This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

470 pembeli rumah pangsa kecewa
Harian Metro 29/4/2004

KUALA LUMPUR: Seramai 470 pembeli rumah pangsa kos rendah Taman Danau Kota, Setapak, di sini, kecewa kerana tidak mendapat kediaman berkenaan walaupun sudah membayar deposit dan menandatangani perjanjian jual beli (S&P).

Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, T L Yew, berkata masalah itu timbul apabila pemaju perumahan terbabit menukar pengurusannya.

Katanya, keadaan terbabit berlaku berikutan pemaju asal menjual semua unit kediaman itu kepada pemaju yang lain.

Menurutnya, berikutan kelemahan pengurusan pemaju baru, beberapa nama pembeli tercicir dalam senarai pemilikan kediaman itu.

"Pemaju asal membina 1,900 unit rumah pangsa berdasarkan skim penempatan semula setinggan dengan harga RM25,000 seunit.

"Oleh kerana pemaju kerap bertukar, pemaju baru tidak memantau unit yang sudah dijual menyebabkan mereka masih membuat jualan walaupun rumah sudah habis terjual," katanya.

Yew berkata, apabila perkara itu disedari pemaju baru, mereka enggan bertanggungjawab dengan alasan kesilapan disebabkan kecuaian pemaju lama.

Katanya, pemaju baru juga menolak cadangan untuk membina unit rumah tambahan kerana pembinaannya membabitkan perbelanjaan yang tinggi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.