-
Desakan campur
tangan BH 08/01/1994
JOHOR BAHRU, Khamis - Lebih 400 pembeli rumah projek perumahan Taman Dewan
Jaya dekat sini yang terbengkalai mahu Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan
Tempatan negeri campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu. Langkah itu
perlu berikutan kebanyakan pembeli mendakwa masing-masing mengalami kerugian
di antara RM40,000 dan RM60,000 kerana bayaran itu dianggap lupus berikutan
pemajunya tidak dapat dikesan, manakala projek itu sudah diambil alih oleh
pemegang amanah.
-
10 tahun projek
perumahan tak siap HM 14/01/1994
SEBUAH projek perumahan di Tanjung Agas, Muar masih terbengkalai sejak 10
tahun lalu. Projek swasta itu sebenarnya sudah dipulihkan dua tahun lalu dan
keseluruhan unit rumahnya juga sudah disiapkan.
-
A glimmer of hope for Taman
Puteri Wangsa house buyers
NST-SSPEC 14/01/1994 By Ravi Nambiar
THE story of the ill-fated Taman Puteri Wangsa house buyers is one of untold
misery and long-suffering. They are a tenacious lot, undaunted by the
prospect of never getting their dream houses in a project which has been
abandoned since 1986.
-
Buyers wait for news of
abandoned project
MM 17/01/1994
ALTHOUGH the Taman Rampai low-cost flats project in Ampang has been
abandoned since 1987, buyers still have hopes of living in their dream house
some day or at least getting a refund of their down payments. The project,
which was supposed to include three blocks of five-storey flats selling at
RM20,000 per unit, was abandoned by the developer, Syarikat Malba Sdn Bhd,
seven years ago at the height of the recession.
-
Janda kecewa
rumah tidak siap BH 18/01/1994
MERSING, Isnin - Impian seorang janda, Halimah Bakar, 44, untuk tinggal di
rumah sendiri belum tercapai kerana bakal rumahnya yang dibina menerusi
Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh penduduk kampungnya belum
siap sepenuhnya. Beliau kecewa kerana projek di Kampung Sawah Datuk, dekat
sini masih terbengkalai, walaupun hampir setahun di bina secara
gotong-royong.
-
28 projek rumah
terbengkalai BH 26/01/1994
MENGGATAL, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal
pasti 28 projek perumahan terbengkalai membabitkan 4,275 unit rumah di
seluruh negeri sepanjang tahun lalu. Menterinya, Datuk Joseph Kurup, berkata
daripada jumlah itu, pihaknya berjaya memulihkan tujuh projek perumahan,
termasuk Taman View Point, Menggatal yang disiapkan oleh KC Project
Management Services Sdn Bhd.
-
Developer to revive abandoned
project
NST 27/01/1994
PPH DEVELOPMENT Sdn Bhd, a subsidiary of Public Packages Holding Bhd, will
be reviving the abandoned Perdana Mutiara Project in Penang including 1,040
units of low and medium cost flats in the area. Its executive director,
Datuk Ali Esa, said this was made possible with the company's recent
acquisition of a 51 per cent stake in Pembenaan Fungsi Baik Sdn Bhd, the
developer of 108 hectares land in Sungai Ara and Kampung Perlis in Bayan
Lepas.
-
Nasib pembeli
rumah di Taman Dagang HM 28/01/1994 By Norah Haron
Saudara Pengarang, SEBAGAI seorang daripada 246 pembeli rumah teres dua
tingkat, Fasa Tiga Taman Dagang di Ampang yang berharga RM55,000 seunit,
saya amat kecewa kerana rumah yang dibeli sejak 1986 itu masih belum boleh
diduduki. Ini kerana projek itu terbengkalai selama hampir lapan tahun dan
setelah menghadapi masalah demi masalah, akhirnya dengan bantuan kerajaan
menerusi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPT), rumah berkenaan
dijangka dapat disiapkan akhir tahun lalu.
-
Pemaju batalkan
perjanjian jual beli
BH 29/01/1994 By Insan Malang
SAYA membeli rumah kos rendah di Senai Johor Bahru pada 1987. Projek itu
terbengkalai menjelang 1989. Gaji saya dipotong sebanyak RM122.61. Pada
tahun selanjutnya projek itu disambung semula. Apabila siap 95 peratus
pemaju perumahan membatalkan perjanjian jual beli.
-
Pembeli bosan
kerenah pemaju HM 01/02/1994
KUALA LUMPUR: "Sudah bayar hampir lapan tahun tapi belum boleh pindah."
Begitulah keluhan pembeli rumah di Taman Wilayah, Selayang dekat sini
terhadap janji manis pemaju selama ini.
-
Projek tak siap HM 03/02/1994 By Rosli Abu Hasan
KUALA LUMPUR: Pembeli rumah pangsa Pangsamurni Titiwangsa, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) di Lorong Kiri 5, Jalan Keramat di sini kesal kerana
projek itu masih belum siap walaupun sudah menjangkau lima tahun. Kebanyakan
pembeli sudah mula hilang sabar dan berasa hairan bagaimana perkara ini
boleh terjadi.
-
8 tahun rumah
masih tidak boleh diduduki BH 07/02/1994 By Roslan Hashim
SAYA adalah antara 246 pembeli rumah teres dua tingkat fasa tiga sebuah
taman perumahan di Ampang, Selangor. Saya membeli rumah itu dengan harga
RM55,000 pada 1986. Sehingga sekarang, rumah itu masih belum boleh diduduki.
Projek yang dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju itu terbengkalai hampir
lapan tahun. Setelah menghadapi masalah demi masalah, akhirnya kerajaan
memberi bantuan melalui projek pemuliharaan tabung rumah terbengkalai. Rumah
itu dapat disiapkan pada tahun lalu.
-
Mayor: 318 abandoned houses
completed and sold
NST 07/02/1994
IPOH, Sun. - More than 300 terrace houses in Taman Perpaduan which were
abandoned halfway have been completed and sold, Datuk Bandar Datuk Ismail
Shah Bodin said today. The houses, which were built as part of the
threephase project which started in 1980, were abandoned eight years ago,
and housebuyers were in a fix as to whether the project would be completed.
-
New lease of life for
abandoned building
NST-CITYX 11/02/1994
PLAZA Tunku Yaacob at Lebuhraya Darul Aman in Alor Star, which has been
abandoned for nearly nine years, has been reconstructed. The reconstruction
work is undertaken by a local developer, Cayman Development Sdn Bhd.
-
Pembeli rumah
minta bantuan
BH 26/02/1994 By Shariffudin Mohamed
KUANTAN, Jumaat - Nasib pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru yang
terbengkalai setahun lalu di Peramu, Pekan, 50 kilometer dari sini,
terumbang-ambing berikutan tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Akhbar
ini pernah menyiarkan keresahan mereka pada November tahun lalu apabila bank
mengambil tindakan menuntut pembayaran balik pinjaman diteruskan tanpa
mengira projek itu siap atau tidak.
-
Bila lagi nak siap?
HM 09/03/1994 By Hamid Karim
KLANG: Skim Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) masih gagal menepati
matlamatnya kerana ada di antara projek yang disenaraikan menerima kemudahan
skim itu, masih terus terbiar. Kegagalan itu dikatakan berpunca daripada
kurangnya pengawasan pihak berkuasa, termasuk kegagalan syarikat yang
dilantik sebagai penanggung sementara untuk menyelia kerja pemulihan.
-
Projek terbengkalai
BH 11/03/1994 By Bertindak Untuk Kepentingan Bersama
BILAKAH projek perumahan Taman Changkat Jering yang terbengkalai sejak
beberapa tahun lalu dapat disiapkan? Saya difahamkan pemaju mendapat bantuan
untuk memulihkan semula projek itu pada 1993.
-
House buyers in dire straits
MM 15/03/1994
SIXTY-THREE investors from Klang, who initiated a housing project in 1979,
are now poorer by up to RM30,000 each after three contractors abandoned the
scheme. The victims appeal to the Housing and Local Government Ministry to
help them revive the project as they are in dire need of homes.
-
Taman Rampai
akan dilelong BH 26/03/1994 By Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi
KUALA LUMPUR, Jumaat - Sebanyak 225 pembeli rumah kos rendah di Taman Rampai,
Ampang dekat sini, mungkin tidak dapat menduduki rumah mereka kerana pemaju
perumahan terbabit meninggalkan projek itu sebelum siap sepenuhnya.
Bagaimanapun, Bank Negara melalui Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT)
bersetuju untuk melelong tapak projek itu pada 7 April depan, dalam usaha
mencari pemaju lain yang mampu meneruskan projek yang terbengkalai sejak
1986 itu.
-
Lelong projek
HM 26/03/1994
KUALA LUMPUR: Bank Negara menerusi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT)
akan melelong projek rumah pangsa kos rendah di Taman Rampai, Ampang yang
terbengkalai sejak lapan tahun lalu, pada 7 April depan.
-
Pembeli rumah
terkejut HM 06/04/1994 By Jamaludin Husin
MUAR: Beberapa pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman Seri
Bahagia di Tanjung Agas di sini terkejut kerana mereka diminta membayar
RM873 kepada peguam yang menguruskan projek berkenaan. Mereka hairan kerana
sebelum ini peguam yang sama sudah meminta RM120 daripada pembeli ketika
menandatangani perjanjian dengan pemaju pada 1984.
-
Booked flat sold to two others
MM 08/04/1994 By V. Vasudevan
AFTER nearly 10 years of waiting for his low-cost flat in Taman Kobena
Cheras, a technician found that the unit he had booked with a RM1,000
deposit had also been sold to two other people! Encik Ahmad Astor Awaluddin
was told of this after he went to the National Youth Co-operative (Kobena)
office to establish payment schedules as the abandoned scheme was being
revived.
-
Rumah
terbengkalai jadi sarang penagih HM 09/04/1994
KLUANG: Lebih 15 rumah kedai dan 35 rumah teres tiga bilik yang terbengkalai
di Kilometer 6, Jalan Kluang-Mersing dekat sini, kini dijadikan sarang
penagih dadah. Beberapa penduduk di Taman Okid berhampiran kawasan perumahan
itu mendakwa penagih menjadikan rumah terbengkalai itu sebagai markas mereka
sejak lebih setahun lalu.
-
10 projek
perumahan terbengkalai BH 14/04/1994 By Laila Halilah Nasir
AMPANG, Rabu - Lebih 10 projek perumahan di kawasan ini dilaporkan
terbengkalai, sesetengahnya sejak lebih lapan tahun lalu, kata Ahli Parlimen
Ampang, Ong Tee Keat. Menurutnya, projek perumahan terbabit terbengkalai
berikutan kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1986 dan 1987.
-
Five housing projects revived
By Ramlan Said
NST-CITYX 14/04/1994
FIVE abandoned housing projects, involving low- and medium-cost units, have
been revived in Ampang Jaya. Ampang Jaya Member of Parliament Ong Tee Kiat
said this was made possible with loans from the special fund set up by the
Government to revive abandoned housing projects.
-
Abandoned project in PD to be
revived
NST 14/04/1994
SEREMBAN, Wed. - An abandoned project comprising a new town centre and
tourist site, located on a 100-hectare reclaimed land in Port Dickson, will
be revived. Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad said today that
Port Dickson Development Sdn Bhd, a subsidiary of Safuan Group, had agreed
to develop the area.
-
7 projek
perumahan dipulihkan BH 19/04/1994
KOTA KINABALU, Isnin - Kerajaan negeri sedang memulih dan menyiapkan tujuh
daripada 28 projek perumahan yang dikenal pasti terbengkalai di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee berkata, ketujuh-tujuh projek
perumahan yang akan dipulihkan itu mengandungi 1,091 unit rumah membabitkan
perbelanjaan RM84 juta.
-
30 projek rumah
murah terbengkalai BH 20/04/1994
JOHOR BAHRU, Selasa - Lebih 30 projek perumahan kos rendah di Johor gagal
disiapkan atau terbengkalai sejak beberapa tahun lalu berikutan tindakan
pemaju yang tidak bertanggungjawab atau bermasalah. Pengerusi Persatuan
Pembeli Rumah Daerah Johor Bahru, Ng Ching Sea, berkata kejadian itu tidak
akan berlaku jika kerajaan lebih tegas serta mengawasi kegiatan pemaju
terbabit.
-
28 abandoned Sabah housing
projects saved
NST 20/04/1994
KOTA KINABALU, Tues. - The State Government has revived and completed seven
of 28 abandoned housing projects in Sabah, Deputy Chief Minister Datuk Yong
Teck Lee said. The seven housing projects comprised 1,091 houses, valued at
RM84 million.
-
Sunrise Park is not by Sunrise
Bhd
NST-CITYX 21/04/1994
SUNRISE Park in Jalan Merdeka, Ampang, one of the five abandoned housing
projects revived in Ampang Jaya recently, is not associated with property
developer Sunrise Bhd. In a statement, Sunrise Bhd executive chairman Datuk
Alan Tong Kok Mau said he wished to avoid any confusion by reiterating that
Sunrise Park was not developed by the company.
-
Twin-City project revived
BT 22/04/1994
THE Perak State Development Corporation (PSDC) has appointed a company to
revive the RM40 million Twin-City project in Ipoh which was abandoned a
decade ago. Perak Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib said yesterday the
company was awarded the project over several others at the PSDC board of
directors' meeting yesterday. Work on the project near the State Secretariat
in Jalan Sultan Abdul Aziz will begin in June, he told reporters. Ramli, who
is PSDC chairman, however, did not name the company. The company will have
to settle the outstanding debts of Straits Four Holdings Sdn Bhd, which was
awarded the project in 1984 but abandoned it two years later after it ran
into financial trouble. - Bernama
-
Township project to be revived
after 10 years
NST 22/04/1994
IPOH, Thurs. - After being abandoned for almost 10 years due to the
recession, the controversial RM40 million Bandar Bercantum project on Jalan
Raja Musa Aziz will finally be revived and developed according to its
original layout plan by a local company. Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah
Talib, who is also the Perak State Development Corporation (PSDC) executive
chairman, said the PSDC decided at its board meeting today to award the
contract to the company.
-
Kerajaan negeri tiada kuasa
pulih projek
BH 23/04/1994
SEGAMAT, Jumaat - Kerajaan Johor tidak mempunyai kuasa untuk memulihkan
kira-kira 100 projek perumahan swasta yang terbengkalai di negeri ini, sejak
beberapa tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
negeri, Datuk Bahari Haron, berkata kerajaan negeri hanya boleh memberikan
khidmat nasihat kepada pemaju terbabit supaya mengusahakan semula projek itu
hingga siap.
-
Pembeli
merungut HM 28/04/1994 By Jamaludin Husin
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai di Taman
Seri Bahagia Tanjung Agas di sini, merungut kerana dikehendaki membayar
khidmat guaman yang tinggi. Jurucakap pembeli, Shamsiah Idris, mendakwa
setiap pembeli dikenakan bayaran di antara RM1,000 dan RM1,500 bagi
membolehkan mereka menandatangi surat hak milik di Pejabat Tanah dan Daerah.
-
Pemaju gagal
siap rumah HM 28/04/1994 By Saari Sanif
KLANG: Pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya, dekat sini kesal
dengan sikap pemaju perumahan itu yang gagal menyiapkan rumah mereka lebih
dua tahun lalu. Mereka juga risau apabila tiada tanda menunjukkan pemaju
akan menyiapkan kira-kira 460 rumah kos rendah dan sederhana di situ.
-
End to five-year wait MM 30/04/1994
TAMAN DAGANG housebuyers finally received their house keys yesterday - after
waiting for five long years. Buyers of the Phases 2A and III in Ampang of
the residential area were presented with the keys by Deputy Prime Minister
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-
Menara Maju
beri jaminan siapkan rumah HM 05/05/1994
KLANG: Koperasi Menara Maju memberi jaminan akan menyiapkan projek perumahan
Taman Menara Maju Shahbandar Raya di sini yang terbengkalai sejak dua tahun
lalu. Pengerusinya, V Govindaraj, berkata projek yang sudah dibina 80
peratus itu akan diteruskan mulai minggu ini dan dijangka siap Julai ini.
-
Keris
Properties baiki Taman Central BH 07/05/1994 By Azmi Md Deros
KERIS Properties Sdn Bhd (Keris Properties) yang dipertanggungjawabkan oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi memulihkan Taman Central di
Ipoh, Perak, akan melabur kira-kira RM100 juta untuk berbuat demikian. Taman
Central yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Bercantum, terbengkalai
sejak 10 tahun lalu dan dijadualkan siap menjelang 1996 membabitkan dua fasa
berasingan.
-
184 pemaju
rumah gagal buka akaun BH 09/05/1994 By Ebi Azly Abdullah
KUALA LUMPUR, Ahad - Seratus lapan puluh empat pemaju perumahan di seluruh
negara dikenal pasti gagal membuka Akaun Pemaju Perumahan (APP) sejak arahan
mengenainya dikuatkuasakan tiga tahun lalu. Berikutan itu, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata kerajaan akan
mendakwa mendakwa pemaju terbabit tidak lama lagi setelah mereka diberikan
waktu secukupnya untuk mematuhi arahan itu.
-
216 projek
rumah terbengkalai dipulih BH 11/05/1994
KERAJAAN berjaya memulihkan 216 daripada 434 projek perumahan terbengkalai
setakat Disember tahun lalu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Osu Sukam. Menjawab soalan Senator Sri Sarasa Pasamanickam, beliau
berkata 33 projek kini sedang peringkat pembinaan manakala 124 projek lain
didapati tidak sesuai dipulihkan kerana kekurangan pembeli.
-
Tindakan pemaju
dikesali HM 16/05/1994
BANDAR PUSAT JENGKA: Kira-kira 500 pembeli rumah kos sederhana Taman Pusat
Jengka dekat sini, kesal dengan tindakan pemaju yang didakwa menghilangkan
diri menyebabkan pembinaan rumah berkenaan terbengkalai.
-
Pemaju tabur
janji palsu
HM 24/05/1994 By Saari Sanif
KLANG: Pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya di sini kesal
dengan sikap pemaju terbabit yang masih gagal menyiapkan rumah mereka
walaupun sudah berjanji berbuat demikian, akhir Julai ini. Pemaju taman
perumahan itu berjanji menyiapkan projek perumahan itu pada 5 Mei lalu
melalui akhbar ini, tetapi sehingga sekarang masih belum memulakan kerja
membaiki dan menyiapkan projek yang terbengkalai sejak lima tahun lalu.
-
Pemaju gagal
siapkan projek HM 27/05/1994
MUAR: Seramai 34 pembeli rumah kos rendah di sebuah projek perumahan swasta
di pekan Pagoh dekat sini kecewa dengan sikap pemaju yang gagal menyiapkan
mengikut jadual. Mereka yang sepatutnya menduduki rumah berkenaan tahun lalu
kini terpaksa tinggal di rumah sewa manakala yang lain menumpang di rumah
orang tua atau keluarga.
-
MPAJ sudah beri
CF Mac lalu BH 31/05/1994
KUALA LUMPUR, Isnin - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah memberi
Sijil Layak Menduduki (CF) sementara bermula 31 Mac lalu kepada projek
Perumahan Sunrise Park yang terbengkalai sejak 1986. Ahli Parlimen Ampang,
Ong Tee Kiat berkata, CF sementara itu untuk tempoh selama enam bulan
berakhir sehingga 30 September depan.
-
Empat syarikat minat majukan
Seri Iskandar
BH 01/06/1994
EMPAT syarikat yang disenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berminat
memajukan Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Tengah yang terbengkalai sejak 15
tahun lalu. Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata syarikat
terbabit sudahpun mengemukakan permohonan untuk membangunkan kawasan seluas
1,214 hektar di bandar itu.
-
Perak to revive several
abandoned projects
BT 08/06/1994
SEVERAL viable major development projects abandoned in Perak due to
recession in the 1980s will be relaunched, Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah
Talib said in Ipoh yesterday. Among the projects are the Greentown new
township which includes development of shopping complexes and hotels. The
multi-million-ringgit project was abandoned when the developer, Pan Global
Sdn Bhd, ran into financial difficulties.
-
Pembeli kecewa
rumah tak siap
HM 09/06/1994 By Jamaludin Husin
PAGOH: Seramai 34 pembeli rumah kos rendah di pekan ini kecewa dengan sikap
pemaju swasta kerana gagal menyiapkan pembinaan projek perumahan mengikut
jadual. Projek perumahan pelbagai jenis itu dimulakan awal 1990 dan dijadual
siap sebelum akhir 1992 lalu, tetapi sehingga kini masih terbengkalai.
-
Penduduk
bimbang wujud kegiatan negatif HM 09/06/1994
PENDUDUK pekan Pagoh bimbang kerana beberapa rumah kos rendah di projek
terbengkalai di pekan itu dijadikan tempat belia berkumpul pada waktu petang
dan malam. Mereka bimbang belia terbabit menjadikan rumah berkenaan sebagai
tempat melakukan kegiatan tidak dingini, termasuk menghisap dadah.
-
Cadang ambil tindakan
undang-undang
HM 09/06/1994
BEBERAPA pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai di pekan Pagoh
bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju projek berkenaan
kerana gagal menyiapkan rumah mengikut jadual. Mereka sudah berunding dengan
peguam masing-masing bagi menentukan saluran undang-undang untuk mendakwa
pemaju serta menuntut ganti rugi berdasarkan perjanjian yang ditandatangani
kedua-dua pihak pada 1990.
-
Projek
terbengkalai: MDKKU rugi BH 13/06/1994
KUALA KRAI, Ahad - Majlis Daerah Kuala Krai Utara (MDKKU) menanggung
kerugian besar berikutan terbengkalainya kerja pembinaan projek perumahan
serta kemudahan asas di Bandar Baru Taman Sri Guchil, di sini, sejak tujuh
tahun lalu. Banyak tapak perumahan yang disediakan di bandar baru itu masih
kosong, manakala pasar yang mengandungi kira-kira 180 gerai banyak mengalami
keretakan dan bocor serta sekitarnya terbiar ditumbuhi semak samun.
-
Auction shock
MM 13/06/1994
SEVENTY-FIVE buyers of the abandoned Taman Alam Jaya commercial centre
project in Cheras are in the process of losing their property after they
found out that their units are to be auctioned off. The 75 buyers, who
bought their property in 1986, were shocked to find out that several finance
companies were auctioning off their 30 units of shop lots, apartments and
offices.
-
Projek
perumahan terbengkalai boleh dipulihkan
HM 06/07/1994
KLANG: Pembeli rumah Taman Menara Maju, Shahbandar Raya di sini yakin projek
perumahan yang terbengkalai itu boleh dipulihkan jika Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi serta institusi kewangan sanggup bekerjasama. Pengerusi
jawatankuasa bertindak pembeli rumah taman itu, Jamallullail Sulaiman,
mendakwa projek itu terbengkalai semata-mata kerana kelemahan pihak
pengurusan pemaju, iaitu Koperasi Menara Maju.
-
1,350 penghuni
minta dikeluarkan CF BH 19/07/1994
JOHOR BAHRU, Isnin - Lebih 1,350 penghuni Taman Dewan Jaya di sini mahu
pihak berkuasa tempatan segera mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk
rumah mereka yang sudah disiapkan sendiri, sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Taman Dewan Jaya, Saadon Mohd
Rais, berkata semua penghuni terbabit terpaksa menyiapkan rumah sendiri
berikutan dibiarkan terbengkalai oleh pemaju.
-
Pembeli rumah
bawa kes ke mahkamah BH 26/07/1994
SUBANG, Isnin - Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Taman Setia Warisan, di
sini, akan membawa kes rumah mereka yang terbengkalai sejak 1989 ke mahkamah.
Pengerusi jawatakuasa itu, Masri Suramin, 46, berkata pembeli mempunyai hak
berbuat demikian seperti tercatat di dalam borang perjanjian.
-
Pensioner pleads for help to
lower loan repayment
NST 01/08/1994 By K.K.N.
I APPLIED for a housing loan from the Government in 1985 when I was still
teaching. The amount was RM85,000 and together with mortgage insurance, it
amounted to RM103,000. The HLD paid out RM49,360 to the developer as
progress payment and RM18,567 to the MNI for insurance coverage.
Unfortunately, the housing project was abandoned and to date it still
remains so.
-
Liquidator told to hold
meeting of creditors
NST 02/08/1994
IPOH, Mon. - The High Court has ordered the provisional liquidator of
Straits Four Holdings Sdn Bhd, which had orginally undertaken the
development of Bandar Bercantum commercial centre, to hold a general meeting
of the creditors at the Official Receivers' Office at 10am on Sept 9. The
provisional liquidator is also to submit a report as to the conduct of the
liquidation of Straits Four Holdings to date and the steps taken with regard
to the transfer or vesting of the assets of the company into his hands to
protect the interests of the creditors.
-
Be patient, housebuyers told
MM 03/08/1994 By Kamarulzaman Salleh
TAMAN PELANGI housebuyers in Sikamat, Seremban, have been urged to be
patient as work to revive the once abandoned project is progressing
smoothly. The developer, Mow Seng Housing and Land Development Sdn Bhd, said
the project is 65 per cent complete with all houses already built.
-
Projek
terbengkalai sarang penagih HM 06/08/1994
MAJLIS Daerah Batu Pahat Timur (MDBPT) perlu bertindak terhadap pemaju yang
tidak menyiapkan empat blok bangunan rumah di kawasan perumahan Taman Desa,
Yong Peng. Ketua kampung kawasan Temehel, Kamari Tokiman, berkata projek
yang terbiar itu kini menjadi sarang penagih dadah dan persembunyian
pendatang tanpa izin yang bekerja di kawasan berhampiran.
-
20 keluarga
pindah HM 06/08/1994 By Noor Sham Saleh
PETALING JAYA: Jumlah keluarga yang menduduki rumah pangsa di PJS 8/4,
Bandar Sunway di sini, meningkat daripada satu keluarga dua bulan lalu
kepada 20 keluarga walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum dikeluarkan.
Rumah pangsa lima tingkat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
itu yang siap empat tahun lalu terbiar begitu saja kerana pembinaannya tidak
mengikut pelan ditetapkan dan menyukarkan pemberian CF.
-
Pembeli lega
pemaju siapkan rumah
BH 18/08/1994
KUALA LUMPUR, Rabu - Lebih 200 pembeli rumah di Taman Setia Warisan dekat
Kampung Melayu Subang, lega berikutan jaminan pemaju untuk menyiapkan projek
itu selewat-lewatnya akhir tahun ini selepas terbengkalai sejak 1989. Pemaju
terbabit, Sri Rambai Sdn Bhd, membuat jaminan itu selepas mengadakan
perbincangan dengan kontraktor baru, Prime Development Sdn Bhd, baru-baru
ini.
-
Negri revives nine housing
projects
NST 19/08/1994
SEREMBAN, Thurs. - The Negri Sembilan Government has successfully revived
nine abandoned housing projects comprising 1,063 units. Menteri Besar Tan
Sri Mohamad Isa Abdul Samad said efforts were being made to revive another
14 projects with 3,217 units.
-
Pemaju diarah
bersih semak
HM 24/08/1994
YONG PENG: Majlis Daerah Batu Pahat Timur (MDBPT) sedang menghubungi pemaju
projek Taman Desa di Jalan Yong Peng Labis di sini, supaya membersihkan
semak-samun di kawasan projeknya yang terbengkalai. Setiausahanya, Abdul
Rashid Abd Rahman, berkata jika pemaju enggan mematuhi arahan dalam tempoh
yang ditetapkan, MDBPT akan membersihkannya tetapi kosnya mesti ditanggung
oleh pemaju terbabit.
-
228 projek
rumah dipulihkan BH 29/08/1994 By Ebi Azly Abdullah
KUALA LUMPUR, Ahad - Sejumlah 228 projek perumahan terbengkalai membabitkan
41,823 unit rumah di seluruh negara, berjaya dipulihkan semula melalui
bantuan kerajaan dengan kos RM2.3 bilion, sejak lima tahun lalu. Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata ini
bermakna 30,489 pembeli mendapat manfaat daripada projek pemuliharaan yang
dimulakan pada 1989 itu.
-
RM2.3bn housing projects
revived BT 29/08/1994 By Hamisah Hamid
ABANDONED private housing projects valued at RM2.28 billion have been
rehabilitated over the last five years, Housing and Local Government
Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said yesterday. This significantly reduced
the number of abandoned housing projects to 90, which are in the process of
being rehabilitated. As at the end of June this year, 228 of the 442
abandoned housing projects identified as at June 1989 have been
rehabilitated while 124 projects have been written off.
-
60 projek rumah
belum siap
HM 29/08/1994
KUALA TERENGGANU: Lebih 60 projek perumahan membabitkan lebih 1,000 unit
rumah kos sederhana dan mewah di seluruh negeri, terbengkalai dengan
sebahagian besar diusahakan oleh pemaju Bumiputera. Sebahagian besar projek
itu terbengkalai kerana tidak banyak pemaju Bumiputera yang mampu
mengendalikan projek dengan sempurna serta kewangan yang terbatas.
-
RM384 juta
untuk pulih 98 projek BH 01/09/1994 By Lichong Angkui
KUALA LUMPUR, Rabu - Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) meluluskan
98 projek terbengkalai untuk dipulihkan membabitkan bantuan kewangan
sebanyak RM384.5 juta sehingga 31 Julai lalu. Dalam tempoh yang sama,
sejumlah 45 projek ditolak manakala 52 projek lagi ditarik balik oleh
kerajaan negeri atas beberapa sebab tertentu, termasuk berjaya dipulihkan
menerusi cara lain tanpa bantuan TPPT.
-
TPPT terima 269
permohonan pulihkan projek BH 05/09/1994
TABUNG Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) diperkenalkan oleh kerajaan dua
tahun lalu menerima 269 permohonan untuk memulihkan projek perumahan
terbengkalai seluruh negara. Daripada jumlah itu, 266 permohonan dibincang
dan 98 daripadanya diluluskan, manakala 68 didapati tidak layak mendapat
bantuan, 45 ditolak, tiga ditangguhkan pertimbangan dan 52 permohonan
ditarik balik oleh pemohon.
-
RM53.9j untuk
pulih projek BH 13/09/1994
SEREMBAN, Isnin - Pinjaman sejumlah RM53.9 juta dikeluarkan melalui Tabung
Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) Bank Negara dan Tabung Pemulihan
Usahawan (TPU), untuk membantu memulihkan 20 projek perumahan terbengkalai
di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata, setakat
ini 10 projek perumahan terbengkalai membabitkan 1,963 unit rumah kos rendah
dapat dipulihkan, manakala 10 projek lain, iaitu 1,878 unit rumah kos rendah,
dalam pelbagai peringkat pembinaan.
-
25 projek rumah
gagal HM 16/09/1994 By Rosli Abu Hasan
KUALA KRAI: Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 25 projek perumahan
yang diusahakan oleh pihak swasta di negeri ini terbengkalai sejak beberapa
tahun lalu. Semua projek itu membabitkan lebih 1,000 unit rumah terutamanya
membabitkan kos rendah.
-
Rumah belum
siap HM 27/09/1994
PENDUDUK Kampung Kuala Tahan Seberang meminta kerajaan mempercepatkan
pembinaan rumah di Kampung Tersusun Kampung Padang yang terbengkalai sejak
beberapa tahun lalu.
-
Projek rumah
terbengkalai tiga tahun BH 27/09/1994
TINGGAL ... sebahagian daripada projek perumahan Taman Pulai Baru, di
Kampung Kepayang (gambar) kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Ipoh
terbengkalai disebabkan pemajunya gagal menyiapkan projek itu. Ia
terbengkalai sejak lebih tiga tahun lalu kini ditumbuhi rumput dan semak
samun.
-
Pembeli rumah, pamaju digesa
berbincang
BH 30/09/1994
KAMPAR, Khamis - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew
Peh mengarahkan pembeli rumah Taman Emas dekat sini berbincang dengan pemaju
perumahan terbabit untuk menyelesaikan masalah projek perumahan mereka yang
terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Katanya, mereka juga mesti berbincang
dengan pihak bank yang menguruskan pinjaman perumahan berkenaan untuk
mencari jalan penyelesaian.
-
400 penghuni
kecewa projek rumah terbengkalai HM 04/10/1994
KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 pembeli rumah pangsa kos sederhana Keramat Jaya
2, kesal kerana projek itu `terbengkalai' sejak lebih dua tahun lalu. Mereka
yang kebanyakannya setinggan di Jalan Kent 2, mendakwa projek itu sepatutnya
siap dua tahun lalu mengikut perjanjian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).
-
1,069 rumah
murah terbengkalai di Kulai akan dipulih BH 06/10/1994
JOHOR BAHRU, Rabu - Kerajaan akan memulihkan 1,069 unit rumah kos rendah di
Kulai, dekat sini yang terbengkalai pembinaannya serta menimbulkan pelbagai
masalah kepada pembeli terutama yang sudah membuat pembayaran. Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron,
berkata kerajaan juga akan memulihkan 576 unit rumah di Taman Senai Jaya,
Kulai dan 493 unit di Taman Jelita, Senai.
-
Flats buyers get their dues
MM 06/10/1994
THE 338 buyers of City Hall's Keramat Jaya 2 flats will be compensated for
late delivery. The amount covers from the date the sale and purchase
agreement was signed to the day vacant possession was handed over to buyers.
-
Pemilik rumah
piket HM 19/10/1994
KLANG: Lebih 100 pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya dekat
sini berpiket, semalam mendesak pemaju menyiapkan projek perumahan yang
terbengkalai sejak enam tahun lalu. Projek perumahan kos rendah dan
sederhana mengandungi 484 unit itu, berharga di antara RM25,000 dan RM70,000
setiap satu, kebanyakan sudah 80 peratus siap.
-
Pemaju didakwa
tipu 201 pembeli rumah BH 15/11/1994
TAWAU, Isnin - Sebuah syarikat pemaju perumahan yang berpejabat di sini
didakwa menipu 201 pembeli rumah membabitkan pemilik tanah di kawasan
perumahan Taman Bintang Kilometer 6.4 Jalan Sin Onn dekat sini. Seramai 31
pembeli berkumpul di hadapan pejabat syarikat pemborong pembangunan Leau
King Doo di Jalan Bakau sebagai membantah kecuaian pemaju terbabit
melaksanakan projek perumahan berkenaan.
-
Buyers to engage a lawyer
MM 15/11/1994 By Pauline Almeida
MORE than 200 buyers of an abandoned project comprising flats and shophouses
in Taman Rampai, Ampang, have decided to engage a lawyer to handle their
case. This was the last resort since they have not heard or received
satisfactory replies from relevant parties despite writing to them.
-
Selangor paling
banyak rumah terbengkalai BH 18/11/1994
SEBANYAK 90 projek perumahan masih terbengkalai sehingga 30 Jun lalu, kata
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Dr Jeffrey
Kitingan. Perlis mempunyai empat projek terbengkalai, Kedah (enam), Pulau
Pinang (sembilan), Perak (11), Selangor (15), Wilayah Persekutuan (tiga),
Negeri Sembilan (sembilan), Melaka (dua), Johor (sembilan), Kelantan (enam),
Terengganu (enam) dan Pahang sebanyak 10 buah.
-
Action to revive housing
project
NST-CITYX 24/11/1994 By L.H. Lim
EIGHTY-NINE buyers of houses in the abandoned housing project of Taman Pasir
Emas in Jalan Sungai Chua, Kajang, are relieved that Bank Negara has stepped
in to revive the project. The project, which started in 1987, was abandoned
midway following which the buyers formed an action committee to deal with
the developers to revive the project.
-
Projek rumah
kos rendah: DBKL gagal tunai janji HM 29/11/1994
KUALA LUMPUR: Pembinaan projek rumah pangsa kos rendah dan sederhana di
Keramat Jaya di sini belum diteruskan walaupun pemajunya, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) berjanji untuk mengatasi masalah itu dua tahun lalu.
Keadaan itu membimbangkan hampir 400 pembeli rumah itu yang menunggu lebih
empat tahun lalu untuk memiliki rumah berkenaan.
-
400 pembeli
kecewa HM 02/12/1994 By Omar Azman
MARAN: Lebih 400 pemohon rumah projek perumahan swasta di sini kesal kerana
rumah mereka gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Kebanyakan pemohon
ialah kakitangan kerajaan, sebilangan kecil kakitangan swasta dan guru.
-
Empat projek
terbengkalai HM 02/12/1994
EMPAT projek perumahan swasta di sekitar bandar Maran di sini gagal
disiapkan oleh pemaju dalam tempoh ditetapkan. Projek itu ialah Taman Sri
Teladas, Taman Sri Desa TSD berhampiran Kampung New Zealand, Taman Wahida
dekat Kampung Bintang dan Taman Muda Jaya tidak jauh dari Felda Bukit Tajau.
-
Pembeli kena tipu HM 07/12/1994 By Razali Zakaria; Norliza Abdullah
KUALA LUMPUR: Pihak tertentu yang mendakwa sebagai pegawai dari Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dipercayai terbabit menipu hampir 30
pembeli apabila menawarkan rumah kos rendah yang terbengkalai kepada orang
ramai. Pihak terbabit juga dikatakan meminta pembeli membayar wang
pendahuluan di antara RM500 dan RM2,000 tanpa memberi resit untuk memiliki
rumah yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu di Batu Arang dekat Rawang.
-
Pembeli dah
putus harapan HM 08/12/1994
PROJEK pembinaan 262 rumah murah di Batu Arang 2, di sini, yang terbengkalai
sejak lapan tahun lalu menyebabkan pembelinya sudah putus harapan untuk
memiliki rumah sendiri. Sejak projek itu dibangunkan hingga sekarang sudah
tiga kontraktor dilantik untuk mengendalikannya.
-
Project revived MM 08/12/1994 By Mimi Syed Yusof
SAFUAN PLAZA, the once abandoned project of the early 80s, is being revived
by its developer, Safuan Plaza Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of the
Safuan Group of Companies. With a total retail area of 7,000 square metres
and located in the heart of the Chow Kit area, the building comprises a
hotel, nine-storey shopping podium and a 25-storey tower.
-
Abandoned project completed
MM 13/12/1994
THE delayed Taman Angksa Mas low-cost housing project has been completed and
is awaiting the certificate of fitness (CF) from the Seremban Municipal
Council. The project, which started nine years ago, was abandoned three
years ago by the developer, Kemajuan Perumahan Serenggam Sdn Bhd.
-
90 projek rumah
gagal disiapkan BH 29/12/1994
SEBANYAK 90 projek perumahan masih terbengkalai membabitkan kewangan
bernilai kira-kira RM920 juta, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
-
Bank Negara
ambil alih Taman Rampai HM 29/12/1994
AMPANG JAYA: Projek pemulihan Taman Rampai di sini yang terbengkalai sejak
hampir 10 tahun lalu akan diambil alih oleh Bank Negara tahun depan bagi
memastikan ia tidak terus terbiar. Projek yang membabitkan 240 unit rumah
pangsa kos rendah dan lapan unit rumah kedai itu akan dilaksanakan melalui
Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPT) dengan mewujudkan TPPT Sdn Bhd.