This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Taman terbengkalai dimajukan semula
Kosmo 03/12/2004

KUALA LUMPUR - Penantian lapan tahun 478 pembeli termasuk 128 keluarga setinggan untuk menduduki rumah yang dibeli di Taman Danau Kota, Setapak yang terbengkalai, kini hampir berakhir.


Ini berikutan perjanjian jual beli yang ditandatangani semalam antara mereka dengan pemaju baru projek pangsapuri kos rendah itu, FBO Land Sdn. Bhd. (FBO) yang mengambil alihnya daripada Danau Kota Development Sdn. Bhd. tahun lalu.


Pengarah Drusan FBO,Lim Hong Sang memberitahu, projek itu akan siap dan boleh diduduki selewat-lewatnya penghujung tahun depan.


Menurutnya, kelewatan jual beli semula itu adalah disebabkan pihaknya mendapati 350 daripada pembeli terlibat bukannya penduduk setinggan kawasan berkenaan dan tidak layak bagi program penempatan semula setinggan.


"Bagaimanapun pihak kami terpaksa menjualnya kepada mereka kerana pembeli telah membayar deposit kepada pemaju terdahulu.


"Namun mereka ini ditawarkan harga RM33,000 berbanding RM25,000 untuk penduduk setinggan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli itu di pekarangan pejabat urusan FBO, Taman Danau Kota.


Majlis itu disaksikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look.


Sehingga semalam, 80 peratus daripada pembeli sudah menandatangani perjanjian jual beli baru.


Projek Taman Danau Kota secara keseluruhannya melibatkan 1,900 pembeli pelbagai jenis rumah.


Mengikut perancangan asal, projek tersebut dijadual siap pada 1996, dua tahun selepas perjanjian jual beli asal. la terbengkalai dan gagal dipulihkan, malah terus tidak dibangunkan ekoran masalah kegawatan ekonomi pada 1999.


Sementara itu, Teong Look pada sidang akhbarnya selepas majlis itu berkata, pembeli yang tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pemaju baru itu bebas mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju lama.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.