| Pemaju tak siap rumah09/02/2007 Harian Metro Oleh Noor Jaafar
   300 pembeli kena bayar sewa, 
    faedah pinjaman   Kuala Lumpur: Lebih 300 pembeli 
    flet kos rendah Taman Seri Pelangi, Sentul, di sini mengeluh keran pemaju 
    perumahan itu gagal menyiapkan projek sejak 2002 menyebabkan mereka kerugian  
    dan kini terpaksa mendiami rumah sewa serta bayaran faedah pinjaman bank.   Berikutan itu, mereka meminta 
    Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan 
    Tempatan mengambil tindakan pemaju terbabit.   Semalam, Jawatankuasa Bertindak 
    kepada pembeli mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pengawasan dan 
    Penguatkuasaan Kementerian berkenaan, Dr. G Parameswaran dan pihak pemaju 
    berkenaan bagi menyelesaikan rungutan pembeli.   Selain 316 unit rumah di flet 
    setinggi 16 tingkat, pemaju melaksanakan projek rumah teres dua tingkat dan 
    rumah kedai di kawasan itu.   Dr Parameswaran berkata, hasil 
    perbincangan itu, pemaju memberi jaminan untuk meneruskan projek itu mulai. 
    Mei ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2008.   "Sehubungan itu, Bahagian 
    Pengawasan dan Penguatkuasaan akan memantau dan memastikan projek itu 
    disiapkan seperti dijanjikan kerana kes dianggap berprofil tinggi kerana 
    membabitkan ramai pembeli daripada golongan berpendapatan rendah," katanya.   Beliau juga memberi jaminan 
    kementerian akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyenarai hitam pemaju 
    berkenaan jika mereka gagal menyiapkan projek itu mengikut tempoh.   Katanya, buat masa sekarang 
    pemaju akan menyiapkan rumah kedai dan wang hasil jumlah itu akan digunakan 
    untuk menyiapkan pembinaan rumah flet kos rendah berkenaan. |