Punca projek rumah dihenti
19/12/2001
HM By Ramlah Zainal; Zulfa Mohamad; Rosliza Mohamed; Sahlina Sahkirin
OMAR Mahmud dari Taman Melawati meminta penjelasan berhubung projek rumah
pangsa kos rendah yang terbengkalai di Taman Danau Kota sejak 1999.
10 tahun rumah tak siap
05/08/2002
HM By Norainon Othman
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Pasir Wardieburn, Sentul, di sini, berharap
Flet Danau Kota yang dibina bagi pemindahan semula setinggan itu disiapkan
segera selepas terbengkalai beberapa tahun. Daripada lima blok 20 tingkat
yang dibina, hanya dua blok sudah disiapkan manakala tiga blok lagi gagal
disiapkan mengikut jadual menyebabkan pembeli rumah ternanti-nanti.
Pembeli pangsapuri Danau Kota lega
24/03/2003 HM
KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun menunggu, kira-kira 1,900 pembeli pangsapuri
kos rendah Taman Danau Kota, Setapak, termasuk lebih 700 penduduk rumah
panjang di taman perumahan itu kini boleh bernafas lega. Ini kerana projek
pembinaan yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu dimajukan semula.
470 pembeli rumah pangsa kecewa
29/04/2004 HM
Pemaju perlu sedia rumah Danau Kota
29/4/2004 Utusan
470 dakwa ditipu RM1 juta rumah dibeli tidak wujud
30/04/2004 BH-TGH
Buyers of Taman Danau Kota flats to air grouses to ministry
29/11/2004 NST
Taman terbengkalai dimajukan semula
03/12/2004 Kosmo
DAPAT SEMULA RUMAH
06/12/2004
HM Oleh Zaitie Satibi
KUALA LUMPUR: Pembeli rumah pangsa kos rendah Taman Danau Kota, Setapak,
di sini, yang dinafikan hak membeli unit rumah di situ selepas pertukaran
syarikat pemaju, akhirnya berpeluang memilikinya semula apabila ditawarkan
kediaman berkenaan oleh syarikat pemaju baru.
562 keluarga setinggan gagal dapat rumah
13/12/2004 HM
KUALA LUMPUR: Seramai 562 keluarga setinggan dari Danau Kota, di
sini terpaksa melupakan seketika hasrat untuk berpindah ke rumah baru apabila
projek rumah pangsa yang dijanjikan pemaju tidak siap sehingga sekarang.
Projek berkenaan sepatutnya menyiapkan lima blok untuk menampung keluarga
berkenaan yang tinggal di Rumah Panjang Danau Kota dan Kampung Pasir Wardieburn.
Kementerian Wilayah temui pemaju, wakil penduduk setinggan
Danau Kota
13/12/2004 Utusan
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan
antara syarikat pemaju, FBO Bhd. dengan wakil penduduk setinggan Danau
Kota bagi membincangkan isu rumah pangsa yang terbengkalai sejak tujuh
tahun lalu.
Buyers of Taman Danau Kota flats to air grouses to ministry
29/12/2004 NST
Pembeli bantah harga rumah
25/02/2005 BH Oleh Masrina Mohd Yunos
KUALA LUMPUR: Kira-kira 470 pembeli rumah kos rendah Taman Danau Kota, Setapak
membantah tindakan pemaju perumahan itu menaikkan harga rumah sebanyak RM8,000
menjadikannya RM33,000 seunit berbanding harga asal ditawarkan yang hanya
RM25,000. Mereka mendakwa, tindakan pemaju yang tidak bertimbang rasa itu
menyebabkan pembeli yang kebanyakan berpendapatan rendah berasa tertipu
dan teraniaya.
50 pembeli rumah flat tertekan
13/04/2006 KOSMO
Premis terbiar dibaik pulih
01/04/2008 Berita Harian Oleh Azida Shaharuddin
Kerajaan negeri usaha teruskan projek bangunan komersial terbengkalai dengan
bantuan pelabur tempatan
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor tekad untuk memulihkan kembali bangunan komersial
yang terbiar di sekitar bandar raya ini sekali gus menyediakan ruang perniagaan
runcit kepada pelabur di negeri ini.
|