| Pemaju sentiasa dolak-dalik
     27/01/2004 Harian Metro 
 SAYA tertarik dengan aduan oleh Pembeli Kecewa mengenai projek perumahan 
    yang terbengkalai di Taman Bukit Segar, Cheras. Saya juga pembeli 
    rumah murah kos rendah RM45,000.00 di Kemajuan Bukit Segar Cheras di bawah 
    pengurusan G-Two Assest Sdn Bhd (G- Two Assest) pada tahun 1998.
 Saya berulang-alik setiap tahun di Pejabat G-Two Assest untuk mengetahui 
    perkembangan projek rumah itu. Tetapi malangnya pihak pengurusan 
    berdolak-dalih dari setahun ke setahun untuk disiapkan.
 Apa yang menjadi kemusykilan apabila saya meninjau tapak projek berkenaan 
    dari tahun 1998 hingga kini projek rumah teres dan banglo berhampiran siap 
    sepenuhnya.
 Adakah disebabkan harga rumah murah yang kami beli mengambil masa agak lama 
    untuk disiapkan. Memandangkan masa yang panjang diambil pemaju menyiapkan 
    projek itu menjadikan satu bebanan kepada saya.
 Saya terpaksa membayar rumah sewa dan dalam masa yang sama perlu membayar 
    faedah melalui potongan gaji.
 Saya mewakili pembeli rumah di Bukit Segar merayu supaya disegerakan projek 
    itu dan memohon penjelasan pemaju.
 
 PEMBELI TERANIAYA, Kuala Lumpur
 |