| Risau kondominium terbengkalai 06/11/2007 Kosmo Oleh Aishah Amin   Penduduk takut kren yang 
    ditinggalkan jatuh hempap rumah   Kuala Lumpur: Entah apa silapnya, 
    projek sebuah kondominium 14 tingkat berhampiran Taman Desa, di sini dibiar 
    terbengkalai sejak lebih 13 tahun lalu.   Dari luaran, bangunan itu 
    kelihatan hampir siap dengan kokasi strategik terletak berhamprian pusat 
    bandar raya.   Persoalan yang timbul, mengapa 
    projek itu dibiarkan terbengkalai begitu lama sehingga menimbulkan tanda 
    tanya penduduk berhampiran?   Apa yang lebih membimbangkan 
    penduduk berhampiran iaitu di Flat Seri Lempah ialah sebuah kren yang 
    digunakan untuk projek itu tidak dialihkan sejak ia terbengkalai hingga kini.   Mereka bimbang jika satu hari 
    kren itu reput lalu menghempap rumah mereka yang terletak kuran 100 meter 
    daripada bangunan tersebut.   Seorang penduduk, Pang Mei Ling, 
    60, berharap agar perkara itu diambil serius oleh pihak terbabit kerana ia 
    melibatkan nyawa.   "Kalau boleh dialihkan kren itu, 
    saya amat berbesar hati supaya mereka berbuat demikian sebelum sesuatu buruk 
    berlaku," katanya.   Menurutnya, selain kren itu yang 
    meresahkan mereka, sejak beberapa tahun lalu banyak alat-alat seperti besi, 
    kabel, elektrik dan paip PVC di dalam bangunan tersebut dicuri.   Katanya, berkemungkinan juga 
    kondominium yang ditinggalkan itu menjadi 'rumah eksklusif' penagih dadah.   Tinjauan Kosmo! mendapati 
    sekeliling bangunan itu sudah dipenuhi semak, selain bangunan yang sudah 
    kusam.   Seorang peniaga yang hanya 
    dikenali sebagai Kee, 52, berkata, projek itu sudah berapa kali cuba 
    dipulihkan oleh beberapa pemaju, namum masih gagal disiapkan.   "Tanah dan pemandangan dari kondo 
    itu sudah cukup baik, mengapa ditinggalkan oleh lebih daripada dua pemaju?" 
    soalnya.   Difahamkan, semasa kondominium 
    itu dibangunkan, pemaju menawarkan pegangan milik bebas dan anggaran harga 
    bagi seunit rumah adalah RM200,000. |