| 52 projek rumah 
      terbengkalai di NS 26/08/2004 UTUSAN MALAYSIA
 SEREMBAN 25 Ogos – Sebanyak 52 projek perumahan membabitkan lebih 3,000 
      unit rumah terbengkalai di seluruh negeri ini dan ada yang lebih 20 tahun. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk 
      Woo Ah Lek berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah 
      projek perumahan terbengkalai tersebut dengan kerjasama Syarikat Perumahan 
      Negara Berhad (SPNB). Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menghadapi beberapa masalah dan perlu 
      mengadakan kajian terperinci sebelum me-ngambil alih kesemua projek perumahan 
      terbengkalai terbabit. Katanya, proses untuk mengambil alih projek perumahan terbengkalai itu 
      memakan masa yang panjang kerana terpaksa mengikuti beberapa prosedur. "Sebelum sesuatu projek perumahan diambil alih oleh kerajaan negeri atau 
      SPNB, kita perlu mengikuti beberapa proses seperti mengesan semua pemilik 
      rumah terbabit yang tinggal di merata-rata tempat. "Selain itu kita juga perlu menyemak semula semua baki bayaran yang telah 
      dibuat oleh pemilik-pemilik rumah terbabit dan pihak pemaju yang baru perlu 
      menjalankan kajian mengenai kawasan berkenaan sebelum proses pengambilalihan 
      dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 Kajian terperinci
 
 Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan kes seorang pembeli rumah di Lembah 
      Beringin, Norhiza Jaffar, 38, mengadu rumahnya terbengkalai sejak tujuh 
      tahun lalu.
 Dalam ruangan Forum hari ini pula, pembeli rumah Taman Bayu daripada 
      pemaju Tegoh Timber and Properties Sdn. Bhd. di Selangor juga terbengkalai 
      tetapi lebih 14 tahun. Ah Lek berkata, sehingga kini pihaknya telah menyelesaikan satu projek 
      perumahan terbengkalai dan dalam proses untuk mengambil alih beberapa lagi 
      projek tersebut. "Kita telah mengadakan beberapa per-bincangan dengan SPNB untuk mengambil 
      alih semua projek terbabit bagaimanapun ia memakan sedikit masa. Satu lagi projek perumahan Taman Pelangi melibatkan fasa pertama 
      dan kedua telah diambil alih oleh SPNB dan hanya menunggu persetujuan daripada 
      pihak pemaju," katanya. Tambahnya, para pemilik rumah tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang 
      menjalankan kajian yang terperinci, mengenai masalah itu untuk diselesaikan. |