| Iktiraf pemaju baru Gombak Perdana 
      Villa Utusan Malaysia 24/11/2004
 
 KUALA LUMPUR 23 Nov - Para pembeli pangsapuri Gombak Perdana Villa yang 
      terbengkalai merayu kerajaan mengiktiraf pemaju baru yang mahu mengambil 
      alih projek berkenaan.
 Ia bagi membolehkan syarikat Projek Pertiwi Prestij Sdn. 
      Bhd. meneruskan projek tersebut yang masih gagal disiapkan oleh pemaju 
      asal sejak empat tahun lalu. Sehubungan itu, mereka mendesak Kementerian Perumahan 
      dan Kerajaan Tempatan mempercepatkan proses tersebut bagi memastikan 
      pembeli rumah terbabit tidak teraniaya. Jika diiktiraf, dipercayai, Gombak Perdana Villa me 
      rupakan projek perumahan terbengkalai pertama diambil alih oleh pihak 
      pemilik tanah di negara ini. Seorang pembeli, Mohd. Shahripoddin Abd. Rahman, 47, 
      berkata, Syarikat Perumaban Negara (SPN) telah bersetuju dengan proses 
      penukaran pemaju yang menggabungkan pihak swasta dan pemilik tanah. Beliau berkata, ia juga telah mendapat restu kerajaan 
      negeri dan hampir semua pembeli rumah Gombak Perdana Villa. "Langkah terbaru itu tidak membebankan kerajaan kerana 
      jika dibuat melalui SPN, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan bagi 
      meneruskan projek itu. "Tetapi entah di mana silapnya, proses penukaran pemaju 
      itu didapati tersangkut pula di peringkat kementerian," katanya kepada 
      Utusan Malaysia di sini. Gombak Perdana Villa mengandungi tiga blok 10 tingkat 
      pangsapuri dan 222 unit rumah di kawasan seluas 1.737 hektar. "Projek tersebut telah dimulakan pada 1997 tetapi 
      terbengkalai sejak 2001 apabila pemaju asal mengalami masalah kewangan. Setiap unit berharga antara RM150,000 hingga RM200,000 
      seunit. Semasa pelancaran, sebanyak 116 unit telah dijual dan 28 
      unit diberikan kepada tuan tanah sebagai tukaran harga tanah dan 78 unit 
      termasuk empat unit 'penthouse' dan rumah kedai masih belum dijual. Ia sepatutnya dijadualkan siap se penuhnya pada hujung 
      tahun lepas. Pada Jun lalu, Jawatankuasa Bertindak Pembeli Gombak 
      Perdana Villa telah menghantar surat berkenaan perkara itu kepada Lembaga 
      Perumahan dan Hartanah Selangor dan kementerian. Tinjauan pula mendapati, tidak sampai 50 peratus 
      daripada kerja-kerja pembinaan pangsapuri Gombak Perdana Villa berjaya 
      disiapkan oleh pemaju asal. Dalam perkembangan yang sama, Mohd. Shahripoddin 
      memberitahu, 75 peratus pembeli menyokong hasrat pemilik tanah untuk 
      mengambil alih projek daripada pemaju lama. "Apabila pemaju gagal menyiapkan projek mengikut 
      perjanjian, pemilik tanah berhak mengambil alih kerja-kerja pembinaan 
      daripada pemaju asal," katanya. Sementara itu, pemilik tanah projek berkenaan, Shuib 
      Mohd. Shariff, 50, berkata, terlalu banyak kemudahan belum sempat 
      disiapkan oleh pemaju dulu termasuk infrastruktur seperti kolam renang, 
      jalan masuk dan keadaan sekeliling. Beliau berkata, pihaknya terpaksa meinbelanjakan 
      kira-kira RM300,000 bagi memperbaiki keadaan persekitaran pangsapuri 
      tersebut. Peruntukan tersebut juga digunakan untuk bayaran 
      perkhidmatan guaman dan menyediakan pengawal keselamatan bagi mengelakkan 
      kecurian di tapak berkenaan. "Jika dilihat dari luar, pangsapuri ini kelihatan hampir 
      siap tetapi jika masuk ke dalam masih banyak belum dibuat," katanya. Seorang lagi pembeli, Yusri Zaidi Yahya, 36, pula 
      berkata, hasratnya memiliki rumah sendiri hampa apabila projek berkenaan 
      terbengkalai dan berharap kerajaan berbuat sesuatu mengenainya. "Saya dan pembeli lain seakan-akan putus-asa kerana ia 
      terbengkalai terlalu lama tetapi masih berharap kerajaan dapat melakukan 
      sesuatu yang terbaik untuk kami. "Bayangkan, setiap bulan kena bayar sewa rumah tetapi 
      dalam masa yang sama terpaksa membayar pinjaman kepada bank untuk rumah 
      terbengkalai," katanya.  |