| Pembeli perlu terima skim 
    penstrukturan Kosmo 20/11/2004
 KUALA LUMPUR - Selepas 10 tahun terbengkalai, pembeli rumah Bapdar Sentul 
    Utama di sini, dinasihat menerima cadangan skim penstrukturan semula projek 
    perumahan tersebut.
 Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look berkata, 
    tawaran itu sebagai satu penyelesaian 'menang-menang' bagi pembeli dan 
    pemaju baru projek itu, Paramount Venue Sdn. Bhd.
 lni kerana, pembeli akan dikenakan bayaran mengikut harga asal hartanah itu 
    manakala lebih, RM46 juta bayaran Kerosakan Kenalpasti Pembubaran (LAD) akan 
    dimansuhkan.
 Beliau yang juga Pengerusi MCA Bahagian Batu berkata, seramai 686 pembeli di 
    mana sesetengahnya telah membayar sehingga 60 peratus pinjaman perumahan, 
    hendaklah menerima skim ini untuk membolehkan projek itu dipulihkan semula 
    pada mesyuarat undian yang akan diadakan pada 28 November ini di Sekolah 
    Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
 "Pejabat kami di Jalan Sentul akan dibuka dari pukul lO pagi hingga pukul 6 
    petang mulai esok (hari ini) untuk melayan pertanyaan," katanya pada sidang 
    akhbar di sini, semalam.
 Teong Look berkata, mereka yang tidak dapat hadir boleh menghantar wakil 
    untuk mengundi dan borang mewakilkan hendaklah dihantar ke pejabat Ernst & 
    Young di Tingkat 4, Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala 
    Lumpur, tidak lewat 48 jam sebelum mesyuarat itu bermula.
 Katanya, pembeli telah menunggu hampir 10 tahun bagi rumah mereka disiapkan 
    dan mereka mungkin menunggu untuk berapa tahun lagi jika tidak menerima skim 
    ini.
 Kebanyakan pembeli telah menandatangani perjanjian jual beli pada 1993 
    dengan Sentul Murni Sdn. Bhd. bagi membeli projek itu yang membabitkan 960 
    unit kondominium harga sederhana dan 168 unit pejabat dan kedai setinggi 
    tiga dan lima tingkat.
 Pemaju sebelum ini gaga! menyerahkan kunci kepada mereka pada 1996 kerana 
    syarikat itu terjejas teruk akibat krisis kewangan menyebabkan sesetengah 
    fasa pembinaan projek itu hanya siap antara 20 dan 80 peratus.
 Bagi yang masih lagi kurang jelas dengan salinan kenyataan penjelasan (ES) 
    yang diedarkan sebulan lalu, mereka boleh datang ke pejabat MCA Bahagian 
    Batu atau hubungi 03-40451344 atau 03-40457641
 |