| Pembeli kecewa rumah belum 
    siap  30/01/2007 Berita Harian
 
 SAYA antara puluhan pembeli projek perumahan Taman Seri Marina Fasa 1, Jalan 
    Kuala Kedah, Alor Setar yang membeli rumah itu pada 1999. Projek perumahan 
    ini dilancarkan bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan 
    Negeri Kubang Rotan.
 
 Pemaju perumahan ini berpangkalan di Sungai Petani, Kedah. Pada peringkat 
    awal projek ini tidak menghadapi masalah, tetapi tidak berapa lama pemaju 
    membangunkan projek itu diisytihar muflis menyebabkan kerja pembinaan tidak 
    dapat diteruskan.
 
 Namun, bagi pembeli bayaran kepada syarikat kewangan atau perbendaharaan 
    terpaksa dilakukan bersama dengan faedah.
 
 Kemudian pihak pembeli membentuk sebuah jawatankuasa bertindak dan 
    bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bagi mencari pemaju atau 
    kontraktor baru. Projek ini diteruskan kontraktor baru dengan perjanjian 
    tambahan.
 
 Pemaju baru berjanji menyiapkan rumah itu dalam tempoh dua tahun, namun 
    rumah belum boleh diduduki. Kepada Cake teruskan usaha jangan biarkan 
    pengguna dan ahli tertunggu-tunggu bila rumah boleh diduduki.
 
 PEMBELI MARINA 1,
 Ayer Hitam, Kedah.
 |