| 200 pembeli kesal pemaju ingkar 
			janji 18/05/2004
			BERITA HARIAN
 
 TAMPIN: Lebih 200 pembeli rumah di Bandar Tampin Utama, Kilometer 3, 
			Jalan
			Tampin-Gemas, dekat sini, kecewa kerana rumah yang dibeli sejak 
			empat
			tahun lalu, belum dapat didiami.
 Apa yang lebih mendukacitakan mereka adalah sikap pemaju yang 
			beberapa
			kali berjanji akan menyiapkan rumah itu, tetapi sehingga sekarang, 
			gagal
			menunaikan janji itu. Jurucakap pembeli, Rosli Omar, 48, berkata mereka membeli rumah itu
			daripada Talu Corporatian Sdn Bhd yang beribu pejabat di Suite 1506,
			Tingkat 15, Plaza See Hoy Chan, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 
			awal
			tahun 2000. "Dalam surat perjanjian jual beli, pemaju berjanji menyiap dan
			menyerahkan rumah pada akhir Mei 2002. "Nasib kami bagaimanapun malang kerana sehingga kini rumah itu masih
			terbengkalai.
			"Kami sudah banyak kali berjumpa wakil pemaju yang berpejabat di
			PS.1236, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Pulau Sebang, Alor Gajah.  "Pihak pemaju berulang kali berjanji nak siapkan rumah itu tapi 
			janji
			hanya tinggal janji saja.
			"Kami sudah tidak dapat sabar lagi... lagipun, sebahagian daripada
			pembeli yang membuat pinjaman kerajaan diberitahu semua wang 
			pinjaman
			sudah dibayar kepada pemaju, sedangkan rumah belum juga siap," 
			katanya. Rosli meminta pemaju supaya lebih bertanggungjawab dan memahami 
			susah
			payah pembeli kerana sebahagian besar pembeli adalah golongan
			berpendapatan sederhana. "Disebabkan perangai pemaju seperti ini, kami sekarang terpaksa 
			menyewa
			rumah lain sedangkan kerajaan atau bank sudah memotong gaji kami 
			sejak
			tiga tahun lalu," katanya. "Kami minta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau 
			pihak
			berkuasa yang bertanggung jawab dapat menjalankan siasatan serta 
			mengambil
			tindakan terhadap pemaju.  "Sebenarnya, kami sudah menghubungi peguam yang kami lantik ketika
			menanda tangani perjanjian jual beli tapi malangnya mereka tidak 
			dapat
			berbuat apa-apa," katanya. Rosli berkata, sebahagian pembeli sudah mengadakan perjumpaan 
			pertama
			baru-baru ini bagi membincangkan tindakan untuk diambil dan 
			perjumpaan
			kedua akan diadakan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Repah, 
			Datuk Gan
			Chin Yap, di Bangunan MCA Tampin, pada jam 8.45 malam, Jumaat ini. "Kita minta semua pembeli terbabit datang ke perjumpaan ini kerana 
			kita
			mahu bentuk jawatankuasa bertindak bagi menyelesaikan masalah ini,"
			katanya. |