| Masalah Perdana Villa dijangka selesai 29/11/2004
			Utusan Malaysia
 
 KUALA LUMPUR 28 Nov. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tiada
			halangan untuk membenarkan syarikat Projek Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. 
			(Pertiwi
			Prestij), meneruskan projek pangsapuri Gombak Perdana Villa yang
			terbengkalai sejak empat tahun lalu jika ia diarahkan untuk berbuat 
			demikian
			oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
 Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 
			pihaknya
			sedia menerima apa saja arahan yang dikeluarkan oleh kementerian 
			sama ada
			mahukan pihaknya mengambil alih projek tersebut atau membenarkan 
			pemaju
			yang baru meneruskannya.
 
 "SPNB tiada masalah jika pemaju yang baru dilantik berminat untuk 
			meneruskan
			projek itu.
 
             "Yang penting kerajaan dapat memastikan hak rakyat iaitu pembeli 
			rumah tidak
			terjejas, justeru kita terima apa sahaja arahan kementerian dalam 
			isu ini," katanya
			ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan rayuan 
			para pembeli
			pangsapuri Gombak Perdana Villa supaya kerajaan rnengiktiraf Pertiwi 
			Prestij yang
			merupakan pemaju baru bagi mengambil alih projek berkenaan.
 Dalam pada itu, Ketua Unit Perhubungan Awam kementerian, Abdul Halim 
			Mohd
			Sharif berkata, pihaknya bercadang memanggil semua pihak yang 
			terlibat sebaik
			menerima laporan lengkap termasuk anggaran kos daripada pihak SPNB.
 
 "Kementerian dimaklumkan pada 24 November lalu, kajian terhadap 
			projek tersebut
			telah dibuat dan pihak SPNB masih dalam proses penyediaan laporan 
			lengkap dan
			anggaran kos bagi pemulihan projek tersebut," katanya.
 
 Sebaik menerima laporan tersebut, jelasnya, kementerian akan 
			memanggil semua
			pihak yang terlibat iaitu pemaju, tuan tanah, bank pembiaya, SPNB, 
			dan pihak
			berkaitan secepat mungkin ke satu mesyuarat yang akan dipengerusikan 
			oleh
			Timbalan Menteri, Datuk Azizah Datuk Mohd. Dun.
 
 "Ia bertujuan untuk mernbincangkan dan mencari jalan penyelesaian 
			terbaik untuk
			memulihkan projek terbengkalai itu," katanya.
 
 Tambahnya, perbincangan itu penting bagi pihak kementerian untuk 
			menimbangkan
			pandangan semua pihak agar keputusan yang dibuat kelak tidak 
			merugikan
			mana-mana pihak.
 |