Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail Contact

This website is
 sponsored.gif

banner.gif

Abandoned / Revived Projects
News (1996)

More Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 

  1. Projek terbengkalai 10 tahun BH 04/01/1996
    MASALAH SAYA mewakili pembeli rumah di sebuah taman perumahan di Kuantan dukacita terhadap wakil rakyat Beserah dan Ahli Parlimen Kuantan kerana tidak mengambil tahu masalah projek perumahan membabitkan 262 unit itu yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Setakat kini, belum ada usaha mengatasi masalah itu sedangkan pembeli terpaksa membayar pinjaman bank.

  2. RM4j pulih rumah kos rendah HM 13/01/1996
    TAIPING: Sejumlah RM4 juta diperlukan untuk memulihkan 247 unit rumah teres kos rendah di Kamunting yang terbengkalai pembinaannya sejak tujuh tahun lalu. Rumah terbabit di Taman Bistari, Kamunting Jaya, dekat sini dibina pada 1989 dan sepatutnya siap dan boleh diduduki pada 1990.

  3. 134 pembeli rumah minta bantuan Anwar  BH 16/01/1996
    MUAR, Isnin - Seramai 134 pembeli rumah projek perumahan Taman Sharifah, Bakri, dekat sini, masih menaruh harapan untuk tinggal di situ walaupun projek berkenaan terbengkalai sejak 17 tahun lalu. Mereka berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) Bank Negara, dapat membantu menyelesaikan masalah itu.

  4. 17 tahun tunggu rumah HM 16/01/1996 By Ismail Mat
    MUAR: Peruntukan tambahan RM2.5 juta dari Bank Negara sudah diperolehi manakala tiga daripada 134 pembeli sudah meninggal dunia, namun projek perumahan Taman Sharifah, Bakri dekat sini, masih gagal disiapkan sejak 17 tahun lalu. Malah kebanyakan pembeli sudah menjelaskan kira-kira 90 peratus daripada jumlah pinjaman institusi kewangan dan hanya perlu menunggu setahun dua lagi baki hutang masing-masing dilangsaikan.

  5. Rumah tak siap HM 16/01/1996
    MUAR: Peruntukan tambahan RM2.5 juta dari Bank Negara sudah diperolehi manakala tiga daripada 134 pembeli sudah meninggal dunia, namun projek perumahan Taman Sharifah, Bakri dekat sini, masih gagal disiapkan sejak 17 tahun lalu. Malah kebanyakan pembeli sudah menjelaskan kira-kira 90 peratus daripada jumlah pinjaman institusi kewangan dan hanya perlu menunggu setahun dua lagi baki hutang masing-masing dilangsaikan.

  6. Rumah terbengkalai disiasat BH 17/01/1996
    MUAR, Selasa - Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berjanji menyiasat segera kegagalan pemegang amanah meneruskan pembinaan projek perumahan Taman Sharifah di Bakri dekat sini, yang terbengkalai sejak 17 tahun lalu.

  7. 9 projek rumah dibaik pulih HM 27/01/1996 By Kamudin Bahrom
    KANGAR: Sembilan projek perumahan terbengkalai sejak beberapa tahun lalu membabitkan 1,068 unit dengan kos keseluruhannya RM64.5 juta di negeri ini akan dipulihkan tahun ini. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee berkata, antara projek dianggap terbesar ialah projek Taman Khas Melati di Beseri membabitkan rumah teres, rumah kedai, kos sederhana dan kos tinggi membabitkan sebanyak 326 unit.

  8. Pemaju 28 projek rumah disenaraihitam BH 30/01/1996
    KOTA KINABALU, Isnin - Sebanyak 28 projek perumahan dikenal pasti terbengkalai di seluruh negeri sejak 1986 dan pemajunya kini menghadapi tindakan untuk disenaraihitamkan. Sehubungan itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri akan meminta penjelasan daripada pemaju terbabit mengenai punca kegagalan menyiapkan projek itu.

  9. Rumah baru tak tentu siap HM 06/02/1996 By Adam Salleh
    HULU LANGAT: Hasrat 348 keluarga untuk tinggal di rumah baru di Taman Perkasa, Batu 12 di sini, terpaksa dilupakan kerana projek perumahan berhadapan Taman Dusun Nanding itu gagal disiapkan pemaju. Projek dalam tiga fasa dimulakan sejak 1986 itu terbengkalai kerana pemaju diisytiharkan bankrap, sebelum diteruskan oleh pemaju baru sejak 1989.

  10. Keluhan tak dipeduli HM 15/02/1996 By Azwani Abdul Ghani
    SELAYANG: Kira-kira 480 keluarga di Taman Wilayah di sini kesal dengan sikap pemaju seolah-olah tidak mendengar rintihan mereka mengenai masalah rumah di situ. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk Fasa 4 taman berkenaan, Omar Abdul Aziz, berkata masalah bermula apabila projek perumahan pada 1987 itu terbengkalai.

  11. TPPK bantu mangsa projek terbengkalai BH 13/03/1996
    MUAR, Selasa - Seramai 67 pembeli rumah Taman Syarifah, di sini, berpeluang memiliki semula rumah masing-masing, apabila Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPK) meluluskan peruntukan kira-kira RM2.5 juta untuk memulihkan projek berkenaan selepas tergendala pembinaannya lebih 16 tahun. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak pembeli rumah projek berkenaan, Taha Jaafar, berkata projek yang dibina pada tahun 1980 itu terbengkalai sehingga kini disebabkan masalah pemborong.

  12. RM2.5j pulih projek rumah HM 14/03/1996 By Jamaludin Husin
    MUAR: Seramai 67 pembeli rumah Taman Syarifah, di sini dijangka memiliki semula rumah masing-masing apabila Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPK) meluluskan peruntukan kira-kira RM2.5 juta untuk memulihkan projek itu selepas tergendala pembinaannya lebih 16 tahun. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah projek berkenaan, Taha Jaafar, berkata projek yang dibina pada 1980 itu terbengkalai sehingga kini disebabkan masalah kontraktor.

  13. 200 pembeli kesal rumah tidak siap HM 23/03/1996
    KOTA TINGGI: Lebih 200 pembeli rumah di Taman Mawai, Mukim Kota Tinggi, kira-kira lima kilometer dari sini, kecewa kerana pemaju gagal menyiapkan projek itu. Projek yang dilaksanakan oleh syarikat di Kota Tinggi itu terbengkalai sejak 15 tahun lalu.

  14. Pemaju pandai berjanji: Ong HM 03/04/1996 By Yusri Abdul Malek
    CHERAS: Seramai 47 pembeli rumah kos sederhana Fasa Tiga, Taman Kencana menanggung kerugian kerana terpaksa membayar hutang pinjaman bank dan sewa rumah berikutan projek itu gagal disiapkankan dalam tempoh yang ditetapkan. Projek itu yang dimulakan pada 1992 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan tetapi pemaju gagal menyiapkannya walaupun pembeli sudah membayar 10 peratus deposit untuk membeli rumah berkenaan.

  15. 197 gagal duduki rumah HM 21/05/1996 By Bakri Mohd Dahalan
    JOHOR BAHRU: Hasrat 197 pembeli rumah di projek perumahan Taman Gelang Mas, Gelang Patah, dekat sini untuk mendiami rumah sendiri masih tidak kesampaian berikutan kegagalan pihak pemaju menyiapkan projek perumahaan berkenaan kira-kira tujuh tahun lalu. Projek yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu itu kini terbiar dan ditumbuhi semak-samun.

  16. Projek Taman Sharifah siap tahun depan BH 31/05/1996
    MUAR, Khamis - Projek perumahan Taman Sharifah dekat Bakri di sini, yang terbengkalai sejak lebih 16 tahun lalu, dijangka dapat diduduki sebahagian pembelinya mulai pertengahan tahun depan. Setakat ini, pihak yang diberi tanggungjawab menyiapkan projek itu dengan peruntukan tambahan sebanyak RM2.5 juta oleh Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPT) Bank Negara sudah memulakan kerja pembinaan semula perumahan terbabit.

  17. 16 tahun tunggu rumah HM 31/05/1996 By Ismail Mat
    MUAR: Penantian selama lebih 16 tahun oleh pembeli projek perumahan Taman Sharifah, Bakri dekat sini untuk menduduki rumah masing-masing, dijangka hanya tercapai, pertengahan tahun depan. Ini kerana fasa pertama pembinaan semula projek itu dilaksanakan oleh kontraktor GMT Enterprise bagi pihak pemaju, Coopers & Lybrand (C&L), hanya dapat disiapkan dalam tempoh di antara enam hingga lapan bulan dari sekarang.

  18. Rumah terbengkalai tujuh tahun BH 11/06/1996  By Menunggu Derita
    KAMI adalah pembeli rumah kos rendah di Taman Maju Jaya Mukim Merlimau Daerah Jasin. Rumah itu bernilai RM25,000. Di sini pihak kami kecewa, hampa tidak puas hati kepada pemaju perumahan khasnya dan Kerajaan Negeri Melaka amnya.

  19. Tujuh tahun terbengkalai  HM 20/06/1996 By Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
    HULU LANGAT: Pembeli rumah di Taman Perkasa di sini yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu, mahu Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) campur tangan supaya pemaju terbabit segera menyiapkan rumah berkenaan. Kawasan terbabit mengandungi kira-kira 300 rumah kos rendah berharga RM25,000, terletak di Batu Lapan, di sini. Pembinaannya dimulakan pada 1987 dan dijangka siap dua tahun berikutnya.

  20. 10 tahun tunggu rumah murah siap BH 29/06/1996  By Pembeli Tertindas
    SAYA membeli sebuah rumah kos rendah di Taman Perkasa Batu 12, Jalan Hulu Langat, Selangor. Projek itu mempunyai 376 unit rumah kos rendah yang terbengkalai sejak 1986. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun begitulah kami bersabar menunggunya. Kini genap 10 tahun namun rumah itu belum boleh didiami. Setiap kali kami membuat pertanyaan kepada pemaju, jawapannya amatlah menggembirakan tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

  21. Pemaju, arkitek menghilang HM 13/07/1996 By Mustapha Ismail
    JOHOR BAHRU: Tindakan pemaju dan arkitek menghilangkan diri hingga sukar dikesan adalah antara punca utama kegagalan kerajaan negeri membantu menangani masalah projek perumahan terbengkalai di negeri ini. Lebih memburukkan keadaan apabila kuasa kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu adalah terhad kerana ia membabitkan soal perundangan dan peraturan dalam bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

  22. 14 tahun bergelap HM 19/07/1996  By Zainal Ahmad
    KOTA TINGGI: Sepuluh penduduk Taman Mawai di sini meminta Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) melonggarkan syarat bagi membolehkan mereka mendapat bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mereka kini masih menggunakan generator dan bateri untuk mendapatkan bekalan elektrik kerana taman itu belum mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) kerana pemaju gagal menyiapkan rumah itu yang terbengkalai sejak 14 tahun lalu.

  23. Indon ceroboh flet terbengkalai HM 20/07/1996
    GOMBAK: Pendatang asing dikatakan menceroboh dan mendiami sebuah flet terbengkalai yang belum siap sepenuhnya di Taman Greenwood di sini. Difahamkan, flet empat tingkat itu terbengkalai lebih setahun lalu selepas pihak berkuasa tempatan tidak meluluskan projek bangunan tinggi itu berikutan terletak di dalam kawasan taman perumahan rendah.

  24. Pemaju tidak tepati janji HM 22/07/1996 By Zainuddin Zain
    CHERAS: Lebih 100 pembeli rumah Taman Lingkaran Nur, Kilometer 19, Jalan Cheras di sini tidak dapat berpindah ke rumah baru selepas enam tahun membelinya apabila pemaju projek itu dikatakan `bermain tarik tali' dengan mereka. Pembeli rumah terbabit mendakwa mereka menandatangani perjanjian membeli rumah itu pada awal 1990, tetapi pemaju masih gagal menyiapkannya dalam tempoh dua tahun mengikut perjanjian itu.

  25. Pemaju digesa segera siapkan projek BH 30/07/1996
    KUALA LUMPUR, Isnin - Ahli Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Kiat mahu pemaju asal Taman Pandan Utama (dahulunya Taman Rampai Ampang), Malba Sdn Bhd, supaya segera menyiapkan 240 unit rumah pangsa kos rendah dan lapan unit rumah kedai yang terbengkalai, sejak sepuluh tahun lalu. Menurutnya, pemaju berkenaan gagal memulakan kerja pembinaan projek terbengkalai itu seperti dijanjikan tahun lalu.

  26. Pemaju diarah siapkan segera projek HM 30/07/1996
    AMPANG JAYA: Pemaju taman perumahan, Taman Pandan Utama (dulunya Taman Rampai Ampang) yang terbengkalai sejak sepuluh tahun lalu, diminta menyiapkan 240 unit rumah pangsa kos rendah dan lapan unit rumah kedai dalam tempoh sewajarnya. Ahli Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Kiat berkata pemaju itu sepatutnya mengotakan janji bagi memulakan kerja pembinaan projek terbengkalai itu, seperti dijanjikan tahun lepas.

  27. Still no home after 10 years MM 30/07/1996 By Aruna Balakrishnan
    AFTER waiting almost 10 years for the completion of the Taman Rampai low- cost flats, house buyers have lost their patience. The project consist of 240 units of low-cost flats and eight units of shophouses. The Sale & Purchase agreement was made in 1986 and it was scheduled to be completed in 1989.

  28. Lapan projek terbengkalai dipulih BH 01/08/1996
    KOTA KINABALU, Rabu - Lapan projek perumahan terbengkalai di Sabah membabitkan lebih 500 unit dikenal pasti oleh kerajaan negeri untuk dipulihkan, dalam usaha menyediakan kemudahan tempat tinggal selesa kepada rakyat. Projek memulihkan projek perumahan itu akan dilaksanakan oleh KKTP Sdn Bhd, syarikat yang diwujudkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri dengan kerjasama pemaju swasta.

  29. Gagal kesan pemaju HM 01/08/1996
    KUALA LUMPUR: Nasib pembeli rumah Taman Pandan Utama (dulunya Taman Rampai Ampang) yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu dijangka terus malang apabila pemaju perumahan berkenaan, tidak dapat dikesan. Keadaan itu dijangka menyebabkan kerja pemulihan 240 unit rumah pangsa kos rendah dan lapan unit rumah kedai yang terbengkalai tidak akan menjadi nyata.

  30. Grateful for revival of project NST 06/08/1996 By Yeoh Seng Hong
    TEN years ago, my wife and I bought a house in Kelab Ukay in Kuala Lumpur. Payment was to be made progressively as the house was being built. When the house was nearing completion, the project was abandoned. The bank that had underwritten the project also went bankrupt. Things were extremely bleak.

  31. 3 projek sakit HM 26/08/1996
    TIGA projek perumahan di negeri itu dikenal pasti terbengkalai, masing- masing satu di mukim Pengkalan Kundor, daerah Kota Star; mukim Sungai Petani, daerah Kuala Muda dan mukin Gurun, daerah Kuala Muda. Menteri Besar, Datuk Seri Sanusi Junid, berkata projek berkenaan ialah Taman Budiman (Pengkalan Kundor), Taman Seri Gedong (Sungai Petani) dan Taman Jiwa Murni (Gurun).

  32. Calling buyers of abandoned housing project NST-LTIMES 28/08/1996
    THE official receiver and liquidator's office wants to meet buyers of an abandoned housing project in Gertak Sanggul in Penang to work out some form of assistance for them. The secretary of the house buyers committee K. Subramaniam Jeorge said the meeting was necessary as the office wanted feedback from the buyers on the subject.

  33. Appeal to revive project or pay back money NST-LTIMES 11/09/1996
    BUYERS of houses in a project which was later abandoned at Taman Rampai, Ampang, want the developer, Syarikat Malba Sdn Bhd, to revive the project or refund their downpayment. The project, which was abandoned nine years ago, was to comprise 240 units of low-cost flats and eight shophouses.

  34. Flet Bukit Kerinci siap akhir tahun HM 16/09/1996
    KUALA LUMPUR: Kontraktor rumah pangsa di Bukit Kerinci di sini memberi jaminan projek yang gagal disiapkan mengikut jadual akan disiapkan akhir tahun ini. Pelbagai masalah dihadapi kontraktor terbabit selama ini sudah diatasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

  35. Perlis azam pulih projek terbengkalai BH 21/09/1996
    KANGAR, Jumaat - Kerajaan Perlis berazam memulihkan semua projek perumahan terbengkalai di antara 10 dan 19 tahun, bernilai berpuluh juta ringgit dalam tempoh terdekat untuk faedah penduduk negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee, berkata setakat ini lima daripada sembilan projek terbengkalai membabitkan 1,068 unit rumah sedang peringkat pemulihan termasuk satu daripadanya sudah siap dan mulai dijual.

  36. 90 kecewa rumah tak siap HM 12/10/1996  By Jamaludin Husin
    MUAR: Kira-kira 90 pembeli rumah kos rendah di projek perumahan Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Muar Berhad, Jalan Sungai Abong di sini, kecewa apabila projek yang mula dilaksanakan sejak lebih lima tahun lalu, sehingga kini belum dapat disiapkan. Projek yang diperuntukkan kepada ahli berpendapatan rendah itu membabitkan perbelanjaan kira-kira RM3 juta dan dibina pada awal 1991.

  37. 2 projek terbiar dijamin siap BH 23/10/1996  By Hassan Omar
    ALOR STAR, Selasa - Kerajaan Kedah akan memastikan dua projek perumahan kos rendah, masing-masing di bandar ini dan Kuala Muda yang terbengkalai sejak 10 tahun disiapkan pemajunya. Bagi tujuan itu kerajaan mewujudkan kerjasama dengan pemaju, Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) Malaysia cawangan Kedah, bank pembiaya dan pembeli.

  38. Exco janji rumah siap HM 23/10/1996  By Hassan Omar
    ALOR STAR: Dua projek perumahan kos rendah di bandar ini dan Sungai Petani yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan dipastikan siap melalui kawal selia kerajaan negeri. Kawal selia itu bakal dilaksanakan melalui kerjasama antara Kerajaan negeri dengan syarikat pemaju, Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) Malaysia Cawangan Kedah, bank pembiaya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pembeli.

  39. Heret pemaju ke mahkamah HM 30/10/1996
    CHERAS: Penduduk Taman Sri Raya di sini, tetap akan mengheret pemaju taman itu ke mahkamah walapun pemaju menawarkan pengurangan 40 peratus harga rumah itu. Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Omar Ismail, berkata keputusan itu dibuat Ahad lalu selepas mengambil kira pandangan penduduk dan sepakat untuk meneruskan tindakan itu.

  40. Pembeli projek Keramat Jaya II kecewa BH 02/11/1996 By Rumah Setinggan
    SAYA mengharapkan surat terbuka ini akan mendapat perhatian dan simpati Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Kamaruzaman Sharif. Ini berkenaan nasib kami pembeli Projek Keramat Jaya II yang dilancarkan dan dimajukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada awal 1989 dulu.

  41. Tiada projek rumah murah terbengkalai
    BM 03/11/1996 By Ismail Mat
    MUAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapati tiada lagi projek perumahan baru termasuk kos rendah yang terbengkalai serta menimbulkan masalah kepada pembeli di seluruh negara, sejak tujuh tahun lalu. Menterinya, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata keadaan itu berpunca daripada pertumbuhan ekonomi negara yang pesat serta peraturan mewajibkan pemaju membuka akaun pemajuan perumahan bagi setiap projek yang dijalankan sejak tempoh itu.

  42. Pemaju lesap, rumah tak siap HM 11/11/1996  By Mohd Ramzi Sanny
    SUBANG: Beberapa pembeli rumah di Taman Setia Warisan di Kampung Melayu Subang, di sini terpaksa menanggung kos menyiapkan rumah berikutan projek perumahan itu terbengkalai, sejak tujuh tahun lalu. Jurueletrik Syarikat Penerbangan Malaysia, Razali Salleh, 39, berkata, pembeli rumah sudah tidak sabar dengan sikap pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dengan urusan menyiapkan projek itu.

  43. 400 kecewa rumah tak siap HM 15/11/1996 By Yusri Abdul Malek
    KAJANG: Lebih 400 pembeli rumah projek Taman Desa Surada, Jalan Sungai Ramal Dalam, di sini kecewa dengan sikap pemaju yang tidak menyiapkan projek itu, walaupun sudah melunaskan pinjaman masing-masing kepada bank sejak tujuh tahun lalu. Beberapa pembeli yang ditemui mendakwa, pemaju juga enggan membincangkan masalah perumahan yang terbengkalai itu walaupun pembeli pernah menghantar surat jemputan.

  44. Mayat bayi tertanam di kawasan semak BH 25/11/1996
    SEREMBAN, Ahad - Mayat bayi lelaki, dipercayai berumur sehari, dijumpai tertanam sedalam 0.3 meter di kawasan semak sebuah taman perumahan terbengkalai di Taman Jujur, Sikamat, di sini, pagi ini. Ketika dijumpai pada jam 9.30 pagi, bayi yang cukup sifat itu sekadar dibalut kain putih serta kain batik merah dan tali pusatnya masih disepit dengan klip hospital, manakala jari kelingking kirinya diikat surat kematian.

  45. Keramat Jaya house buyers can move in next year MM 23/12/1996 By Alina Simon
    CITY HALL will revive the long-delayed housing project in Keramat Jaya by appointing a new contractor to complete the job. Datuk Bandar Tan Sri Kamaruzzaman Shariff recently promised the long- suffering buyers who had been kept waiting since the project first started in 1989, that the houses would be ready for occupation by next year.

  46. Housebuyers seek State's assistance NST-LTIMES 28/12/1996
    THOSE who had bought houses in a project in Gertak Sanggul, Penang,which has been abandoned, are seeking the assistance of all quarters, including the State Government, to save the project. Their spokesman K. Subramaniam alias Jeorge said 61 housebuyers in Taman Cahaya have lost an average of RM30,000 each paid to the developer between 1979 and 1983.

 

Welcome Main  Forum FAQ Useful Links Sample Letters Tribunal E-Mail

National House Buyers Association

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803

© 2001-2004, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.