| 
	
		
			| Pemaju 'goyah' projek terbengkalai 
            Utusan Malaysia 15/9/2004
 
 KUALA LUMPUR 14 Sept - Pemaju menghadapi masalah sumber kewangan 
			selain pengurusan
			lemah menjadi punca 25,485 unit rumah di Selangor terbengkalai.
Pelbagai usaha 
			dilakukan untuk memulihkan projek dengan mencari pemaju lain, atau 
			menyerahkan projek kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 
			atau agensi kerajaan lain yang berkaitan.Pengerusi 
			Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Setinggan, Datuk Mohd. Mokhtar 
			Ahmad Dahlan
			berkata, ia melibatkan sebanyak 36 projek dengan nilai RM1.8 bilion.
 Beliau berkata, lebih malang, sebanyak 10,492 unit rumah yang 
			terbengkalai itu adalah rumah
			kos rendah.
 
 "Masalah berlaku apabila pemaju tidak ada wang dan kerajaan pula 
			terpaksa mencari jalan
			menanganinya daripada semasa ke semasa," katanya kepada Utusan 
			Malaysia di sini.
Beliau berkata, setakat ini hanya tiga projek terbengkalai telah 
			diambil alih oleh pemaju lain
			bagi dipulihkan.
 Menurut beliau, ia bernilai RM39.67 juta atau melibatkan sebanyak 
			792 unit.
 
 Bagaimanapun, katanya, bagi sesetengah projek terbengkalai, ia tidak 
			sesuai bagi dipulihkan
			atas beberapa sebab tertentu.
 
 "Ia termasuk masalah teknikal dan halangan dari aspek perundangan," 
			katanya.
 
 Menurutnya, kerajaan negeri juga mendapati dua projek perumahan 
			terbengkalai bernilai
			RM103.08 juta tidak lagi sesuai dipulihkan melibatkan 821 unit dan 
			99 pembeli.
 
 Menurut beliau, bagi projek seperti itu, kerajaan negeri akan 
			bekerjasama dengan SPNB
			bagi menyelesaikannya.
 |  
			|  |  |