This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Abandoned / Revived Projects
News (1993)

Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010

37 projek rumah gagal: Zakaria 10/01/1993 BM
GEORGETOWN: Tiga puluh tujuh projek perumahan terbengkalai dikesan di negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar dan Kebudayaan negeri, Zakaria Bakar. Jumlah itu membabitkan 6,709 unit rumah berharga kira-kira RM538 juta dan 2,927 pembeli.

Pulih 118 projek rumah 19/02/1993  HM By Aminuddin Ibrahim
KUALA LUMPUR: Sebanyak 118 projek perumahan di seluruh negara, sebahagian besarnya di Selangor, Perak dan Johor, sedang dalam proses pemulihan setelah terbengkalai disebabkan pelbagai masalah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata semua projek perumahan itu membabitkan pembinaan 25,833 unit pelbagai jenis rumah bernilai RM1,285 juta.

190 shelved housing projects revived 19/02/1993 BT By Rodhiah Ismail
A TOTAL of 190 abandoned housing projects worth RM1.85 billion have so far been revived, involving the construction of 32,686 residential units for 22,850 buyers. Housing and Local Government Minister Datuk Ting Chew Peh said at present there are 118 projects involving 27,833 residential units, comprising mainly medium- and high-cost houses awaiting revival.

Ting: 190 abandoned housing projects revived 20/02/1993 NST
KUALA LUMPUR, Fri. - A total of 190 abandoned housing projects involving 32,686 units worth RM1.8 billion have been rehabilitated, Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said. These projects would bring cheer to 22,850 purchases, he added.

50 peratus rumah disiapkan 24/02/1993 BH By Ramli Abdul Karim
SEREMBAN, Selasa - Pemulihan semula lebih 50 peratus daripada 16,958 unit rumah kos rendah yang diluluskan pembinaannya ketika kemelesetan ekonomi lalu, dijangka siap sepenuhnya, pertengahan tahun ini. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata 40 projek rumah kos rendah diluluskan ketika kemelesetan ekonomi negara dan 7,574 unit rumah yang didirikan di atas tanah kerajaan sudah siap.

RM59.3j pulih 25 projek rumah 26/02/1993 BH
SEREMBAN, Khamis - Sejumlah RM59.3 juta disediakan menerusi Tabung Pusingan Usahawan (TPU) dan Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) bagi memulihkan 25 projek perumahan di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata RM12 daripadanya dikeluarkan menerusi TPU manakala selebihnya TPPT.

40 lesen pemaju mungkin dibatal 26/02/1993 BH
SUNGAI PETANI, Khamis - Kerajaan negeri mungkin membatalkan lesen 40 pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek membabitkan lebih 10,500 unit rumah di seluruh negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Ibrahim, berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana ke gagalan pemaju terbabit menyebabkan matlamat kerajaan memajukan industri perumahan turut terjejas.

Bangunan DBKL terbengkalai 26/02/1993 HM  By Khalid Yasin
KUALA LUMPUR: Bangunan baru empat tingkat Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berharga RM4 juta di Kilometer 4, Jalan Cheras di sini terbengkalai. Bangunan itu bagi menggantikan klinik kayu berusia 20 tahun di kawasan berhampiran sepatutnya siap tahun lalu.

Projek Taman Laksamana sudah siap 07/03/1993 BM
KOTA TINGGI: Projek perumahan Taman Laksamana di Kota Tinggi yang terbengkalai sejak enam tahun lalu kini siap dibina dan pembeli dijangka dapat mendudukinya selepas hari raya puasa nanti. Pengurus projek taman berkenaan, Lajis Ali, berkata pihaknya terpaksa membelanjakan kira-kira RM4 juta untuk memulihkan projek taman berkenaan yang mengandungi pelbagai jenis rumah.

Pembeli dapat diami rumah  09/03/1993 BH
MUAR, Isnin - Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek perumahan Taman Seri Bahagia di Tanjung Agas di sini yang terbengkalai pembinaannya sejak 1982 dijangka dapat menduduki rumah masing-masing, mulai awal bulan depan. Projek itu yang dipulihkan dua tahun lalu menerusi peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai berjumlah RM3 juta.

10 pemilik anggap lelong tidak adil 09/03/1993 BH
JOHOR BAHRU, Isnin - Sepuluh daripada 1,150 pembeli rumah teres yang terbengkalai di Taman Dahlia, dekat sini, meminta agensi kewangan mereka jangan melelong rumah mereka semata-mata kerana alasan lewat membuat bayaran. Beberapa pembeli terbabit yang kini sudah menduduki rumah yang hanya 60 peratus siap itu, mengadu bahawa mereka terpaksa menyiapkan sendiri rumah yang terbengkalai itu, di samping membayar pinjaman perumahan.

11 projek rumah dipulihkan 13/03/1993 BH
KANGAR, Jumaat - Kerajaan negeri kini bekerjasama dengan pemaju swasta bagi memulih 11 projek perumahan yang terbengkalai, membabitkan 1,220 unit rumah pelbagai jenis di negeri ini. Pengerusi Jawantankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Loh Yoon Foo, berkata kerjasama itu penting bagi memastikan pembeli dapat memiliki rumah yang sudah lama mereka tempah.

Projek mewah terbengkalai 19/03/1993 BH
LUMUT, Khamis - Sebahagian projek pembangunan bernilai beratus ribu ringgit di sekitar daerah Manjung dikuatiri terbengkalai berikutan bekalan bahan batu binaan dari kuari tempatan berkurangan. Beberapa pemborong binaan di sini, mendakwa mereka tidak mampu mendapatkan bekalan bahan batu dari kuari di luar daerah ini kerana kos pengangkutan yang tinggi.

190 projek terbengkalai dipulihkan 22/03/1993  BH By Azamie Desa
IPOH, Ahad - Sebanyak 190 daripada 424 projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara sejak pertengahan 1980-an sudah dipulihkan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh. Beliau berkata, projek yang membabitkan 32,686 unit rumah serta 22,850 pembeli itu bernilai kira-kira RM1.854 bilion.

190 housing projects revived over two years 22/03/1993 NST By Khairun Nazirah
CHEMOR, Sun. - The Housing and Local Government Ministry, through the Abandoned Housing Project Fund (AHPF) and the Bumiputera Entrepreneurs Rehabilitation Fund, has managed to revive 190 aban doned housing projects involving some RM1.85 billion throughout the country over the past two years. Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said the projects, involving 32,686 units and 22,850 buyers, were revived with the help of the private sector through the two funds. However, there are another 234 abandoned housing projects throughout the country of which 116 had been identified as beyond rescue.

Pembeli rasa tertipu 24/03/1993 BH By Pembeli Yang Malang
KAMI bagi pihak Ahli Jawatankuasa Taman Kesumber Jaya dukacita di atas projek perumahan yang terbengkalai sejak lima tahun lalu tanpa apa-apa pembelaan dari mana-mana pihak yang terbabit. Perkara ini telah kami ajukan kepada Setiausaha Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Pihak kementerian membuat janji manis dalam surat rujukan (33)dlm KPKT 08/824/3012 bertarikh 8 Disember 1990 untuk memulihkan projek ini awal tahun 1991.

Buyers in tussle over compensation  27/03/1993 NST-CITYX By Ramlan Said
TWO housebuyers are worried that they might not get any compensation for late delivery of their new houses as the developer has handed over the project to a new company. The new company has approached the buyers of Phase 1A of Taman Medan Pejasa, informing them that it could not pay the amount due to them for late delivery.

Empat lagi projek taman perumahan akan dipulih  28/03/1993 BM
MELAKA: Kerajaan negeri bercadang memulihkan empat lagi projek taman perumahan yang terbengkalai di Melaka sejak 10 tahun lalu, tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Zin Abdul Ghani, berkata projek itu ialah Taman Mukim Tembakau, Taman Datuk Palembang, Bandar Baru Ayer Keroh dan Taman Pinggiran Linggi.

Pulangkan wang pembeli 06/04/1993 BH By Zulkifli Md Ali
BATU PAHAT, Isnin - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang mengarahkan pemaju perumahan di seluruh negara memulangkan semula wang pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Daud Taha, berkata pemulangan wang itu bertujuan memberi peluang kepada pembeli menggunakannya untuk membeli rumah kos rendah di projek lain.

MBf bangun bandar terbengkalai 07/04/1993  BH By Mohamed Said
MBf Holdings Bhd (MBf Holdings) menerusi MBf Property Services Sdn Bhd (MBf Property) bercadang membangunkan semula pusat bandar baru yang terbengkalai di Lembah Klang, dan dijangka memberikan pulangan lebih RM1 bilion. Presidennya yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan MBf Holdings, Tan Sri Loy Hean Heong berkata MBf Property sedang berunding dengan pemilik projek terbengkalai itu dan yakin mendapat kelulusan secepat mungkin.

Syor pulangkan wang pembeli rumah disokong  07/04/1993 BH
BATU PAHAT, Selasa - Kerajaan Johor menyambut baik cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai kemungkinan memulangkan semula wang pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata cadangan itu membuktikan prihatin kerajaan kepada pengguna, terutama pembeli rumah kos rendah.

Housebuyers see red 10/04/1993 MM  By Efi Hamzah
HOUSEBUYERS of Taman Medan Pejasa, a project that has been delayed for more than two years, are aghast over an offer by the developer to complete the project provided the buyers waive some of their rights. The developer, Kembar Empat Sdn Bhd (KESB), which is facing financial problems, had recently appointed a management company, PP Management Services (PPMS), to handle the project.

Tindakan PKNP dipertikai 20/04/1993  BH By Haw Tian Soo
IPOH, Isnin - Tiga puluh dua pembeli mempertikaikan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) membenarkan sebuah syarikat pemaju perumahan membuat gadaian pihak ketiga ke atas rumah mereka di Fasa II Taman Bercham Jaya dekat sini, kepada sebuah bank. Dalam masa yang sama, mereka juga mempersoalkan usaha PKNP mengutip kira-kira RM933,000 daripada pemaju berkenaan sebagai bayaran premium tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak.

Unable to move into house 20/04/1993  MM By Errol Oh; V. Vasudevan; Kamala Nagappan
* RAJU of Jalan Raja Chulan complains about the delay in moving into his low-cost house in Cheras Jaya, Balakong as no certificate of fitness has been issued. "The project started in 1988 but was abandoned for a few years before work continued because of problems caused by contractors," he adds.

Syarikat gagal serah kunci 20/04/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kegagalan syarikat perunding Peat Marwick Sdn Bhd menyerahkan kunci kepada 413 pembeli rumah Taman Cempaka Fasa 3 Ampang, dekat sini, seperti yang dijanjikan berikutan kelewatan pihak tertentu menyelesaikan kerja mereka. Pengarah syarikat itu, Gan Ah Tee, berkata pihaknya tidak patut dipersalahkan kerana kelewatan itu kerana proses penyerahan kunci membabitkan banyak pihak.

Projek rumah terbengkalai 23/04/1993 BH  By Wakil Pembeli
PROJEK perumahan di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, Selangor, terbengkalai. Projek perumahan ini dijalankan oleh kontraktor Bumiputera iaitu Kausar Corporation Sdn Bhd. Ini adalah projek usahasama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Gantung permit pemaju  01/05/1993 HM By Rasid Rahaman
KUALA LUMPUR: Lebih 400 pembeli rumah Taman Sri Buloh, Paya Jaras dekat sini, meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertindak tegas menggantung permit pemaju berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak pembeli rumah terbabit, Shahril Amiruddin, 42, berkata hanya dengan tindakan itu kerajaan negeri boleh mengambil alih projek yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu.

Pembeli rumah Taman Rasa Jaya berpiket 08/05/1993 BH
SEREMBAN, Jumaat - Kira-kira 40 pembeli rumah kedai di Taman Rasah Jaya, dekat sini, hari ini, berpiket di hadapan pejabat sebuah syarikat perumahan berikutan kegagalannya menyiapkan projek itu. Wakil pembeli, Koh Pou Tian, mendakwa projek itu terbengkalai sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, syarikat itu berjanji pada Mac 1991, bahawa 42 unit rumah kedai akan siap pada Ogos tahun yang sama.

19 families move into `no CF' houses 10/05/1993 NST-CITYX
WHAT would you do if you had dumped all your savings into a house and the developer failed to complete and deliver the house to you? Nineteen families faced with this situation decided to move into their houses at Taman Muhibbah in Tanjung Rambutan, about 16km from Ipoh, even though the houses were incomplete and no certificate of fitness had been issued.

Pahang kenal pasti 11 projek `sakit' 14/05/1993 BH By Fazli Abdullah
KUANTAN, Khamis - Kerajaan negeri mengenal pasti 11 projek sakit yang dijalankan oleh kontraktor Bumiputera sehingga Mac lalu membabitkan pembinaan bangunan sekolah, jalan raya, jambatan, landasan kapal terbang dan masjid. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Bahari Tan Sri Yahaya, berkata lapan daripadanya adalah projek Persekutuan manakala selebihnya projek kerajaan negeri.

Penduduk mahu projek terbengkalai diteruskan 18/05/1993 BH By Ahmad Che Doh
BUTTERWORTH, Isnin - Kerajaan negeri diminta mencari jalan mempercepatkan tiga projek pembangunan di Seberang Jaya yang terbengkalai sejak setahun lalu. Kelewatan projek itu menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai dan oleh itu, kerajaan negeri perlu mendesak pihak terbabit menyegerakan pembinaannya.

420 rumah rakyat tersadai 24/05/1993 BH  By Muhd Yusuf Abu Bakar
KENINGAU, Ahad - Sebanyak 420 rumah projek perumahan masyarakat yang dibina emat tahun lalu di mukim Apin-Apin di sini, terbengkalai berikutan kegagalan syarikat terbabit mengeluarkan peruntukan membeli perkakas perumahan. Projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 28.3 hektar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri berhampiran SMK Apin-Apin dan 420 keluarga dari Kampung Apin-Apin, Rangom, Riting, Takad, Gasabon, Sungoi dan Kepayan Lama.

Five-year wait for houses comes to end 02/06/1993 NST-CITYX
BUYERS of Taman Angsa Emas low-cost houses in Mambau, Seremban, will soon get keys to their new homes after a five-year wait. The abandoned housing project will be revived following an agreement reached between its developer, Angsa Emas Sdn Bhd, and the affected housebuyers.

Pemuda mahu pembinaan 200 rumah dipulihkan 06/06/1993 BM
MUAR: Kerajaan Johor perlu menamakan segera pemborong yang layak untuk melaksanakan projek rumah awam di Jalan Junid, di sini yang terbengkalai lebih lapan tahun lalu. Perkara itu adalah antara usul yang diluluskan dalam mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno cawangan Jalan Khalidi dalam bahagian Muar di sini, semalam.

190 projek rumah terbengkalai dipulih 10/06/1993 BH
SEBANYAK 190 projek perumahan terbengkalai dipulihkan melalui Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT) membabitkan 32,688 unit rumah serta 22,850 pembeli, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam. Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ahmad Abdullah, Osu berkata kerajaan menyediakan RM500 juta bagi tabung itu untuk membantu 118 projek perumahan lain yang masih terbengkalai.

Masih menanti tapi pembeli puas hati 15/06/1993 HM
KUALA LUMPUR: Penantian 400 pembeli unit kos rendah dan sederhana projek rumah pangsa di Keramat Jaya selama empat tahun berlarutan setahun lagi apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik tender kontraktor itu. Bagaimanapun, mereka berpuas hati dengan tindakan DBKL walaupun terpaksa menunggu terlalu lama sebelum projek itu disiapkan.

Deposits await house buyers 22/06/1993 MM By Jaffry Azman
EMPLOYEES of the Klang Municipal Council who paid deposits for low-cost houses at Lots 4894 and 4900 at 9.6km Jalan Meru, Klang, are advised to withdraw them from a legal office. This is because the developer of the project, who is also the landowner, had abandoned the project due to financial difficulty.

Skeleton of man found  23/06/1993 NST
PETALING JAYA, Tues. - Police have found the skeletal remains of what they believe to be a man at an abandoned housing project site in Taman Sri Buloh, Kampung Paya Jeras, Sungai Pelong, about 16km from here. OCPD ACP Hanif Ahmad said today police recovered the remains from a 0.6m-deep hole filled with water two days ago after they were alerted by a member of the public.

Keputusan projek minggu depan 29/06/1993 BH
SEREMBAN, Isnin - Pembeli rumah Taman Angsa Emas, dekat sini, yang terbengkalai, akan mengetahui sama ada projek itu dapat dipulihkan pada minggu depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wong See Wah. Menurutnya, syarikat kewangan yang membiayai projek rumah kos rendah itu, iaitu Asia Commercial Finance dijangka membuat keputusan mengenainya Isnin ini.

Taman Angsa Emas: Buyers to know soon  29/06/1993 NST-CITYX
BUYERS of the abandoned Taman Angsa Emas lowcost housing project in Mambau, Seremban will know by next week if the project will be revived. Asia Commercial Finance, which is supposed to give loans to the developer, is expected to decide on the matter on Monday.

Aris mahu bantu 06/07/1993 HM
AMPANG: Adun Pandan Jaya, Mad Aris Mad Yusof, berjanji akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah Taman Cempaka Fasa III di sini. Menurutnya, beliau akan meminta jasa baik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut campur bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh 413 pembeli sejak beberapa tahun lalu itu diselesaikan segera.

Dua kali gagal  06/07/1993 HM By Rasid Rahaman
AMPANG: Dua kali terbengkalai. Begitulah nasib yang dialami oleh 413 pembeli rumah di Taman Cempaka Fasa III di sini, walaupun projek perumahan itu sudah mendapat bantuan Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) sejak dua tahun lalu.

Rumah sudah siap! 07/07/1993  HM By Rasid Rahaman
AMPANG: Semua 413 unit rumah kos sederhana di Taman Cempaka Fasa III di sini, sudah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF). Jurucakap Penyelesai Sementara Projek Perumahan Perusahan Langat Sdn Bhd, berkata pembeli boleh menduduki rumah masing-masing sebaik sahaja CF dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Sudah tiga kali bertukar pemaju HM 10/07/1993
BAKAL penghuni kampung tersusun di Mawai Baru kecewa kerana tidak dapat menduduki rumah berkenaan yang masih terbengkalai walaupun sudah tiga kali bertukar pemaju. Projek perumahan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) bernilai RM1.9 juta itu mengandungi 100 unit rumah pasang siap dan 76 lot tapak rumah di kawasan seluas 18 hektar.

Bahari perlu bantu 10/07/1993 HM
KOTA TINGGI: Pembeli rumah Taman Mawai di sini mahu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, campur tangan bagi menyelesaikan masalah taman berkenaan yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu. Taman itu yang dimajukan oleh Tanjung Petri Enterprise Sdn Bhd pada 1982 mengandungi 23 unit rumah kedai, 24 unit rumah teres kos sederhana dan 162 unit rumah teres setingkat kos sederhana.

Several offers for abandoned project 10/07/1993 NST
IPOH, Fri. - The Perak State Government has recieved several offers from private firms interested in buying over the abandoned and problem-riddled Bandar Bercantum project off Jalan Raja Musa Aziz here. Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib told reporters today that the State Government was studying all the proposals seriously to select the best offer.

16,036 pembeli belum dapat rumah 17/07/1993 BH
KUALA LUMPUR, Jumaat - Sejumlah 16,036 pembeli di Semenanjung Malaysia masih belum memperolehi rumah masing-masing kerana 98 projek perumahan terbengkalai masih belum dipulihkan sehingga akhir Jun lalu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata ia berlaku berikutan kegagalan pemaju menyiapkan 23,411 rumah pelbagai jenis kerana kekurangan modal.

34 projek rumah masih tak siap 17/07/1993 HM By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Selangor masih mencatatkan jumlah projek perumahan terbengkalai yang tertinggi berbanding negeri lain sehingga 30 Jun lalu walaupun usaha memulihkannya dimulakan dengan giat sejak 10 tahun lalu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata sehingga kini sejumlah 34 daripada 67 projek rumah terbengkalai sejak 1983 masih tidak dapat dipulihkan, termasuk 16 yang ditutup kesnya.

20 developers under AHRF complete abandoned schemes 17/07/1993 BT By Kamarul Yunus
TWENTY of the 100 housing developers, who have secured credit facilities under the Abandoned Housing Rehabilitation Fund (AHRF) to revive their abandoned projects, have completed the construction of their projects. Deputy Housing and Local Government Minister Osu Sukam said the remaining abandoned projects are either in the reconstruction stage or in the process of documentation and selecting of consultants for their respective projects.

RM206.5 million paid to revive 100 housing projects 17/07/1993 NST By Helen Ang
KUALA LUMPUR, Fri. - The Housing and Local Government Ministry has paid RM206.5 million from the Abandoned Housing Project Fund for the rehabilitation of 100 abandoned housing projects, Deputy Minister Osu Sukam said today. He said another RM155.1 million had been approved but yet to be disbursed.

34 projek rumah masih tak siap 17/07/1993 HM By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Selangor masih mencatatkan jumlah projek perumahan terbengkalai yang tertinggi berbanding negeri lain sehingga 30 Jun lalu walaupun usaha memulihkannya dimulakan dengan giat sejak 10 tahun lalu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Osu Sukam, berkata sehingga kini sejumlah 34 daripada 67 projek rumah terbengkalai sejak 1983 masih tidak dapat dipulihkan, termasuk 16 yang ditutup kesnya.

Pemaju kecil jejaskan projek perumahan BM 18/07/1993
KUALA LUMPUR: Kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai di negara ini dikendalikan oleh pemaju kecil, termasuk beberapa koperasi yang bukan ahli Persatuan Pemaju Perumahan (HDA). Pengerusi HDA, Wilayah Persekutuan/Selangor, Anthony Samy, berkata projek yang dikendalikan oleh ahli HDA yang kebanyakannya syarikat besar, tidak menghadapi masalah untuk menyiapkan projek itu mengikut masa yang ditetapkan.

Homes that will never be 18/07/1993 NSUNT
IT is tempting to suggest that the best way to resolve the persistent mis- cueing of demand and supply in the housing sector is to throw it open to market forces, leaving developers to build only those houses that buyers want and can pay for. But that could create the sort of Third World megalopolises where fancy built-up blocks exist side-by-side with tenement ghettoes and shanty slums, making a visual mockery of the country's economic growth. Government intervention in the provision and regulation of housing is politically essential and socially necessary. But for decades, it has also borne the brunt of blame for the sector's ills. The gulf between actual housing starts and planning targets up to the Fifth Malaysia Plan (total units completed 300,928, total targetted 701,500) was widened by the mid-80s recession. In the pursuit of such targets, the rush for new housing early in that decade caused a building bubble which burst along with a region-wide property slump, leaving carcasses of abandoned housing projects littered across the country. The lessons learnt from that episode, centred on restricting developers' freedom to skim and shuffle buyers' money, must ensure that there will be no repeat of such gung-ho development in the future. Since then, money paid in by prospective buyers has been virtually sequestered in a special supervised account, through the Housing Developers' Account Regulations of 1991. The Abandoned Housing Project Fund has restarted about 100 failed projects, out of a total of 428. Of this total 124 have been declared unsalvageable and the status of 98 others are still indeterminate.

Problems thwart projects revival 19/07/1993 NST
KANGAR, Sun. - The Government is unable to revive four of the 11 abandoned housing projects in Perlis due to the complexity of their cases, State Housing and Local Government Committee chairman Loh Yoon Foo said today. Loh said failure to trace developers and buyers, cases of developers selling a unit to more than one buyer and high construction costs were among factors which had hindered efforts to revive the projects, including under the Housing and Local Government Ministry's Abandoned Housing Project Fund. The projects involve 667 units of houses.

Tiada cadangan batal projek rumah 21/07/1993 BH
ALOR STAR, Selasa - Kerajaan Kedah setakat ini belum bercadang membatalkan 41 projek perumahan yang tidak dilaksana selepas diluluskan sejak 1986, membabitkan perbelanjaan berjuta ringgit di tujuh daerah negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahman Ibrahim, berkata pemaju perumahan yang gagal itu masih diberi peluang menyiapkan projek mereka.

Housing developers unable to start on projects 21/07/1993 NST
ALOR STAR, Tues. - The State housing committee has approved 9,053 units of low-and medium-cost houses and shophouses under 41 housing projects but they have yet to be built, its chairman Abdul Rahman Ibrahim said today. He said the committee was waiting for the developers' response for failing to start work although many of the projects were approved in 1986.

Tujuh projek perumahan terbengkalai 22/07/1993 BH By Halmi Samad
KUANTAN, Rabu - Bahagian Perumahan diarah meneliti dan mengenal pasti strategi mengatasi masalah tujuh projek perumahan hampir 4,000 unit milik pemaju swasta yang terbengkalai di seluruh Pahang. Jurucakap kerajaan negeri berkata, Bahagian Perumahan juga akan diminta mengemukakan laporan lengkap, termasuk punca utama semua projek terbabit gagal disiapkan.

Penantian pembeli berakhir 24/07/1993 HM
KUALA LUMPUR: Kebimbangan 480 pembeli rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong dekat sini berakhir apabila mereka disahkan boleh menduduki rumah masing- masing tidak lama lagi setelah projek perumahan itu terbengkalai sejak 1985. Ahli Exco, Datuk Saidin Tamby, ketika melawat taman perumahan itu semalam, berkata penduduk boleh berpindah ke rumah masing-masing dalam tempoh kurang daripada sebulan.

House buyers send another appeal letter 24/07/1993 MM
DESPERATE house buyers of the Taman Medan Pejasa housing project, still uncompleted after two years, have complained to the Prime Minister's Department and relevant Government agencies. The purchasers claimed that it was their seventh letter to the authorities urging action to resolve the problem.

Housebuyers to move in after eight years 24/07/1993 NST-CITYX
TAMAN Usaha Jaya housebuyers in Kepong will be able to move into their homes in September after an eight-year wait. The two-month wait from now to September is to enable Selangor Waterworks to install a booster to pump water up to the water tank which serves the housing area.

DBKL gagal tunai janji 04/08/1993 HM By Choo Li Lean
KUALA LUMPUR: Pembinaan projek rumah pangsa kos rendah dan sederhana di Keramat Jaya di sini masih belum diteruskan walaupun pemajunya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjanji untuk mengatasi masalah itu lebih sebulan lalu. Keadaan itu membimbangkan hampir 400 pembeli rumah itu yang menunggu lebih empat tahun lalu untuk memiliki rumah berkenaan.

24 pembeli tunggu sijil CF 22/08/1993 BM
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas di sini masih menunggu kelulusan Sijil Menduduki (CF) bagi projek berkenaan yang terbengkalai selepas dipulihkan dua tahun lalu. Projek itu yang dibina pada 1982 terbengkalai hampir 10 tahun menyebabkan pembeli rumah mengalami kerugian kerana tidak dapat menduduki rumah mereka

206 projek pulih 23/08/1993 BH
KUALA LUMPUR: Sebanyak 206 projek perumahan terbengkalai merangkumi 35,997 unit dengan kos RM2,021.83 juta berjaya dipulihkan di seluruh negara sehingga 30 Jun lalu.

Pembeli dikecuali bayar cukai 25/08/1993 BH By Ziauddin Sharuddin
SEREMBAN, Selasa - Pembeli projek perumahan terbengkalai di negeri ini akan dikecualikan daripada membayar cukai taksiran sehingga pemaju menyiapkan rumah mereka, kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengkaji dengan teliti masalah pembeli terbabit yang terpaksa membayar cukai taksiran sedangkan rumah belum diduduki.

1,114 gagal dapat rumah 04/09/1993 BH
GEORGETOWN, Jumaat - Sejumlah 1,114 orang pembeli di Pulau Pinang masih belum memper olehi rumah masing-masing kerana sembilan projek perumahan yang terbengkalai belum lagi dipulihkan. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nur Ashikin Othman, berkata ia berlaku kerana pemaju projek terbabit gagal menyiapkan projek bernilai RM199.6 juta itu.

Usah tanda tangan 06/09/1993 HM  By Awie Mat
TAMPOI: Lebih 1,000 pembeli rumah Taman Puteri Wangsa di sini tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian baru dengan pemaju perumahan, MBf Property Sdn Bhd (MBf), sehingga mahkamah membuat keputusan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak taman itu, Zainal Othman, berkata pihaknya sedang menunggu keputusan makhamah bulan depan untuk membolehkan perjanjian jual beli asal yang ditandatangani oleh pembeli dengan pemaju sebelum ini diiktiraf.

House documents unclear, says buyer 16/09/1993 MM By Jeswant Kaur; Errol Oh
* HOUSING WOE ONE AFTER waiting eight years for the completion of his house in Taman Dagang, Ampang, Raj has yet to move in because he doubts the documents he has to sign to receive vacant possession. He signed the sale and purchase agreement in 1985. However, the project was abandoned in the late 80s.

Pembeli rumah Kg Koskan rugi 23/09/1993 HM
SERENDAH: Kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek pembesaran perumahan Kampung Koskan, dekat Sungai Choh di sini, menyebabkan pembeli rumah itu terpaksa menanggung kerugian. Seorang pembeli, Abdul Wahab Shaari, 32, dalam aduannya kepada Harian Metro, mendakwa projek yang bermula sejak 1991 itu masih terbengkalai.

Sebelas pembeli tunggu MDKT keluarkan CF 23/09/1993 HM
KOTA TINGGI: Sebelas pembeli rumah di Taman Kota Jaya di sini masih menunggu untuk menduduki rumah mereka yang masih belum menerima Sijil Kelayakan Menduduki (CF). Menurut mereka, CF itu perlu dikeluarkan kerana rumah teres dua tingkat tersebut sudah dibaik pulih sejak terbengkalai enam tahun lalu.

Terbengkalai sejak tiga bulan lalu 06/10/1993 HM
PLENTONG: Projek membina benteng sepanjang 200 meter di Kampung Senibong, dekat sini, terbengkalai sejak tiga bulan lalu menyebabkan hakisan di beberapa bahagian sungai itu. Berikutan itu, penduduk kampung meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah berkenaan.

Penduduk minta CF disegera 17/10/1993 BM
MUAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta menyelesaikan masalah mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) bagi projek Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas di sini yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak projek itu, Jabar Ismail, berkata projek itu diambil alih oleh sebuah syarikat pemaju yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dua tahun lalu untuk menyiapkannya menerusi Program Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai.

Special panel on abandoned project 30/10/1993 NST
MUAR, Fri. - The district development committee has set up a special team involving all relevant departments for an indepth study of an abandoned housing project at Jalan Bakri here. Deputy International Trade and Industry Minister Chua Jui Meng said Taman Sharifah, a project on a three-hectare site, was abandoned 14 years ago with only 67 of the proposed 134 houses erected.

Pembeli rumah dakwa ditipu kontraktor 06/11/1993 BH By Shariffudin Mohamed
PEKAN, Jumaat - Pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru di Peramu, Pekan, 50 kilometer dari sini, mendakwa mereka ditipu kontraktor berikutan projek itu terbengkalai sedangkan pembayaran awal dijelaskan. Mereka kini dalam keresahan kerana bank sudah mengambil tindakan meminta pembayaran balik pinjaman diteruskan tanpa mengambil kira samada projek itu siap atau tidak.

24 pembeli rumah kos rendah tunggu CF 15/11/1993 HM
MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman Seri Bahagia, Tanjung Agas masih menunggu sijil kelayakan menduduki (CF) dari Majlis Daerah Muar Selatan (MDMS). Ia perlu bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah masing-masing secepat mungkin.

Ada pembeli sudah pencen, meninggal dunia 23/11/1993 BH
PEMBELI sudah meninggal dunia tetapi rumah masih belum siap. Begitulah keadaannya yang berlaku kepada kira-kira 200 pembeli rumah Taman Senandung Ria yang masih setia menunggu walaupun projek perumahan terbabit terbengkalai lebih 17 tahun. Seorang mangsa projek terbabit, Habsah Mohd Ali, kesal projek perumahan di Jalan Raya Barat, Kampung Jawa, Klang masih gagal disiapkan walaupun sudah dua kali usaha memulihkannya dilakukan.

Banyak koperasi, PKEN tidak berpengalaman BH 23/11/1993
PERBADANAN Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan koperasi perlu tertakluk kepada syarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika kerajaan mahu mengurangkan masalah rumah terbengkalai, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan Wilayah Persekutuan dan Selangor, N Anthony Samy. Katanya, pada masa ini hanya pemaju perumahan swasta diwajibkan mempunyai Akaun Pemaju Perumahan dan lesen pemaju, manakala koperasi dan PKEN tidak perlu mematuhi syarat itu.

`Eyesore' shophouse acquired for project 01/12/1993 MM
THE eyesore that is the abandoned four-storey shophouse in Salak has been acquired for development. Council president Mansur Ramli told the meeting yesterday that Bank Bumiputera, financiers of the project, had informed him that the building has been sold but did not provide details about the buyer.

Pembeli kesal pemaju gagal siapkan rumah 13/12/1993 BH
TAIPING, Ahad - Sebanyak 247 pembeli rumah Taman Bistari Kamunting, dekat sini kesal dengan sikap pemaju kerana gagal menyiapkan rumah sedangkan mereka sudah membelinya enam tahun lalu. Mereka juga mendakwa sudah mula menjelaskan bayaran ansuran kepada institusi kewangan yang membiayai pembelian rumah mulai 1990, tetapi sehingga kini tidak dapat tinggal di rumah itu.

Projek rumah kos rendah tergendala 14/12/1993 HM
KAWASAN seluas kira-kira empat hektar yang dicadang untuk tapak projek rumah awam di Jalan Khalidi, terbiar dan dipenuhi semak samun sejak tujuh tahun lalu. Projek itu yang membabitkan pembinaan 200 unit rumah kos rendah pada 1986 lalu, tergendala sehingga kini menyebabkannya terbiar begitu sahaja.

40 projek rumah kos rendah dipulih 15/12/1993 BH
SEREMBAN, Selasa - Kerajaan negeri sentiasa memastikan setiap projek perumahan kos rendah terbengkalai dapat disiapkan mengikut jadual, kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata, setakat ini 40 projek pemulihan kos rendah sedang giat dilaksanakan, manakala lima projek lain terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah.

Kobena sertai pelbagai projek binaan 21/12/1993 BH
KOPERASI Belia Nasional Berhad (Kobena) yang berjaya memulihkan dua projek perumahannya yang terbengkalai iaitu Taman Kobena fasa dua di Senawang dan Taman Kobena Cheras Kuala Lumpur, akan terbabit dalam pelbagai projek pembinaan tahun depan. Setakat ini, koperasi itu memperolehi tawaran beberapa projek termasuk pembinaan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, fasa tiga pembangunan UTM dan Sekolah Jalan Kebun Sireh di Johor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.