Air quality
vital in property valuation
01/09/1993 NST
KUALA LUMPUR, Tues. - Valuers should start taking into consideration environmental
quality besides prime location when deciding on price of properties. DOE senior
officer Tengku Bakry Shah Tengku Johan said in an interview, a study by the
Department of Environment based on its 1992 air quality analysis, showed that
the capital city, while commanding the highest value for its land, is also the
most polluted place to live in compared to other places in the Klang Valley.
Beli rumah:
Syor nilai kualiti udara 01/09/1993 BH By Ebi Azly Abdullah
KUALA LUMPUR, Selasa - Bakal pembeli rumah di sekitar Lembah Klang
sewajarnya menilai kualiti udara di kawasan pilihan mereka sebelum mengambil
keputusan untuk berpindah ke situ. Walaupun nilai tanah di ibu kota adalah
antara yang tertinggi di Malaysia, ia juga antara yang paling dicemari di
Lembah Klang, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar
(JAS).
1,114 gagal
dapat rumah 06/09/1993 BH
GEORGETOWN, Jumaat - Sejumlah 1,114 orang pembeli di Pulau Pinang masih
belum memper olehi rumah masing-masing kerana sembilan projek perumahan yang
terbengkalai belum lagi dipulihkan. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nur Ashikin Othman, berkata ia berlaku
kerana pemaju projek terbabit gagal menyiapkan projek bernilai RM199.6 juta
itu.
Usah tanda
tangan 06/09/1993 HM By Awie Mat
TAMPOI: Lebih 1,000 pembeli rumah Taman Puteri Wangsa di sini tidak perlu
menandatangani sebarang perjanjian baru dengan pemaju perumahan, MBf
Property Sdn Bhd (MBf), sehingga mahkamah membuat keputusan. Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak taman itu, Zainal Othman, berkata pihaknya sedang
menunggu keputusan makhamah bulan depan untuk membolehkan perjanjian jual
beli asal yang ditandatangani oleh pembeli dengan pemaju sebelum ini
diiktiraf.
Dua beranak
tipu pembeli rumah ditahan 07/09/1993 BH
JOHOR BAHRU, Isnin - Polis menahan dua beranak pada 30 Ogos lalu kerana
dipercayai terbabit menggunakan dokumen dan pelan bangunan palsu untuk
memperdayakan pembeli rumah kedai di Kota Tinggi dan Pasir Gudang dekat sini.
Sekurang-kurangnya sembilan ahli perniagaan setakat ini dilaporkan menjadi
mangsa penipuan dua beranak itu, membabitkan lebih RM100,000.
200 tidak
dapat CF ... 07/09/1993 HMBy Rosli Abu Hasan
KUALA LUMPUR: Kegagalan menyiapkan longkang besar seperti yang disyaratkan
dalam pelan asal perumahan oleh pemaju, Jaya Ternak Sdn Bhd, menyebabkan 200
pembeli rumah Fasa 1 Taman Pandan Mewah di sini, gagal mendapat Sijil
Kelayakan Menduduki (CF) walaupun rumah berkenaan siap sepenuhnya Januari
lalu. Seorang pembeli, Noriah Abdul Talib, yang menyesali tindakan pemaju
terbabit mendakwa kegagalan itu menyebabkan beliau tidak dapat menduduki
rumah berkenaan yang dibeli pada 1990.
Pembeli rumah
dakwa tertipu 07/09/1993 HM By Awie Mat
SKUDAI: Lebih 17,000 pembeli rumah dan rumah kedai Taman Sri Puteri di sini
mendakwa ditipu oleh pemaju kerana kawasan perumahan itu tidak mempunyai
jalan masuk. Yang Dipertua Komiti Sementara taman perumahan itu, Dr Wan Ali
Wan Mat, berkata mengikut pelan yang terkandung dalam perjanjian jual beli,
ada jalan masuk dari Lebuh Raya Johor Bahru-Senai ke taman berkenaan.
400 rumah sah
tiada CF 17/09/1993 HM By Saniboey Mohd Ismail
SENAI: Kira-kira 400 unit rumah yang dibina oleh sebuah syarikat pemaju
perumahan di Taman Senai Jaya di sini disahkan tidak mempunyai Sijil
Kelayakan Menduduki (CF) sejak ia dibina kira-kira dua tahun lalu. Ini
bermakna penghuni rumah terbabit tidak mempunyai sebarang perlindungan
insurans sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran.
Pusat Giat
Mara terbengkalai
10/09/1993
BH By Zulkofli Jamaludin
MUAR, Khamis - Pembinaan Pusat Giat Mara di tapak Industri Tanjung Agas di
sini terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu kerana kontraktor gagal
menyiapkan projek itu mengikut jadual. Masalah itu menyebabkan matlamat
Mara melatih pelatih Bumiputera di pusat berkenaan yang dijadualkan siap
awal tahun ini tidak dapat diteruskan.
3 projek
besar siap tahun depan 09/09/1993
BH
BUTTERWORTH, Rabu - Tiga projek pembangunan terbesar di Seberang Jaya dan
Prai menelan belanja lebih RM24 juta dijangka siap pertengahan tahun depan.
Projek itu ialah Kompleks Balai Bomba di Kawasan Perindustrian Prai,
Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kompleks Balai Polis di
Jalan Tun Hussin Onn yang sebelum ini terbengkalai.
Penilaian
tender kurangkan projek sakit 19/09/1993 BM
KUALA TERENGGANU: Pengenalan sistem penilaian tender yang lebih ketat
sejak 1991 dapat mengurangkan jumlah projek pembangunan kerajaan yang
menghadapi masalah pembinaan atau disifatkan sebagai projek sakit.
Timbalan Ketua Pengarah I, Jabatan Kerja Raya, Datuk Omar Ibrahim berkata,
34 peratus daripada 1,101 projek kerajaan pada tahun 1991 diklasifikasi
sebagai projek sakit tetapi jumlahnya jatuh kepada 25 peratus tahun lalu.
PKNS mungkin wajibkan cukai
tanah pangsapuri
20/09/1993 BH
KUALA LUMPUR, Ahad - Kira-kira 25,000 pembeli pangsapuri milik Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mungkin terpaksa membayar cukai tanah
walaupun mereka belum diberi hak milik berasingan. PKNS kini sedang
mengkaji kemungkinan mengenakan cukai itu kerana terpaksa membayar cukai
tanah ke atas semua 120 lot kawasan pangsapuri yang dimajukannya sejak
1976.
Penduduk belum dapat CF
20/09/1993 BH
MUAR, Ahad - Seratus keluarga di Taman Garuda di sini, terpaksa membayar
bil air di antara RM30 dan RM70 sebulan bagi bekalan air yang disalurkan
dari rumah penghuni di Taman Tun Syed Nasir sejak menduduki rumah masing-
masing setahun lalu. Pembeli rumah di taman itu tidak mendapat bekalan air
kerana Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS) belum mengeluarkan Sijil Layak
Menduduki (CF) untuk membolehkan mereka memasuki rumah masing-masing.
Call for
provision to protect house buyers 21/09/1993 BT
A PROVISION in the Housing Development Act must be introduced if house
buyers are to receive adequate protection against unscrupulous housing
developers, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Abu
Hassan Omar. "There are on-going discussions on the matter with the
Housing and Local Government Ministry and the Housing Developers
Association of Malaysia because we have lately received many complaints
from house buyers who were cheated by developers," he said. The ministry
will also refer the matter to the local governments for their
consideration.
Projek rumah murah Serom
Empat terbiar 21/09/1993 BH
MUAR, Isnin - Lebih 90 peratus daripada rumah kos rendah di Serom Empat
dekat sini belum diduduki walaupun sudah dilengkapi kemudahan asas,
termasuk elektrik dan air sejak setahun lalu. Tinjauan Berita Harian
mendapati hanya 11 keluarga menduduki rumah masing-masing yang siap sejak
dua tahun lalu dan selebihnya enggan berpindah kerana tidak mampu membayar
pinjaman bank kira-kira RM200 sebulan.
Ubah suai akta untuk
lindung pembeli rumah 21/09/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
sedang berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi
mengatasi masalah pembeli rumah yang ditipu oleh pemaju perumahan.
Menterinya, Datuk Abu Hassan Omar, berkata satu akta mungkin perlu bagi
melindungi pembeli rumah.
Kewangan punca projek gagal
23/09/1993 BH By Salmi Yusof
ALOR STAR, Rabu - Kira-kira 40 peratus daripada projek perumahan yang
diluluskan di negeri ini sejak tujuh tahun lalu belum siap. Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahman Ibrahim,
berkata kajian awal mendapati masalah kewangan menjadi punca utama
kebanyakan pemaju gagal menyiapkan projek mengikut jadual.
Pemaju tidak tepati janji!
25/09/1993 HM By Rosli Abu Hasan
KUALA LUMPUR: Tiga puluh sembilan keluarga setinggan di Kampung Selamat,
Hulu Klang, yang masih belum mendapat lot tapak rumah yang dijanjikan oleh
sebuah syarikat pemaju ketika mengambil alih tanah mereka, menghadapi
kemungkinan diusir pada bila-bila masa sahaja. Pemaju berkenaan dikatakan
berjanji akan memberi setiap keluarga setinggan yang terbabit satu lot
tapak rumah, wang perpindahan RM2,100 dan sewa lori ketika berpindah,
tetapi sehingga kini masih ada penduduk yang belum mendapatnya.
Project under
probe
27/09/1993 MM
A RM5.7 million Seri Segambut housing project is under investigation after its
two developers accepted bookings from buyers although one has no licence and
the other's licence expired two years ago. The developer with the expired licence
started the project but later went into a joint venture with the unlicensed
developer.
Green
development' ruling
27/09/1993 NST
KAJANG, Sun. - The Cabinet has approved a ruling requiring developers
to submit maps to the Housing and Local Government Ministry detailing the topography
of project sites to prevent indiscriminate felling of trees and to protect water
resources. Housing and Local Government Minister Datuk Ting Chew Peh said today
the maps would help towards minimising the impact of construction on the environment.
Pemaju perlu
sedia peta khas
27/09/1993 BH By Faizal Fadzil
KAJANG, Ahad - Kabinet mengarahkan pemaju yang mahu melaksanakan projek
pembangunan menyediakan peta khas kawasan yang dibangunkan untuk memudahkan
pemeriksaan penebangan hutan berlebihan. Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkatadalam mesyuarat dua minggu lalu,
Kabinet memutuskan semua pemaju perumahan menyediakan peta khas kawasan
pembangunan yang dilukis di atas kertas surih.
Kesal sikap
sambil lewa pemaju 28/09/1993 HM
KUALA LUMPUR: Penduduk Blok A12, Seksyen 10 Wangsa Maju, kesal dengan sikap
sambil lewa pemaju terhadap kerja menyenggara sistem pembentungan di kawasan
mereka. Mereka mendakwa masih tertanya-tanya pihak manakah yang
bertanggungjawab terhadap tugas itu, sama ada masih lagi di bawah pengurusan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau sudah diserahkan sepenuhnya kepada
pemaju, Projek Genting Klang (PGK).
Beli rumah:
Usaha elak penipuan
29/09/1993 BH By Lichong Angkui
KUALA LUMPUR, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju perumahan yang mengutip
wang pendahuluan daripada pembeli sebelum perjanjian jual beli
ditandatangani. Menterinya, Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata banyak kes
seumpamanya dilaporkan di seluruh negara sejak akhir-akhir ini dan
sebahagian pemaju sudah dikenakan tindakan undang-undang.
Rumah: Banyak
pemaju elak peraturan 29/09/1993 BH
BUTTERWORTH, Selasa - Banyak pemaju enggan membina lebih daripada 149 rumah
bagi projek di kawasan perbandaran Seberang Prai kerana ingin mengelakkan
peraturan mengenainya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP),
Zakaria Bakar, berkata MPSP kurang senang dengan perkembangan itu dan akan
menyiasat bagi memastikan pemaju membina rumah murah mengikut jumlah yang
ditetapkan.
547 keluarga
dapat rumah percuma
30/09/1993BH By Khalid Amin
SHAH ALAM, Rabu - Sebanyak 547 keluarga yang tinggal di rumah murah Seksyen
16 di sini, akan menerima rumah baru secara percuma bagi menggantikan rumah
mereka yang tidak selamat didiami kerana tanah mendap. Pegawai Perhubungan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Wazir Abdul Ghani, berkata
perbadanan itu bersetuju membina 547 unit rumah bagi membolehkan penduduk
terbabit berpindah ke kawasan lebih selamat di Seksyen 20.