and Local Government Ministry has proposed that minor offences committed
by housing developers to be compoundable to reduce the number of backlog cases
in court. Minister Datuk Dr Ting Chew Peh told reporters in Kuala Lumpur yesterday
that the proposal is aimed at saving time and manpower cost incurred in booking
the offenders.
Developers to
pay compound fines soon
05/10/1993 NST
KUALA LUMPUR, Mon. - Compound fines will soon be imposed on housing developers
who commit offences like providing misleading or inadequate information in advertisements
for their projects. The Government is reviewing the relevant laws to provide
for this, Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said
today.
Akta pemaju
rumah 1966 akan dipinda 05/10/1993
BH
KUALA LUMPUR, Isnin - Akta Pemaju Perumahan 1966 akan dipinda bagi
membolehkan pemaju perumahan yang melakukan pelbagai kesalahan, dikompaun
tanpa membawa kes itu ke mahkamah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
, Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata pindaan itu perlu supaya ia lebih
realistik serta mengelak pemaju menipu pembeli atau membiarkan projek
perumahan terbengkalai.
BPR diminta siasat pemaju
05/10/1993 BH
SEGAMAT, Isnin - Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri sudah diminta
menyiasat kegiatan pemaju menjual rumah kos rendah yang retak di Taman
Anggerik Desa, Gemas Baru dekat sini. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
Jementah, Wong Peng Sheng, berkata beliau difahamkan badan itu sudah
diminta berbuat demikian oleh Pejabat Perumahan negeri.
Pemaju tak hirau aduan 06/10/1993
HM By Awie Mat
SKUDAI: Pembeli rumah di Taman Desa Skudai di sini kesal dengan tindakan
pemaju perumahan, Maraya Sdn Bhd, yang didakwa tidak mengendahkan aduan
mengenai kerosakan kediaman mereka yang diduduki sejak kira-kira tiga
bulan lalu. Menurut mereka, pemaju terbabit sepatutnya mengambil tindakan
segera terhadap aduan yang dikemukakan kerana rumah berkenaan masih lagi
dalam tempoh jaminan.
Syarat lebih
ketat untuk pemaju rumah 06/10/1993
BH
KUALA LUMPUR, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan
mengkaji terlebih dahulu kedudukan kewangan pemaju perumahan sebelum
mengeluarkan permit untuk memajukan kawasan perumahan pada masa depan.
Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata langkah itu dibuat bagi
memastikan pemaju yang mendapat kontrak menyiapkan projek mereka dalam
tempoh yang ditetapkan.
Pemaju enggan temui Adun
09/10/1993 HM
JOHOR BAHRU: Pemaju projek kondominium Bukit Saujana dikatakan tidak mahu
menemui Adun Tanjung Puteri, Mohamed Kasbi, untuk membincangkan masalah
yang dihadapi 30 keluarga kakitangan kerajaan kerana tidak mendapat
pampasan. Mohamad berkata beliau sudah berusaha untuk berjumpa Pengerusi
Eksekutif pemaju itu, Abu Shahid Mohamed, tetapi sehingga kini tidak
menerima sebarang jawapan.
Sudah ada rumah! 11/10/1993 HM By Jamhariah Jaafar
JOHOR BAHRU: Sebilangan kakitangan kerajaan yang enggan berpindah dari
tapak projek kondominium Bukit Saujana di Jalan Yahya Awal di sini,
didapati mempunyai rumah sendiri. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin, berkata ia adalah antara punca ada antara keluarga terbabit tidak
menerima sumbangan bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan yang dijanjikan oleh
pemaju.
Pemaju beri syarat turun
harga rumah murah
12/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Isnin - Pemaju perumahan sanggup membina rumah kos rendah
dengan harga sehingga RM15,000 seunit dengan syarat kerajaan menurunkan
harga tanah atau memberi insentif istimewa kepada mereka. Presiden
Persatuan Pemaju Perumahan (HDA), Selangor dan Wilayah Persekutuan,
Anthony Samy, berkata persatuannya sedar tanggungjawab mereka kepada
golongan miskin tetapi sukar dilaksanakan jika harga tanah terlalu tinggi.
Pembeli mahu saman pemaju
HM 15/10/1993
JOHOR BAHRU: Pembeli rumah di Taman Desa Skudai dekat sini akan mengambil
tindakan mahkamah terhadap pemaju, Maraya Sdn Bhd, sekiranya meneruskan
rancangan membina asrama untuk menempatkan penuntut Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) di kawasan itu. Jurucakapnya berkata mereka tidak
mempertikaikan langkah UTM mengemukakan permohonan kepada pemaju untuk
membina asrama bagi menempatkan 2,000 penuntutnya di situ tetapi
menyalahkan pemaju kerana melanggar syarat perjanjian asal.
Penduduk minta CF disegera
17/10/1993 BM
MUAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta menyelesaikan
masalah mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) bagi projek Taman Seri
Bahagia, Tanjung Agas di sini yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak projek itu, Jabar Ismail, berkata projek
itu diambil alih oleh sebuah syarikat pemaju yang beribu pejabat di Kuala
Lumpur, dua tahun lalu untuk menyiapkannya menerusi Program Pemulihan
Projek Perumahan Terbengkalai.
Pemaju didakwa tuntut
bayaran lebih 18/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli rumah di Taman
Impian Ehsan, Balakong dekat sini terbantut apabila pemaju meminta mereka
membuat bayaran tambahan daripada harga asal rumah itu. Pasangan itu yang
enggan nama mereka disiarkan mendakwa pemaju meminta bayaran tambahan
sebanyak RM5,000 untuk sebuah rumah teres dua tingkat sedangkan harga yang
tercatat di iklan ialah RM57,000 bagi pembeli Bumiputera.
Bayar hanya untuk ubah suai
18/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Pemaju Bina Satu Leasing Sdn Bhd menafikan syarikatnya
mewajibkan bayaran tambahan terhadap orang ramai yang ingin membeli rumah
di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini. Pengurus Jualannya, Ahmad
Shah, berkata bayaran tambahan itu hanya dikenakan terhadap pembeli yang
ingin mengubahsuai rumah mereka.
Kolej runtuh: MDP panggil
pemaju
20/10/1993 BHBy F K Tham; Nazli Hassan; David Khoo; Hassan
Ismail; Noor Azmi
PETALING JAYA, Selasa - Pemaju Projek Bandar Utama di Damansara akan
dipanggil untuk memberi keterangan terperinci kepada Jawatankuasa Siasatan
Khas Majlis Daerah Petaling (MDP) berhubung kejadian bangunan enam tingkat
yang runtuh di Damansara, hari ini. Setiausaha MDP, Mokhtar Ahmad, berkata
pemaju berkenaan, Damansara Jaya Sdn Bhd, dan jurutera perundingnya akan
diminta memberi penerangan mengenai pelan serta keseluruhan struktur
projek itu kepada jawatankuasa penyiasat itu.
Lima maut, 13 cedera
20/10/1993 BH By M Thillinadan; Khalid Amin; Nadzim Ahmad Jamaluddin;
Ismail Mat; Hizral Tazzif Hisham; Nurul Adlina Kamaluddin
PETALING JAYA, Selasa - Lima buruh binaan rakyat Indonesia mati manakala
13 cedera parah apabila sebahagian bangunan enam tingkat runtuh ketika
dalam pembinaan di tapak projek perumahan Bandar Utama Damansara di sini
hari ini. Bangunan separuh siap itu yang dipercayai Kampus Induk Kolej
Bandar Utama runtuh di tingkat enam ketika kerja-kerja mengisi konkrit di
tingkat itu dijalankan. Pekerja yang cedera termasuk dua rakyat tempatan.
JBA: Sijil CF perlu untuk
bekalan
20/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Jabatan Bekalan Air (JBA) Selangor tidak akan meluluskan
permohonan mendapatkan bekalan air selagi taman perumahan yang dibina
belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). Ini adalah peraturan yang
ditetapkan dan sudah diketahui oleh semua pemaju perumahan di negeri ini,
kata jurucakap JBA.
Dua bulan tiada bekalan air
20/10/1993 HM By Razali Zakaria
PUCHONG: Sijil Kelayakan (CF) belum diperolehi, tetapi pemaju sudah
menyerahkan kunci rumah kepada pembeli. Keadaan ini menimbulkan masalah
kepada beratus-ratus pembeli apabila pemaju perumahan Fasa 5, Taman
Puchong Perdana di sini, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
sebaliknya mementingkan keuntungan semata-mata.
Ditanggal sebelum kering
21/10/1993 HM
PETALING JAYA: Tindakan menanggalkan rerangka sebelum simen kering
sepenuhnya dipercayai menjadi punca sebahagian daripada sebuah blok
bangunan kolej yang sedang dibina di Bandar Utama Damansara dekat sini,
runtuh kelmarin. Kejadian itu berlaku ketika dua buah kren sedang
mengangkut konkrit ke tingkat enam.
126 pembeli rumah minta
ganti rugi 21/10/1993 BH
SEGAMAT, Rabu - Sebanyak 126 pembeli rumah kos rendah di Taman Perumahan
Anggerik Desa, Pekan Gemas Baru, dekat sini mendesak Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan campur tangan menyiasat serta mengambil tindakan
segera ke atas pemaju projek itu berikutan banyak rumah retak. Mereka juga
mendesak pemaju terbabit membayar ganti rugi untuk harga rumah berkenaan.
Pemberian hak milik
dipercepat 22/10/1993 BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan
menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Kementerian Tanah dan Koperasi
untuk mempercepatkan pemberian hak milik strata kepada pemilik bangunan
tinggi. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata pihak lain yang
terbabit dalam jawatankuasa itu ialah wakil swasta berkaitan dengan
perumahan dan kerajaan negeri.
Tak boleh ubah pelan asal
23/10/1993 HM By Zurina Waji
JOHOR BAHRU: Pemaju perumahan tidak boleh mengubah pelan asal projek yang
sudah diiklankan kepada orang ramai, terutama jika syarat perjanjian
antara pemaju dan pembeli sudah ditandatangani. Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Harun, berkata pemaju
tidak boleh berbuat demikian kecuali jika pelan asal belum diiklankan
secara terbuka kepada orang ramai.
Urusan lemah, pembeli sukar
dapat hak milik 23/10/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kelemahan pentadbiran perbadanan pengurusan yang ditubuhkan
untuk menyenggara bangunan tinggi dikenal pasti menjadi penyebab pembeli
lot di bangunan berkenaan sukar mendapat hak milik strata. Lebih
memburukkan keadaan apabila perbadanan itu menghadapi masalah atau gagal
ditubuhkan oleh pembeli walaupun matlamatnya untuk kepentingan bersama.
Risau sambungan dinding
renggang 25/10/1993 HM By Razali Zakaria
SHAH ALAM: Rumah berkembar dua tingkat yang didirikan secara pasang siap
oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 19 di sini,
mengancam keselamatan penghuninya. Ini kerana dindingnya dikatakan mula
terpisah antara satu sama lain, terutama di bahagian dapur, sejak beberapa
bulan lalu.
Special panel
on abandoned project 30/10/1993
NST
MUAR, Fri. - The district development committee has set up a special team
involving all relevant departments for an indepth study of an abandoned
housing project at Jalan Bakri here. Deputy International Trade and
Industry Minister Chua Jui Meng said Taman Sharifah, a project on a
three-hectare site, was abandoned 14 years ago with only 67 of the
proposed 134 houses erected.