-
City Hall tenders to revive
abandoned housing scheme
MM 13/01/1997
CITY HALL is calling for a tender to complete the abandoned housing project
in Keramat Jaya. The contractor is expected to be selected from a list of 10
names provided by the Finance Ministry.
-
Projek terbengkalai dipulihkan
BH 16/01/1997
AMPANG, Rabu - Projek perumahan kos rendah membabitkan pembinaan tiga blok
flet lima tingkat di Taman Rampai, Kampung Baru Ampang di sini, yang
terbengkalai sejak 10 tahun lalu, akan dipulihkan mulai bulan depan.
-
320 belum tandatangani dokumen BH 21/01/1997
ALOR STAR, Isnin - Baki 320 pemilik tanah rumah kos rendah Taman Seri Gedong,
Mukim Ulu Pasir, Kuala Muda yang belum menandatangani dokumen persetujuan
penyerahan projek kepada pemaju yang baru, diminta menghubungi jawatankuasa
bertindak pembeli. Ini kerana mereka gagal dihubungi oleh jawatankuasa
berkenaan sedangkan 317 pemilik tanah yang lain sudah menurunkan tandatangan
bagi membenarkan syarikat pemaju yang baru mengambil alih projek itu
daripada pemaju asal, Teka Mas Sdn Bhd.
-
RM800 untuk kunci rumah
HM 23/01/1997 By Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
KUALA LUMPUR: Seramai 337 pembeli rumah Taman Perkasa Batu, 12 Hulu Langat,
seperti jatuh ditimpa tangga kerana setelah 10 tahun projek perumahan itu
terbengkalai, kini penduduk diarahkan membayar RM800 untuk mendapatkan kunci
rumah. Kebanyakan penduduk hanya dimaklumkan oleh syarikat yang dilantik
oleh pemaju, kutipan itu bagi membayar pengutipan sampah untuk tempoh dua
tahun iaitu 1997 dan 1998.
-
Projek flet Taman Rampai
dipulih BH 01/02/1997
AMPANG, Jumaat - Projek perumahan kos rendah membabitkan pembinaan tiga blok
flet lima tingkat di Taman Rampai, Kampung Baru Ampang di sini, yang
terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan dipulihkan sebelum hujung tahun ini.
Usaha memulihkan projek itu akan dijalankan secara usaha sama antara
syarikat PA Development Sdn Bhd (PAD) dan Vibrant Diamond Sdn Bhd.
-
Pemaju janji pulih projek
HM 01/02/1997 By Norainon Othman
AMPANG: Nasib pembeli rumah Taman Rampai yang terbengkalai sejak 10 tahun
lalu dijangka berubah apabila pemaju perumahan baru sanggup memulihkan
projek itu. Projek Taman Rampai membabitkan 240 unit rumah kos rendah itu
akan dibangunkan pemaju baru, PA Development Sdn Bhd dijangka siap dua tahun
lagi.
-
Pemaju setuju siapkan rumah
HM 17/03/1997
SUBANG: Penantian 198 pembeli rumah Taman Setia Warisan di Kampung Melayu
Subang, di sini yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu berakhir apabila
pemajunya bersetuju meneruskan semula projek itu. Pemaju projek berkenaan,
Syarikat Sri Rambai Sdn Bhd bersetuju memulihkan projek yang sepatutnya
disiapkan pada 1991 lalu dalam satu perjumpaan bersama pembeli di tapak
perumahan itu, petang kelmarin.
-
Rumah: Sanusi diminta bantu
HM 17/02/1997 By Zuhri Kamarzaman
ALOR STAR: Seramai 648 pembeli rumah kos rendah, sederhana, berkembar dan
kedai dua tingkat di Taman Budiman, di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini,
yang terbengkalai sejak enam tahun lalu, merayu Menteri Besar Datuk Seri
Sanusi Junid campur tangan bagi menyelesaikannya. Pembeli terbabit mendakwa,
beberapa rundingan dengan pemaju taman perumahan terbabit, Seridal Sdn Bhd (Seridal),
menemui jalan buntu.
-
Enam pemaju kena tindakan
HM 18/02/1997
By Zuhri Kamarzaman
ALOR STAR: Kerajaan Kedah menghadapi masalah menyelesaikan beberapa projek
perumahan terbengkalai di negeri ini berikutan sikap sesetengah pemajunya
main `kong kalikong'. Mereka dikatakan selalu berbohong dan menghilangkan
diri apabila kerajaan mengadakan rundingan dengan pemaju berkenaan.
-
Buyers get keys after seven
years NST-LTIMES 18/03/1997 By Annie Freeda Cruez
AFTER almost seven years, buyers of houses in Taman Menara Maju in Kampung
Jawa, Klang, have finally received the keys to their homes. Thanks to
Koperasi Menara Maju Berhad chairman V. Govindaraj, the housing scheme was
completed recently after being abandoned for some time.
-
Hak pembeli dakwa pemaju
HM 19/03/1997 By Mohd Ramzi Sanny
PETALING JAYA: Pemaju perumahan Taman Seri Warisan, di Kampung Melayu Subang,
dekat sini mungkin dikenakan tindakan undang-undang jika gagal menyiapkan
projek berkenaan dalam tempoh yang dijanjikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Bukit Lanjan, Dr Pius Martin, berkata 198 pembeli perumahan terbabit berhak
berbuat demikian selepas lama bersabar menunggu rumah mereka disiapkan sejak
terbengkalai tujuh tahun lalu.
-
Rumah terbengkalai HM 28/03/1997
NIBONG TEBAL: Impian empat pembeli rumah kos rendah untuk memiliki rumah
sendiri tidak tercapai apabila mereka meninggal dunia sebelum projek
perumahan itu disiapkan. Pembeli terbabit adalah antara 200 pembeli rumah di
Taman Kesumba, Sungai Bakap, dekat sini terbengkalai sejak lebih lapan tahun
lalu.
-
Firm's failure to complete
houses puts 200 in lurch
NST 28/03/1997 By Noor Adzman Baharuddin
NIBONG TEBAL, Thurs. - Some 200 housebuyers, mostly pensioners, are being
left in the lurch since 1989 following the failure of a developer to
complete their low cost houses at Taman Kesumba near Sungai Bakap here. A
spokesman for the housebuyers, Mohd Kassim Osman, 55, said they had appealed
to Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting Chew Peh for help but
to no avail.
-
Projek rumah empat tahun
terbengkalai
HM 01/04/1997
AMPANG JAYA: Pembeli rumah fasa 3, Taman Kencana di sini, mahu pemaju
menyiapkan segera projek yang terbengkalai sejak empat tahun lalu. Ahli
Parlimen Ampang Jaya, Ong Tee Keat, berkata projek rumah teres dua tingkat
itu dibina sejak Disember 1990.
-
30 rumah terbengkalai HM 10/04/1997 By Azhan Ahmad
CHANGLUN: Penduduk di Taman Bersatu, dekat sini, meminta kerajaan negeri
campur tangan bagi mengatasi masalah kira-kira 30 rumah fasa dua di taman
terbabit yang dibiarkan terbengkalai sejak tiga tahun lalu. Rumah kos
sederhana berharga kira-kira RM40,000 itu dibiarkan terbengkalai hingga
menyebabkan kawasan persekitarannya dipenuhi semak- samun dan menjadi tempat
pembiakan anjing liar.
-
Kedah ambil alih projek rumah
gagal BH 15/04/1997 By Hassan Omar
ALOR STAR, Isnin - Kedah akan mengambil alih projek perumahan dan rumah
kedai terbengkalai di negeri ini jika pemaju sedia ada tidak berupaya
menyiapkannya. Bagi tujuan itu, kerajaan meminta 20 pemaju terbabit
mengemukakan bukti bahawa mereka sudah berusaha mengatasi masalah yang
dihadapi sehingga menyebabkan projek gagal disiapkan mengikut jadual.
-
Pemaju kena kemuka bukti
HM 15/04/1997 By Hassan Omar
ALOR STAR: Sebanyak 20 pemaju projek perumahan dan rumah kedai yang
terbengkalai diarahkan mengemukakan bukti kepada kerajaan negeri mengenai
langkah bagi menyiapkan projek terbabit. Kerajaan negeri tidak akan
teragak-agak mengambil alih projek berkenaan jika mereka gagal mengemukakan
bukti manakala pemaju yang mampu mengemukakan bukti itu akan dibantu
menyiapkan projek terbabit.
-
State to take over abandoned
projects
ST 15/04/1997
ALOR STAR, Mon. - State Government agencies will take over the task of
completing projects abandoned by developers if they do not take measures to
revive them. Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Junid said the State Government
at its State Planning meeting at Wisma Darul Aman today decided to hold
discussions with some 20 developers with a view to assist them to revive
their abandoned projects.
-
Ambil alih projek perumahan
terbengkalai BH 16/04/1997
KANGAR, Selasa - Orang ramai meminta kerajaan negeri mengambil alih semua
projek perumahan terbengkalai bagi mengelak pembeli menanggung beban dan
kerugian kerana rumah yang dibeli tidak boleh diduduki. Menurut mereka,
agensi berkaitan, termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
dan Menteri Besar diperbadankan (MBI) mampu menyiapkan projek berkenaan.
-
Robohkan 134 rumah
terbengkalai: Pemuda Umno BH 29/04/1997
BATU PAHAT, Isnin - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disaran
merobohkan 134 unit rumah kos rendah di Tongkang Pechah, dekat sini yang
terbengkalai selama lebih lima tahun. Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian
Batu Pahat, Mohd Zaid Yusof, berkata projek perumahan awam itu tidak dapat
dijual kepada pemohon kerana masalah keselamatan bangunan yang dikatakan
tidak layak diduduki.
-
Maksiat, dadah di rumah
tinggal HM 29/04/1997 By Hassan Muin
BATU PAHAT: Beberapa rumah di sebuah kawasan projek perumahan di Tongkang
Pechah, dekat sini, yang terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu, kini
dipercayai menjadi sarang penagih dadah dan tempat pasangan remaja melakukan
maksiat. Projek mengandungi 134 unit rumah kos rendah itu dikatakan tidak
dapat dijual kepada orang ramai kerana masalah keselamatan bangunan yang
dikatakan tidak layak diduduki.
-
Flats to be ready by end of
year
MM 11/06/1997
CITY HALL is sticking to its promise to deliver the long-delayed Keramat
Jaya Phase II flats to buyers by end of the year. It has revived the project
that had been stalled many times since it first started in 1989 last month.
-
Housebuyer shocked over huge
loan balance
NST 11/06/1997
MUAR, Tues. - A housebuyer who had been faithfully paying his monthly
instalments for a RM34,000 government housing loan for 14 years, was shocked
to receive a statement, stating he still owed RM22,930. Alwi Mohamed Amin,
54, a senior clerical officer with Kedai Telekom Muar, said he that received
a notice from Coopers and Lybrand, which had been appointed by Bank Negara
under the Abandoned Housing Rehabilitation Fund to revive the Taman Sharifah
housing project in Jalan Bakri.
-
Nasib pembeli rumah terabai
BH 17/06/1997 By Rakyat Yang Belum Ada Rumah Sendiri
SAYA adalah seorang pembeli rumah kos rendah di Taman Budiman, Alor Star.
Potongan gaji bulanan sebanyak RM180 dibuat mulai 1994 untuk membayar secara
ansuran kepada Jabatan Perumahan. Apa yang mendukacitakan saya dan pembeli
lain yang senasib dengan saya ialah kami terpaksa membayar sewa rumah yang
diduduki sekarang kerana rumah yang dibeli belum siap.
-
Drums at abandoned housing
project removed
NSUNT 22/06/1997
SEREMBAN, Sat. - The State Department of Environment has removed all the
drums suspected of containing hazardous waste dumped at an abandoned housing
project in Desa Temiang last week. A DOE official said they found 25 drums
from the site yesterday. They were transported to the Bukit Nanas integrated
waste treatment plant in Port Dickson.
-
Over 1,000 Bayan Lepas
housebuyers in a lurch
NST 28/06/1997By Marina Emmanuel
PENANG, Fri. - Over 1,000 housebuyers of a mixed development project in
Bayan Lepas have been left in the lurch. Three years after booking low- cost
apartments there, the project has been abandoned. Most of the units in the
Sri Bayu project, launched in 1992 by Acting Prime Minister Datuk Seri Anwar
Ibrahim (in his capacity then as Finance Minister), were snapped up but to
date there is nothing but overgrown trees, larvae infested drains and a
partially-completed apartment block at the 52,675 sq metre project site.
-
Plan for new developer to
revive Sri Bayu NSUNT 29/06/1997
PENANG, Sat. - Acting Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today the
State Bumiputera Steering Committee was in the process of appointing another
development company to revive a project in Bayan Lepas which had been
abandoned by the previous developer. He said the committee had at a meeting
two months ago cancelled the project given to Duniaga Sdn Bhd.
-
Acting PM visits site of
delayed housing project NSUNT 29/06/1997
PENANG, Sat. - Acting Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today visited
Halaman Damai in Georgetown, one of several delayed housing projects in the
State by developer Duniaga Sdn Bhd. The project's low-cost block has been
completed and occupied. However, residents of a second block of medium-cost
units are still waiting for the certificate of fitness while a third block
of medium-cost units is under construction.
-
Shock for Subang Jaya folk
MM 07/07/1997 By Nurzaidah Aziz
THE lingering legacy of an abandoned project came crashing down on residents
of Jalan SS14/4B, Subang Jaya, last Friday when part of the hoardings around
the site collapsed on three vehicles. It fell on a car, a van and a small
lorry during a thunderstorm, prompting their owner to lodge a police report.
-
Kunci flet akhir tahun
HM 28/07/1997 By Norainon Othman
KUALA LUMPUR: Seratus empat puluh satu pembeli rumah Blok G, Vista Angkasa
yang terbengkalai pembinaannya sejak 1994 dijangka memiliki kunci rumah
idaman mereka akhir tahun ini. Mengikut perjanjian, kerja pembinaan yang
dimulakan pada Januari 1993 itu sepatutnya siap dalam tempoh 36 bulan.
-
Lima tahun tunggu rumah HM 09/08/1997 By Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Lebih 25 pembeli rumah kos rendah di Desa Darul Iman 6, di
Kampung Pak Tuyu, Batu Rakit, di sini, resah apabila rumah yang dijanjikan
lima tahun lalu masih gagal disiapkan walaupun mereka sudah membuat
pembayaran pendahuluan dan bulanan sejak 1992. Rumah projek perumahan kos
rendah yang dibeli keluarga terbabit dikatakan gagal disiapkan mengikut
jadual selepas kontraktor terbabit menghadapi masalah kewangan sejak projek
itu dimulakan pada 1988.
-
Tiada kemudahan asas HM 29/09/1997
HULU LANGAT: Selepas pembinaan rumah mereka terbengkalai selama 12 tahun,
500 penduduk Taman Perkasa, di Kilometer 12, di sini, terus dirundung malang
kerana beberapa kemudahan asas termasuk surau tidak disediakan sejak
menduduki rumah itu empat bulan lalu. Difahamkan, tindakan pemaju yang tidak
mematuhi pelan yang dipersetujui menyebabkan Sijil Layak Menduduki (CF)
tidak dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Pemaju Taman Kencana diberi
seminggu BH 06/10/1997
AMPANG JAYA, Ahad - Pemaju perumahan Taman Kencana fasa 3 diberi tempoh
seminggu untuk memberi maklum balas sama ada hendak meneruskan projek taman
itu, yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu. Ahli Parlimen Ampang Jaya,
Ong Tee Kiat, meminta Syarikat Jaya Kencana Sdn Bhd, pemaju projek perumahan
taman berkenaan supaya menjelaskan keadaan sebenar projek membabitkan 47
unit rumah bagi fasa ketiga itu.
-
Pemaju diberi tempoh 7 hari
HM 06/10/1997 By Norainon Othman
AMPANG JAYA: Persatuan Pembeli Rumah Fasa 3, Taman Kencana, di sini, memberi
tempoh seminggu untuk pemaju perumahan itu memberi maklum balas mengenai
perkembangan projek rumah teres dua tingkat yang terbengkalai sejak tujuh
tahun lalu. Pembeli rumah memberi kata dua kepada pemaju sama ada mahu
bertanggungjawab memulihkan projek berkenaan atau perkara itu dibawa kepada
pihak atasan.
-
Projek Taman Bistari
tertangguh BH 09/10/1997 By Pembeli Malang
SAYA seorang pembeli rumah di Kamunting, Taiping, Perak, merasa sungguh
berbangga dengan sikap ketegasan yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengenai arahana supaya semua projek perumahan yang terbengkalai
mesti disiapkan dengan segera, Malah kenyataan sebegini berulang kali
diucapkan oleh peminpin negara sama ada melalui media elektronik dan media
cetak.
-
Abandoned site turning into
addicts' haunt
NST-LTIMES 09/10/1997
THE arena which ought to have produced top athletes is now becoming a haunt
for dadah addicts and lovers. The site, a projected sports complex in Suka
Menanti about six kilometres from Alor Star, would have cost the State
Government between RM100 to RM150 million.
-
Tiga projek rumah kos rendah
terbengkalai BH-TEN 15/10/1997 By Hisham Ithnin
SEREMBAN, Selasa - Tiga projek khas perumahan kos rendah membabitkan 1,375
unit di negeri ini didapati terbengkalai setakat ini, kata Menteri Besar,
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Katanya, projek berkenaan ialah dua di daerah
Seremban mengandungi 1,028 unit dan satu lagi di Kuala Pilah sebanyak 347
unit.
-
Housebuyers' five-year wait to
end soon
NSUNT 02/11/1997
SUNGAI BAKAP, Sat. - For 242 property buyers in Taman Kesumba who have been
awaiting the completion of their houses for more than five years, the
imminent by-election has come as a blessing of sorts. Chief Minister Tan Sri
Dr Koh Tsu Koon today successfully obtained a commitment from the contractor
who took over the project to have the houses completed within the next six
weeks.
-
Pemaju gagal bayar RM600,000
HM 21/11/1997 By Omar Suib
SUBANG: Pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Setia Warisan di
Kampung Melayu Subang, di sini terbantut lagi apabila syarikat kontraktor
terbabit menghadapi masalah tuntutan bayaran RM600,000 yang belum dijelaskan
pemaju. Kontraktor terbabit, BP Construction Sdn Bhd terpaksa memperlahankan
kerja pemulihan projek itu sehingga pemaju menunaikan janji untuk
menjelaskan tuntutan yang tertunggak itu.
-
Pembeli kesal projek gagal
HM 24/11/1997 By Omar Suib
RAWANG: Projek perumahan kos rendah fasa 3 Taman Ehsanibu di sini, yang
terbengkalai lebih 10 tahun lalu mungkin berlarutan selagi pihak
bertanggungjawab dilindungi segelintir ahli politik tertentu dalam
jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu.
Projek dalam kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Choh tidak
dilaksanakan walaupun premium tanah, wang pendahuluan dan kos perkhidmatan
peguam sudah dikutip daripada pembeli.
-
Kelantan diminta selesaikan
masalah PAKR terbengkalai
BH-TEN 03/12/1997By Nasir Hassan
KERAJAAN Kelantan diminta menyelesaikan segera masalah pengagihan 48 unit
Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Kampung Kubang Panjang, dekat sini yang
terbengkalai, sejak tujuh tahun lalu. Ini kerana ia bukan sahaja merugikan
kerajaan tetapi juga menjejaskan keselamatan dan ketenteraman penduduk di
kawasan sekitar.
-
7 tahun rumah belum siap
HM 10/12/1997
KANGAR: Pembeli rumah di negeri ini yang membuat potongan gaji bagi membayar
pinjaman bank sejak tujuh tahun lalu mengalami masalah apabila kediaman yang
dibeli itu masih terbengkalai. Keadaan itu membebankan pembeli terutama yang
berpendapatan sederhana kerana mereka bukan saja berhadapan pihak bank,
malah terpaksa menjelaskan sewa rumah yang diduduki sekarang.
-
Housing project revived
NSUNT 14/12/1997
KOTA KINABALU, Sat. - State Education Department director Datuk Hasbullah
Mohd Taha today launched the Taman Wawasan 2020 show house in Petagas, near
here. This project was revived by Vertitiech (M) Sdn Bhd, a joint venture
partner of Ko-Pelajaran (Sabah) Berhad which had abandoned the project in
1986 due to unforeseen circumstances.
-
Projek terbengkalai timbulkan
masalah BH-UTA 22/12/1997
NIBONG TEBAL, Ahad - Taman Perumahan Kesumba, Sungai Bakap yang terbengkalai
pembinaannya sejak lebih 10 tahun lalu, menimbulkan pelbagai masalah yang
ada kalanya paling menyedihkan di kalangan pembelinya. Di antara kisah yang
menjadi buah mulut di kalangan pembeli taman itu ialah berita mengenai
sekurang-kurangnya empat pembeli setakat ini yang sudah meninggal dunia
ketika masih menunggu siapnya rumah yang dibeli.