|  | 
    
      | 
        
        Rumah murah terbengkalai 02/01/1995 HM By Saari Sanif
 PELABUHAN KLANG: Sebanyak 142 keluarga setinggan yang menetap di Pangsapuri 
        Bandar Sultan Sulaiman sejak enam tahun lalu mahu kerajaan menyelesaikan 
        segera pembinaan rumah teres kos rendah di Kampung Sungai Sireh dekat sini. 
        Pengerusi Biro Setinggan Umno bahagian Kapar, Shamsuddin Tanda, 48, berkata 
        kerajaan Selangor sudah melantik konsortium untuk membina murah itu sejak 
        enam bulan lalu tetapi belum ada tanda-tanda projek itu akan dimulakan.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah kecewa projek terbengkalai 03/01/1995 BH
 KEMAMAN, Isnin - Kira-kira 40 pembeli rumah teres di kawasan Jakar, dekat 
        sini, menanggung beban termasuk membayar faedah kepada bank setiap bulan, 
        apabila pemaju menghilangkan diri. Mereka rata-rata begitu kecewa dengan 
        pemaju itu yang didakwa meninggalkan projek yang 45 peratus siap dan kini 
        keadaan kawasan perumahan itu ditumbuhi semak samun yang tebal.
 | 
    
      | 
        
        Hasrat tak sampai03/01/1995 HM
 MELAKA: Hasrat seorang mekanik untuk berpindah ke rumah yang dibelinya lapan 
        tahun lalu terpaksa dibatalkan apabila diberitahu tempoh pajakan tanah (Land 
        Lease) rumah itu akan tamat dalam tempoh 29 tahun. Mekanik itu, Cheong Chek 
        Lee, 35 dari Pokok Mangga, di sini terkejut apabila diberitahu tempoh pajakan 
        rumah yang terletak di Taman Seri Mangga Seksyen II, dekat sini akan tamat 
        pada 12 Disember 2024.
 | 
    
      | 
        
        Sub-contractor beats the odds to revive cheap housing project
        10/01/1995 NST-CITYX By K. Suthakar
 BATTLING against all odds, a printer-cum-sub contractor has succeeded in 
        reviving an abandoned low-cost housing project in Penang. Among the hurdles 
        he had to face were stoppage of loans, squatter problems, lapse of the various 
        plans and, to top it all, a tussle between the company's partners.
 | 
    
      | 
        
        Tunggu lebih 12 tahun 11/01/1995  HM By Wan Sabariah Shikh Ali
 MELAKA: Hanya 34 unit yang ada tetapi pembeli rumah Taman Kelemak Jaya, 
        Alor Gajah terpaksa menunggu lebih 12 tahun untuk menikmati kemudahan perumahan 
        yang selesa. Malangnya, harapan mereka untuk menduduki rumah baru pada Februari 
        ini tidak mungkin tercapai kerana kontraktor yang ditugaskan memulihkan 
        projek terbengkalai berkenaan turut mengaku kalah dan gagal menyiapkannya 
        dalam tempoh yang ditetapkan.
 | 
    
      | 
        
        Ketua Menteri beri tempoh 16/01/1995  HM By Wan Sabariah Shikh Ali
 MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Mohd Zin Abdul Ghani, memberi tempoh tiga bulan 
        kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk menyiapkan 34 unit 
        rumah Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah yang terbengkalai 12 tahun lalu. Beliau 
        berkata, kontraktor baru yang akan dilantik oleh PKNM untuk menyiapkan 27 
        peratus kerja yang belum siap mestilah berupaya menyempurnakannya dalam 
        tempoh sesingkat mungkin.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah teres kecewa 27/01/1995  HM By Bahari Abdullah
 KUALA KANGSAR: Tujuh puluh dua pembeli rumah teres di Taman Sentosa, Jalan 
        Sultan Iskandar Shah, di sini meminta pihak berkuasa bertindak terhadap 
        pemaju perumahan di situ kerana gagal menyiapkan rumah mengikut tempoh ditetapkan. 
        Mereka mendakwa projek itu kini terbengkalai sejak lebih sembilan tahun 
        lalu dan meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan 
        bagi mengatasinya.
 | 
    
      | 
        
        Taman Bistari eyesore in Kamunting 
        27/01/1995  NST-CITYX By K. Kalai
 A LOW-cost housing project in Kamunting, Taiping, which had been left idle 
        for more than five years, has become an eyesore. The project, named Taman 
        Bistari, is located along the busy Jalan Stesyen near, the new Kamunting 
        township.
 | 
    
      | 
        
        Taman Alam Jaya house buyers get compensation 03/02/1995 MM
 BUYERS of houses in Taman Alam Jaya, Cheras who were shortchanged by an 
        errant developer got their ringgit for ringgit compensation by another developer 
        entrusted to complete the job. The buyers got their cheques during a simple 
        ceremony on Jan 28.
 | 
    
      | 
        
        Pemaju lari rumah tak siap 09/02/1995  HM By Onie Moraza
 BERUAS: Seramai 60 pembeli rumah di Taman Limau Mas di sini dikatakan kerugian 
        lebih RM1 juta apabila projek itu terbengkalai manakala pemajunya pula menghilangkan 
        diri. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Taman Limau Mas, Razali Ahmad, 
        berkata projek perumahan kos rendah itu membabitkan pembinaan 74 unit rumah 
        bernilai antara RM25,000 dan RM29,000.
 | 
    
      | 
        
        Call for revival of project 09/02/1995 NST-CITYX
 THE Tasik Gelugor Umno division will arrange a meeting with relevant Government 
        departments and agencies to help revive the construction of a row of five 
        shophouses in Taman Seri Desa, Kampung Besar in the housing scheme which 
        has been abandoned over the past decade. Division chief Datuk Mohamad Shariff 
        Omar said the meeting would also seek to resolve problems posed by the uncompleted 
        access road and a lack of regular garbage collection service as claimed 
        by many residents.
 | 
    
      | 
        
        Left in the lurch 10/02/1995 MM  By Harny Abu Khair
 EIGHT years after R. Radhakrishnan partly paid for a flat unit in Segambut, 
        there was still no sign that the project would be completed. The 40-year-old 
        systems computer administrator with a private company said he bought a second-floor 
        unit in 1987 for RM39,000.
 | 
    
      | 
        
        Worried over condo site mess 15/02/1995 MM By Azlan Ramli; Kamalia Abdullah
 TAN of Taman Desa is worried about an abandoned condominium project site 
        turning into a mosquito breeding ground. "The concrete foundation in the 
        centre of the site is filled with water all year round," she says.
 | 
    
      | 
        
        In the lurch! 03/03/1995 MM By Badrolhisham Bidin
 A CONDOMINIUM project which was abandoned four years ago is now being revived 
        by another developer - leaving a number of buyers in the lurch. At least 
        five people who had paid between 20,000 and RM40,000 each are angry that 
        no arrangements have been made to refund their investments. They have not 
        even been told of the takeover.
 | 
    
      | 
        
        Rumah terbengkalai siap Mei 
        BH 06/03/1995
 MELAKA, Ahad - Pembeli 34 unit rumah kos sederhana projek Taman Kelemak 
        Jaya, Alor Gajah yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu akhirnya akan dapat 
        berpindah ke rumah mereka pada penghujung Mei ini.
 | 
    
      | 
        
        Taman Kelemak Jaya boleh diduduki mulai Mei ini 07/03/1995 HM
 MELAKA: Pembeli 34 unit rumah kos sederhana projek Taman Kelemak Jaya, Alor 
        Gajah yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu akhirnya dapat berpindah ke 
        rumah mereka pada penghujung Mei ini. Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan 
        Negeri Melaka (PKNM), Datuk Mohd Ali Rustam, berkata kontraktor yang baru 
        dilantik untuk menyiapkan projek itu, Nada Cekal Sdn Bhd, diberi tempoh 
        dua bulan untuk menyerahkan rumah berkenaan.
 | 
    
      | 
        
        Abandoned housing project spectre not fully exorcised yet
        11/03/1995 BT By Jailani Harun
 THE spectre of abandoned housing projects, which haunted the nation during 
        the mid-1980s, has yet to be fully exorcised. At the start of 1995, a total 
        of 132 projects were still "delayed" or "abandoned" from 1993. Most alarming 
        is the fact that 75 per cent of the affected projects was those of the low-cost 
        schemes - a social obligation often neglected by developers who are in search 
        of higher returns.
 | 
    
      | 
        
        `Ministry didn't do enough' 11/03/1995 MM By Alina Simon
 THE Housing and Local Government Ministry has been criticised for not doing 
        enough to help buyers of Greenwood Condominium, a project abandoned in 1990. 
        Buyers have been left in the lurch after the project was revived by another 
        developer.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah lega 17/03/1995 BH
 BATU PAHAT, Khamis - Kira-kira 400 pembeli rumah di kawasan projek perumahan 
        Taman Penggaram di sini yang terbengkalai sejak lebih sepuluh tahun lalu, 
        lega berikutan sebuah syarikat pemaju lain mengambil alih projek berkenaan. 
        Projek perumahan yang paling akhir dikendalikan pemaju Seri Mutiara Sdn 
        Bhd itu, kini diambil alih syarikat F B Development Sdn Bhd, anak syarikat 
        Firback Properties yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
 | 
    
      | 
        
        Projek Kampung Kerinchi diterus 17/03/1995 HM By Noor Sham Saleh
 KUALA LUMPUR: Pembangunan semula 11 blok rumah pangsa Kampung Kerinchi di 
        sini, akan diteruskan jika penduduk bersetuju membangunkannya secara berperingkat. 
        Kaedah itu yang dicadangkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ahli 
        Parlimen Lembah Pantai, Kamal Hussin, itu dikatakan menjamin kejayaan projek 
        yang membabitkan 2,000 penduduk di rumah pangsa berkenaan.
 | 
    
      | 
        
        Pemilik rumah gelisah nanti CF 
        20/03/1995 BH By Jami'ah Shukri
 KUALA LUMPUR, Ahad - Pembeli rumah di Taman Kobena, Cheras dekat sini, semakin 
        gelisah kerana belum memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (CF) sekalipun 
        sudah menunggu dengan sabar sejak 15 bulan lalu. Mereka mendakwa beberapa 
        kali menghubungi pemaju taman itu, Koperasi Belia Nasional Berhad (Kobena), 
        tetapi tidak mendapat sebarang tindakan positif mengenai kedudukan sebenarnya.
 | 
    
      | 
        
        New developer gets green light to carry out work 20/03/1995 MM
 THE developer of the newly-revived condominium project, formerly known as 
        Greenwood Condominium, has the right to carry out work on the half- completed 
        structures. A Housing and Local Goverment Ministry spokesman clarified that 
        the developer, Maxrise Sdn Bhd, has the right over the structures on the 
        land which they bought at an auction.
 | 
    
      | 
        
        Buyers take action 20/03/1995 MM By Meor Shariman
 ABOUT 20 buyers of an abandoned condominium project, Greenwood Condominium, 
        have set up an action committee to pursue their claim for a refund of their 
        payments or a stake in the project which was sold off in an auction. The 
        committee, headed by Austrian engineer Hans Peter Ham, will be meeting with 
        Minister of Housing and Local Government, Datuk Dr Ting Chew Peh, to resolve 
        the problem.
 | 
    
      | 
        
        Chew Piau kendali Banang Heights
        21/03/1995 BH  By Wan Razman Juraimi
 CHEW Piau Bhd (Chew Piau) dilantik sebagai kontraktor utama oleh F B Development 
        Sdn Bhd (FB Development) untuk melaksanakan projek perumahan Banang Heights 
        membabitkan kawasan seluas 34.4 hektar di Batu Pahat, Johor. Pengerusi eksekutif 
        FB Development, Datuk Matshah Safuan, berkata projek itu membabitkan pembinaan 
        1,185 unit rumah. Ia adalah satu projek yang diambil alih oleh syarikat 
        itu berikutan terbengkalai sejak lebih sepuluh tahun lalu.
 | 
    
      | 
        
        Tapak kampung tersusun masih terbengkalai 
        22/03/1995 BH By Terus Mananti
 SAYA ingin mengutarakan beberapa masalah terutamanya berkenaan tapak perumahan 
        Kampung Tersusun Dua (2) di pekan Trolak yang sudah terbengkalai beberapa 
        tahun. Ini menyulitkan peserta untuk mendirikan rumah, memandangkan tapak 
        perumahan itu tidak lagi mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.
 | 
    
      | 
        
        Developer replies to housebuyer's claim 22/03/1995 MM
 THE new developer that is reviving the Greenwood Condominium project has 
        denied a housebuyer's claim that it has no right to start work on it. A 
        Maxrise Sdn Bhd spokesman in a Press statement said the original development 
        order given to the project still applied to the property they had taken 
        over through public auction.
 | 
    
      | 
        
        Agih segera tapak rumah 28/03/1995 HM By Ramli Ibrahim
 GUA MUSANG: Kerajaan negeri diminta mempercepatkan pengagihan tapak rumah, 
        Kampung Kundur dekat sini yang masih terbengkalai sejak beberapa tahun lalu. 
        Mengikut bancian Pejabat Tanah dan Jajaban ini, perkampungan baru Kundur 
        yang dicadangkan itu boleh memuatkan lebih 200 rumah khusus bagi perpindahan 
        kawasan setinggan.
 | 
    
      | 
        
        No obligation on new owner 29/03/1995 MM By V. Vasudevan
 THE developer reviving an abandoned condominium project in Jalan Klang Lama 
        did not inherit any obligations from the previous developer who abandoned 
        it. It is legally within the new developer's right to refuse to consider 
        those buying the units from the earlier developer.
 | 
    
      | 
        
        Perlu duduk semeja 30/03/1995 HM
 KUALA LUMPUR: Penduduk, pemaju dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 
        perlu duduk semeja untuk membincangkan dengan teliti pembangunan semula 
        rumah pangsa Kampung Kerinchi sebelum sebarang keputusan dibuat.
 | 
    
      | 
        
        Projek terbengkalai 01/04/1995 HM
 AMPANG: Pembeli Taman Rampai di sini kesal kerana masih belum dapat mendiami 
        rumah pangsa kos rendah berkenaan berikutan projek pembinaannya terbengkalai 
        sejak lapan tahun lalu.
 | 
    
      | 
        
        131 masih menaruh harapan 03/04/1995  HM By Ismail Mat
 MUAR: Tiga pembeli rumah di Taman Sharifah di sini, sudah meninggal dunia, 
        sementara 131 lagi terus menaruh harapan untuk menduduki rumah mereka yang 
        dibeli kira-kira 16 tahun lalu, tetapi hingga kini masih terbengkalai. Peruntukan 
        RM2.5 juta oleh Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), Bank Negara, 
        hasil usaha Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Chua 
        Jui Meng, juga belum membuahkan hasil terhadap harapan mereka.
 | 
    
      | 
        
        Special offer for original purchasers 03/04/1995 MM
 THE developer of a revived condominium project in Jalan Klang Lama is offering 
        its original buyers a unit at special prices. The gesture by Maxrise (M) 
        Sdn Bhd to purchasers of the abandoned Greenwood Condominium was welcomed 
        by the latter last Saturday.
 | 
    
      | 
        
        Penduduk tuntut tapak rumah 10/04/1995 HM By Ramli Ibrahim
 GUA MUSANG: Kerajaan negeri diminta mempercepatkan pengagihan tapak rumah 
        di Kampung Kundur dekat sini, yang masih terbengkalai sejak beberapa tahun 
        lalu. Mengikut bancian yang dibuat oleh Pejabat Tanah dan Jajahan ini, perkampungan 
        baru Kundur yang dicadangkan itu boleh memuatkan lebih 200 rumah dan khusus 
        bagi perpindahan kawasan setinggan.
 | 
    
      | 
        
        Condo buyers want proof of letters 19/04/1995 MM By Efi Hafizah Hamzah
 THE Greenpark Heights action committee chairman, Hans Peter Ham, claimed 
        he never received a letter informing him of the project having changed hands. 
        Being one of the buyers of the previously abandoned project originally developed 
        by JC&MC Sdn Bhd, he said the company representative's claims of having 
        sent letters to 71 purchasers through their lawyers on the matter were untrue.
 | 
    
      | 
        
        Hope yet for housebuyers 21/04/1995 NST-SSPEC
 THE Taman Sharifah housing project, sitting on a three-hectare site at Bakri 
        in Muar, Johor, has been abandoned for 16 years, leaving housebuyers in 
        a lurch. So long has the wait been that five of them have since died. The 
        developers too have absconded without a trace.
 | 
    
      | 
        
        Abandoned project to be revived 25/04/1995 MM
 THE first phase of an abandoned low-cost flats project in Taman Sri Permai, 
        Pandan, will be revived and completed soon to enable the 240 buyers to move 
        in. The two-room five-storey flats were abandoned due to financial constraints 
        faced by the developer, Syarikat Malba Sdn Bhd, after construction began 
        in 1987.
 | 
    
      | 
        
        134 pembeli dikecuali faedah 
        01/05/1995 BH By Ismail Mat
 MUAR, Ahad - Seramai 134 pembeli rumah dan premis perniagaan projek Taman 
        Sharifah di sini yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu mendapat pengecualian 
        faedah serta penalti pinjaman pembelian selama tujuh tahun mulai 1988. Kumpulan 
        pembeli itu termasuk tiga yang sudah meninggal kini hanya perlu menyelesaikan 
        kadar pinjaman yang diambil dengan potongan 50 peratus terhadap jumlah faedah 
        serta denda untuk pinjaman berkenaan dari tarikh perjanjian hingga 1 September 
        1988.
 | 
    
      | 
        
        Faedah pinjam rumah luput 01/05/1995 HM By Ismail Mat
 MUAR: Seramai 134 pembeli rumah dan premis perniagaan projek Taman Sharifah 
        di sini yang terbengkalai sejak 16 tahun lalu mendapat pengecualian faedah 
        serta penalti pinjaman pembelian selama tujuh tahun mulai 1988 hingga kini. 
        Kumpulan pembeli itu termasuk tiga yang sudah meninggal dunia, hanya perlu 
        menyelesaikan kadar pinjaman dengan potongan sebanyak 50 peratus terhadap 
        jumlah faedah serta penalti untuk pinjaman berkenaan dari tarikh perjanjian 
        hingga 1 September 1988.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah harap bantuan 10/05/1995 HM By Saari Sanif
 DENGKIL: Sebanyak 463 pembeli rumah kos rendah di projek perumahan yang 
        terbengkalai di Batu 17 Jalan Ayer Hitam, Puchong, dekat sini, merayu kepada 
        Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri supaya membantu 
        menyelesaikan masalah mereka. Kebanyakan pembeli rumah itu adalah bekas 
        pekerja lombong Ayer Hitam Tin yang sudah menutup operasinya sejak enam 
        tahun lalu dan menyerahkan rumah terbabit kepada pekerjanya.
 | 
    
      | 
        
        Kesal sikap pemaju 11/05/1995 HM
 DENGKIL: "Kami dah bayar tunai rumah ini sejak lapan tahun lalu, tetapi 
        belum boleh duduk kerana angkara pemaju," keluh seorang pembeli yang juga 
        mangsa banjir kawasan Ayer Hitam Tin di sini, Alias Hading. Beliau mendakwa 
        tidak tahu sehingga bila terpaksa menghadapi masalah banjir kerana pemaju 
        tidak pernah memberi kata putus bila rumah itu boleh didiami.
 | 
    
      | 
        
        853 rumah terbengkalai dipulihkan 12/05/1995 BH By Amirullah Andi Nur
 KOTA KINABALU, Khamis - Sebanyak 13 projek perumahan terbengkalai membabitkan 
        853 unit rumah di seluruh negeri bernilai berjuta-juta ringgit, dapat dipulihkan 
        semula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mengambil alih pemerintahan 
        Sabah lebih setahun lalu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, hari 
        ini berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha menyiapkan 1,304 unit rumah 
        daripada baki 12 projek perumahan terbengkalai.
 | 
    
      | 
        
        Rumah, deposit lesap 17/05/1995 HM  By Ahmad Naim Tahir
 MELAKA: Nasib seorang juruteknik sebuah kilang di sini ibarat sudah jatuh 
        ditimpa tangga apabila dia bukan saja kehilangan rumah yang ditempahnya 
        sejak sembilan tahun lalu, tetapi turut kehilangan wang deposit sebanyak 
        RM2,800 yang dibayar untuk membeli rumah berkenaan. Juruteknik itu, Md Repin 
        Abdul, 40, berkata dia diberitahu oleh syarikat penanggung projek perumahan 
        kos rendah di Ayer Keroh, dekat sini pada 6 Mei lalu bahawa perjanjian jual 
        beli rumahnya dengan pemaju asal sebelum ini sudah dibatalkan.
 | 
    
      | 
        
        Segerakan projek rumah murah di Air Hitam Tin Alwi 18/05/1995 BH
 SAYA Alwi Miswan salah seorang daripada penduduk di kampung Puchong melahirkan 
        rasa kecewa dengan projek perumahan kos rendah di Air Hitam Tin, Puchong 
        yang masih belum dapat siapkan wlaupun projek itu sudah dimulakan sejak 
        awal tahun 1989.
 | 
    
      | 
        
        300 hampa rumah terbengkalai 25/05/1995 HM  By Saari Sanif
 SUNGAI BESAR: Lebih 300 pembeli rumah di Taman Impian, Kampung Panchang 
        Bedana kira-kira dua kilometer dari sini, kesal dengan sikap pemaju projek 
        itu yang gagal menyiapkan taman perumahan berkenaan selepas terbengkalai 
        sejak empat tahun lalu. Lebih merisaukan lagi, setakat ini tiada tanda-tanda 
        yang menunjukkan pemaju taman itu akan menyiapkan 300 unit rumah kos sederhana 
        dan rendah.
 | 
    
      | 
        
        PKNS setuju bina flet 26/05/1995 HM
 KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berminat membangunkan 
        semula tapak rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi yang berhadapan 
        dengan pelbagai masalah hingga tertangguh lebih setahun lalu. PKNS memiliki 
        30 peratus ekuiti dalam rumah berkenaan yang dibina pada 1968 dan dianggap 
        tidak sesuai lagi didiami kini kerana terlalu sempit dan ada yang tidak 
        berbilik.
 | 
    
      | 
        
        RM12j bagi pulihkan lima projek 05/06/1995 BH By Kamudin Baharom
 KANGAR, Ahad - Kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta bagi membaik pulih 
        lima projek perumahan terbengkalai di negeri ini membabitkan 475 unit rumah, 
        kata Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee. Menurutnya, 
        lima projek perumahan itu ialah di Taman Ria, Oran; Taman Seri Pauh di Kurung 
        Anai; Taman KSM di Beseri; Taman Mewah di Sena; dan Taman Indah di Arau.
 | 
    
      | 
        
        RM12 juta baik pulih perumahan 05/06/1995 HM
 KANGAR: Kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta untuk kerja membaik pulih 
        lima projek perumahan terbengkalai di negeri ini membabitkan kira-kira 475 
        unit rumah. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khor Liang Tee berkata 
        lima projek perumahan itu ialah di Taman Ria, Oran, Taman Seri Pauh di Kurung 
        Anai, Taman KSM di Beseri, Taman Mewah di Sena dan Taman Indah di Arau.
 | 
    
      | 
        
        Kementerian diminta bantu05/06/1995 HM By Ahmad Naim Tahir
 MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta campur tangan 
        dalam menyelesaikan masalah pembeli rumah projek perumahan Taman Ayer Keroh 
        Heights I, di sini yang diminta membayar 20 peratus deposit harga rumah 
        berkenaan dalam tempoh 14 hari. Masalah itu timbul apabila projek perumahan 
        yang mengandungi 414 unit rumah kos rendah dua tingkat berkenaan diambil 
        alih oleh syarikat penanggung tahun lalu selepas pemaju asal diisytiharkan 
        muflis pada 1986.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah kesal pemaju tidak tepati janji
        14/06/1995 BH  By Mangsa Rumah Terbengkalai
 KEBELAKANGAN ini, banyak berita mengenai projek rumah terbengkalai. Rata- 
        rata kita mendengar ramai pembeli yang tertipu kerana membeli rumah yang 
        pembinaannya tertangguh oleh sebab-sebab tertentu. Saya juga seorang daripada 
        mangsa kejadian itu. Saya membeli sebuah rumah kembar dua di Taiping lima 
        tahun lalu. Bagaimanapun, sehingga ini, rumah yang saya tempah itu masih 
        belum siap.
 | 
    
      | 
        
        State gets RM26m to revive housing schemes 17/06/1995 NST
 SEREMBAN, Fri. - The Federal Government has approved an allocation of RM26.5 
        million for the Negri Sembilan Government to revive nine abandoned housing 
        projects in the State. Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad said 
        today Bank Negara's abandoned housing project rehabilitation fund (TPPT) 
        and enterpreneurs revolving fund (TPU) are providing RM24 million and RM2.5 
        million respectively.
 | 
    
      | 
        
        60 terpaksa tanggung hutang 26/06/1995 HM  By Azahar Kasim
 SERENDAH: Seramai 60 penduduk Kampung Stesen Sungai Choh, di sini terpaksa 
        menanggung beban hutang selepas rumah yang dibeli sejak tiga tahun lalu, 
        terbengkalai. Beban hutang itu ditanggung apabila 120 unit rumah kos sederhana 
        di Taman Ehsan Ibu gagal disiapkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan.
 | 
    
      | 
        
        Bid to revive abandoned flats 30/06/1995 NST-CITYX By Loo Kian Boon
 AN abandoned project comprising three blocks of low-cost flats at Taman 
        Rampai in Ampang will be revived after an eight-year break. Member of Parliament 
        for Ampang Jaya Ong Tee Keat, who visited the site yesterday, said a "white 
        knight" has agreed to take over the project from Syarikat Malba Sdn Bhd.
 | 
    
      | 
        
        Projek terbiar perlu dimaju segera 07/07/1995 HM
 PARIT BUNTAR: Kerajaan negeri diminta menyegerakan projek kampung tersusun 
        di Pondok Tanjung yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Ketua Kampung Pondok 
        Tanjung, Sulaiman Mahmud, berkata projek itu wajar diteruskan bagi membolehkan 
        penduduk yang sering menghadapi masalah banjir berpindah.
 | 
    
      | 
        
        Masalah 1,006 rumah terbiar diatasi 
        13/07/1995 BH
 KANGAR, Rabu - Masalah 1,006 unit rumah terbengkalai di negeri ini dijangka 
        dapat diatasi dalam tempoh setahun, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan 
        negeri (Exco), Khor Liang Tee. Katanya, kerajaan negeri akan berusaha dan 
        mengambil langkah tertentu bagi memastikan rumah yang dibina dalam sembilan 
        projek perumahan itu dapat dipulihkan dalam tempoh itu.
 | 
    
      | 
        
        873 rumah terbengkalai dipulihkan 13/07/1995 HM
 KANGAR: Masalah projek perumahan terbengkalai membabitkan sebanyak 873 unit 
        di negeri ini dijangka dapat diatasi dalam tempoh setahun, kata Ahli Majlis 
        Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco), Khor Liang Tee. Menurutnya, kerajaan negeri 
        akan berusaha bagi memastikan semua sembilan projek terbengkalai dapat di 
        pulihkan dalam tempoh berkenaan.
 | 
    
      | 
        
        40 projek perumahan di Johor terbengkalai 
        17/07/1995  BH By Ismail Mat; Zulkiflee Ab Jalil
 MUAR, Ahad - Kerajaan Johor mengenal pasti kira-kira 40 projek perumahan 
        di negeri ini yang masih terbengkalai, walaupun pembinaannya dimulakan sejak 
        lebih 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Industri Kecil Sederhana 
        dan Kerajaan Tempatan, Adam Abdul Hamid, berkata pihaknya kini sedang mengenal 
        pasti projek terbabit mengikut daerah.
 | 
    
      | 
        
        Pemaju diarah percepat projek
        19/07/1995 BH  By Ahmad Che Doh
 NIBONG TEBAL, Selasa - Kerajaan negeri mengarahkan Diniaga Sdn Bhd mempercepatkan 
        projek pembinaan 130 unit rumah kos rendah di Jawi dekat sini bagi mengelakkan 
        pembeli menunggu lebih lama. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Shariff 
        Omar, berkata projek yang sepatutnya siap pada 1990 kini terbengkalai menyebabkan 
        pembeli yang tidak mempunyai rumah, terpaksa menyewa rumah manakala mereka 
        yang membuat pinjaman membeli rumah itu melalui bank terpaksa membuat bayaran 
        setiap bulan.
 | 
    
      | 
        
        Projek terbiar: Perlis lantik kontraktor baru 
        20/07/1995 BH
 KANGAR, Rabu - Kerajaan Perlis bertindak tegas bagi menyelesaikan masalah 
        873 projek perumahan yang terbengkalai menerusi pendekatan melantik kontraktor 
        lain menyiapkan projek itu. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, 
        Khor Liang Tee, berkata pendekatan itu akan dilaksanakan sekiranya pemaju 
        asal masih tidak mahu bertanggungjawab menyiapkan projeknya.
 | 
    
      | 
        
        Rumah terbengkalai jejas imej 02/08/1995 HM By Mohd Noh Othman
 PORT DICKSON: Rumah terbengkalai di Kilometer 9.5, Jalan Pantai, di sini 
        menjadi rungutan penduduk berhampiran kerana mencemarkan nama Port Dickson 
        sebagai daerah peranginan dan pelancongan terkenal. Rumah yang mengandungi 
        tiga blok tiga tingkat itu terletak di persimpangan jalan masuk ke Bandar 
        Baru Sungala dan berhampiran dengan Hospital Port Dickson.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah menunggu 11 tahun09/08/1995 BH By Mangsa Rumah Terbengkalai Selama 
        11 Tahun
 KITA banyak mendengar berita mengenai projek rumah terbengkalai. Rata-rata 
        kita dapati ramai pembeli yang tertipu kerana membeli rumah yang pembinaan 
        tertangguh oleh sebab tertentu. Saya juga seorang daripada mangsa kejadian 
        itu. Saya membeli sebuah rumah di Jasin, Melaka dan menandatangani perjanjian 
        pada Jun 1984. Mengikut perjanjian, pemaju harus menyerahkan rumah itu kepada 
        saya pada 26 Jun 1986.
 | 
    
      | 
        
        TNB diminta pasang lampu 09/08/1995 HM
 PENDUDUK sekitar Jalan Teratai, Taman Johor Jaya mahu pemaju perumahan taman 
        itu menyambung semula kerja pembinaan rumah di jalan berkenaan yang terbengkalai 
        sejak dua tahun lalu. Ia bagi mengelakkan rumah berkenaan menjadi sarang 
        maksiat dan pusat kegiatan penagihan dadah.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli ancam ambil tindakan mahkamah 
        10/08/1995 BH
 MELAKA, Rabu - Lebih 100 pembeli rumah kos rendah di Kampung Ujong Padang, 
        Mukim Sungai Baru Ilir, Alor Gajah, dekat sini akan mengambil tindakan mahkamah 
        terhadap pemaju dan sebuah agensi kerajaan negeri jika projek yang didakwa 
        terbengkalai sejak dua tahun lalu itu, masih gagal disiapkan. Pembinaan 
        projek perumahan awam berkenaan yang dimulakan pada penghujung 1992, dikatakan 
        membabitkan usaha sama sebuah agensi kerajaan dengan pemaju swasta.
 | 
    
      | 
        
        Pemaju rayu lanjut tempoh 11/08/1995 HM
 MELAKA: Dua pemaju projek rumah awam yang membabitkan 226 unit membuat rayuan 
        kepada kerajaan Melaka supaya melanjutkan tempoh pelaksanaan kedua- dua 
        projek yang terbengkalai itu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan 
        Tempatan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Yassin Sarip 
        hari ini berkata kedua-dua projek itu dilaksanakan secara penswastaan.
 | 
    
      | 
        
        56 pembeli kesal projek terbengkalai 15/08/1995 HM
 KETEREH: Lebih 56 unit rumah kos rendah sederhana di Taman Patek, Kadok, 
        dekat sini, terbengkalai apabila pemaju perumahan itu mengalami masalah 
        kewangan, sejak beberapa bulan lalu. Berikutan itu, pembeli terutama kalangan 
        anggota tentera mengalami kerugian kerana mereka terpaksa tinggal rumah 
        sewa.
 | 
    
      | 
        
        Rumah terbiar pusat penagih 22/08/1995 HM
 PROJEK perumahan berhampiran Kampung Melayu di sini yang terbengkalai sejak 
        beberapa bulan lalu menjadi tumpuan penagih dadah. Seorang penduduk yang 
        enggan namanya disiarkan, berkata kegiatan yang semakin berleluasa itu membimbangkan 
        penduduk terutama yang tinggal berhampiran.
 | 
    
      | 
        
        Buyers can move in next year 22/08/1995 MM
 THE revived City Hall Keramat Jaya 2 flats project is expected to be completed 
        by the end of the year. Its long-suffering buyers may finally be able to 
        move in by early next year after a four-year wait.
 | 
    
      | 
        
        Enam tahun projek terbengkalai 23/08/1995 BH By Pembeli Kecewa
 SAYA membeli sebuah rumah kos sederhana rendah di bawah projek perumahan 
        Negeri Selangor (dahulunya SUK Selangor tetapi setelah diswastakan menjadi 
        Permodalan Negeri Selangor Berhad PNSB) pada 1989. Projek perumahan Taman 
        Seri Raya di Batu 9 Jalan Cheras itu diberikan kepada sebuah syarikat Bumiputera 
        utuk dimajukan. Saya berasa gembira dan `terjamin' memandangkan saya adalah 
        di antara beberapa pemohon yang dapat membeli rumah kos sederhana rendah 
        di bawah naungan kerajaan negeri Selengor.
 | 
    
      | 
        
        House buyers get assurance05/09/1995 MM
 BUYERS of the Keramat Jaya 2 flats project can take vacant possession of 
        their units by the end of the year. The assurance came from City Hall's 
        Economic Planning and Social Services director Abdullah Masoad who explained 
        that the project was expected to be completed then.
 | 
    
      | 
        
        Buyers' housing blues 06/09/1995 MM By Alina Simon
 THE Housing and Local Government Ministry was criticised today for not living 
        up to its promise to help buyers of the Greenwood Condominium project abandoned 
        in 1990. A group of 34 purchasers, who were left in the lurch after the 
        project was revived by another developer, were unhappy at the lack of action 
        against the latter for allegedly carrying on the project without a licence.
 | 
    
      | 
        
        Projek terbengkalai dipulih 07/09/1995 BH
 KANGAR, Rabu - Kerajaan Perlis akan mencari syarikat pemaju baru untuk membaik 
        pulih dan meneruskan pembinaan sembilan projek perumahan awam yang terbengkalai 
        di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
        Negeri Khor Liang Tee.
 | 
    
      | 
        
        Efforts on abandoned projects going well 08/09/1995 NST
 SEREMBAN, Thurs. - Eight abandoned housing projects in Negri Sembilan have 
        been approved for rehabilitation by the Treasury's Abandoned Housing Project 
        Rehabilitation Fund (AHPRF). Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad 
        said today the abandoned projects consisting of 2,050 housing units were 
        mostly in Kuala Pilah and here.
 | 
    
      | 
        
        100 buyers protest against developer 
        09/09/1995 NST
 PENANG, Fri. - About a hundred buyers of residential and commercial units 
        of Taman Harbour View near Weld Quay today trooped to the KGN-Holdings head 
        office in Green Hall here to protest against the delay in completing the 
        project within the stipulated time. The buyers were led in their protest 
        by State Assemblyman for Pengkalan Kota Lee Hack Teik.
 | 
    
      | 
        
        `Defer legal action' on abandoned project 
        14/09/1995 NST-LTIMES
 HOUSE purchasers in the abandoned Taman Rampai project in Ampang have been 
        urged to postpone legal action against the developer Syarikat Malba Sdn 
        Bhd. Ampang Jaya MP Ong Tee Kiat said the project, which was abandoned for 
        eight years, would be revived as soon as the company was taken over by a 
        new management.
 | 
    
      | 
        
        Taman Rampai project to be revived 15/09/1995 MM
 THE Taman Rampai housing scheme in Ampang which was abandoned eight years 
        ago is being revived. Ampang Jaya MP Ong Tee Keat, in announcing the good 
        news, said those who had bought houses in the scheme will not have to pay 
        extra money under the new proposal to revive the scheme.
 | 
    
      | 
        
        Another housing project abandoned 19/09/1995 MM By Meor Shariman
 ANOTHER abandoned housing project has emerged in Ampang just when one has 
        been revived early this month. Ampang Jaya Member of Parliament Ong Tee 
        Keat said he managed to help restart the abandoned Taman Seri Rampai project 
        early this month.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli setuju tubuh persatuan
        21/09/1995 HM  By Al-Abror Mohd Yusof
 CHERAS: Pembeli rumah di Taman Kencana Fasa 3 pada dasarnya bersetuju menubuhkan 
        persatuan berdaftar dan memohon kepada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai 
        (TPPT) membantu menyiapkan projek rumah berkenaan yang belum dapat disiapkan 
        mengikut jadual. Cadangan ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ampang Jaya, 
        Ong Tee Keat, ketika perjumpaan dengan pembeli yang terbabit di sini, semalam.
 | 
    
      | 
        
        52 warga asing ditangkap 05/10/1995 BH
 KOTA BHARU, Rabu - Seramai 52 warganegara Bangladesh ditahan kerana memasuki 
        negara ini secara haram di kawasan perumahan terbengkalai di Kampung Aril, 
        Peringat, dekat sini, pagi tadi. Dengan penahanan itu, polis Kelantan percaya 
        dapat mengesan kegiatan penyeludup membawa masuk pendatang asing tanpa izin 
        (Pati) dengan menggunakan rumah kosong sebagai tempat persembunyian sebelum 
        dibawa ke sesuatu destinasi.
 | 
    
      | 
        
        Syarikat baru majukan projek terbengkalai
        06/10/1995 BH
 KUALA LUMPUR, Khamis - Bakal penduduk sebuah taman perumahan di sini hari 
        ini menyerahkan senarai 197 daripada 240 pembeli projek rumah terbengkalai 
        sejak 1987 kepada pemaju perumahan, PA Development Sdn Bhd (PAD). Senarai 
        itu diserahkan oleh pengerusi Persatuan Pembeli Unit Kediaman Taman Rampai 
        Ampang, Selangor (PPKTR), S C Leong kepada wakil PAD, Chong Chin Wah. PAD 
        adalah pemaju baru bagi Taman Rampai Ampang, yang kini dikenali sebagai 
        Taman Pandan Utama.
 | 
    
      | 
        
        Projek terbengkalai dipulihkan 06/10/1995 HM
 KUALA LUMPUR: Sebuah projek perumahan kos rendah, membabitkan 240 rumah 
        kos rendah dan lapan rumah kedai, yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu 
        di Taman Sri Rampai, Ampang, akan dipulihkan. Ahli Parlimen Ampang Jaya, 
        Ong Tee Kiat, berkata pemulihan dibuat melalui pengambilalihan projek itu 
        oleh Hunt Way Corporation dan P A Development Sdn Bhd setelah pemaju terdahulu 
        gagal menyiapkannya.
 | 
    
      | 
        
        Work on abandoned flats to start soon 
        06/10/1995 NST-LTIMES
 WORK will begin soon to revive the low-cost flat project at Taman Rampai 
        in Ampang, which was abandoned eight years ago. Member of Parliament for 
        Ampang Jaya Ong Tee Keat said the project, which has several phases, will 
        be managed by PA Development Sdn Bhd, a subsidiary of Hunt-Way Corporation 
        Sdn Bhd.
 | 
    
      | 
        
        Syarikat baru majukan projek terbengkalai 06/10/1995 BH
 KUALA LUMPUR, Khamis - Bakal penduduk sebuah taman perumahan di sini hari 
        ini menyerahkan senarai 197 daripada 240 pembeli projek rumah terbengkalai 
        sejak 1987 kepada pemaju perumahan, PA Development Sdn Bhd (PAD). Senarai 
        itu diserahkan oleh pengerusi Persatuan Pembeli Unit Kediaman Taman Rampai 
        Ampang, Selangor (PPKTR), S C Leong kepada wakil PAD, Chong Chin Wah. PAD 
        adalah pemaju baru bagi Taman Rampai Ampang, yang kini dikenali sebagai 
        Taman Pandan Utama.
 | 
    
      | 
        
        3 tertimbus 11/10/1995 HM By Rasid Rahaman
 KUALA KUBU BARU: Polis percaya punca bangunan dua tingkat di Jalan Datuk 
        Balai di sini, runtuh petang semalam, berikutan tiang konkrit bangunan itu 
        tidak dapat menampung bebanan simen yang sedang ditampal di tingkat satu. 
        Ini kerana beberapa tiang konkrit bangunan itu dipercayai tidak kukuh kerana 
        terbengkalai hampir setahun lalu dan kerja pembinaan semula hanya dilakukan 
        seminggu lalu.
 | 
    
      | 
        
        10 tahun tunggu rumah siap 13/10/1995 HM
 JOHOR BAHRU: Lebih 300 pembeli rumah kos rendah Taman Puteri Wangsa, Ulu 
        Tiram dekat sini, mahukan pemaju taman itu menyegerakan pembinaan rumah 
        mereka. Mereka mendakwa pembinaan rumah kos rendah terbengkalai sejak projek 
        itu dimulakan pada 1985 sedangkan rumah jenis mewah dan sederhana sudah 
        siap dibina.
 | 
    
      | 
        
        Keramat Jaya housing project delayed 13/10/1995 MM
 BUYERS of City Hall's privatised housing project in Keramat Jaya may only 
        occupy their unit in the middle of next year as the contractor is unable 
        to complete it in time. GMK (M) Fatirah Sdn Bhd was supposed to hand it 
        over by end of the year.
 | 
    
      | 
        
        10 tahun tunggu rumah siap 13/10/1995 HM
 JOHOR BAHRU: Lebih 300 pembeli rumah kos rendah Taman Puteri Wangsa, Ulu 
        Tiram dekat sini, mahukan pemaju taman itu menyegerakan pembinaan rumah 
        mereka. Mereka mendakwa pembinaan rumah kos rendah terbengkalai sejak projek 
        itu dimulakan pada 1985 sedangkan rumah jenis mewah dan sederhana sudah 
        siap dibina.
 | 
    
      | 
        
        Pemaju Sri Raya janji beri kunci rumah 16/10/1995 HM
 CHERAS: Pemaju Taman Sri Raya di sini, Kausar Corporation Sdn Bhd, memberi 
        jaminan akan menyerahkan kunci kepada pembeli rumah kos rendah di taman 
        itu apabila siap dalam masa sebulan. Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Zakaria 
        Hussien, berkata pembeli rumah tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan 
        memberikan kunci seperti yang dijanjikan.
 | 
    
      | 
        
        Projek rumah murah terbiar setahun
        16/10/1995 HM
 PEMOHON yang memohon pembelian rumah murah di Kampung Gong Kubur dengan 
        Gong Kulim kesal kerana pojek pembinaan rumah itu terbengkalai, sedangkan 
        pembayarannya telah diproses oleh pihak terbabit dengan projek itu. Menurut 
        mereka, projek itu terbiar sejak setahun lalu dan kini kawasannya hanya 
        ditumbuhi oleh semak.
 | 
    
      | 
        
        12 rumah teres dilelong 19/10/1995  BH By Zainal A
 BUKIT MERTAJAM, Rabu - Sebanyak 12 buah rumah teres dua tingkat di Mukim 
        11 berhampiran Taman Desa Damai di sini dilelong oleh sebuah syarikat kewangan 
        tempatan selaku pemegang gadaian kerana pemaju dikatakan gagal menjelaskan 
        pinjaman bagi membiayai projek yang bernilai hampir RM5 juta. Rumah terbabit 
        dilelong oleh institusi kewangan berkenaan dengan harga RM1.4 juta.
 | 
    
      | 
        
        Housebuyers lose RM1mil in auction 
        19/10/1995 NST By Noor Adzman Baharuddin
 BUKIT MERTAJAM, Wed. - Twelve housebuyers of an abandoned housing project 
        here lost more than RM1 million after a finance company auctioned off their 
        unfinished units today. The auction, carried out by United Merchant Finance 
        Berhad (UMFB), was to recover about RM5 million owed by the developer, Contour 
        Development Sdn Bhd, before the developer absconded several years ago.
 | 
    
      | 
        
        4,000 unit rumah kos rendah dibaik
        31/10/1995 BH
 SEREMBAN, Isnin - Kira-kira 4,000 unit rumah kos rendah yang terbengkalai, 
        sudah dipulihkan dan sedia untuk didiami oleh golongan berpendapatan rendah, 
        kata Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Katanya, rumah itu yang 
        membabitkan 18 projek dipulihkan menerusi peruntukan Tabung Pemulihan Projek 
        Terbengkalai (TPPT).
 | 
    
      | 
        
        4,000 rumah murah dipulihkan 31/10/1995 HM
 SEREMBAN: Kerajaan negeri berjaya menyiapkan 4,000 unit rumah kos rendah 
        yang dulunya terbengkalai untuk didiami oleh pembeli golongan berpendapatan 
        rendah di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata 
        semua rumah itu kini sudah sedia untuk didiami oleh pembeli.
 | 
    
      | 
        
        Buyers to apply for funds to revive abandoned project
        31/10/1995 NST
 TAIPING, Mon. - House buyers of the abandoned Taman Bistari low-cost housing 
        project in Kamunting here have agreed to apply for funds from the Finance 
        Ministry to enable a new developer to revive the project. They have also 
        agreed to give Kamunting State Assemblyman Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah 
        the right to liaise with the Housing and Local Government Ministry and the 
        State Government on the revival.
 | 
    
      | 
        
        ADUN selesai masalah 01/11/1995 HM
 TAIPING: Pembeli rumah di Taman Bistari, Kemunting, dekat sini yang pembinaannya 
        terbengkalai memberikan mandat kepada Adun Kamunting, Datuk Dr Abdul Malek 
        Mohd Hanafiah, untuk menyelesaikan masalah mereka. Mandat itu diberikan 
        dalam satu majlis dialog pembeli terbabit dengan Dr Abdul Malek di Sekolah 
        Kebangsaan Long Jaafar, di sini baru-baru ini. Dr Abdul Malek berkata, dalam 
        pertemuan itu keputusan dicapai dengan pembeli terbabit memberi mandat kepada 
        beliau untuk berunding dengan pelbagai pihak supaya pembinaan rumah itu 
        dapat diteruskan sehingga siap.
 | 
    
      | 
        
        Pendatang sembunyi di rumah terbengkalai 07/11/1995 BH
 IPOH, Isnin - Projek perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bersebelahan 
        Taman Shatin Baru, Pasir Puteh, di sini yang terbengkalai sejak kira-kira 
        16 tahun lalu dipercayai menjadi tempat perlindungan pendatang tanpa izin. 
        Seorang penduduk, Chin Kam Kee, 45, mendakwa mereka sering ternampak pekerja 
        asing yang dipercayai pendatang tanpa izin keluar masuk ke dalam rumah yang 
        terbengkalai itu.
 | 
    
      | 
        
        Puzzled by action taken by land office 21/11/1995 MM By V. Vasudevan
 BUYERS of the Taman Greenwood Condominium project abandoned in 1990 are 
        puzzled with Kuala Lumpur Land Office for cancelling a private caveat they 
        placed on it. They claimed to learn about the decision when a buyer recently 
        checked with the land authority on the progress of their case.
 | 
    
      | 
        
        PNSB to be called in over project 
        29/11/1995 NST-LTIMES
 PERMODALAN Negeri Selangor Berhad (PNSB) will be called in to help resolve 
        the problem faced by 440 housebuyers of Taman Seri Raya at 15km Jalan Cheras. 
        Selangor State Executive Councillor and State Assemblyman for Dusun Tua 
        Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad said in view of the fact that PNSB is a partner 
        in the housing project, the State-owned company must also be responsible 
        for the project which had been delayed for four years.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli rumah boleh buat laporan polis 30/11/1995 BH
 MASALAH: SAYA mewakili semua pembeli unit perumahan kos rendah di Lot 1861, 
        Kampung Gong Kubur, Fasa II, Pasir Puteh, Kelantan, dalam kawasan Dewan 
        Undangan Negeri (Dun) Semerak ingin memohon perhatian dan bantuan pihak 
        berwajib mengenai projek perumahan berkenaan yang telah lama terbengkalai.
 | 
    
      | 
        
        Fasa satu siap 55 peratus 01/12/1995 BH
 SEREMBAN, Khamis - Fasa satu dan dua pembinaan loji rawatan sisa toksik 
        bernilai RM353 juta di Bukit Nanas, Port Dickson yang terbengkalai sebelum 
        ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998. Menteri Besar, Tan Sri 
        Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan pembinaan 
        loji di kawasan seluas 58 hektar yang kini dilaksanakan mengikut jadual.
 | 
    
      | 
        
        Pembeli kecewa rumah terbengkalai 
        07/12/1995 BH
 MASALAH: SAYA pembeli rumah kos rendah di Kampung Paya Jaras, melahirkan 
        rasa dukacita saya terhadap wakil rakyat kawasan Paya Jaras kerana tidak 
        mengambil tahu masalah penduduk kampung ini dan yang dihadapi oleh pembeli 
        rumah projek itu.
 | 
    
      | 
        
        Housebuyers in quandary over abandoned project 
        16/12/1995 NST By Marina Emmanuel
 SUNGAI PETANI, Fri. - Several housebuyers of a housing project here today 
        voiced their concern about a developer who has abandoned a partially-built 
        project. The buyers of Taman Seri Gedung houses said they had made payments 
        of up to RM15,000 for three-bedroom terrace houses which were advertised 
        for RM25,000 in 1988 by developers Sungei Patani Earth Sdn Bhd.
 | 
    
      | 
        
        Taman Nora residents get to keep their homes 18/12/1995 NST
 JOHOR BARU, Sun. - In a special concession by the State, home owners in 
        the controversial Taman Nora housing project in Ulu Tiram, 35km from here, 
        have been given an assurance that their homes will not be put up for auction 
        by Perwira Habib Bank. State Executive Councillor Adam Abdul Hamid said 
        today he had negotiated with top officials of the bank to stop the auction 
        of the houses with immediate effect.
 | 
    
      | 
        
        Projek kampung tersusun terbengkalai 20/12/1995 HM
 LUMUT: Projek kampung tersusun dan pembinaan kompleks penghulu yang dilaksanakan 
        kerajaan di Kampung Batu 10 Lekir, dekat sini, masih terbengkalai dan tidak 
        diambil sebarang tindakan pihak terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan 
        dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Mohamad Basri Ramli, berkata 
        projek kampung tersusun itu sepatutnya telah siap dilaksanakan tetapi kini 
        tapak projek itu semak-samun.
 | 
    
      | 
        
        Still not built after 11 years 29/12/1995 NST-LTIMES By Lim
 THE worst case of consumerism I have witnessed is the case of the house 
        which I purchased in March 1984 and has been abandoned since 1986. All the 
        hoo-hah about consumers standing up for their rights is really something 
        to laugh about.
 | 
    
      |  |