| Kesal pemaju sambil lewa 
    Harian Metro 15/4/2004
 
 SAYA seorang daripada pembeli yang kecewa dengan sikap sambil lewa pemaju 
    Bandar Alam Perdana.
 Projek itu dilancarkan pada Jun 2000 tetapi sehingga kini hampir empat tahun, 
    tiada satu serahan hak milik berjaya dibuat pemaju.
 Alasan yang diberi pemaju, kontraktor utama menghadapi masalah pekerja 
    seolah-olah untuk melepaskan diri.
 Sikap tidak bertanggungjawab pemaju terserlah kerana tiada langkah diambil 
    untuk mempercepatkan kerja penyiapan rumah yang sudah dibeli sedangkan kami 
    terpaksa membayar pinjaman bank.
 Janji terbaru yang ditaburkan pada Disember 2003 kononnya pembeli akan 
    diberi serahan hak milik kosong pada April atau Mei 2004.
 Bagaimanapun jika dilihat kepada jumlah pekerja di tapak pembinaan, dapat 
    disimpulkan mungkin pihak pengurusan pemaju tidak pernah melawat kawasan 
    tapak pembinaan projeknya.
 Mana mungkin dengan jumlah pekerja yang begitu sedikit mampu untuk 
    menyiapkan projek dalam masa yang agak singkat.
 Kepada pemaju saya merayu buatlah sesuatu untuk kebaikan pembeli dan 
    syarikat anda juga.
 
 Kecewa, Sungai Buloh, Selangor |