| Nasib pembeli rumah terbengkalai 
			gelap pemaju menghilang diri  01/09/2004
			UTUSAN MALAYSIA
 
			SAYA terpanggil untuk menulis mengenai masalah rumah terbengkalai
			yang sedang rancak diperbincangkan. Saya selaku Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Projek Taman Sejahtera,
			Teluk Air Tawar, Seberang Perai
			Utara mewakili ratusan pembeli Melayu telah menderita kerana masalah
			tersebut sejak tahun 1997. Pembeli dan pemaju telah menandatangani perjanjian pada tahun 1996
			tetapi malangnya sehingga tahun
			1998, hanya rumah setingkat sahaja yang telah siap 50 peratus, 
			manakala
			rumah dua tingkat dan rumah pangsa cuma kelihatan tapak sahaja. 
			Pemaju telah diberi peluang lebih daripada lapan kali untuk 
			berbincang
			dengan pembeli, Bahagian Perumahan negeri Pulau Pinang serta 
			Kementerian
			Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun pemaju masih mengatakan ia
			mampu mencari jalan penyelesaian.
 Ditutup
 
 Akhir tahun 1998, pemaju pula telah menghilangkan diri dan pejabat
			mereka di Perai ditutup.
 Pihak pembeli sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan 
			masalah
			tersebut. Di samping ini ratusan
			surat telah dihantar kepada pihak tertentu. Tidak cukup itu diadakan 
			pula
			perbincangan dengan pelbagai pihak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 
			Pada masa yang sama, pemaju tidak membayar batik pinjaman bank di 
			atas
			gadaian dan pihak bank telah
			mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju mengakibatkan 
			penggulungan
			syarikat pemaju dan seterusnya menghadapi proses lelongan. 
			Nasib pembeli projek Taman Sejahtera menjadi gelap jika dibandingkan 
			dengan
			projek lain yang terbengkalai tetapi masih mempunyai pemaju untuk 
			berunding
			dan berbicara. Tambahan pula pinjaman bank terpaksa dijelaskan setiap bulan di 
			samping
			membayar sewa rumah. Kami merayu kepada mereka yang mempunyai pengaruh dan kuasa membantu
			menyelesaikan masalah ini agar dapat menghindari proses lelongan 
			demi menjamin
			nasib pembeli Melayu terdiri daripada penduduk tempatan 
			berpendapatan
			sederhana dan rendah.Kepada pemaju yang berminat, mereka boleh menghubungi AJK Badan 
			Bertindak
			untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kaji selidik awal 
			tentang latar
			belakang projek berkenaan.
 INSAN PRIHATIN, Seberang Perai Utara, 
			Pulau Pinang.
     |