| Rumah Taman 
			Wawasan terbengkalai 4 tahun 27/09/2004
            Harian Metro
 
 SAYA membeli rumah di Taman Wawasan, Kulai, dengan harga RM50,000 
			pada awal 2001 lalu.
 Namun, rumah itu 
			sehingga ini terbengkalai kerana pemaju gagal
			menyiapkan mengikut perjanjian jual beli ditandatangani pembeli 
			sebelum ini. Bukan itu saja, pembeli juga tidak pernah 
			memaklumkan sebarang maklumat mengenai rumah berkenaan sekalipun 
			sebab kegagalan mereka menyiapkannya dalam jangka masa ditetapkan. Kami dibiarkan terus menunggu oleh pemaju itu 
			termasuk pihak peguam yang bertanggungjawab juga dilihat tidak mampu 
			berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Bayangkan, hampir empat tahun rumah itu dibina 
			tapi tidak siap lagi sedangkan wang pendahuluan dan bayaran peguam 
			sudah lama diselesaikan. Pinjaman kerajaan yang dibuat pembeli sudah 
			diluluskan dan pembayaran kepada pemaju, difahamkan berjalan lancar 
			pada setiap bulan. Saya memohon kepada pihak berkenaan supaya dapat 
			melakukan penyiasatan segera. Saya berharap, pihak berkuasa dapat membantu 
			menangani masalah kami ini termasuk menuntut ganti rugi atau 
			pampasan daripada pemaju disebabkan kegagalan mereka menyiapkan 
			rumah. Tolong jangan biarkan kami teraniaya, sedangkan 
			pemaju terbabit dengan mudah mengaut keuntungan besar. PEGANG PADA JANJI,Johor Bahru
 |