-
Pendatang tawan kompleks
HM 11/01/1999 By Osman Lisut
SERI KEMBANGAN: Sebuah kompleks perniagaan yang terbengkalai di sini
dijadikan tempat kediaman oleh sekumpulan warga asing tanpa dikesan pihak
berkuasa sejak lebih lima bulan lalu. Kompleks yang hampir 70 peratus siap
itu dibahagikan kepada beberapa bilik dan belum mempunyai bekalan air serta
elektrik tetapi didiami golongan itu yang dikatakan tidak mempunyai sebarang
pekerjaan.
-
Petition filed to wind up
condo developer
NST 14/01/1999
KUANTAN, Wed. - A group of 19 buyers of a high-end condominium project in
Sungai Karang today filed a petition in the High Court to wind up the
developer in their bid to revive and complete the project. The project,
called Sunny Beach Resort, was supposed to be completed in 1995. It was
abandoned in 1996 after only 90 per cent completed.
-
Keen to move into new home
MM 26/01/1999 By Rosma Omar; Pauline Almeida
SEN HOCK and his wife were looking forward to moving into their apartment at
Block G, Riverdale Park, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, last year.
However, their hopes were dashed when they were not issued with vacant
possession of their property.
-
Projek rumah terbengkalai
diteruskan
HM 28/01/1999 By Hassan Omar
ALOR STAR: Projek pembinaan rumah pangsa nelayan di Kuala Kedah, dekat sini
yang terbengkalai sejak dua tahun lalu akan diteruskan, tidak lama lagi.
Projek membabitkan penempatan semula kira-kira 600 nelayan di beberapa
kampung sekitar Kuala Kedah itu akan diteruskan secepat mungkin tanpa
mengubah struktur.
-
Pembinaan 219 unit kilang
berharga RM80 juta diteruskan
BH 05/02/1999
JOHOR BAHRU, Khamis - Kerajaan negeri memberi jaminan projek pembinaan 219
unit kilang di Taman Perindustrian Tiram, Ulu Tiram, dekat sini bernilai
RM80 juta yang terbengkalai sejak tahun lalu, dapat disiapkan dan beroperasi
1 Julai depan. Ketika ini, projek pembinaan kilang bagi kemudahan kegiatan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dijangka beroperasi awal tahun ini,
gagal disiapkan mengikut jadual disebabkan pemajunya tidak berkemampuan
meneruskan pembinaannya termasuk kerana menghadapi masalah kewangan.
-
Empat bulan untuk pemaju
siapkan kilang
HM 05/02/1999
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memberi tempoh empat bulan sehingga 15 Jun
depan, bagi pemaju baru menyiapkan pembinaan kilang menempatkan industri
ringan seperti pengeluaran plastik dan perabot yang terbengkalai di Taman
Perindustrian Tiram, Ulu Tiram, dekat sini. Kilang berkenaan sepatutnya
beroperasi awal tahun ini, tetapi gagal disiapkan mengikut jadual disebabkan
pemajunya tidak berkemampuan meneruskan pembinaannya termasuk kerana
menghadapi masalah kewangan.
-
Tapak projek penuh semak
HM 17/02/1999 By Ahmad Saufi Mansor; Daut Noor; Azna Rizan Mohamad
WONG See Nam dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berkata ada sebuah tapak
pembinaan terbengkalai yang terbiar sejak lima bulan lalu menimbulkan
masalah kepada pesekitaran. Menurutnya, kawasan itu dipenuhi semak samun di
samping terdapat lopak air kotor sehingga menjijikkan pemandangan walaupun
kawasan itu berpagar.
-
Pemaju dakwa terus projek
HM 19/02/1999 By Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
KAJANG: Projek perumahaan Taman Kantan Permai, di sini, yang didakwa pembeli
terbengkalai masih diteruskan secara berperingkat-peringkat. Pemaju projek
itu, Rajo Sdn Bhd, tidak menghentikan projek berkenaan seperti yang didakwa
pembeli.
-
Baiki semula Konkos RM2j
HM 24/02/1999
KUALA PERLIS: Bangunan Konkos berharga RM2 juta, di sini yang terbengkalai
lima tahun lalu akan dibangunkan sebagai pusat perniagaan komersial dan
pelancongan, tidak lama lagi. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK),
Baharuddin Ahmad, berkata bangunan berkenaan yang terletak berhampiran jeti
lama itu akan dibaik pulih dijangka membabitkan kos kira-kira RM10,000.
-
Projek perumahan terbengkalai
selesai
BH 26/02/1999 By Abdul Razak Raaff
JOHOR BAHRU, Khamis - Projek perumahan rumah kos rendah Taman Puteri Wangsa,
di Ulu Tiram, dekat sini adalah projek perumahan terbengkalai terakhir di
negeri ini dapat diselesaikan, selepas menerima Sijil Layak Menduduki (CF)
bulan lalu. Projek perumahan membabitkan 1,422 unit rumah kos rendah itu
terbengkalai sejak 12 tahun lalu, tetapi 896 unit daripada jumlah
keseluruhan rumah jenis itu sudah disiapkan dua tahun lalu.
-
Successful rehabilitation
relieves Johor of abandoned housing woes
NST 26/02/1999
JOHOR BARU, Thurs. - Johor's last remaining abandoned housing project at
Taman Putri Wangsa near Ulu Tiram here has been successfully rehabilitated.
"This effectively means that there are no more abandoned projects in Johor,"
State Executive Councillor Adam Hamid said here today.
-
It all started in 1986 ...
MM 02/03/1999
SIGNS that the City Homes apartment project would be abandoned appeared in
late 1986 when the original developer, Sri Hartamas Development Sdn Bhd,
began having financial difficulties. Early that year, buyers received
letters from the developer's creditors explaining the financial straits.
-
`Paper' houses
MM 02/03/1999By Shamsul Yunos; Azlan Ramli
THEY have waited 13 years. And if they do see their houses built, it would
be in the new millennium. Gerald Lawrence and his wife Geetha were among
several hundred people who had booked City Homes Apartments in Sri Hartamas,
off Jalan Duta, Kuala Lumpur. Back when their apartments were priced at
RM70,000 each.
-
Tapak projek sarang penagih
HM 06/03/1999 By Srihanasham Noordin; Hassan Muin; Daut Noor
SALLEH Ishak dari Jalan Pangkor, Kuala Lumpur, meminta Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai yang dibuat ke
pejabat pihak berkuasa tempatan itu. Menurutnya, beberapa bulan lalu, dia
pernah membuat aduan mengenai projek DBKL yang terbengkalai di jalan itu
berhampiran Hotel Vistana.
-
Projek terbengkalai sarang
penagih HM 17/03/1999
KAJANG: Projek perumahan Taman Lingkaran Nor, di sini, yang terbengkalai
lebih 10 tahun lalu membimbangkan penduduk taman berhampiran terutama Taman
Rakan kerana dipercayai menjadi sarang penagih dadah dan penjenayah.
Beberapa penduduk Taman Rakan yang ditemui mendakwa rumah terbiar dan
kawasan sekitar yang ditumbuhi semak-samun memudahkan kegiatan itu
dijalankan.
-
Tak sungguh tak kata HM 17/03/1999 By Si Kalam
BAGAIKAN tunggu buah tak gugur. Itulah rungutan seorang pembeli rumah kepada
Kalam, apabila rumah yang ditempahnya 10 tahun lalu tidak siap- siap. Apa
yang dia dapat tenguk hanya tiang rumah dalam kawasan semak samun, yang
mungkin menjadi sarang penagih dadah atau penjenayah.
-
CF: 100 pembeli kecewa
HM 27/03/1999 By Naim Tahir
BATU PAHAT: Hasrat lebih 100 pembeli sebuah projek perumahan di bandar ini
untuk berpindah ke kediaman sendiri di taman berkenaan sehingga kini masih
belum tercapai walaupun antara mereka sudah menunggu sejak lebih 20 tahun
lalu. Ini kerana, walaupun sudah mendapat kunci rumah masing-masing daripada
pemaju, projek terbabit masih belum memperolehi sijil layak menduduki (CF)
daripada pihak berkuasa tempatan.
-
RM2j baik pulih Konkos
BH 30/03/1999
KUALA PERLIS, Isnin - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan membaik pulih
bangunan Konkos di sini berharga RM2 juta yang terbengkalai lebih lima tahun
sebagai pusat perniagaan komersial dan pelancongan. Yang Dipertuanya,
Baharuddin Ahmad, berkata bagi menjayakan tujuan itu, beberapa bahagian
bangunan itu yang didapati tidak sesuai akan dirobohkan di samping membina
beberapa gerai baru sesuai dengan matlamatnya.
-
Rumah tak siap, ansuran kena
bayarHM 08/04/1999 By Hamid Karim; Ahmad Saufi Mansor
RAHIM Rahmat dari Kulai, mengadu dibebani hutang bank kerana terpaksa
membayar ansuran bulanan kerana membeli sebuah rumah murah di sebuah taman
perumahan di Kulai, Johor. Bagaimanapun, taman itu kini terbengkalai
walaupun dibina sejak 1985 menyebabkan ramai lagi pembeli dibebani hutang.
-
Pembeli rumah harap projek
diteruskan BH 12/04/1999 By Lebai Dugong
KAMI warga Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Melaka gembira dengan
kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sabah baru-baru ini.
Lebih menggembirakan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang
mengarahkan semua projek perumahan yang terbengkalai mesti diambil tindakan
dan ditangani segera. Ini bagi mengelakkan kemarahan rakyat kepada kerajaan
BN.
-
Isu pembinaan kilang diatasi
HM 29/04/1999
SUBANG JAYA: Masalah yang dihadapi kira-kira 400 pembeli bangunan kilang
yang terbengkalai di Taman Perindustrian Subang Mewah, di sini, dijangka
dapat diselesaikan tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang
Jaya, Datuk Lee Hwa Beng, berkata majlis perjumpaan antara pembeli dengan
wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diadakan di pejabat
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), esok.
-
`Revive project'
MM 29/04/1999 By Rosma Omar
SO near but yet so far. That's the feeling of the 478 buyers of factory lots
at the Taman Perindustrian Subang Mewah Jaya project, which is about 90 per
cent completed.
-
Meeting over plight of 478
house buyers
NST-LTIMES 29/04/1999 By Angela Rao
LOCAL Government and Housing Ministry officials from the abandoned projects
unit will attend a meeting tomorrow to discuss the plight of more than 478
buyers of factory units at the abandoned Subang Mewah Industrial Park
project in Subang Jaya. Subang Jaya State Assemblyman Datuk Lee Hwa Beng
said the developer, Korakyat Plantations Sdn Bhd, had stopped work since
last year, leaving the buyers in debt as they had been paying more than
RM5,000 in interest to service their loans since 1994.
-
Cheer for factory buyers
MM 01/05/1999 By Dennis Chua
WHEN businessmen who bought factory lots in Taman Perindustrian Korakyat
(formerly Taman Perindustrian Subang Mewah) found out in 1997 that the
project had been abandoned, they felt as if darkness had descended upon
them. Following a meeting between the buyers' pro-tem committee, the local
council and representatives of the project's current managers, many of them
now see light at the end of the tunnel.
-
Bangunan terbiar biak nyamuk
HM 03/05/1999
JOHOR BAHRU: Sebuah bangunan terbengkalai di Jalan Lumba Kuda di sini,
didakwa menjadi sarang pembiakan nyamuk dan mengancam keselamatan penduduk
berhampiran. Projek pembinaan bangunan untuk tujuan komersil dan
terbengkalai sejak setahun lalu itu dikatakan dipenuhi air yang menjadi
tempat pembiakan nyamuk.
-
Exploring ways to revive
abandoned housing schemes
NST 12/05/1999
PENANG, Tues. - The State Government is exploring ways to revive 21 low-
cost housing schemes, undertaken by the private sector, that have been
abandoned since 1997. Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the State
Government wanted to facilitate the completion of these projects involving
5,381 units with the help of the Finance Ministry, Bank Negara, the Housing
and Local Government Ministry and financial institutions.
-
Worry over flooded basement in
abandoned project
MM 12/05/1999 By Alina Simon
EXCUSE me. Is this Venice? Recreating the famous Italian lagoon city is not
what the developer of this abandoned project (picture) in Taman Seri Sentosa,
Jalan Kelang Lama, had in mind.
-
28 Penang housing projects
abandoned
BT 19/05/1999
TWENTY-eight housing projects involving 7,668 houses were abandoned in
Penang between 1997 and 1998, Deputy Chief Minister Datuk Mohd Shariff Omar
said yesterday. He said of these, 10 were in Seberang Perai Utara, seven in
Seberang Perai Tengah, 10 in Seberang Perai Selatan and one in Northeast
District.
-
Koperasi cari kontraktor baru
BH 21/05/1999 By Jamaludin Husin
MUAR, Khamis - Koperasi Kakitangan Kerajaan Muar Berhad sedang mencari
syarikat kontraktor berwibawa bagi meneruskan kerja membina projek rumah kos
rendah koperasi itu di Jalan Kampung Tengah, Bakri, di sini yang
terbengkalai sejak lapan tahun lalu. Projek bernilai kira-kira RM3 juta
mengandungi 118 unit rumah kos rendah itu khusus untuk ahli terdiri daripada
kakitangan berpendapatan rendah dengan harga jualan RM25,000 seunit.
-
Kedai tak siap kena ceroboh
HM 24/05/1999 By Hadzlan Hassan
KAJANG: Beberapa blok rumah kedai yang terbengkalai berhampiran Taman
Cuepacs, di sini, didapati dicerobohi dan dijadikan pelbagai premis
perniagaan termasuk pusat permainan mesin slot video berunsur judi. Kegiatan
itu dikesan berhampiran Jalan Emas 5 dan Jalan Alam Jaya 19, manakala Jalan
Alam Jaya 21 turut kelihatan terbiar sekaligus menimbulkan keraguan mengenai
status bangunan itu.
-
EPF cheer for buyers of houses
that were never built
NST 31/05/1999
KUALA LUMPUR, Sun. - In 1987, 92 people withdrew part of their Employees'
Provident Fund savings to buy houses in Slim River, Perak. Twelve years
later, they are still without a home of their own. But now, thanks to the
EPF, the 92 people, many of them estate workers, will be allowed to withdraw
their life savings for a second time to purchase a house.
-
KWSP akhiri masalah pembeli
rumah BH 31/05/1999
KUALA LUMPUR, Ahad - Pada 1987, seramai 92 orang, kebanyakannya pekerja
ladang, mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
untuk membeli rumah di Slim River, Perak, tetapi hampir 12 tahun telah
berlalu, mereka masih tidak mempunyai rumah sendiri. Sekarang, terima kasih
kepada KWSP, mereka dibenarkan untuk mengeluarkan wang sekali lagi untuk
membeli rumah.
-
City Hall staff not around at
briefing
NST-LTIMES 03/06/1999
BUYERS of units in the stalled Block G of the Kolam Air Apartments in
Kampung Kerinchi felt cheated on Monday when representatives from the Kuala
Lumpur City Hall were not around to brief the MP for Lembah Pantai Datuk
Shahrizat Abdul Jalil on the project. Shahrizat was to have met City Hall's
privatisation and joint venture unit deputy director Normah Malik for a
briefing on the low cost project, a joint venture between KL City Hall and
Kensinar Sdn Bhd.
-
Left to rot
MM 22/06/1999
THIS building project in Port Dickson, near the NUBE Training Centre, is
apparently another abandoned project that begs attention from the local
authority. Stagnant water in the dug-up area is a potential breeding ground
for mosquitoes.
-
Low-cost housing case sent to
A-G
BT 22/07/1999
THE case of 156 purchasers of low cost housing units in Bandar Baru Slim
River, Perak, who are still waiting for their houses after 12 years has been
referred to the Attorney-General's Chambers. Housing and Local Government
Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said the AG's Chambers was looking into how
the whole project was auctioned off without protecting the rights of the
purchasers who had paid up to 30 per cent of the purchase price.
-
Siasat pemaju lelong rumah:
Ting
BH 22/07/1999
KUALA LUMPUR, Rabu - Jabatan Peguam Negara diminta menyiasat aduan 156
pembeli rumah di Bandar Baru Slim River, Perak mengenai projek itu yang
dilelong oleh pemaju asal kepada pihak lain tanpa memberi perlindungan
kepada pembeli. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew
Peh, yang mengesahkan menerima aduan penduduk, berkata perkara itu turut
dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri beberapa minggu lalu.
-
Work to resume on low-cost
houses for Kg Penaga squatters
MM 23/07/1999
KAMPUNG PENAGA squatters will soon move into their low-cost houses. The
housing developer, TD Management Sdn Bhd, will resume work on the low-cost
houses after resolving some financial problems.
-
Cabinet to be briefed on
abandoned project
NST 24/07/1999
IPOH, Fri. - A detailed study will be conducted by the Attorney-General's
Chambers on the plight of the 133 buyers of the abandoned Bandar Baru Slim
River Phase III low-cost housing project. Housing and Local Government
Minister Datuk Dr Ting Chew Peh said once all the information had been
compiled, a report would be submitted to the Cabinet on the next course of
action.
-
Families in a fix over
abandoned housing project NST 09/08/1999
PENANG, Sun. - Imagine having to wait a lifetime just to live in a home you
can call your own and yet have your hopes dashed when the entire housing
project is abandoned. This was the case with Hong Kok Kwang, 57, a former
trishaw rider, and 362 other families who signed up for a low-medium-cost
flat in Tanjung Tokong in March 1996.
-
Dream homes ready but no
moving in MM 16/08/1999
THIS is our house but we can't move in! Self-employed lorry driver S.
Tharmalingam and his wife are among the 102 owners of low-cost houses in
Taman Desa Ayer Hitam, Sepang, who cannot move into their new homes although
the developer issued a notice allowing them to collect the keys.
-
Buyer sore over delay in mall
project
NST 28/08/1999
PENANG, Fri. - Gift shop owner Teoh Teik Gek's hopes of owning a retail
outlet at the prestigious Bayan Bay Shopping Mall in Bayan Baru have been
shattered. She found out that work on the project was abandoned since August
last year.
-
Masalah projek Le Chateau
perlu dirunding BH 02/09/1999
KUALA LUMPUR, Rabu - Isu projek pembinaan Kondominum Le Chateau di sini yang
tertangguh sejak tujuh tahun lalu, seharusnya tidak dipolitikkan dan perlu
diselesaikan di meja perundingan. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Shafie Apdal, berkata kementerian itu memang
bertanggungjawab menyelesaikan kes berkenaan tetapi ia perlu dilaksanakan
menerusi perundingan.
-
Osu: 26 abandoned projects
revived
NST 29/09/1999
KOTA KINABALU, Tues. - The State government, in collaboration with the
private sector, has reactivated 26 abandoned housing projects in the State
consisting of 2,410 units of houses. Chief Minister Datuk Osu Sukam said the
Ministry of Local Government and Housing was in the process of reactivating
two more abandoned housing projects consisting of 153 units.
-
10 tahun terbengkalai HM 17/11/1999 By Noor Sham Saleh
KUALA LUMPUR: Lebih 800 pembeli rumah di Taman Kantan Permai Fasa 1B dan 1C,
kesal dengan sikap sambil lewa pemaju hingga projek perumahan untuk mereka
terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Pengerusi jawatankuasa bertindak projek
perumahan itu, Mohd Isa Mat Nasir, berkata mereka membeli rumah berkenaan
sejak 1990 tetapi hingga kini rumah itu terbiar begitu saja.
-
Isu rumah murah selesai
HM 06/12/1999 By Ahmad Saufi Mansor
SETAPAK: Masalah penempatan penduduk setinggan dan rumah panjang di Kampung
Pasir Wardieburn, di sini berakhir apabila projek flet kos rendah yang
terbengkalai empat tahun lalu siap menjelang akhir tahun depan. Flet kos
rendah bernilai RM25,000 itu mula dibina pada 1992, tetapi terbengkalai pada
1995 berikutan kegawatan ekonomi.
-
Terbengkalai 10 tahun
HM 13/12/1999 By Azwani Abdul Ghani
KAJANG: Lebih 300 keluarga di taman perumahan Sungai Sekamat di sini,
terpaksa menanggung hutang apabila pemaju perumahan itu gagal menyiapkan
projek perumahan itu, sejak 10 tahun lalu. Ahli Dewan Undangan kawasan
Kajang, Dr Shafie Abu Bakar, ketika melawat kawasan itu semalam berkata
keluarga malang itu sudah menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju
perumahan fasa satu projek perumahan di situ sejak 1991.
-
10 long, painful years of
waiting for Taman Lingkaran Nur housebuyers
NST 21/12/1999
KAJANG, Mon. - Housebuyers of the abandoned Taman Lingkaran Nur housing
scheme near here have been waiting for 10 years and there seems to be no
solution in sight for them. The wait has been painful and their plight has
been largely ignored despite countless pleas to the developer, Saktimuna Sdn
Bhd, to resolve the situation.
-
Illegals at home in abandoned
project
NST 21/12/1999
KAJANG, Mon. - Hundreds of Malaysians who paid thousands of ringgit to buy
houses 10 years ago are still waiting while these incomplete buildings have
become home to illegal immigrants. Ironic but true, and anyone who cares to
make their way to Taman Lingkaran Nur at Km19 Jalan Cheras can see it for
themselves.
-
Buyers lodge report over
abandoned project
NST 22/12/1999
KUALA LUMPUR, Tues. - A group representing 554 property buyers in Bukit OUG
in Jalan Kelang Lama lodged a report with the city police commercial crime
department today claiming that the developer had failed to deliver their
homes. Speaking on behalf of the group, Loh Kwong Cheng, a Singapore
national, claimed in his report that the developer (Sri Keladi Sdn Bhd) had
defaulted in delivering their homes since 1997, as per their sales and
purchase agreement.