| Pemaju menghilang selepas kutip 
			bayaran 10 peratus  04/09/2004
			Berita Harian, Jamal Nasir Haron, Johor Bahru
 
 SEJAK akhir-akhir ini isu projek perumahan terbengkalai timbul 
			semula.
 Yang menjadi mangsa adalah pembeli yang berkehendakkan sebuah 
			kediaman
			yang agak selesa, terutama setelah dibuai dan disogokkan dengan 
			pelbagai
			promosi yang hebat oleh pemaju yang akhirnya terbukti ibarat `lintah
			darat'. Satu projek terbabit adalah di Bandar Bukit Bayu, Masai, Johor. 
			Projek
			perumahan ini diusahakan oleh sebuah yang beribu pejabat di Shah 
			Alam,
			Selangor. Saya seorang pembeli rumah yang terbengkalai itu setelah melunaskan 
			wang
			pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah pada 2 Mei 2001. Tempoh 
			yang
			dijanjikan siap ialah 24 bulan selepas tarikh perjanjian jual beli
			dimeterai. Sepatutnya rumah saya siap pada 2 Mei 2003. Banyak usaha telah saya
			lakukan bagi mendapatkan kembali wang pendahuluan itu termasuk 
			membuat
			aduan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tribunal 
			Tuntutan
			Pembeli Rumah dan di Pejabat Perumahan Negeri. Surat rayuan menuntut pemulangan wang pendahuluan juga dihantar ke
			pejabat pemaju, tetapi sehingga kini belum ada jawapan diterima. Kerja mereka ialah buka syarikat, buat promosi `macam nak gila' 
			dengan
			pelbagai tawaran istimewa, selepas itu berkempen memungut wang 
			pendahuluan
			10 peratus daripada pembeli dan apabila wang kutipan terkumpul 
			berjumlah
			berjuta-juta ringgit, mereka mulalah membuat persediaan mencari 
			jalan
			untuk `menghilangkan diri'. Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, Pejabat Perumahan Negeri 
			seolah-olah macam tidak mengambil kisah atau peka dengan nasib malang 
			pembeli. Aduan demi aduan dibuat menagih simpati dan pembelaan bagi 
			mendapatkan
			semula 10 peratus wang deposit pendahuluan harga rumah yang 
			dilesapkan
			pemaju. Sepatutnya, jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit berusaha 
			memainkan
			peranan yang lebih agresif sebelum memberi kelulusan seperti tegas 
			dalam
			segala hal termasuk memeriksa kedudukan kewangan pemaju, memantau 
			projek
			yang dilaksanakan supaya ia lancar sehingga kunci rumah diserahkan 
			kepada
			pembeli |