-
Rumah murah belum siap 15/01/2000 BH By Penduduk Labis
LANGKAH kerajaan memastikan setiap pemaju perumahan menyediakan rumah kos
rendah bagi setiap projek wajar dipuji. Malangnya ada pemaju yang tidak peka
hal ini. Ini kerana rumah kos sederhana dan mahal dapat disiapkan tetapi
rumah murah terbengkalai. Rumah bukan kos rendah sudah diduduki hampir
setahun manakala rumah kos rendah tidak diselesaikan pembinaannya.
-
Dangerous `play pool' sealed
01/02/2000 NST-CITY By Josephine Santiago
RESIDENTS at Taman Pusat Kepong, worried over the abandoned carpark project
which has turned into a dangerous "play pool" for children, are relieved as
the developer has sealed and covered the entrances, exits and holes of the
whole place. The developer, MBf Property Services, at a cost of RM50,000,
began work to seal the holes with cement layers last December and had
completed the work recently.
-
Joint action on project
12/02/2000 MM
BUYERS of units in the abandoned Taman Pusat Kepong will hand a memorandum
to Housing and Local Government Minister Datuk Ong Ka Ting to highlight
their plight. In a statement, Federal Territory MCA's Youth vice-chairman
Yee Poh Ping, who is adviser for the group, said construction work on the
project had stopped more than three years ago.
-
Pemaju tak siap flet ikut
jadual 14/02/2000 HM By Azwani Abdul Ghani
PETALING JAYA: Sasaran menjadikan Selangor sebagai negeri bebas setinggan
pada 2005 tidak mungkin tercapai jika banyak pemaju perumahan gagal
menyiapkan rumah dalam tempoh ditetapkan. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco)
Selangor, Datuk Mokhtar Dahlan, berkata kegagalan pemaju menyiapkan rumah
dalam tempohnya bukan saja melambatkan penempatan semula setinggan, malah
sepanjang masa itu memudaratkan lagi masalah sampingan seperti banjir kilat
yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
-
Waiting for his new condo unit
19/02/2000 MM By Rosma Omar; Harny Abu Khair
* HAVING already paid 30 per cent of the purchase price for a condominium in
Sentul, Abdul Samad is wondering when the project will be completed. He says
he bought the condominium in 1996 from the developer, Sentul Raya Sdn Bhd,
and was told that the project would be completed in two years.
-
Pembeli rumah kesal projek
belum mula
26/02/2000
BH By Teh Kean Kiat
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pembeli rumah pangsa kos rendah di Lingkaran Nur
Kajang, di Batu 11 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat, di sini, kecewa sikap
pemaju yang masih belum memulakan projek pembinaan walaupun tarikh siap
sepatutnya awal tahun lalu. Kawasan dua blok rumah pangsa kos rendah
bernilai RM31,000 hingga RM33,000 itu sehingga kini masih dipenuhi
semak-samun. Setiap blok setinggi lima tingkat itu mengandungi 80 unit.
-
Proton City project not
abandoned: Mahaleel
11/03/2000 BT
PERUSAHAAN Otomobil Nasional Bhd (Proton) said it has not abandoned the
shelved Proton City project that will house the company's second assembly
plant. Chief executive officer Tengku Datuk Mahaleel Tengku Ariff said the
company has invested too much in the project to abandon it.
-
Projek perumahan terbengkalai
13/03/2000
BH By Anak Jati
SAYA sedar isu pembinaan perumahan di Kampung Tongod, Kinabatangan bukan
perkara baru bagi masyarakat kampung ini, apatah lagi, kepada pihak yang
bertanggungjawab. Namun tindakan untuk mengotakan janji dalam hal ini
seolah-olah sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak berkenaan mungkin
disebabkan masalah pengurusan ataupun pihak berkenaan hendak mempersendakan
masyarakat di kawasan pedalaman ini. Penduduk kampung ini memohon pihak
bertanggungjawab khasnya wakil rakyat kawasan ini dapat mengatasi kesulitan
kami demi kepentingan dan kebajikan bersama.
-
Pembeli rumah hadapi masalah 15/03/2000 BH By Suhaily Hassan
SAYA mewakili rakan-rakan adalah pembeli rumah kos rendah di sebuah taman
perumahan di Jitra, Kedah. Jual-beli rumah ini berlaku hampir dua tahun lalu.
Ini adalah projek terbengkalai. Pengurusan projek ini kemudiannya diambil
alih oleh sebuah syarikat untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai itu untuk
dijual dan sekali gus menjadi penyelamat kepada projek ini. Syarikat baru
itu dengan penuh dedikasi menyiapkan kerja yang terbengkalai itu dan
menawarkan kepada pembeli yang berminat. Rungutan kami ialah: * Selepas dua
tahun, syarikat belum selesai memulangkan deposit pembeli sedangkan urusan
jual-beli sudah diselesaikan.
-
Pemaju lembap punca setinggan
menderita
15/03/2000 HM
KUALA LUMPUR: Sikap pemaju yang lewat membangunkan 1,900 rumah di Wangsa
Maju di sini, menyebabkan lebih 1,000 penduduk setinggan Kampung Pasir
Wardieburn terpaksa menetap di rumah panjang di kawasan berkenaan sejak
1983. Keadaan itu menyebabkan penghuni terpaksa hidup serba kekurangan
walaupun pemaju pernah berjanji untuk membina rumah segera sebagai syarat
pemindahan.
-
Tapak kondo dipenuhi sampah
23/03/2000 HM
AMPANG: Masalah tapak pembinaan Kondominium Menara Ampang Ria, di sini, yang
dipenuhi sampah dan semak samun sejak ditinggalkan membimbangkan penduduk
sekitar. Wakil MCA cawangan Ampang Jaya, semalam, turun padang melawat
kawasan di sekitar Ampang Jaya, di sini, yang bermasalah termasuk tapak
pembinaan terbabit.
-
Truants courting danger at
abandoned site
25/03/2000 MM By Sam Cheong
SOME pupils are skipping school to get wet and wild at the basement of an
abandoned construction site in Sentul. Following a tip off, The Malay Mail
checked Lot 39-47 at Jalan Kovil Hulu, Sentul, yesterday.
-
Payment made but no sign of
work done 27/03/2000 MM By Alina Simon; Rosma Omar
AFTER purchasing a terrace factory in the North Port Technology Zone, Khoo
was informed by her financier, Citibank Bhd that progress payment was made
in October last year for foundation and footing works done. But when she
visited the site recently, she was surprised to see that little had been
done
-
Tabung perumahan diperlukan
29/03/2000 BH
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meminta kerajaan
mengadakan kembali tabung untuk membiayai projek perumahan terbengkalai
kerana 158 projek dilaporkan masih memerlukan bantuan.
-
SBJ labur RM50j biayai 8
projek
05/04/2000 BH
SBJ Binajaya Development Sdn Bhd (SBJ) mengukuhkan kedudukan dan
keunggulannya sebagai syarikat pemaju perumahan terkemuka di Kelantan ketika
ini apabila terus berkemampuan melaksanakan pelbagai projek perumahan di
seluruh Kelantan walaupun dalam kegawatan ekonomi dua tahun lalu. Prestasi
dan rekod pelaksanaan projek yang baik dapat dilihat apabila SBJ berjaya
menyiapkan setiap projek perumahan atau membaik pulih pelbagai projek
perumahan terbengkalai di negeri ini mengikut jadual.
-
30 buyers seeking refund of
deposit
11/04/2000 NST-CITY By Josephine Santiago
ABOUT 30 purchasers of lots in an abandoned light industrial factory project
in Jinjang Utara want their 10 per cent deposit back from the developers.
They also want the banks which had provided the end-financing to forego the
accumulated interest on their loans.
-
10 tahun rumah masih tak siap
27/04/2000 HM By Salmi Musa
KAJANG: Projek perumahan teres dua tingkat Taman Kantan di sini, yang
terbengkalai lebih 10 tahun lalu, kini menghantui pembeli kerana terpaksa
menyewa walaupun membuat bayaran balik pinjaman perumahan. Masalah itu
semakin membimbangkan pembeli kerana pemaju belum mengambil tindakan
walaupun beberapa aduan dikemukakan kepada mereka.
-
Sambung projek terbengkalai
29/04/2000 HM
KUALA LUMPUR: Pemaju projek perumahan teres dua tingkat Taman Kantan Permai
yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu akan menyambung semula kerja pembinaan
berkenaan. Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Kantan Permai, Mohd Isa Mohd
Nasir, berkata beliau sudah berunding dengan pemaju mengenai masalah itu,
baru- baru ini.
-
Pembeli rumah teraniaya
01/05/2000
BH By Insan Teranaiya
SAYA dan keluarga berasa dianaya oleh pemaju perumahan. Sebenarnya bapa saya
membeli sebuah rumah di kawasan Seremban. Taman perumahan itu sudah lama
terbengkalai. Akibatnya kami dan pembeli lain menjadi mangsa. Bapa saya
membeli rumah itu ketika beliau masih berkhidmat dalam tentera lagi. Kalau
tidak silap saya bapa saya membeli rumah itu pada 1985 atau 1986. Apa yang
mengejutkan, ketika bapa saya pergi melawat rumah itu pada 27 Februari lalu
pemaju memberitahu kami sudah boleh duduk di rumah itu selepas membayar wang
pendahuluan air dan elektrik.
-
EPU diminta kaji semula projek
05/05/2000
BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Unit Perancang Ekonomi (EPU) diminta mengkaji semula
projek pembangunan di Kampung Abdullah Hukum dekat sini, yang masih
tertangguh pelaksanaannya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Shahrizat Jalil berkata kajian itu bagi memastikan sama ada pemaju
terbabit masih berminat dan berkemampuan melaksanakan projek itu.
-
Abandoned project revived
18/05/2000 MM By Meor Shariman
THREE years, six chances and after paying more than half the project's cost
of RM2.5 million. That was how long it took to convince the Hulu Langat
Drainage and Irrigation Department (DID) to take a fresh contractor to
revive the abandoned RM2.5 million longhouse project in Ampang Campuran.
-
This pool's not for swimming
18/05/2000 MM By Azlan Ramli
UNWANTED "swimming pool" - this huge pool of water, the size of a football
field, is a potential danger to the public (above right). Located at the
abandoned Mont'Kiara Specialist Centre, it is actually the centre's
foundation.
-
Pemaju diberi amaran keras
19/05/2000 HM By Nazura Ngah
PETALING JAYA: Pemaju di Kampung Baiduri, Taman Medan, di sini, diberi
tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menyiapkan pelan pembangunan di
kawasan berkenaan yang membabitkan pembinaan 30 peratus rumah kos rendah
daripada keseluruhan projek perumahan. Sekiranya pemaju gagal berbuat
demikian, kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan tanah kawasan itu
untuk dibangunkan kediaman selesa bagi 1,200 keluarga di situ.
-
Perak allocates land for
sidelined house-buyers 19/05/2000 BT
PERAK has agreed to set aside 15ha as alternative residential plots for 156
buyers of low-cost homes auctioned off without their knowledge by a
developer of a failed project in Bandar Baru Slim River. According to a
committee set up to claim the homes they had paid for 13 years ago, Menteri
Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali promised the alternative plots during a
meeting with committee members in Ipoh last month.
-
Bukit Tupah project revived
26/06/2000 NST By Zubaidah Abu Bakar
ALOR STAR, Sun. - The Kedah Government is reviving the Bukit Tupah
agro-tourism park project, scrapped by former Menteri Besar Tan Sri Sanusi
Junid five years ago, but at double the original cost. The project, renamed
the Kedah Resort City, will cost RM1.5 billion compared to RM750 million in
1994.
-
Backbencher supports house
buyers' demo
29/06/2000 NST
A BARISAN Nasional backbencher drew a glare from Chief Minister Tan Sri Dr
Koh Tsu Koon when the latter expressed support for a demonstration by buyers
of a stalled housing project outside the State Legislative Assembly building
on Monday. Lim Gim Soon (MCA-Kampong Kolam) said he had even encouraged the
demonstrators to protest outside the Chief Minister's office.
-
Jacnic pulih projek
terbengkalai
14/07/2000 BH
JACNIC Property Sdn Bhd (JPSB), anak syarikat milik Jacnic Worldwide Sdn Bhd,
melabur RM5 juta dalam projek sulungnya untuk membangunkan semula projek
taman perumahan terbengkalai di Peringat, dekat Kota Bharu, Kelantan.
Syarikat itu yang ditubuhkan Oktober tahun lalu yakin akan memperoleh
keuntungan setimpal menerusi pelaburannya selepas beberapa bulan
menganalisis potensi projek terbabit.
-
Tabung projek rumah
terbengkalai dihidup semula 21/07/2000
BH
PETALING JAYA, Khamis - Tabung Projek Perumahan Terbengkalai yang
dimansuhkan Bank Negara pada 1992 akan dihidupkan semula bagi membolehkan
157 projek terbengkalai dipulihkan semula. Persetujuan untuk menghidupkan
semula tabung itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, semalam.
-
Jual rumah kepada pembeli
kedua 21/07/2000 HM By Fazallah Pit
KLANG: Pemaju projek perumahan Taman Seri Aman, Kampung Idaman, Pandamaran
dekat sini, didakwa menjual satu lot rumah kepada lebih daripada seorang
pembeli. Syarikat perumahan yang berpejabat di Petaling Jaya itu didakwa
menjual separuh daripada 63 rumah di projek perumahan yang terbengkalai
sejak 1997 kepada pembeli kedua.
-
Govt to revive rehab fund for
abandoned housing projects
21/07/2000 BT By Kamarul Yunus
A TOTAL of 46 abandoned housing projects in Peninsular Malaysia will be
given a new lease of life following the Cabinet's decision last Wednesday to
revive the Rehabilitation Fund for Abandoned Housing Projects. Housing and
Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting said the ministry had
submitted the proposal to assist these 46 abandoned but viable projects to
the Cabinet in May.
-
63 housebuyers left in the
lurch
21/07/2000 MM By B. Suresh Ram
SINCE 1977, 63 buyers have been through nightmares trying to get their dream
houses ready. Twenty-three years later, the owners - already in their 40s
and 50s from the low or middle-income group - have yet to move into their
double-storey link-houses in Taman Sri Aman, Kampung Idaman, Pandamaran,
Klang.
-
`I'm only a contractor'
21/07/2000 MM
JUST a contractor, not a developer. In a telephone interview yesterday,
Integrated Land Resources Sdn Bhd director K. Balachandran said he was never
engaged as a developer but a contractor to continue work abandoned by the
previous developers.
-
Melaka tamat kontrak 10 pemaju
rumah
22/07/2000 BH By Rahman Hashim
SELANDAR, Jumaat - Lebih 10 pemaju perumahan terpaksa ditamatkan kontrak
perjanjian kerana kegagalan mereka memulakan projek pembinaan di negeri ini,
pada tempoh ditetapkan. Kerajaan negeri menamatkan semua kontrak perjanjian
itu supaya projek perumahan, khususnya rumah kos rendah, yang sudah
diluluskan dapat dibina dan disiapkan mengikut jadual.
-
Move to revive fund for
abandoned housing lauded
22/07/2000 NST
MINISTER of Housing and Local Government Datuk Seri Ong Ka Ting's
announcement that the fund for abandoned housing projects will be revived
has brought cheer to some 9,331 purchasers who bought houses in 46 projects
that were abandoned by their developers. The fund is to be used to complete
13,855 units of housing at a cost of RM1.3 billion in projects, which the
Government has earmarked for revival.
-
235 vote to revive project on their
own
14/08/2000 The Star
Two hundred and thirty five of the 320
buyers who turned up for a forum on the stalled Taman Terubong Indah
(Majestic Heights) Phase I project at Dewan Tunku in Komtar voted to revive
the project themselves.
-
Buyers of abandoned project to
take legal action against developer 14/08/2000
NST
PENANG, Sun. - The 1,557 buyers of the abandoned Taman Terubong Indah
(Majestic Heights) housing project in Jalan Paya Terubong may take action to
wind up the developer, Majestic Heights Sdn Bhd. Most of the buyers opted
for this option which was one of the three presented to them by the Majestic
Heights Purchasers' Ad-hoc Committee today.
-
Tapak binaan terbengkalai jadi
kolam talapia
19/08/2000 BH
SEREMBAN, Jumaat - Tapak pembinaan terbengkalai di pusat bandar ini yang
dipenuhi air seperti kolam bersaiz Olimpik kini bertukar menjadi kolam ikan
tilapia. Ikan itu dikatakan menggemari jentik-jentik nyamuk yang mudah
membiak dalam keadaan air bersih dan tenang.
-
More buyers send out 'SOS'
29/08/2000 The Star
Buyers of yet another stalled project on the island have called on the
Government to help them out of their dilemma. Taman Cemerlang Purchasers
Committee chairman Y. S. Chang urged the authorities to look into the matter
as many buyers were affected by the repeal of the Rent Control Act.
-
Projek kondo terbakar kali
kedua
09/09/2000 HM
SEBUAH projek kondominium terbengkalai dalam pembinaan semula di
persimpangan Jalan Kaloi dan Jalan Kurau, Bangsar terbakar bagi kali kedua
dalam tempoh dua minggu. Dalam kebakaran kira-kira jam 3.50 petang semalam,
perancah konkrit di tingkat lima bangunan itu terbakar dipercayai berpunca
daripada kerja memotong besi cerucuk tiang dan lantai konkrit.
-
Tarley Enterprise to revive
housing projects
21/09/2000 NST
SEREMBAN, Wed. - House buyers in abandoned housing projects here can now
breathe a sigh of relief. Tarley Enterprise Sdn Bhd which recently
relaunched the Taman Bukti Setia project at Ampangan, a project to develop
68 units of houses abandoned in 1984, is now gearing to take on more such
projects.
-
Housing project abandoned
22/09/2000 MM By Rosma Omar; Sushma Veera
HIS BROTHER was told that the house would be completed in July last year.
But he was disappointed when the developer constructing the double- storey
link house project abandoned it half-way.
-
Tragedi: 3 dihempap konkrit
26/09/2000
BH
BUTTERWORTH, Isnin - Tiga rakan karib maut selepas dihempap tiga konkrit
seberat kira-kira empat tan setiap satu di sebuah tapak projek terbengkalai
di Bandar Sunway, Seberang Jaya, dekat sini, petang ini. Mangsa dikenali
sebagai Mohd Safuan Sebian, 12; Mohd Shukri Nordin, 14, dan Mohd Azman
Ibrahim, 15, yang menetap di kawasan perumahan `Sembilang', kira-kira
setengah kilometer dari tempat kejadian.
-
110 projek tidak menguntungkan
27/09/2000 BH By Ismail Mat
MUAR, Selasa - Sejumlah 110 projek perumahan di seluruh negara yang
terbengkalai ketika negara mengalami kegawatan ekonomi baru-baru ini,
didapati tidak berpotensi untuk dimajukan semula. Setakat ini, hanya 40
projek didapati berpotensi diteruskan dan sudah dicadangkan kepada Bank
Negara Malaysia (BNM) untuk dipulihkan menerusi peruntukan Tabung Pemulihan
Perumahan Terbengkalai (TPPT).
-
Tiada tanda amaran punca tapak
projek diceroboh
27/09/2000 BH
BUTTERWORTH, Selasa - Pemaju tapak projek terbengkalai di Bandar Sunway,
Seberang Jaya, dekat sini, tempat tiga rakan karib terkorban akibat dihempap
tiga kepingan konkrit seberat kira-kira 12 tan, semalam, dipercayai tidak
mengambil langkah keselamatan termasuk menyediakan papan tanda melarang
penceroboh memasuki kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Seberang Jaya, Dr Radin Muhd Amin Radin Hadi Munir, berkata selain papan
tanda, pemaju juga dikatakan tidak menempatkan pengawal keselamatan di
kawasan berkenaan.
-
Residents plagued by mosquito
menace
09/10/2000 MM By Dennis Chua
WHEN one lives in Jalan Galloway close to an abandoned 26-storey building
project, mosquito nets, mats and repellant are a must. The road is off Jalan
Pudu behind the Swiss Garden Hotel.
-
Abandoned building an eyesore,
attracts trespassers
18/10/2000 NST
INDIFFERENT ... The developer of this abandoned commercial project in Bayan
Baru, Penang, has shown total disregard to the State Government's recent
directive. Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon had directed that all
abandoned construction sites be fenced up to check against trespassing,
especially by children.
-
Money to be made from
abandoned projects
25/10/2000 BT By Zety Fazilah Baharuddin
UNITED Malayan Land Bhd (UMLand) believes there is money to be made through
abandoned projects. The company, which recently acquired an abandoned
project at Bukit Ceylon in Kuala Lumpur, said acquiring such a project would
save it from the cost of developing the land and also the initial
infrastructure. UMLand general manager Lau Boon Hau said the abandoned
project in Bukit Ceylon should save at least RM10 million of the total
project development cost.
-
Errant developers to surrender
land
02/11/2000 NST
SHAH ALAM, Wed. - The Selangor Government has sent out letters to 70
developers of its intention to take back land given to them for development
three years ago. Menteri Besar Datuk Dr Mohd Khir Toyo said the letters were
sent out last week and the land would be taken back in stages.
-
Abandoned homes to be occupied
soon
13/11/2000 MM By Badrolhisham Bidin
THE long-abandoned low-cost housing project in Batu 17, Rawang, will finally
be occupied soon. After more than two years of tug-of-war on who should be
alloted the units, the authorities finally came up with a list of lucky
squatters in Selangor.
-
Allan kecewa rumah belum siap
13/12/2000 BH By Saufi Hamzah
ALLAN Chia, pemenang hadiah permainan sempurna dalam Kejohanan Terbuka
Antarabangsa Malaysia Mac tahun lalu, begitu kecewa kerana rumah dua tingkat
berharga kira-kira RM355,000 yang dimenangi masih belum siap sepenuhnya.
Sehingga kini, bekas pemain kebangsaan itu hanya menerima surat perjanjian
jual beli pada April tahun ini daripada pemaju yang bertanggungjawab membina
rumah berkenaan di kawasan Lembah Beringin.
-
Flet tak siap-siap 20/12/2000 HM By Ramlah Zainal
WANGSA MAJU: Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Pasir Wardieburn dan Danau
Kota di sini mendesak pemaju menyiapkan projek rumah pangsa kos rendah yang
terbengkalai sejak enam tahun lalu. Pengerusi Penyelaras Pembangunan
Masyarakat Gabungan Penduduk Kampung Pasir Wardieburn dan Danau Kota, Mohd
Liza Kudin, berkata projek rumah pangsa 20 tingkat itu dimulakan sejak 1994
dan sepatutnya siap tiga tahun kemudian.
-
1,000 keluarga hampa tunggu
rumah pangsa
20/12/2000 BH By Kandau Sidi
KUALA LUMPUR, Selasa - Penantian lebih 10 tahun memiliki rumah sendiri masih
kabur bagi lebih 1,000 keluarga di Kampung Pasir, Setapak dekat sini apabila
projek rumah pangsa yang sepatutnya diduduki pada 1997, masih terbengkalai.
Pengerusi Penyelaras Pembangunan Masyarakat Gabungan Penduduk Kampung Pasir,
Mohamed Liza Kudin berkata, paling mengecewakan pemaju seolah-olah cuba
menyembunyikan sesuatu apabila enggan menjelaskan kedudukan sebenar projek
berkenaan.
-
Projek perumahan terus
terbengkalai 27/12/2000 HM By Ahmad Naim Tahir
BATU PAHAT: Hasrat pembeli sebuah projek perumahan di Rengit, dekat sini
untuk melihat projek terbabit disambung semula mungkin terjejas berikutan
kegagalan mengesan semua pembelinya bagi penubuhan sebuah jawatankuasa
bertindak. Ini kerana beberapa pembeli yang mengemukakan masalah mereka
kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran menubuhkan
jawatankuasa berkenaan untuk memudahkan sebarang urusan.