| Projek terbengkalai 20 tahun 
			selesai Berita Harian 17/9/2004
 
 SEREMBAN: Kerajaan negeri memberi jaminan masalah perumahan 
			terbengkalai
			hampir 20 tahun di Taman Marida Senawang, dekat sini, akan 
			diselesaikan
			secepat mungkin selepas memperoleh maklumat lengkap mengenainya.
 
			Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk 
			Woo
			Ah Lek, berkata masalah itu sememangnya dalam pengetahuan kerajaan 
			negeri
			dan sedang menunggu laporan daripada pihak Kementerian Perumahan dan
			Kerajaan Tempatan. "Masalah perumahan terbengkalai bukan saja membabitkan taman itu 
			saja
			malah beberapa kawasan lain di negeri ini turut mengalami masalah 
			yang
			sama. "Kita sedang berusaha untuk mengambil tindakan, bagaimanapun ini
			membabitkan beberapa masalah lain terutama berkaitan kedudukan tanah,
			pemaju dan pembeli. "Tambahan pula ada sesuatu projek perumahan itu terbengkalai terlalu
			lama," katanya. Beliau diminta mengulas mengenai rungutan penduduk Taman Marida 
			seperti
			yang disiarkan akhbar ini yang meminta kerajaan bertindak 
			membersihkan
			atau membaik pulih perumahan terbengkalai di situ yang dikhuatiri 
			boleh
			menyumbang kepada kejadian jenayah. Sementara itu, jurucakap Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri,
			berkata setakat ini terdapat 52 projek perumahan kediaman 
			membabitkan
			kira-kira 3,000 unit rumah terbengkalai di negeri ini. Menurut beliau, pihaknya sedang mengenal pasti kedudukan projek 
			terbabit
			dan permasalahan yang dihadapi untuk mengatasinya. "Usaha menyelesaikannya mungkin mengambil masa sedikit kerana 
			terdapat
			beberapa pemaju terbabit yang tidak dapat dikesan, selain 
			pengurusannya
			atau lembaga pengarah syarikat itu sudah bertukar ganti. "Kita sedang berusaha mengumpulkan maklumat lengkap semua projek
			terbabit, termasuk berpandukan aduan pembeli untuk mengatasinya," 
			katanya.  |