|  | 
  
    | 
    Desakan campur 
    tangan 08/01/1994 BH
 JOHOR BAHRU, Khamis - Lebih 400 pembeli rumah projek perumahan Taman Dewan Jaya 
    dekat sini yang terbengkalai mahu Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
    negeri campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu. Langkah itu perlu berikutan 
    kebanyakan pembeli mendakwa masing-masing mengalami kerugian di antara RM40,000 
    dan RM60,000 kerana bayaran itu dianggap lupus berikutan pemajunya tidak dapat 
    dikesan, manakala projek itu sudah diambil alih oleh pemegang amanah.
 | 
  
    | 
    10 tahun projek 
    perumahan tak siap 14/01/1994 HM
 SEBUAH projek perumahan di Tanjung Agas, Muar masih terbengkalai sejak 10 tahun 
    lalu. Projek swasta itu sebenarnya sudah dipulihkan dua tahun lalu dan keseluruhan 
    unit rumahnya juga sudah disiapkan.
 | 
  
    | 
    A glimmer of hope 
    for Taman Puteri Wangsa house buyers 14/01/1994 
    NST-SSPEC By Ravi Nambiar
 THE story of the ill-fated Taman Puteri Wangsa house buyers is one of untold 
    misery and long-suffering. They are a tenacious lot, undaunted by the prospect 
    of never getting their dream houses in a project which has been abandoned since 
    1986.
 | 
  
    | 
    Buyers wait for 
    news of abandoned project 17/01/1994 MM
 ALTHOUGH the Taman Rampai low-cost flats project in Ampang has been abandoned 
    since 1987, buyers still have hopes of living in their dream house some day 
    or at least getting a refund of their down payments. The project, which was 
    supposed to include three blocks of five-storey flats selling at RM20,000 per 
    unit, was abandoned by the developer, Syarikat Malba Sdn Bhd, seven years ago 
    at the height of the recession.
 | 
  
    | 
    Janda kecewa rumah 
    tidak siap 18/01/1994
    BH
 MERSING, Isnin - Impian seorang janda, Halimah Bakar, 44, untuk tinggal di rumah 
    sendiri belum tercapai kerana bakal rumahnya yang dibina menerusi Program Pembangunan 
    Rakyat Termiskin (PPRT) oleh penduduk kampungnya belum siap sepenuhnya. Beliau 
    kecewa kerana projek di Kampung Sawah Datuk, dekat sini masih terbengkalai, 
    walaupun hampir setahun di bina secara gotong-royong.
 | 
  
    | 
    28 projek rumah 
    terbengkalai 26/01/1994
    BH
 MENGGATAL, Selasa - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti 
    28 projek perumahan terbengkalai membabitkan 4,275 unit rumah di seluruh negeri 
    sepanjang tahun lalu. Menterinya, Datuk Joseph Kurup, berkata daripada jumlah 
    itu, pihaknya berjaya memulihkan tujuh projek perumahan, termasuk Taman View 
    Point, Menggatal yang disiapkan oleh KC Project Management Services Sdn Bhd.
 | 
  
    | 
    Developer to revive 
    abandoned project 27/01/1994
    NST
 PPH DEVELOPMENT Sdn Bhd, a subsidiary of Public Packages Holding Bhd, will be 
    reviving the abandoned Perdana Mutiara Project in Penang including 1,040 units 
    of low and medium cost flats in the area. Its executive director, Datuk Ali 
    Esa, said this was made possible with the company's recent acquisition of a 
    51 per cent stake in Pembenaan Fungsi Baik Sdn Bhd, the developer of 108 hectares 
    land in Sungai Ara and Kampung Perlis in Bayan Lepas.
 | 
  
    | 
    Nasib pembeli rumah 
    di Taman Dagang 28/01/1994 HM  By Norah Haron
 Saudara Pengarang, SEBAGAI seorang daripada 246 pembeli rumah teres dua tingkat, 
    Fasa Tiga Taman Dagang di Ampang yang berharga RM55,000 seunit, saya amat kecewa 
    kerana rumah yang dibeli sejak 1986 itu masih belum boleh diduduki. Ini kerana 
    projek itu terbengkalai selama hampir lapan tahun dan setelah menghadapi masalah 
    demi masalah, akhirnya dengan bantuan kerajaan menerusi Tabung Pemulihan Projek 
    Terbengkalai (TPPT), rumah berkenaan dijangka dapat disiapkan akhir tahun lalu.
 | 
  
    | 
    Pemaju batalkan 
    perjanjian jual beli 29/01/1994  
    BH By Insan Malang
 SAYA membeli rumah kos rendah di Senai Johor Bahru pada 1987. Projek itu terbengkalai 
    menjelang 1989. Gaji saya dipotong sebanyak RM122.61. Pada tahun selanjutnya 
    projek itu disambung semula. Apabila siap 95 peratus pemaju perumahan membatalkan 
    perjanjian jual beli.
 | 
  
    | 
    Pembeli bosan kerenah 
    pemaju 01/02/1994 HM
 KUALA LUMPUR: "Sudah bayar hampir lapan tahun tapi belum boleh pindah." Begitulah 
    keluhan pembeli rumah di Taman Wilayah, Selayang dekat sini terhadap janji manis 
    pemaju selama ini.
 | 
  
    | 
    Projek tak siap
    03/02/1994 HM By Rosli Abu Hasan
 KUALA LUMPUR: Pembeli rumah pangsa Pangsamurni Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala 
    Lumpur (DBKL) di Lorong Kiri 5, Jalan Keramat di sini kesal kerana projek itu 
    masih belum siap walaupun sudah menjangkau lima tahun. Kebanyakan pembeli sudah 
    mula hilang sabar dan berasa hairan bagaimana perkara ini boleh terjadi.
 | 
  
    | 
    8 tahun rumah masih 
    tidak boleh diduduki 07/02/1994  BH By Roslan Hashim
 SAYA adalah antara 246 pembeli rumah teres dua tingkat fasa tiga sebuah taman 
    perumahan di Ampang, Selangor. Saya membeli rumah itu dengan harga RM55,000 
    pada 1986. Sehingga sekarang, rumah itu masih belum boleh diduduki. Projek yang 
    dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju itu terbengkalai hampir lapan tahun. Setelah 
    menghadapi masalah demi masalah, akhirnya kerajaan memberi bantuan melalui projek 
    pemuliharaan tabung rumah terbengkalai. Rumah itu dapat disiapkan pada tahun 
    lalu.
 | 
  
    | 
    Mayor: 318 abandoned 
    houses completed and sold 07/02/1994
    NST
 IPOH, Sun. - More than 300 terrace houses in Taman Perpaduan which were abandoned 
    halfway have been completed and sold, Datuk Bandar Datuk Ismail Shah Bodin said 
    today. The houses, which were built as part of the threephase project which 
    started in 1980, were abandoned eight years ago, and housebuyers were in a fix 
    as to whether the project would be completed.
 | 
  
    | 
    New lease of life 
    for abandoned building 11/02/1994
    NST-CITYX
 PLAZA Tunku Yaacob at Lebuhraya Darul Aman in Alor Star, which has been abandoned 
    for nearly nine years, has been reconstructed. The reconstruction work is undertaken 
    by a local developer, Cayman Development Sdn Bhd.
 | 
  
    | 
    Pembeli rumah minta 
    bantuan 26/02/1994 BH By Shariffudin Mohamed
 KUANTAN, Jumaat - Nasib pembeli rumah di sebuah kawasan perumahan baru yang 
    terbengkalai setahun lalu di Peramu, Pekan, 50 kilometer dari sini, terumbang-ambing 
    berikutan tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Akhbar ini pernah menyiarkan 
    keresahan mereka pada November tahun lalu apabila bank mengambil tindakan menuntut 
    pembayaran balik pinjaman diteruskan tanpa mengira projek itu siap atau tidak.
 | 
  
    | 
    Bila lagi nak siap?
    09/03/1994 HM By Hamid Karim
 KLANG: Skim Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) masih gagal menepati 
    matlamatnya kerana ada di antara projek yang disenaraikan menerima kemudahan 
    skim itu, masih terus terbiar. Kegagalan itu dikatakan berpunca daripada kurangnya 
    pengawasan pihak berkuasa, termasuk kegagalan syarikat yang dilantik sebagai 
    penanggung sementara untuk menyelia kerja pemulihan.
 | 
  
    | 
    Projek terbengkalai
    11/03/1994  BH By Bertindak Untuk Kepentingan Bersama
 BILAKAH projek perumahan Taman Changkat Jering yang terbengkalai sejak beberapa 
    tahun lalu dapat disiapkan? Saya difahamkan pemaju mendapat bantuan untuk memulihkan 
    semula projek itu pada 1993.
 | 
  
    | 
    House buyers in 
    dire straits 15/03/1994 MM
 SIXTY-THREE investors from Klang, who initiated a housing project in 1979, are 
    now poorer by up to RM30,000 each after three contractors abandoned the scheme. 
    The victims appeal to the Housing and Local Government Ministry to help them 
    revive the project as they are in dire need of homes.
 | 
  
    | 
    Taman Rampai akan 
    dilelong 26/03/1994 
    BH By Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi
 KUALA LUMPUR, Jumaat - Sebanyak 225 pembeli rumah kos rendah di Taman Rampai, 
    Ampang dekat sini, mungkin tidak dapat menduduki rumah mereka kerana pemaju 
    perumahan terbabit meninggalkan projek itu sebelum siap sepenuhnya. Bagaimanapun, 
    Bank Negara melalui Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) bersetuju untuk 
    melelong tapak projek itu pada 7 April depan, dalam usaha mencari pemaju lain 
    yang mampu meneruskan projek yang terbengkalai sejak 1986 itu.
 | 
  
    | 
    Lelong projek
    26/03/1994 HM
 KUALA LUMPUR: Bank Negara menerusi Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) 
    akan melelong projek rumah pangsa kos rendah di Taman Rampai, Ampang yang terbengkalai 
    sejak lapan tahun lalu, pada 7 April depan.
 | 
  
    | 
    Pembeli rumah terkejut
    06/04/1994 HM By Jamaludin Husin
 MUAR: Beberapa pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai Taman Seri Bahagia 
    di Tanjung Agas di sini terkejut kerana mereka diminta membayar RM873 kepada 
    peguam yang menguruskan projek berkenaan. Mereka hairan kerana sebelum ini peguam 
    yang sama sudah meminta RM120 daripada pembeli ketika menandatangani perjanjian 
    dengan pemaju pada 1984.
 | 
  
    | 
    Booked flat sold 
    to two others 08/04/1994 MM By V. Vasudevan
 AFTER nearly 10 years of waiting for his low-cost flat in Taman Kobena Cheras, 
    a technician found that the unit he had booked with a RM1,000 deposit had also 
    been sold to two other people! Encik Ahmad Astor Awaluddin was told of this 
    after he went to the National Youth Co-operative (Kobena) office to establish 
    payment schedules as the abandoned scheme was being revived.
 | 
  
    | 
    Rumah terbengkalai 
    jadi sarang penagih 09/04/1994 HM
 KLUANG: Lebih 15 rumah kedai dan 35 rumah teres tiga bilik yang terbengkalai 
    di Kilometer 6, Jalan Kluang-Mersing dekat sini, kini dijadikan sarang penagih 
    dadah. Beberapa penduduk di Taman Okid berhampiran kawasan perumahan itu mendakwa 
    penagih menjadikan rumah terbengkalai itu sebagai markas mereka sejak lebih 
    setahun lalu.
 | 
  
    | 
    10 projek perumahan 
    terbengkalai BH 14/04/1994 By Laila Halilah Nasir
 AMPANG, Rabu - Lebih 10 projek perumahan di kawasan ini dilaporkan terbengkalai, 
    sesetengahnya sejak lebih lapan tahun lalu, kata Ahli Parlimen Ampang, Ong Tee 
    Keat. Menurutnya, projek perumahan terbabit terbengkalai berikutan kemelesetan 
    ekonomi yang teruk pada 1986 dan 1987.
 | 
  
    | 
    Five housing projects 
    revived By Ramlan Said 14/04/1994
    NST-CITYX
 FIVE abandoned housing projects, involving low- and medium-cost units, have 
    been revived in Ampang Jaya. Ampang Jaya Member of Parliament Ong Tee Kiat said 
    this was made possible with loans from the special fund set up by the Government 
    to revive abandoned housing projects.
 | 
  
    | 
    Abandoned project 
    in PD to be revived 14/04/1994
    NST
 SEREMBAN, Wed. - An abandoned project comprising a new town centre and tourist 
    site, located on a 100-hectare reclaimed land in Port Dickson, will be revived. 
    Menteri Besar Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad said today that Port Dickson Development 
    Sdn Bhd, a subsidiary of Safuan Group, had agreed to develop the area.
 | 
  
    | 
    7 projek perumahan 
    dipulihkan 19/04/1994 BH
 KOTA KINABALU, Isnin - Kerajaan negeri sedang memulih dan menyiapkan tujuh daripada 
    28 projek perumahan yang dikenal pasti terbengkalai di negeri ini. Timbalan 
    Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee berkata, ketujuh-tujuh projek perumahan yang 
    akan dipulihkan itu mengandungi 1,091 unit rumah membabitkan perbelanjaan RM84 
    juta.
 | 
  
    | 
    30 projek rumah 
    murah terbengkalai 20/04/1994
    BH
 JOHOR BAHRU, Selasa - Lebih 30 projek perumahan kos rendah di Johor gagal disiapkan 
    atau terbengkalai sejak beberapa tahun lalu berikutan tindakan pemaju yang tidak 
    bertanggungjawab atau bermasalah. Pengerusi Persatuan Pembeli Rumah Daerah Johor 
    Bahru, Ng Ching Sea, berkata kejadian itu tidak akan berlaku jika kerajaan lebih 
    tegas serta mengawasi kegiatan pemaju terbabit.
 | 
  
    | 
    28 abandoned Sabah 
    housing projects saved 20/04/1994
    NST
 KOTA KINABALU, Tues. - The State Government has revived and completed seven 
    of 28 abandoned housing projects in Sabah, Deputy Chief Minister Datuk Yong 
    Teck Lee said. The seven housing projects comprised 1,091 houses, valued at 
    RM84 million.
 | 
  
    | 
    Sunrise Park is 
    not by Sunrise Bhd 21/04/1994
    NST-CITYX
 SUNRISE Park in Jalan Merdeka, Ampang, one of the five abandoned housing projects 
    revived in Ampang Jaya recently, is not associated with property developer Sunrise 
    Bhd. In a statement, Sunrise Bhd executive chairman Datuk Alan Tong Kok Mau 
    said he wished to avoid any confusion by reiterating that Sunrise Park was not 
    developed by the company.
 | 
  
    | 
    Twin-City project 
    revived 22/04/1994 BT
 THE Perak State Development Corporation (PSDC) has appointed a company to revive 
    the RM40 million Twin-City project in Ipoh which was abandoned a decade ago. 
    Perak Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib said yesterday the company was 
    awarded the project over several others at the PSDC board of directors' meeting 
    yesterday. Work on the project near the State Secretariat in Jalan Sultan Abdul 
    Aziz will begin in June, he told reporters. Ramli, who is PSDC chairman, however, 
    did not name the company. The company will have to settle the outstanding debts 
    of Straits Four Holdings Sdn Bhd, which was awarded the project in 1984 but 
    abandoned it two years later after it ran into financial trouble. - Bernama
 | 
  
    | 
    Township project 
    to be revived after 10 years 22/04/1994
    NST
 IPOH, Thurs. - After being abandoned for almost 10 years due to the recession, 
    the controversial RM40 million Bandar Bercantum project on Jalan Raja Musa Aziz 
    will finally be revived and developed according to its original layout plan 
    by a local company. Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib, who is also the 
    Perak State Development Corporation (PSDC) executive chairman, said the PSDC 
    decided at its board meeting today to award the contract to the company.
 | 
  
    | 
    Kerajaan negeri 
    tiada kuasa pulih projek 23/04/1994 BH
 SEGAMAT, Jumaat - Kerajaan Johor tidak mempunyai kuasa untuk memulihkan kira-kira 
    100 projek perumahan swasta yang terbengkalai di negeri ini, sejak beberapa 
    tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk 
    Bahari Haron, berkata kerajaan negeri hanya boleh memberikan khidmat nasihat 
    kepada pemaju terbabit supaya mengusahakan semula projek itu hingga siap.
 | 
  
    | 
    Pembeli merungut
    28/04/1994 HM By Jamaludin Husin
 MUAR: Dua puluh empat pembeli rumah kos rendah yang terbengkalai di Taman Seri 
    Bahagia Tanjung Agas di sini, merungut kerana dikehendaki membayar khidmat guaman 
    yang tinggi. Jurucakap pembeli, Shamsiah Idris, mendakwa setiap pembeli dikenakan 
    bayaran di antara RM1,000 dan RM1,500 bagi membolehkan mereka menandatangi surat 
    hak milik di Pejabat Tanah dan Daerah.
 | 
  
    | 
    Pemaju gagal siap 
    rumah 28/04/1994  HM By Saari Sanif
 KLANG: Pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya, dekat sini kesal 
    dengan sikap pemaju perumahan itu yang gagal menyiapkan rumah mereka lebih dua 
    tahun lalu. Mereka juga risau apabila tiada tanda menunjukkan pemaju akan menyiapkan 
    kira-kira 460 rumah kos rendah dan sederhana di situ.
 | 
  
    | 
    End to five-year 
    wait 30/04/1994 MM
 TAMAN DAGANG housebuyers finally received their house keys yesterday - after 
    waiting for five long years. Buyers of the Phases 2A and III in Ampang of the 
    residential area were presented with the keys by Deputy Prime Minister Datuk 
    Seri Anwar Ibrahim.
 | 
  
    | 
    Menara Maju beri 
    jaminan siapkan rumah HM 05/05/1994
 KLANG: Koperasi Menara Maju memberi jaminan akan menyiapkan projek perumahan 
    Taman Menara Maju Shahbandar Raya di sini yang terbengkalai sejak dua tahun 
    lalu. Pengerusinya, V Govindaraj, berkata projek yang sudah dibina 80 peratus 
    itu akan diteruskan mulai minggu ini dan dijangka siap Julai ini.
 | 
  
    | 
    Keris Properties 
    baiki Taman Central 07/05/1994  BH By Azmi Md Deros
 KERIS Properties Sdn Bhd (Keris Properties) yang dipertanggungjawabkan oleh 
    Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi memulihkan Taman Central di Ipoh, 
    Perak, akan melabur kira-kira RM100 juta untuk berbuat demikian. Taman Central 
    yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Bercantum, terbengkalai sejak 10 tahun 
    lalu dan dijadualkan siap menjelang 1996 membabitkan dua fasa berasingan.
 | 
  
    | 
    184 pemaju rumah 
    gagal buka akaun 09/05/1994  BH By Ebi Azly Abdullah
 KUALA LUMPUR, Ahad - Seratus lapan puluh empat pemaju perumahan di seluruh negara 
    dikenal pasti gagal membuka Akaun Pemaju Perumahan (APP) sejak arahan mengenainya 
    dikuatkuasakan tiga tahun lalu. Berikutan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan 
    Tempatan, Datuk Dr Ting Chiew Peh, berkata kerajaan akan mendakwa mendakwa pemaju 
    terbabit tidak lama lagi setelah mereka diberikan waktu secukupnya untuk mematuhi 
    arahan itu.
 | 
  
    | 
    216 projek rumah 
    terbengkalai dipulih BH 11/05/1994
 KERAJAAN berjaya memulihkan 216 daripada 434 projek perumahan terbengkalai setakat 
    Disember tahun lalu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
    Osu Sukam. Menjawab soalan Senator Sri Sarasa Pasamanickam, beliau berkata 33 
    projek kini sedang peringkat pembinaan manakala 124 projek lain didapati tidak 
    sesuai dipulihkan kerana kekurangan pembeli.
 | 
  
    | 
    Tindakan pemaju 
    dikesali 16/05/1994 HM
 BANDAR PUSAT JENGKA: Kira-kira 500 pembeli rumah kos sederhana Taman Pusat Jengka 
    dekat sini, kesal dengan tindakan pemaju yang didakwa menghilangkan diri menyebabkan 
    pembinaan rumah berkenaan terbengkalai.
 | 
  
    | 
    Pemaju tabur janji 
    palsu 24/05/1994  HM By Saari Sanif
 KLANG: Pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya di sini kesal dengan 
    sikap pemaju terbabit yang masih gagal menyiapkan rumah mereka walaupun sudah 
    berjanji berbuat demikian, akhir Julai ini. Pemaju taman perumahan itu berjanji 
    menyiapkan projek perumahan itu pada 5 Mei lalu melalui akhbar ini, tetapi sehingga 
    sekarang masih belum memulakan kerja membaiki dan menyiapkan projek yang terbengkalai 
    sejak lima tahun lalu.
 | 
  
    | 
    Pemaju gagal siapkan 
    projek 27/05/1994 HM
 MUAR: Seramai 34 pembeli rumah kos rendah di sebuah projek perumahan swasta 
    di pekan Pagoh dekat sini kecewa dengan sikap pemaju yang gagal menyiapkan mengikut 
    jadual. Mereka yang sepatutnya menduduki rumah berkenaan tahun lalu kini terpaksa 
    tinggal di rumah sewa manakala yang lain menumpang di rumah orang tua atau keluarga.
 | 
  
    | 
    MPAJ sudah beri 
    CF Mac lalu 31/05/1994 BH
 KUALA LUMPUR, Isnin - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah memberi Sijil 
    Layak Menduduki (CF) sementara bermula 31 Mac lalu kepada projek Perumahan Sunrise 
    Park yang terbengkalai sejak 1986. Ahli Parlimen Ampang, Ong Tee Kiat berkata, 
    CF sementara itu untuk tempoh selama enam bulan berakhir sehingga 30 September 
    depan.
 | 
  
    | 
    Empat syarikat 
    minat majukan Seri Iskandar 01/06/1994
    BH
 EMPAT syarikat yang disenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berminat memajukan 
    Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Tengah yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu. 
    Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata syarikat terbabit sudahpun 
    mengemukakan permohonan untuk membangunkan kawasan seluas 1,214 hektar di bandar 
    itu.
 | 
  
    | 
    Perak to revive 
    several abandoned projects 08/06/1994 BT
 SEVERAL viable major development projects abandoned in Perak due to recession 
    in the 1980s will be relaunched, Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib said 
    in Ipoh yesterday. Among the projects are the Greentown new township which includes 
    development of shopping complexes and hotels. The multi-million-ringgit project 
    was abandoned when the developer, Pan Global Sdn Bhd, ran into financial difficulties.
 | 
  
    | 
    Pembeli kecewa 
    rumah tak siap 09/06/1994  HM By Jamaludin Husin
 PAGOH: Seramai 34 pembeli rumah kos rendah di pekan ini kecewa dengan sikap 
    pemaju swasta kerana gagal menyiapkan pembinaan projek perumahan mengikut jadual. 
    Projek perumahan pelbagai jenis itu dimulakan awal 1990 dan dijadual siap sebelum 
    akhir 1992 lalu, tetapi sehingga kini masih terbengkalai.
 | 
  
    | 
    Penduduk bimbang 
    wujud kegiatan negatif 09/06/1994 HM
 PENDUDUK pekan Pagoh bimbang kerana beberapa rumah kos rendah di projek terbengkalai 
    di pekan itu dijadikan tempat belia berkumpul pada waktu petang dan malam. Mereka 
    bimbang belia terbabit menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat melakukan kegiatan 
    tidak dingini, termasuk menghisap dadah.
 | 
  
    | 
    Cadang ambil tindakan 
    undang-undang 09/06/1994 HM
 BEBERAPA pembeli rumah kos rendah di projek terbengkalai di pekan Pagoh bercadang 
    mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju projek berkenaan kerana gagal 
    menyiapkan rumah mengikut jadual. Mereka sudah berunding dengan peguam masing-masing 
    bagi menentukan saluran undang-undang untuk mendakwa pemaju serta menuntut ganti 
    rugi berdasarkan perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 1990.
 | 
  
    | 
    Projek terbengkalai: 
    MDKKU rugi 13/06/1994
    BH
 KUALA KRAI, Ahad - Majlis Daerah Kuala Krai Utara (MDKKU) menanggung kerugian 
    besar berikutan terbengkalainya kerja pembinaan projek perumahan serta kemudahan 
    asas di Bandar Baru Taman Sri Guchil, di sini, sejak tujuh tahun lalu. Banyak 
    tapak perumahan yang disediakan di bandar baru itu masih kosong, manakala pasar 
    yang mengandungi kira-kira 180 gerai banyak mengalami keretakan dan bocor serta 
    sekitarnya terbiar ditumbuhi semak samun.
 | 
  
    | 
    Auction shock
    13/06/1994 MM
 SEVENTY-FIVE buyers of the abandoned Taman Alam Jaya commercial centre project 
    in Cheras are in the process of losing their property after they found out that 
    their units are to be auctioned off. The 75 buyers, who bought their property 
    in 1986, were shocked to find out that several finance companies were auctioning 
    off their 30 units of shop lots, apartments and offices.
 | 
  
    | 
    Projek perumahan 
    terbengkalai boleh dipulihkan 06/07/1994 HM
 KLANG: Pembeli rumah Taman Menara Maju, Shahbandar Raya di sini yakin projek 
    perumahan yang terbengkalai itu boleh dipulihkan jika Kementerian Tanah dan 
    Pembangunan Koperasi serta institusi kewangan sanggup bekerjasama. Pengerusi 
    jawatankuasa bertindak pembeli rumah taman itu, Jamallullail Sulaiman, mendakwa 
    projek itu terbengkalai semata-mata kerana kelemahan pihak pengurusan pemaju, 
    iaitu Koperasi Menara Maju.
 | 
  
    | 
    1,350 penghuni 
    minta dikeluarkan CF 19/07/1994
    BH
 JOHOR BAHRU, Isnin - Lebih 1,350 penghuni Taman Dewan Jaya di sini mahu pihak 
    berkuasa tempatan segera mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk rumah 
    mereka yang sudah disiapkan sendiri, sejak beberapa tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa 
    Bertindak Pembeli Rumah Taman Dewan Jaya, Saadon Mohd Rais, berkata semua penghuni 
    terbabit terpaksa menyiapkan rumah sendiri berikutan dibiarkan terbengkalai 
    oleh pemaju.
 | 
  
    | 
    Pembeli rumah bawa 
    kes ke mahkamah 26/07/1994
    BH
 SUBANG, Isnin - Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Taman Setia Warisan, di 
    sini, akan membawa kes rumah mereka yang terbengkalai sejak 1989 ke mahkamah. 
    Pengerusi jawatakuasa itu, Masri Suramin, 46, berkata pembeli mempunyai hak 
    berbuat demikian seperti tercatat di dalam borang perjanjian.
 | 
  
    | 
    Pensioner pleads 
    for help to lower loan repayment 01/08/1994 
    NST By K.K.N.
 I APPLIED for a housing loan from the Government in 1985 when I was still teaching. 
    The amount was RM85,000 and together with mortgage insurance, it amounted to 
    RM103,000. The HLD paid out RM49,360 to the developer as progress payment and 
    RM18,567 to the MNI for insurance coverage. Unfortunately, the housing project 
    was abandoned and to date it still remains so.
 | 
  
    | 
    Liquidator told 
    to hold meeting of creditors 02/08/1994
    NST
 IPOH, Mon. - The High Court has ordered the provisional liquidator of Straits 
    Four Holdings Sdn Bhd, which had orginally undertaken the development of Bandar 
    Bercantum commercial centre, to hold a general meeting of the creditors at the 
    Official Receivers' Office at 10am on Sept 9. The provisional liquidator is 
    also to submit a report as to the conduct of the liquidation of Straits Four 
    Holdings to date and the steps taken with regard to the transfer or vesting 
    of the assets of the company into his hands to protect the interests of the 
    creditors.
 | 
  
    | 
    Be patient, housebuyers 
    told 03/08/1994 MM By Kamarulzaman Salleh
 TAMAN PELANGI housebuyers in Sikamat, Seremban, have been urged to be patient 
    as work to revive the once abandoned project is progressing smoothly. The developer, 
    Mow Seng Housing and Land Development Sdn Bhd, said the project is 65 per cent 
    complete with all houses already built.
 | 
  
    | 
    Projek terbengkalai 
    sarang penagih 06/08/1994 HM
 MAJLIS Daerah Batu Pahat Timur (MDBPT) perlu bertindak terhadap pemaju yang 
    tidak menyiapkan empat blok bangunan rumah di kawasan perumahan Taman Desa, 
    Yong Peng. Ketua kampung kawasan Temehel, Kamari Tokiman, berkata projek yang 
    terbiar itu kini menjadi sarang penagih dadah dan persembunyian pendatang tanpa 
    izin yang bekerja di kawasan berhampiran.
 | 
  
    | 
    20 keluarga pindah
    06/08/1994 HM By Noor Sham Saleh
 PETALING JAYA: Jumlah keluarga yang menduduki rumah pangsa di PJS 8/4, Bandar 
    Sunway di sini, meningkat daripada satu keluarga dua bulan lalu kepada 20 keluarga 
    walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum dikeluarkan. Rumah pangsa lima tingkat 
    milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu yang siap empat tahun lalu 
    terbiar begitu saja kerana pembinaannya tidak mengikut pelan ditetapkan dan 
    menyukarkan pemberian CF.
 | 
  
    | 
    Pembeli lega pemaju 
    siapkan rumah18/08/1994 
    BH
 KUALA LUMPUR, Rabu - Lebih 200 pembeli rumah di Taman Setia Warisan dekat Kampung 
    Melayu Subang, lega berikutan jaminan pemaju untuk menyiapkan projek itu selewat-lewatnya 
    akhir tahun ini selepas terbengkalai sejak 1989. Pemaju terbabit, Sri Rambai 
    Sdn Bhd, membuat jaminan itu selepas mengadakan perbincangan dengan kontraktor 
    baru, Prime Development Sdn Bhd, baru-baru ini.
 | 
  
    | 
    Negri revives nine 
    housing projects 19/08/1994 NST
 SEREMBAN, Thurs. - The Negri Sembilan Government has successfully revived nine 
    abandoned housing projects comprising 1,063 units. Menteri Besar Tan Sri Mohamad 
    Isa Abdul Samad said efforts were being made to revive another 14 projects with 
    3,217 units.
 | 
  
    | 
    Pemaju diarah bersih 
    semak 24/08/1994  HM
 YONG PENG: Majlis Daerah Batu Pahat Timur (MDBPT) sedang menghubungi pemaju 
    projek Taman Desa di Jalan Yong Peng Labis di sini, supaya membersihkan semak-samun 
    di kawasan projeknya yang terbengkalai. Setiausahanya, Abdul Rashid Abd Rahman, 
    berkata jika pemaju enggan mematuhi arahan dalam tempoh yang ditetapkan, MDBPT 
    akan membersihkannya tetapi kosnya mesti ditanggung oleh pemaju terbabit.
 | 
  
    | 
    228 projek rumah 
    dipulihkan 29/08/1994  BH By Ebi Azly Abdullah
 KUALA LUMPUR, Ahad - Sejumlah 228 projek perumahan terbengkalai membabitkan 
    41,823 unit rumah di seluruh negara, berjaya dipulihkan semula melalui bantuan 
    kerajaan dengan kos RM2.3 bilion, sejak lima tahun lalu. Menteri Perumahan dan 
    Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew Peh, berkata ini bermakna 30,489 pembeli 
    mendapat manfaat daripada projek pemuliharaan yang dimulakan pada 1989 itu.
 | 
  
    | 
    RM2.3bn housing 
    projects revived 29/08/1994 BT By Hamisah Hamid
 ABANDONED private housing projects valued at RM2.28 billion have been rehabilitated 
    over the last five years, Housing and Local Government Minister Datuk Dr Ting 
    Chew Peh said yesterday. This significantly reduced the number of abandoned 
    housing projects to 90, which are in the process of being rehabilitated. As 
    at the end of June this year, 228 of the 442 abandoned housing projects identified 
    as at June 1989 have been rehabilitated while 124 projects have been written 
    off.
 | 
  
    | 
    60 projek rumah 
    belum siap 29/08/1994 HM
 KUALA TERENGGANU: Lebih 60 projek perumahan membabitkan lebih 1,000 unit rumah 
    kos sederhana dan mewah di seluruh negeri, terbengkalai dengan sebahagian besar 
    diusahakan oleh pemaju Bumiputera. Sebahagian besar projek itu terbengkalai 
    kerana tidak banyak pemaju Bumiputera yang mampu mengendalikan projek dengan 
    sempurna serta kewangan yang terbatas.
 | 
  
    | 
    RM384 juta untuk 
    pulih 98 projek 01/09/1994 BH  By Lichong Angkui
 KUALA LUMPUR, Rabu - Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) meluluskan 
    98 projek terbengkalai untuk dipulihkan membabitkan bantuan kewangan sebanyak 
    RM384.5 juta sehingga 31 Julai lalu. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 45 projek 
    ditolak manakala 52 projek lagi ditarik balik oleh kerajaan negeri atas beberapa 
    sebab tertentu, termasuk berjaya dipulihkan menerusi cara lain tanpa bantuan 
    TPPT.
 | 
  
    | 
    
    TPPT terima 269 permohonan pulihkan projek 05/09/1994 BH
 TABUNG Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) diperkenalkan oleh kerajaan dua 
    tahun lalu menerima 269 permohonan untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai 
    seluruh negara. Daripada jumlah itu, 266 permohonan dibincang dan 98 daripadanya 
    diluluskan, manakala 68 didapati tidak layak mendapat bantuan, 45 ditolak, tiga 
    ditangguhkan pertimbangan dan 52 permohonan ditarik balik oleh pemohon.
 | 
  
    | 
    RM53.9j untuk pulih 
    projek 13/09/1994 BH
 SEREMBAN, Isnin - Pinjaman sejumlah RM53.9 juta dikeluarkan melalui Tabung Projek 
    Perumahan Terbengkalai (TPPT) Bank Negara dan Tabung Pemulihan Usahawan (TPU), 
    untuk membantu memulihkan 20 projek perumahan terbengkalai di negeri ini. Menteri 
    Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata, setakat ini 10 projek perumahan 
    terbengkalai membabitkan 1,963 unit rumah kos rendah dapat dipulihkan, manakala 
    10 projek lain, iaitu 1,878 unit rumah kos rendah, dalam pelbagai peringkat 
    pembinaan.
 | 
  
    | 
    25 projek rumah 
    gagal 16/09/1994  HM By Rosli Abu Hasan
 KUALA KRAI: Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 25 projek perumahan yang 
    diusahakan oleh pihak swasta di negeri ini terbengkalai sejak beberapa tahun 
    lalu. Semua projek itu membabitkan lebih 1,000 unit rumah terutamanya membabitkan 
    kos rendah.
 | 
  
    | 
    Rumah belum siap
    27/09/1994 HM
 PENDUDUK Kampung Kuala Tahan Seberang meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan 
    rumah di Kampung Tersusun Kampung Padang yang terbengkalai sejak beberapa tahun 
    lalu.
 | 
  
    | 
    Projek rumah terbengkalai 
    tiga tahun 27/09/1994 BH
 TINGGAL ... sebahagian daripada projek perumahan Taman Pulai Baru, di Kampung 
    Kepayang (gambar) kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Ipoh terbengkalai 
    disebabkan pemajunya gagal menyiapkan projek itu. Ia terbengkalai sejak lebih 
    tiga tahun lalu kini ditumbuhi rumput dan semak samun.
 | 
  
    | 
    Pembeli rumah, 
    pamaju digesa berbincang 30/09/1994
    BH
 KAMPAR, Khamis - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Ting Chew 
    Peh mengarahkan pembeli rumah Taman Emas dekat sini berbincang dengan pemaju 
    perumahan terbabit untuk menyelesaikan masalah projek perumahan mereka yang 
    terbengkalai sejak 10 tahun lalu. Katanya, mereka juga mesti berbincang dengan 
    pihak bank yang menguruskan pinjaman perumahan berkenaan untuk mencari jalan 
    penyelesaian.
 | 
  
    | 
    400 penghuni kecewa 
    projek rumah terbengkalai 04/10/1994 HM
 KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 pembeli rumah pangsa kos sederhana Keramat Jaya 
    2, kesal kerana projek itu `terbengkalai' sejak lebih dua tahun lalu. Mereka 
    yang kebanyakannya setinggan di Jalan Kent 2, mendakwa projek itu sepatutnya 
    siap dua tahun lalu mengikut perjanjian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 
    (DBKL).
 | 
  
    | 
    1,069 rumah murah 
    terbengkalai di Kulai akan dipulih 06/10/1994
    BH
 JOHOR BAHRU, Rabu - Kerajaan akan memulihkan 1,069 unit rumah kos rendah di 
    Kulai, dekat sini yang terbengkalai pembinaannya serta menimbulkan pelbagai 
    masalah kepada pembeli terutama yang sudah membuat pembayaran. Pengerusi Jawatankuasa 
    Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Bahari Haron, berkata kerajaan 
    juga akan memulihkan 576 unit rumah di Taman Senai Jaya, Kulai dan 493 unit 
    di Taman Jelita, Senai.
 | 
  
    | 
    Flats buyers get 
    their dues 06/10/1994 MM
 THE 338 buyers of City Hall's Keramat Jaya 2 flats will be compensated for late 
    delivery. The amount covers from the date the sale and purchase agreement was 
    signed to the day vacant possession was handed over to buyers.
 | 
  
    | 
    Pemilik rumah piket
    19/10/1994 HM
 KLANG: Lebih 100 pembeli rumah di Taman Menara Maju, Shahbandar Raya dekat sini 
    berpiket, semalam mendesak pemaju menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai 
    sejak enam tahun lalu. Projek perumahan kos rendah dan sederhana mengandungi 
    484 unit itu, berharga di antara RM25,000 dan RM70,000 setiap satu, kebanyakan 
    sudah 80 peratus siap.
 | 
  
    | 
    Pemaju didakwa 
    tipu 201 pembeli rumah 15/11/1994
    BH
 TAWAU, Isnin - Sebuah syarikat pemaju perumahan yang berpejabat di sini didakwa 
    menipu 201 pembeli rumah membabitkan pemilik tanah di kawasan perumahan Taman 
    Bintang Kilometer 6.4 Jalan Sin Onn dekat sini. Seramai 31 pembeli berkumpul 
    di hadapan pejabat syarikat pemborong pembangunan Leau King Doo di Jalan Bakau 
    sebagai membantah kecuaian pemaju terbabit melaksanakan projek perumahan berkenaan.
 | 
  
    | 
    Buyers to engage 
    a lawyer 15/11/1994 MM By Pauline Almeida
 MORE than 200 buyers of an abandoned project comprising flats and shophouses 
    in Taman Rampai, Ampang, have decided to engage a lawyer to handle their case. 
    This was the last resort since they have not heard or received satisfactory 
    replies from relevant parties despite writing to them.
 | 
  
    | 
    Selangor paling 
    banyak rumah terbengkalai 18/11/1994 BH
 SEBANYAK 90 projek perumahan masih terbengkalai sehingga 30 Jun lalu, kata Timbalan 
    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Dr Jeffrey Kitingan. 
    Perlis mempunyai empat projek terbengkalai, Kedah (enam), Pulau Pinang (sembilan), 
    Perak (11), Selangor (15), Wilayah Persekutuan (tiga), Negeri Sembilan (sembilan), 
    Melaka (dua), Johor (sembilan), Kelantan (enam), Terengganu (enam) dan Pahang 
    sebanyak 10 buah.
 | 
  
    | 
    Action to revive 
    housing project 24/11/1994 
    NST-CITYX By L.H. Lim
 EIGHTY-NINE buyers of houses in the abandoned housing project of Taman Pasir 
    Emas in Jalan Sungai Chua, Kajang, are relieved that Bank Negara has stepped 
    in to revive the project. The project, which started in 1987, was abandoned 
    midway following which the buyers formed an action committee to deal with the 
    developers to revive the project.
 | 
  
    | 
    Projek rumah kos 
    rendah: DBKL gagal tunai janji 29/11/1994 HM
 KUALA LUMPUR: Pembinaan projek rumah pangsa kos rendah dan sederhana di Keramat 
    Jaya di sini belum diteruskan walaupun pemajunya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 
    (DBKL) berjanji untuk mengatasi masalah itu dua tahun lalu. Keadaan itu membimbangkan 
    hampir 400 pembeli rumah itu yang menunggu lebih empat tahun lalu untuk memiliki 
    rumah berkenaan.
 | 
  
    | 
    400 pembeli kecewa
    02/12/1994 HM By Omar Azman
 MARAN: Lebih 400 pemohon rumah projek perumahan swasta di sini kesal kerana 
    rumah mereka gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Kebanyakan pemohon ialah 
    kakitangan kerajaan, sebilangan kecil kakitangan swasta dan guru.
 | 
  
    | 
    Empat projek terbengkalai
    02/12/1994 HM
 EMPAT projek perumahan swasta di sekitar bandar Maran di sini gagal disiapkan 
    oleh pemaju dalam tempoh ditetapkan. Projek itu ialah Taman Sri Teladas, Taman 
    Sri Desa TSD berhampiran Kampung New Zealand, Taman Wahida dekat Kampung Bintang 
    dan Taman Muda Jaya tidak jauh dari Felda Bukit Tajau.
 | 
  
    | 
    Pembeli kena tipu
    07/12/1994  HM By Razali Zakaria; Norliza Abdullah
 KUALA LUMPUR: Pihak tertentu yang mendakwa sebagai pegawai dari Pejabat Setiausaha 
    Kerajaan Negeri Selangor dipercayai terbabit menipu hampir 30 pembeli apabila 
    menawarkan rumah kos rendah yang terbengkalai kepada orang ramai. Pihak terbabit 
    juga dikatakan meminta pembeli membayar wang pendahuluan di antara RM500 dan 
    RM2,000 tanpa memberi resit untuk memiliki rumah yang terbengkalai sejak lapan 
    tahun lalu di Batu Arang dekat Rawang.
 | 
  
    | 
    Pembeli dah putus 
    harapan 08/12/1994 HM
 PROJEK pembinaan 262 rumah murah di Batu Arang 2, di sini, yang terbengkalai 
    sejak lapan tahun lalu menyebabkan pembelinya sudah putus harapan untuk memiliki 
    rumah sendiri. Sejak projek itu dibangunkan hingga sekarang sudah tiga kontraktor 
    dilantik untuk mengendalikannya.
 | 
  
    | 
    Project revived
    08/12/1994 MM By Mimi Syed Yusof
 SAFUAN PLAZA, the once abandoned project of the early 80s, is being revived 
    by its developer, Safuan Plaza Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of the Safuan 
    Group of Companies. With a total retail area of 7,000 square metres and located 
    in the heart of the Chow Kit area, the building comprises a hotel, nine-storey 
    shopping podium and a 25-storey tower.
 | 
  
    | 
    Abandoned project 
    completed 13/12/1994 MM
 THE delayed Taman Angksa Mas low-cost housing project has been completed and 
    is awaiting the certificate of fitness (CF) from the Seremban Municipal Council. 
    The project, which started nine years ago, was abandoned three years ago by 
    the developer, Kemajuan Perumahan Serenggam Sdn Bhd.
 | 
  
    | 
    90 projek rumah 
    gagal disiapkan 29/12/1994
    BH
 SEBANYAK 90 projek perumahan masih terbengkalai membabitkan kewangan bernilai 
    kira-kira RM920 juta, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
    Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
 | 
  
    | 
    Bank Negara ambil 
    alih Taman Rampai 29/12/1994 HM
 AMPANG JAYA: Projek pemulihan Taman Rampai di sini yang terbengkalai sejak hampir 
    10 tahun lalu akan diambil alih oleh Bank Negara tahun depan bagi memastikan 
    ia tidak terus terbiar. Projek yang membabitkan 240 unit rumah pangsa kos rendah 
    dan lapan unit rumah kedai itu akan dilaksanakan melalui Tabung Pemulihan Projek 
    Terbengkalai (TPPT) dengan mewujudkan TPPT Sdn Bhd.
 | 
  
    |  |