| Gaji potong ,rumah terbiar 09/09/2004
    HARIAN METRO
 PADA 14 Jun 2001, saya menandatangani perjanjian beli rumah 
    di Taman Sri Lambak/T6 Fasa 4 dengan deposit RM12,000 dan rumah itu dijangka 
    siap dua tahun. Namun, sehingga kini rumah yang dijanjikan terbengkalai sedangkan 
    gaji sudah dipotong untuk membayar ansuran mulai September tahun lalu. Apa yang menyedihkan pemaju tidak mengambil sebarang tindakan 
    bagi menyudahkan projek itu. Yang dapat dilihat hanya semak-samun tumbuh mengelilingi 
    rumah-rumah di situ. Oleh itu, saya harap pihak berkenaan terutama wakil rakyat 
    turun padang untuk menyelesaikan perkara ini kerana kebanyakan pembeli adalah 
    kakitangan kerajaan termasuk guru. Saya dah penat merempat dengan berpindah dari rumah sewa 
    ke rumah sewa yang lain, di samping terpaksa menanggung kos menyewa rumah dan 
    bayaran ansuran kepada bank. Gaji seorang guru bukannya besar sangat, cukup untuk bayar 
    keperluan. Saya juga takut kerjaya sebagai pendidik akan terjejas kerana 
    memikirkan masalah ini. CIKGU MALANGKluang, Johor
 |