This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Risau kondominium terbengkalai

06/11/2007 Kosmo Oleh Aishah Amin

 

Penduduk takut kren yang ditinggalkan jatuh hempap rumah

 

Kuala Lumpur: Entah apa silapnya, projek sebuah kondominium 14 tingkat berhampiran Taman Desa, di sini dibiar terbengkalai sejak lebih 13 tahun lalu.

 

Dari luaran, bangunan itu kelihatan hampir siap dengan kokasi strategik terletak berhamprian pusat bandar raya.

 

Persoalan yang timbul, mengapa projek itu dibiarkan terbengkalai begitu lama sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk berhampiran?

 

Apa yang lebih membimbangkan penduduk berhampiran iaitu di Flat Seri Lempah ialah sebuah kren yang digunakan untuk projek itu tidak dialihkan sejak ia terbengkalai hingga kini.

 

Mereka bimbang jika satu hari kren itu reput lalu menghempap rumah mereka yang terletak kuran 100 meter daripada bangunan tersebut.

 

Seorang penduduk, Pang Mei Ling, 60, berharap agar perkara itu diambil serius oleh pihak terbabit kerana ia melibatkan nyawa.

 

"Kalau boleh dialihkan kren itu, saya amat berbesar hati supaya mereka berbuat demikian sebelum sesuatu buruk berlaku," katanya.

 

Menurutnya, selain kren itu yang meresahkan mereka, sejak beberapa tahun lalu banyak alat-alat seperti besi, kabel, elektrik dan paip PVC di dalam bangunan tersebut dicuri.

 

Katanya, berkemungkinan juga kondominium yang ditinggalkan itu menjadi 'rumah eksklusif' penagih dadah.

 

Tinjauan Kosmo! mendapati sekeliling bangunan itu sudah dipenuhi semak, selain bangunan yang sudah kusam.

 

Seorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Kee, 52, berkata, projek itu sudah berapa kali cuba dipulihkan oleh beberapa pemaju, namum masih gagal disiapkan.

 

"Tanah dan pemandangan dari kondo itu sudah cukup baik, mengapa ditinggalkan oleh lebih daripada dua pemaju?" soalnya.

 

Difahamkan, semasa kondominium itu dibangunkan, pemaju menawarkan pegangan milik bebas dan anggaran harga bagi seunit rumah adalah RM200,000.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.