This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

Abandoned / Revived Projects
News (1995)

Pages: 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010

 

Rumah murah terbengkalai
02/01/1995 HM By Saari Sanif
PELABUHAN KLANG: Sebanyak 142 keluarga setinggan yang menetap di Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman sejak enam tahun lalu mahu kerajaan menyelesaikan segera pembinaan rumah teres kos rendah di Kampung Sungai Sireh dekat sini. Pengerusi Biro Setinggan Umno bahagian Kapar, Shamsuddin Tanda, 48, berkata kerajaan Selangor sudah melantik konsortium untuk membina murah itu sejak enam bulan lalu tetapi belum ada tanda-tanda projek itu akan dimulakan.

Pembeli rumah kecewa projek terbengkalai
03/01/1995 BH
KEMAMAN, Isnin - Kira-kira 40 pembeli rumah teres di kawasan Jakar, dekat sini, menanggung beban termasuk membayar faedah kepada bank setiap bulan, apabila pemaju menghilangkan diri. Mereka rata-rata begitu kecewa dengan pemaju itu yang didakwa meninggalkan projek yang 45 peratus siap dan kini keadaan kawasan perumahan itu ditumbuhi semak samun yang tebal.

Hasrat tak sampai
03/01/1995 HM
MELAKA: Hasrat seorang mekanik untuk berpindah ke rumah yang dibelinya lapan tahun lalu terpaksa dibatalkan apabila diberitahu tempoh pajakan tanah (Land Lease) rumah itu akan tamat dalam tempoh 29 tahun. Mekanik itu, Cheong Chek Lee, 35 dari Pokok Mangga, di sini terkejut apabila diberitahu tempoh pajakan rumah yang terletak di Taman Seri Mangga Seksyen II, dekat sini akan tamat pada 12 Disember 2024.

Sub-contractor beats the odds to revive cheap housing project
10/01/1995 NST-CITYX By K. Suthakar
BATTLING against all odds, a printer-cum-sub contractor has succeeded in reviving an abandoned low-cost housing project in Penang. Among the hurdles he had to face were stoppage of loans, squatter problems, lapse of the various plans and, to top it all, a tussle between the company's partners.

Tunggu lebih 12 tahun
11/01/1995  HM By Wan Sabariah Shikh Ali
MELAKA: Hanya 34 unit yang ada tetapi pembeli rumah Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah terpaksa menunggu lebih 12 tahun untuk menikmati kemudahan perumahan yang selesa. Malangnya, harapan mereka untuk menduduki rumah baru pada Februari ini tidak mungkin tercapai kerana kontraktor yang ditugaskan memulihkan projek terbengkalai berkenaan turut mengaku kalah dan gagal menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Menteri beri tempoh
16/01/1995  HM By Wan Sabariah Shikh Ali
MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Mohd Zin Abdul Ghani, memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk menyiapkan 34 unit rumah Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah yang terbengkalai 12 tahun lalu. Beliau berkata, kontraktor baru yang akan dilantik oleh PKNM untuk menyiapkan 27 peratus kerja yang belum siap mestilah berupaya menyempurnakannya dalam tempoh sesingkat mungkin.

Pembeli rumah teres kecewa
27/01/1995  HM By Bahari Abdullah
KUALA KANGSAR: Tujuh puluh dua pembeli rumah teres di Taman Sentosa, Jalan Sultan Iskandar Shah, di sini meminta pihak berkuasa bertindak terhadap pemaju perumahan di situ kerana gagal menyiapkan rumah mengikut tempoh ditetapkan. Mereka mendakwa projek itu kini terbengkalai sejak lebih sembilan tahun lalu dan meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan bagi mengatasinya.

Taman Bistari eyesore in Kamunting
27/01/1995  NST-CITYX By K. Kalai
A LOW-cost housing project in Kamunting, Taiping, which had been left idle for more than five years, has become an eyesore. The project, named Taman Bistari, is located along the busy Jalan Stesyen near, the new Kamunting township.

Taman Alam Jaya house buyers get compensation
03/02/1995 MM
BUYERS of houses in Taman Alam Jaya, Cheras who were shortchanged by an errant developer got their ringgit for ringgit compensation by another developer entrusted to complete the job. The buyers got their cheques during a simple ceremony on Jan 28.

Pemaju lari rumah tak siap
09/02/1995  HM By Onie Moraza
BERUAS: Seramai 60 pembeli rumah di Taman Limau Mas di sini dikatakan kerugian lebih RM1 juta apabila projek itu terbengkalai manakala pemajunya pula menghilangkan diri. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Taman Limau Mas, Razali Ahmad, berkata projek perumahan kos rendah itu membabitkan pembinaan 74 unit rumah bernilai antara RM25,000 dan RM29,000.

Call for revival of project
 09/02/1995 NST-CITYX
THE Tasik Gelugor Umno division will arrange a meeting with relevant Government departments and agencies to help revive the construction of a row of five shophouses in Taman Seri Desa, Kampung Besar in the housing scheme which has been abandoned over the past decade. Division chief Datuk Mohamad Shariff Omar said the meeting would also seek to resolve problems posed by the uncompleted access road and a lack of regular garbage collection service as claimed by many residents.

Left in the lurch
10/02/1995 MM  By Harny Abu Khair
EIGHT years after R. Radhakrishnan partly paid for a flat unit in Segambut, there was still no sign that the project would be completed. The 40-year-old systems computer administrator with a private company said he bought a second-floor unit in 1987 for RM39,000.

Worried over condo site mess
15/02/1995 MM By Azlan Ramli; Kamalia Abdullah
TAN of Taman Desa is worried about an abandoned condominium project site turning into a mosquito breeding ground. "The concrete foundation in the centre of the site is filled with water all year round," she says.

In the lurch!
03/03/1995 MM By Badrolhisham Bidin
A CONDOMINIUM project which was abandoned four years ago is now being revived by another developer - leaving a number of buyers in the lurch. At least five people who had paid between 20,000 and RM40,000 each are angry that no arrangements have been made to refund their investments. They have not even been told of the takeover.

Rumah terbengkalai siap Mei
BH 06/03/1995
MELAKA, Ahad - Pembeli 34 unit rumah kos sederhana projek Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu akhirnya akan dapat berpindah ke rumah mereka pada penghujung Mei ini.

Taman Kelemak Jaya boleh diduduki mulai Mei ini
07/03/1995 HM
MELAKA: Pembeli 34 unit rumah kos sederhana projek Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu akhirnya dapat berpindah ke rumah mereka pada penghujung Mei ini. Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Mohd Ali Rustam, berkata kontraktor yang baru dilantik untuk menyiapkan projek itu, Nada Cekal Sdn Bhd, diberi tempoh dua bulan untuk menyerahkan rumah berkenaan.

Abandoned housing project spectre not fully exorcised yet
11/03/1995 BT By Jailani Harun
THE spectre of abandoned housing projects, which haunted the nation during the mid-1980s, has yet to be fully exorcised. At the start of 1995, a total of 132 projects were still "delayed" or "abandoned" from 1993. Most alarming is the fact that 75 per cent of the affected projects was those of the low-cost schemes - a social obligation often neglected by developers who are in search of higher returns.

`Ministry didn't do enough'
11/03/1995 MM By Alina Simon
THE Housing and Local Government Ministry has been criticised for not doing enough to help buyers of Greenwood Condominium, a project abandoned in 1990. Buyers have been left in the lurch after the project was revived by another developer.

Pembeli rumah lega
17/03/1995 BH
BATU PAHAT, Khamis - Kira-kira 400 pembeli rumah di kawasan projek perumahan Taman Penggaram di sini yang terbengkalai sejak lebih sepuluh tahun lalu, lega berikutan sebuah syarikat pemaju lain mengambil alih projek berkenaan. Projek perumahan yang paling akhir dikendalikan pemaju Seri Mutiara Sdn Bhd itu, kini diambil alih syarikat F B Development Sdn Bhd, anak syarikat Firback Properties yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Projek Kampung Kerinchi diterus
17/03/1995 HM By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Pembangunan semula 11 blok rumah pangsa Kampung Kerinchi di sini, akan diteruskan jika penduduk bersetuju membangunkannya secara berperingkat. Kaedah itu yang dicadangkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kamal Hussin, itu dikatakan menjamin kejayaan projek yang membabitkan 2,000 penduduk di rumah pangsa berkenaan.

Pemilik rumah gelisah nanti CF
20/03/1995 BH By Jami'ah Shukri
KUALA LUMPUR, Ahad - Pembeli rumah di Taman Kobena, Cheras dekat sini, semakin gelisah kerana belum memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sekalipun sudah menunggu dengan sabar sejak 15 bulan lalu. Mereka mendakwa beberapa kali menghubungi pemaju taman itu, Koperasi Belia Nasional Berhad (Kobena), tetapi tidak mendapat sebarang tindakan positif mengenai kedudukan sebenarnya.

New developer gets green light to carry out work
20/03/1995 MM
THE developer of the newly-revived condominium project, formerly known as Greenwood Condominium, has the right to carry out work on the half- completed structures. A Housing and Local Goverment Ministry spokesman clarified that the developer, Maxrise Sdn Bhd, has the right over the structures on the land which they bought at an auction.

Buyers take action
20/03/1995 MM By Meor Shariman
ABOUT 20 buyers of an abandoned condominium project, Greenwood Condominium, have set up an action committee to pursue their claim for a refund of their payments or a stake in the project which was sold off in an auction. The committee, headed by Austrian engineer Hans Peter Ham, will be meeting with Minister of Housing and Local Government, Datuk Dr Ting Chew Peh, to resolve the problem.

Chew Piau kendali Banang Heights
21/03/1995 BH  By Wan Razman Juraimi
CHEW Piau Bhd (Chew Piau) dilantik sebagai kontraktor utama oleh F B Development Sdn Bhd (FB Development) untuk melaksanakan projek perumahan Banang Heights membabitkan kawasan seluas 34.4 hektar di Batu Pahat, Johor. Pengerusi eksekutif FB Development, Datuk Matshah Safuan, berkata projek itu membabitkan pembinaan 1,185 unit rumah. Ia adalah satu projek yang diambil alih oleh syarikat itu berikutan terbengkalai sejak lebih sepuluh tahun lalu.

Tapak kampung tersusun masih terbengkalai
22/03/1995 BH By Terus Mananti
SAYA ingin mengutarakan beberapa masalah terutamanya berkenaan tapak perumahan Kampung Tersusun Dua (2) di pekan Trolak yang sudah terbengkalai beberapa tahun. Ini menyulitkan peserta untuk mendirikan rumah, memandangkan tapak perumahan itu tidak lagi mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

Developer replies to housebuyer's claim
22/03/1995 MM
THE new developer that is reviving the Greenwood Condominium project has denied a housebuyer's claim that it has no right to start work on it. A Maxrise Sdn Bhd spokesman in a Press statement said the original development order given to the project still applied to the property they had taken over through public auction.

Agih segera tapak rumah
28/03/1995 HM By Ramli Ibrahim
GUA MUSANG: Kerajaan negeri diminta mempercepatkan pengagihan tapak rumah, Kampung Kundur dekat sini yang masih terbengkalai sejak beberapa tahun lalu. Mengikut bancian Pejabat Tanah dan Jajaban ini, perkampungan baru Kundur yang dicadangkan itu boleh memuatkan lebih 200 rumah khusus bagi perpindahan kawasan setinggan.

No obligation on new owner
29/03/1995 MM By V. Vasudevan
THE developer reviving an abandoned condominium project in Jalan Klang Lama did not inherit any obligations from the previous developer who abandoned it. It is legally within the new developer's right to refuse to consider those buying the units from the earlier developer.

Perlu duduk semeja
30/03/1995 HM
KUALA LUMPUR: Penduduk, pemaju dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu duduk semeja untuk membincangkan dengan teliti pembangunan semula rumah pangsa Kampung Kerinchi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Projek terbengkalai
01/04/1995 HM
AMPANG: Pembeli Taman Rampai di sini kesal kerana masih belum dapat mendiami rumah pangsa kos rendah berkenaan berikutan projek pembinaannya terbengkalai sejak lapan tahun lalu.

131 masih menaruh harapan
03/04/1995  HM By Ismail Mat
MUAR: Tiga pembeli rumah di Taman Sharifah di sini, sudah meninggal dunia, sementara 131 lagi terus menaruh harapan untuk menduduki rumah mereka yang dibeli kira-kira 16 tahun lalu, tetapi hingga kini masih terbengkalai. Peruntukan RM2.5 juta oleh Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), Bank Negara, hasil usaha Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Chua Jui Meng, juga belum membuahkan hasil terhadap harapan mereka.

Special offer for original purchasers
03/04/1995 MM
THE developer of a revived condominium project in Jalan Klang Lama is offering its original buyers a unit at special prices. The gesture by Maxrise (M) Sdn Bhd to purchasers of the abandoned Greenwood Condominium was welcomed by the latter last Saturday.

Penduduk tuntut tapak rumah
10/04/1995 HM By Ramli Ibrahim
GUA MUSANG: Kerajaan negeri diminta mempercepatkan pengagihan tapak rumah di Kampung Kundur dekat sini, yang masih terbengkalai sejak beberapa tahun lalu. Mengikut bancian yang dibuat oleh Pejabat Tanah dan Jajahan ini, perkampungan baru Kundur yang dicadangkan itu boleh memuatkan lebih 200 rumah dan khusus bagi perpindahan kawasan setinggan.

Condo buyers want proof of letters
19/04/1995 MM By Efi Hafizah Hamzah
THE Greenpark Heights action committee chairman, Hans Peter Ham, claimed he never received a letter informing him of the project having changed hands. Being one of the buyers of the previously abandoned project originally developed by JC&MC Sdn Bhd, he said the company representative's claims of having sent letters to 71 purchasers through their lawyers on the matter were untrue.

Hope yet for housebuyers
21/04/1995 NST-SSPEC
THE Taman Sharifah housing project, sitting on a three-hectare site at Bakri in Muar, Johor, has been abandoned for 16 years, leaving housebuyers in a lurch. So long has the wait been that five of them have since died. The developers too have absconded without a trace.

Abandoned project to be revived
25/04/1995 MM
THE first phase of an abandoned low-cost flats project in Taman Sri Permai, Pandan, will be revived and completed soon to enable the 240 buyers to move in. The two-room five-storey flats were abandoned due to financial constraints faced by the developer, Syarikat Malba Sdn Bhd, after construction began in 1987.

134 pembeli dikecuali faedah
01/05/1995 BH By Ismail Mat
MUAR, Ahad - Seramai 134 pembeli rumah dan premis perniagaan projek Taman Sharifah di sini yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu mendapat pengecualian faedah serta penalti pinjaman pembelian selama tujuh tahun mulai 1988. Kumpulan pembeli itu termasuk tiga yang sudah meninggal kini hanya perlu menyelesaikan kadar pinjaman yang diambil dengan potongan 50 peratus terhadap jumlah faedah serta denda untuk pinjaman berkenaan dari tarikh perjanjian hingga 1 September 1988.

Faedah pinjam rumah luput
01/05/1995 HM By Ismail Mat
MUAR: Seramai 134 pembeli rumah dan premis perniagaan projek Taman Sharifah di sini yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu mendapat pengecualian faedah serta penalti pinjaman pembelian selama tujuh tahun mulai 1988 hingga kini. Kumpulan pembeli itu termasuk tiga yang sudah meninggal dunia, hanya perlu menyelesaikan kadar pinjaman dengan potongan sebanyak 50 peratus terhadap jumlah faedah serta penalti untuk pinjaman berkenaan dari tarikh perjanjian hingga 1 September 1988.

Pembeli rumah harap bantuan
10/05/1995 HM By Saari Sanif
DENGKIL: Sebanyak 463 pembeli rumah kos rendah di projek perumahan yang terbengkalai di Batu 17 Jalan Ayer Hitam, Puchong, dekat sini, merayu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri supaya membantu menyelesaikan masalah mereka. Kebanyakan pembeli rumah itu adalah bekas pekerja lombong Ayer Hitam Tin yang sudah menutup operasinya sejak enam tahun lalu dan menyerahkan rumah terbabit kepada pekerjanya.

Kesal sikap pemaju
11/05/1995 HM
DENGKIL: "Kami dah bayar tunai rumah ini sejak lapan tahun lalu, tetapi belum boleh duduk kerana angkara pemaju," keluh seorang pembeli yang juga mangsa banjir kawasan Ayer Hitam Tin di sini, Alias Hading. Beliau mendakwa tidak tahu sehingga bila terpaksa menghadapi masalah banjir kerana pemaju tidak pernah memberi kata putus bila rumah itu boleh didiami.

853 rumah terbengkalai dipulihkan
12/05/1995 BH By Amirullah Andi Nur
KOTA KINABALU, Khamis - Sebanyak 13 projek perumahan terbengkalai membabitkan 853 unit rumah di seluruh negeri bernilai berjuta-juta ringgit, dapat dipulihkan semula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mengambil alih pemerintahan Sabah lebih setahun lalu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, hari ini berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha menyiapkan 1,304 unit rumah daripada baki 12 projek perumahan terbengkalai.

Rumah, deposit lesap
17/05/1995 HM  By Ahmad Naim Tahir
MELAKA: Nasib seorang juruteknik sebuah kilang di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia bukan saja kehilangan rumah yang ditempahnya sejak sembilan tahun lalu, tetapi turut kehilangan wang deposit sebanyak RM2,800 yang dibayar untuk membeli rumah berkenaan. Juruteknik itu, Md Repin Abdul, 40, berkata dia diberitahu oleh syarikat penanggung projek perumahan kos rendah di Ayer Keroh, dekat sini pada 6 Mei lalu bahawa perjanjian jual beli rumahnya dengan pemaju asal sebelum ini sudah dibatalkan.

Segerakan projek rumah murah di Air Hitam Tin Alwi
18/05/1995 BH
SAYA Alwi Miswan salah seorang daripada penduduk di kampung Puchong melahirkan rasa kecewa dengan projek perumahan kos rendah di Air Hitam Tin, Puchong yang masih belum dapat siapkan wlaupun projek itu sudah dimulakan sejak awal tahun 1989.

300 hampa rumah terbengkalai
25/05/1995 HM  By Saari Sanif
SUNGAI BESAR: Lebih 300 pembeli rumah di Taman Impian, Kampung Panchang Bedana kira-kira dua kilometer dari sini, kesal dengan sikap pemaju projek itu yang gagal menyiapkan taman perumahan berkenaan selepas terbengkalai sejak empat tahun lalu. Lebih merisaukan lagi, setakat ini tiada tanda-tanda yang menunjukkan pemaju taman itu akan menyiapkan 300 unit rumah kos sederhana dan rendah.

PKNS setuju bina flet
26/05/1995 HM
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berminat membangunkan semula tapak rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi yang berhadapan dengan pelbagai masalah hingga tertangguh lebih setahun lalu. PKNS memiliki 30 peratus ekuiti dalam rumah berkenaan yang dibina pada 1968 dan dianggap tidak sesuai lagi didiami kini kerana terlalu sempit dan ada yang tidak berbilik.

RM12j bagi pulihkan lima projek
05/06/1995 BH By Kamudin Baharom
KANGAR, Ahad - Kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta bagi membaik pulih lima projek perumahan terbengkalai di negeri ini membabitkan 475 unit rumah, kata Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee. Menurutnya, lima projek perumahan itu ialah di Taman Ria, Oran; Taman Seri Pauh di Kurung Anai; Taman KSM di Beseri; Taman Mewah di Sena; dan Taman Indah di Arau.

RM12 juta baik pulih perumahan
05/06/1995 HM
KANGAR: Kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta untuk kerja membaik pulih lima projek perumahan terbengkalai di negeri ini membabitkan kira-kira 475 unit rumah. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee berkata lima projek perumahan itu ialah di Taman Ria, Oran, Taman Seri Pauh di Kurung Anai, Taman KSM di Beseri, Taman Mewah di Sena dan Taman Indah di Arau.

Kementerian diminta bantu
05/06/1995 HM By Ahmad Naim Tahir
MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta campur tangan dalam menyelesaikan masalah pembeli rumah projek perumahan Taman Ayer Keroh Heights I, di sini yang diminta membayar 20 peratus deposit harga rumah berkenaan dalam tempoh 14 hari. Masalah itu timbul apabila projek perumahan yang mengandungi 414 unit rumah kos rendah dua tingkat berkenaan diambil alih oleh syarikat penanggung tahun lalu selepas pemaju asal diisytiharkan muflis pada 1986.

Pembeli rumah kesal pemaju tidak tepati janji
14/06/1995 BH  By Mangsa Rumah Terbengkalai
KEBELAKANGAN ini, banyak berita mengenai projek rumah terbengkalai. Rata- rata kita mendengar ramai pembeli yang tertipu kerana membeli rumah yang pembinaannya tertangguh oleh sebab-sebab tertentu. Saya juga seorang daripada mangsa kejadian itu. Saya membeli sebuah rumah kembar dua di Taiping lima tahun lalu. Bagaimanapun, sehingga ini, rumah yang saya tempah itu masih belum siap.

State gets RM26m to revive housing schemes
17/06/1995 NST
SEREMBAN, Fri. - The Federal Government has approved an allocation of RM26.5 million for the Negri Sembilan Government to revive nine abandoned housing projects in the State. Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad said today Bank Negara's abandoned housing project rehabilitation fund (TPPT) and enterpreneurs revolving fund (TPU) are providing RM24 million and RM2.5 million respectively.

60 terpaksa tanggung hutang
26/06/1995 HM  By Azahar Kasim
SERENDAH: Seramai 60 penduduk Kampung Stesen Sungai Choh, di sini terpaksa menanggung beban hutang selepas rumah yang dibeli sejak tiga tahun lalu, terbengkalai. Beban hutang itu ditanggung apabila 120 unit rumah kos sederhana di Taman Ehsan Ibu gagal disiapkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan.

Bid to revive abandoned flats
30/06/1995 NST-CITYX By Loo Kian Boon
AN abandoned project comprising three blocks of low-cost flats at Taman Rampai in Ampang will be revived after an eight-year break. Member of Parliament for Ampang Jaya Ong Tee Keat, who visited the site yesterday, said a "white knight" has agreed to take over the project from Syarikat Malba Sdn Bhd.

Projek terbiar perlu dimaju segera
07/07/1995 HM
PARIT BUNTAR: Kerajaan negeri diminta menyegerakan projek kampung tersusun di Pondok Tanjung yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Ketua Kampung Pondok Tanjung, Sulaiman Mahmud, berkata projek itu wajar diteruskan bagi membolehkan penduduk yang sering menghadapi masalah banjir berpindah.

Masalah 1,006 rumah terbiar diatasi
13/07/1995 BH
KANGAR, Rabu - Masalah 1,006 unit rumah terbengkalai di negeri ini dijangka dapat diatasi dalam tempoh setahun, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco), Khor Liang Tee. Katanya, kerajaan negeri akan berusaha dan mengambil langkah tertentu bagi memastikan rumah yang dibina dalam sembilan projek perumahan itu dapat dipulihkan dalam tempoh itu.

873 rumah terbengkalai dipulihkan
13/07/1995 HM
KANGAR: Masalah projek perumahan terbengkalai membabitkan sebanyak 873 unit di negeri ini dijangka dapat diatasi dalam tempoh setahun, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco), Khor Liang Tee. Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha bagi memastikan semua sembilan projek terbengkalai dapat di pulihkan dalam tempoh berkenaan.

40 projek perumahan di Johor terbengkalai
17/07/1995  BH By Ismail Mat; Zulkiflee Ab Jalil
MUAR, Ahad - Kerajaan Johor mengenal pasti kira-kira 40 projek perumahan di negeri ini yang masih terbengkalai, walaupun pembinaannya dimulakan sejak lebih 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Industri Kecil Sederhana dan Kerajaan Tempatan, Adam Abdul Hamid, berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti projek terbabit mengikut daerah.

Pemaju diarah percepat projek
19/07/1995 BH  By Ahmad Che Doh
NIBONG TEBAL, Selasa - Kerajaan negeri mengarahkan Diniaga Sdn Bhd mempercepatkan projek pembinaan 130 unit rumah kos rendah di Jawi dekat sini bagi mengelakkan pembeli menunggu lebih lama. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Shariff Omar, berkata projek yang sepatutnya siap pada 1990 kini terbengkalai menyebabkan pembeli yang tidak mempunyai rumah, terpaksa menyewa rumah manakala mereka yang membuat pinjaman membeli rumah itu melalui bank terpaksa membuat bayaran setiap bulan.

Projek terbiar: Perlis lantik kontraktor baru
20/07/1995 BH
KANGAR, Rabu - Kerajaan Perlis bertindak tegas bagi menyelesaikan masalah 873 projek perumahan yang terbengkalai menerusi pendekatan melantik kontraktor lain menyiapkan projek itu. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Khor Liang Tee, berkata pendekatan itu akan dilaksanakan sekiranya pemaju asal masih tidak mahu bertanggungjawab menyiapkan projeknya.

Rumah terbengkalai jejas imej
02/08/1995 HM By Mohd Noh Othman
PORT DICKSON: Rumah terbengkalai di Kilometer 9.5, Jalan Pantai, di sini menjadi rungutan penduduk berhampiran kerana mencemarkan nama Port Dickson sebagai daerah peranginan dan pelancongan terkenal. Rumah yang mengandungi tiga blok tiga tingkat itu terletak di persimpangan jalan masuk ke Bandar Baru Sungala dan berhampiran dengan Hospital Port Dickson.

Pembeli rumah menunggu 11 tahun
09/08/1995 BH By Mangsa Rumah Terbengkalai Selama 11 Tahun
KITA banyak mendengar berita mengenai projek rumah terbengkalai. Rata-rata kita dapati ramai pembeli yang tertipu kerana membeli rumah yang pembinaan tertangguh oleh sebab tertentu. Saya juga seorang daripada mangsa kejadian itu. Saya membeli sebuah rumah di Jasin, Melaka dan menandatangani perjanjian pada Jun 1984. Mengikut perjanjian, pemaju harus menyerahkan rumah itu kepada saya pada 26 Jun 1986.

TNB diminta pasang lampu
09/08/1995 HM
PENDUDUK sekitar Jalan Teratai, Taman Johor Jaya mahu pemaju perumahan taman itu menyambung semula kerja pembinaan rumah di jalan berkenaan yang terbengkalai sejak dua tahun lalu. Ia bagi mengelakkan rumah berkenaan menjadi sarang maksiat dan pusat kegiatan penagihan dadah.

Pembeli ancam ambil tindakan mahkamah
10/08/1995 BH
MELAKA, Rabu - Lebih 100 pembeli rumah kos rendah di Kampung Ujong Padang, Mukim Sungai Baru Ilir, Alor Gajah, dekat sini akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemaju dan sebuah agensi kerajaan negeri jika projek yang didakwa terbengkalai sejak dua tahun lalu itu, masih gagal disiapkan. Pembinaan projek perumahan awam berkenaan yang dimulakan pada penghujung 1992, dikatakan membabitkan usaha sama sebuah agensi kerajaan dengan pemaju swasta.

Pemaju rayu lanjut tempoh
11/08/1995 HM
MELAKA: Dua pemaju projek rumah awam yang membabitkan 226 unit membuat rayuan kepada kerajaan Melaka supaya melanjutkan tempoh pelaksanaan kedua- dua projek yang terbengkalai itu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Yassin Sarip hari ini berkata kedua-dua projek itu dilaksanakan secara penswastaan.

56 pembeli kesal projek terbengkalai
15/08/1995 HM
KETEREH: Lebih 56 unit rumah kos rendah sederhana di Taman Patek, Kadok, dekat sini, terbengkalai apabila pemaju perumahan itu mengalami masalah kewangan, sejak beberapa bulan lalu. Berikutan itu, pembeli terutama kalangan anggota tentera mengalami kerugian kerana mereka terpaksa tinggal rumah sewa.

Rumah terbiar pusat penagih
22/08/1995 HM
PROJEK perumahan berhampiran Kampung Melayu di sini yang terbengkalai sejak beberapa bulan lalu menjadi tumpuan penagih dadah. Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, berkata kegiatan yang semakin berleluasa itu membimbangkan penduduk terutama yang tinggal berhampiran.

Buyers can move in next year
22/08/1995 MM
THE revived City Hall Keramat Jaya 2 flats project is expected to be completed by the end of the year. Its long-suffering buyers may finally be able to move in by early next year after a four-year wait.

Enam tahun projek terbengkalai
23/08/1995 BH By Pembeli Kecewa
SAYA membeli sebuah rumah kos sederhana rendah di bawah projek perumahan Negeri Selangor (dahulunya SUK Selangor tetapi setelah diswastakan menjadi Permodalan Negeri Selangor Berhad PNSB) pada 1989. Projek perumahan Taman Seri Raya di Batu 9 Jalan Cheras itu diberikan kepada sebuah syarikat Bumiputera utuk dimajukan. Saya berasa gembira dan `terjamin' memandangkan saya adalah di antara beberapa pemohon yang dapat membeli rumah kos sederhana rendah di bawah naungan kerajaan negeri Selengor.

House buyers get assurance
05/09/1995 MM
BUYERS of the Keramat Jaya 2 flats project can take vacant possession of their units by the end of the year. The assurance came from City Hall's Economic Planning and Social Services director Abdullah Masoad who explained that the project was expected to be completed then.

Buyers' housing blues
06/09/1995 MM By Alina Simon
THE Housing and Local Government Ministry was criticised today for not living up to its promise to help buyers of the Greenwood Condominium project abandoned in 1990. A group of 34 purchasers, who were left in the lurch after the project was revived by another developer, were unhappy at the lack of action against the latter for allegedly carrying on the project without a licence.

Projek terbengkalai dipulih
07/09/1995 BH
KANGAR, Rabu - Kerajaan Perlis akan mencari syarikat pemaju baru untuk membaik pulih dan meneruskan pembinaan sembilan projek perumahan awam yang terbengkalai di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Khor Liang Tee.

Efforts on abandoned projects going well
08/09/1995 NST
SEREMBAN, Thurs. - Eight abandoned housing projects in Negri Sembilan have been approved for rehabilitation by the Treasury's Abandoned Housing Project Rehabilitation Fund (AHPRF). Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad said today the abandoned projects consisting of 2,050 housing units were mostly in Kuala Pilah and here.

100 buyers protest against developer
09/09/1995 NST
PENANG, Fri. - About a hundred buyers of residential and commercial units of Taman Harbour View near Weld Quay today trooped to the KGN-Holdings head office in Green Hall here to protest against the delay in completing the project within the stipulated time. The buyers were led in their protest by State Assemblyman for Pengkalan Kota Lee Hack Teik.

`Defer legal action' on abandoned project
14/09/1995 NST-LTIMES
HOUSE purchasers in the abandoned Taman Rampai project in Ampang have been urged to postpone legal action against the developer Syarikat Malba Sdn Bhd. Ampang Jaya MP Ong Tee Kiat said the project, which was abandoned for eight years, would be revived as soon as the company was taken over by a new management.

Taman Rampai project to be revived
15/09/1995 MM
THE Taman Rampai housing scheme in Ampang which was abandoned eight years ago is being revived. Ampang Jaya MP Ong Tee Keat, in announcing the good news, said those who had bought houses in the scheme will not have to pay extra money under the new proposal to revive the scheme.

Another housing project abandoned
19/09/1995 MM By Meor Shariman
ANOTHER abandoned housing project has emerged in Ampang just when one has been revived early this month. Ampang Jaya Member of Parliament Ong Tee Keat said he managed to help restart the abandoned Taman Seri Rampai project early this month.

Pembeli setuju tubuh persatuan
21/09/1995 HM  By Al-Abror Mohd Yusof
CHERAS: Pembeli rumah di Taman Kencana Fasa 3 pada dasarnya bersetuju menubuhkan persatuan berdaftar dan memohon kepada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPT) membantu menyiapkan projek rumah berkenaan yang belum dapat disiapkan mengikut jadual. Cadangan ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Keat, ketika perjumpaan dengan pembeli yang terbabit di sini, semalam.

52 warga asing ditangkap
05/10/1995 BH
KOTA BHARU, Rabu - Seramai 52 warganegara Bangladesh ditahan kerana memasuki negara ini secara haram di kawasan perumahan terbengkalai di Kampung Aril, Peringat, dekat sini, pagi tadi. Dengan penahanan itu, polis Kelantan percaya dapat mengesan kegiatan penyeludup membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan menggunakan rumah kosong sebagai tempat persembunyian sebelum dibawa ke sesuatu destinasi.

Syarikat baru majukan projek terbengkalai
06/10/1995 BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Bakal penduduk sebuah taman perumahan di sini hari ini menyerahkan senarai 197 daripada 240 pembeli projek rumah terbengkalai sejak 1987 kepada pemaju perumahan, PA Development Sdn Bhd (PAD). Senarai itu diserahkan oleh pengerusi Persatuan Pembeli Unit Kediaman Taman Rampai Ampang, Selangor (PPKTR), S C Leong kepada wakil PAD, Chong Chin Wah. PAD adalah pemaju baru bagi Taman Rampai Ampang, yang kini dikenali sebagai Taman Pandan Utama.

Projek terbengkalai dipulihkan
06/10/1995 HM
KUALA LUMPUR: Sebuah projek perumahan kos rendah, membabitkan 240 rumah kos rendah dan lapan rumah kedai, yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu di Taman Sri Rampai, Ampang, akan dipulihkan. Ahli Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Kiat, berkata pemulihan dibuat melalui pengambilalihan projek itu oleh Hunt Way Corporation dan P A Development Sdn Bhd setelah pemaju terdahulu gagal menyiapkannya.

Work on abandoned flats to start soon
06/10/1995 NST-LTIMES
WORK will begin soon to revive the low-cost flat project at Taman Rampai in Ampang, which was abandoned eight years ago. Member of Parliament for Ampang Jaya Ong Tee Keat said the project, which has several phases, will be managed by PA Development Sdn Bhd, a subsidiary of Hunt-Way Corporation Sdn Bhd.

Syarikat baru majukan projek terbengkalai
06/10/1995 BH
KUALA LUMPUR, Khamis - Bakal penduduk sebuah taman perumahan di sini hari ini menyerahkan senarai 197 daripada 240 pembeli projek rumah terbengkalai sejak 1987 kepada pemaju perumahan, PA Development Sdn Bhd (PAD). Senarai itu diserahkan oleh pengerusi Persatuan Pembeli Unit Kediaman Taman Rampai Ampang, Selangor (PPKTR), S C Leong kepada wakil PAD, Chong Chin Wah. PAD adalah pemaju baru bagi Taman Rampai Ampang, yang kini dikenali sebagai Taman Pandan Utama.

3 tertimbus
11/10/1995 HM By Rasid Rahaman
KUALA KUBU BARU: Polis percaya punca bangunan dua tingkat di Jalan Datuk Balai di sini, runtuh petang semalam, berikutan tiang konkrit bangunan itu tidak dapat menampung bebanan simen yang sedang ditampal di tingkat satu. Ini kerana beberapa tiang konkrit bangunan itu dipercayai tidak kukuh kerana terbengkalai hampir setahun lalu dan kerja pembinaan semula hanya dilakukan seminggu lalu.

10 tahun tunggu rumah siap
13/10/1995 HM
JOHOR BAHRU: Lebih 300 pembeli rumah kos rendah Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dekat sini, mahukan pemaju taman itu menyegerakan pembinaan rumah mereka. Mereka mendakwa pembinaan rumah kos rendah terbengkalai sejak projek itu dimulakan pada 1985 sedangkan rumah jenis mewah dan sederhana sudah siap dibina.

Keramat Jaya housing project delayed
13/10/1995 MM
BUYERS of City Hall's privatised housing project in Keramat Jaya may only occupy their unit in the middle of next year as the contractor is unable to complete it in time. GMK (M) Fatirah Sdn Bhd was supposed to hand it over by end of the year.

10 tahun tunggu rumah siap
13/10/1995 HM
JOHOR BAHRU: Lebih 300 pembeli rumah kos rendah Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dekat sini, mahukan pemaju taman itu menyegerakan pembinaan rumah mereka. Mereka mendakwa pembinaan rumah kos rendah terbengkalai sejak projek itu dimulakan pada 1985 sedangkan rumah jenis mewah dan sederhana sudah siap dibina.

Pemaju Sri Raya janji beri kunci rumah
16/10/1995 HM
CHERAS: Pemaju Taman Sri Raya di sini, Kausar Corporation Sdn Bhd, memberi jaminan akan menyerahkan kunci kepada pembeli rumah kos rendah di taman itu apabila siap dalam masa sebulan. Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Zakaria Hussien, berkata pembeli rumah tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memberikan kunci seperti yang dijanjikan.

Projek rumah murah terbiar setahun
16/10/1995 HM
PEMOHON yang memohon pembelian rumah murah di Kampung Gong Kubur dengan Gong Kulim kesal kerana pojek pembinaan rumah itu terbengkalai, sedangkan pembayarannya telah diproses oleh pihak terbabit dengan projek itu. Menurut mereka, projek itu terbiar sejak setahun lalu dan kini kawasannya hanya ditumbuhi oleh semak.

12 rumah teres dilelong
19/10/1995  BH By Zainal A
BUKIT MERTAJAM, Rabu - Sebanyak 12 buah rumah teres dua tingkat di Mukim 11 berhampiran Taman Desa Damai di sini dilelong oleh sebuah syarikat kewangan tempatan selaku pemegang gadaian kerana pemaju dikatakan gagal menjelaskan pinjaman bagi membiayai projek yang bernilai hampir RM5 juta. Rumah terbabit dilelong oleh institusi kewangan berkenaan dengan harga RM1.4 juta.

Housebuyers lose RM1mil in auction
19/10/1995 NST By Noor Adzman Baharuddin
BUKIT MERTAJAM, Wed. - Twelve housebuyers of an abandoned housing project here lost more than RM1 million after a finance company auctioned off their unfinished units today. The auction, carried out by United Merchant Finance Berhad (UMFB), was to recover about RM5 million owed by the developer, Contour Development Sdn Bhd, before the developer absconded several years ago.

4,000 unit rumah kos rendah dibaik
31/10/1995 BH
SEREMBAN, Isnin - Kira-kira 4,000 unit rumah kos rendah yang terbengkalai, sudah dipulihkan dan sedia untuk didiami oleh golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Katanya, rumah itu yang membabitkan 18 projek dipulihkan menerusi peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TPPT).

4,000 rumah murah dipulihkan
31/10/1995 HM
SEREMBAN: Kerajaan negeri berjaya menyiapkan 4,000 unit rumah kos rendah yang dulunya terbengkalai untuk didiami oleh pembeli golongan berpendapatan rendah di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata semua rumah itu kini sudah sedia untuk didiami oleh pembeli.

Buyers to apply for funds to revive abandoned project
31/10/1995 NST
TAIPING, Mon. - House buyers of the abandoned Taman Bistari low-cost housing project in Kamunting here have agreed to apply for funds from the Finance Ministry to enable a new developer to revive the project. They have also agreed to give Kamunting State Assemblyman Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah the right to liaise with the Housing and Local Government Ministry and the State Government on the revival.

ADUN selesai masalah
01/11/1995 HM
TAIPING: Pembeli rumah di Taman Bistari, Kemunting, dekat sini yang pembinaannya terbengkalai memberikan mandat kepada Adun Kamunting, Datuk Dr Abdul Malek Mohd Hanafiah, untuk menyelesaikan masalah mereka. Mandat itu diberikan dalam satu majlis dialog pembeli terbabit dengan Dr Abdul Malek di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, di sini baru-baru ini. Dr Abdul Malek berkata, dalam pertemuan itu keputusan dicapai dengan pembeli terbabit memberi mandat kepada beliau untuk berunding dengan pelbagai pihak supaya pembinaan rumah itu dapat diteruskan sehingga siap.

Pendatang sembunyi di rumah terbengkalai
 07/11/1995 BH
IPOH, Isnin - Projek perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bersebelahan Taman Shatin Baru, Pasir Puteh, di sini yang terbengkalai sejak kira-kira 16 tahun lalu dipercayai menjadi tempat perlindungan pendatang tanpa izin. Seorang penduduk, Chin Kam Kee, 45, mendakwa mereka sering ternampak pekerja asing yang dipercayai pendatang tanpa izin keluar masuk ke dalam rumah yang terbengkalai itu.

Puzzled by action taken by land office
21/11/1995 MM By V. Vasudevan
BUYERS of the Taman Greenwood Condominium project abandoned in 1990 are puzzled with Kuala Lumpur Land Office for cancelling a private caveat they placed on it. They claimed to learn about the decision when a buyer recently checked with the land authority on the progress of their case.

PNSB to be called in over project
29/11/1995 NST-LTIMES
PERMODALAN Negeri Selangor Berhad (PNSB) will be called in to help resolve the problem faced by 440 housebuyers of Taman Seri Raya at 15km Jalan Cheras. Selangor State Executive Councillor and State Assemblyman for Dusun Tua Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad said in view of the fact that PNSB is a partner in the housing project, the State-owned company must also be responsible for the project which had been delayed for four years.

Pembeli rumah boleh buat laporan polis
30/11/1995 BH
MASALAH: SAYA mewakili semua pembeli unit perumahan kos rendah di Lot 1861, Kampung Gong Kubur, Fasa II, Pasir Puteh, Kelantan, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semerak ingin memohon perhatian dan bantuan pihak berwajib mengenai projek perumahan berkenaan yang telah lama terbengkalai.

Fasa satu siap 55 peratus
01/12/1995 BH
SEREMBAN, Khamis - Fasa satu dan dua pembinaan loji rawatan sisa toksik bernilai RM353 juta di Bukit Nanas, Port Dickson yang terbengkalai sebelum ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan pembinaan loji di kawasan seluas 58 hektar yang kini dilaksanakan mengikut jadual.

Pembeli kecewa rumah terbengkalai
07/12/1995 BH
MASALAH: SAYA pembeli rumah kos rendah di Kampung Paya Jaras, melahirkan rasa dukacita saya terhadap wakil rakyat kawasan Paya Jaras kerana tidak mengambil tahu masalah penduduk kampung ini dan yang dihadapi oleh pembeli rumah projek itu.

Housebuyers in quandary over abandoned project
16/12/1995 NST By Marina Emmanuel
SUNGAI PETANI, Fri. - Several housebuyers of a housing project here today voiced their concern about a developer who has abandoned a partially-built project. The buyers of Taman Seri Gedung houses said they had made payments of up to RM15,000 for three-bedroom terrace houses which were advertised for RM25,000 in 1988 by developers Sungei Patani Earth Sdn Bhd.

Taman Nora residents get to keep their homes
18/12/1995 NST
JOHOR BARU, Sun. - In a special concession by the State, home owners in the controversial Taman Nora housing project in Ulu Tiram, 35km from here, have been given an assurance that their homes will not be put up for auction by Perwira Habib Bank. State Executive Councillor Adam Abdul Hamid said today he had negotiated with top officials of the bank to stop the auction of the houses with immediate effect.

Projek kampung tersusun terbengkalai
20/12/1995 HM
LUMUT: Projek kampung tersusun dan pembinaan kompleks penghulu yang dilaksanakan kerajaan di Kampung Batu 10 Lekir, dekat sini, masih terbengkalai dan tidak diambil sebarang tindakan pihak terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Mohamad Basri Ramli, berkata projek kampung tersusun itu sepatutnya telah siap dilaksanakan tetapi kini tapak projek itu semak-samun.

Still not built after 11 years
29/12/1995 NST-LTIMES By Lim
THE worst case of consumerism I have witnessed is the case of the house which I purchased in March 1984 and has been abandoned since 1986. All the hoo-hah about consumers standing up for their rights is really something to laugh about.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.