| Pemaju lesap, pembeli rumah tertipu 
			 07/05/2004 UTUSAN 
            MALAYSIA 
 SEKUMPULAN pembeli di projek perumahan Teluk Gadong, Kampung Delek, 
			Klang merasa tertipu dan teraniaya apabila rumah teres yang mereka 
			beli sejak 1999 terbengkalai sejak tahun lalu.
 
			Lebih menyedihkan mereka, syarikat pemaju terbabit yang berpejabat 
			di Shah Alam telah ditutup dan sehingga kini masih gagal 
			mengembalikan wang pendahuluan yang telah dibayar oleh 121 pembeli 
			berjumlah RM1.3 juta. Tinjauan Utusan Malaysia ke tapak projek itu mendapati, bumbung 
			sederet rumah terbengkalai di kawasan itu pula telah dicuri, sekali 
			gus menambah lagi derita pembeli terlibat. Seorang pembeli, Shariff Baharom, 61, berkata, dia telah membayar 
			wang pendahuluan rumah yang banyak sejak projek itu bermula empat 
			tahuri lalu. Jelasnya, ini kerana dia seperti juga pembeli lain, amat tertarik 
			dengan tawaran pihak pemaju yang menjual rumah teres berkeluasan 20 
			x 60 kaki pada harga antara RM48,000 hingga RM68,000 sahaja. 
			Shariff telah membayar wang pendahaluan sebanyak RM48,000 secara 
			berperingat kepada pemaju untuk membeli sebuah rumah itu. 
			"Tetapi setelah empat tahun berlalu barulah saya sedar pemaju menipu 
			pembeli dan kini rumah yang menjadi impian kami, masih belum siap. 
			"Saya mewakili kira-kira 160 pembeli rumah projek ini meminta wakil 
			rakyat di kawasan ini supaya campur tangan kerana kami tidak tahu 
			lagi di mana hendak mengadu dan bagaimana caranya untuk menuntut 
			semula wang pendahuluan kami," katanya. 
			Seorang lagi pembeli, Siti Zubaidah Saat, 32, berkata, kegiatan 
			syarikat pemaju perumahan itu perlu didedahkan kepada umum bagi 
			mengelakkan lebih ramai pembeli rumah tertipu dengan projek 
			perumahan yang mereka tawarkan. Dia mendakwa, ini kerana individu yang terlibat dalam syarikat 
			pemaju perumahan itu telah menubuhkan syarikat lain dan menggunakan 
			taktik yang sama untuk meraih keuntungan segera dengan menawarkan 
			projek perumahan di tempat lain pula. "Walaupun nama mereka telah disenaraihitamkan tetapi saya dapati 
			mereka menggunakan nama orang lain dalam syarikat itu unttk menipu 
			lebih ramai orang. "Saya amat menyedari bahawa peluang untuk mendapatkan wang 
			pendahuluan saya amat tipis kerana mereka ini amat licik tetapi saya 
			berharap supaya orang lain tidak tertipu seperti saya," katanya. 
			Siti Zubaidah telah mengeluarkan wang simpanannya sendiri sebanyak 
			RM30,00O untuk membayar wang pendahuluan rumah itu.Seorang lagi mangsa, Saiful Nazri Saper berkata, dia telah membawa 
			masalah tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam usaha untuk 
			mendapatkan perintah mahkamah supaya pemaju terbabit membayar semula 
			wang pendahuluannya.
 Bagaimanapun, katanya, pihak syarikat enggan menghadirkan diri pada 
			pertemuan yang diaturkan dan dari situ dia menyedari bahawa pemaju 
			berkenaan memang sengaja berniat untuk menipu pembeli dan melesapkan 
			wang pendahuluan yang mereka peroleh. Hamziati Zainon, 32, memberitahu, syarikat pemaju berkenaan sanggup 
			melakukan apa sahaja bagi memperdaya pembeli termasuk memulakan 
			projek pembinaan bagi meyakinkan pembeli.  |