This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Premis terbiar dibaik pulih
01/04/2008 Berita Harian Oleh Azida Shaharuddin

Kerajaan negeri usaha teruskan projek bangunan komersial terbengkalai dengan bantuan pelabur tempatan

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor tekad untuk memulihkan kembali bangunan komersial yang terbiar di sekitar bandar raya ini sekali gus menyediakan ruang perniagaan runcit kepada pelabur di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengenal pasti kira-kira 17 bangunan seumpama itu yang terletak dalam jarak antara lima kilometer (km) dan 15 km dari bandar raya ketika ini.

"Malah, kami sudah berjaya memulihkan dua daripada bangunan seumpama itu, iaitu Danga City Mall, atau sebelum ini dikenali sebagai Best World dan Pandan City.

"Ada 15 lagi bangunan 'usang' yang memerlukan perhatian. Kami sedang bekerja keras bagi mendapatkan pelabur sesuai, yang sanggup mengusahakannya," katanya.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri merancang untuk berunding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Uda Holdings, Khazanah Nasional Bhd dan Lembaga Tabung Haji untuk membawa mereka melabur dan menjayakan projek itu.

Sehubungan itu, katanya, beberapa GLC sudah dijemput menemuinya baru-baru ini bagi membincangkan pendekatan yang perlu diambil bagi menangani masalah bangunan komersial terbengkalai itu.

"Ada juga cadangan untuk memulihkan kembali Kemayan City dan pusat beli-belah Waterfront Lot I, tetapi ada beberapa masalah seperti isu hak milik strata yang perlu diselesaikan terlebih dulu,” katanya.

Terdahulu, Abdul Ghani menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penyewaan antara Danga City Mall (DCM) dengan Metrojaya Department Store.

DCM yang terletak di sepanjang Jalan Tun Razak di sini dibina dengan kos RM240 juta 12 tahun lalu dan ia memulakan operasi pada 1996, sebelum ditutup pada 1998 akibat krisis kewangan 1997.

Pengerusi Metrojaya Bhd, Datuk Ahmad Khairummuzammil Mohd Yusoff, berkata pada peringkat permulaan, syarikat itu akan melabur RM10 juta dalam gedung perniagaan baru yang dirancang dibuka pada Julai depan.

Gedung baru itu akan menjadi gedung perniagaan kedua Metrojaya di sini, selepas di Plaza Pelangi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.