| Pemaju sedia pulangkan wang 171 pembeli KOSMO 12/10/2004
 
 KUALA LUMPUR - Pemaju perumahan yang memungut lebih RM788,000 daripada seramai 
		171 pembeli tanpa memiliki lesen pembinaan projek bersedia mengembalikan 
		wang jika pembeli-pembeli terbabit ingin membatalkan perjanjian jual beli.
 
		Jurucakap syarikat Intelligent Mission Sdn. Bhd. berkata, 
		pembeli yang sudah tidak berminat meneruskan pembelian boleh membatalkan 
		perjanjian dan syarikat akan memulangkan wang. Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan menerima surat 
		daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang meminta mereka 
		membatalkan perjanjian yang dibuat dengan semua pembeli dan mengembalikan 
		wang mereka. Semalam KOSMO! melaporkan mengenai tindakan syarikat berkenaan 
		yang memungut lebih RM788,000 dari 171 pembeli walaupun tidak mempunyai 
		lesen pemaju perumahan. Syarikat berkenaan juga menghentikan kerja-kerja pembinaan, 
		selepas selesai melakukan kerja-kerja pembersihan tapak, sehingga kawasan 
		itu kini dipenuhi belukar. Ditanya mengenai ketiadaan lesen pemaju perumahan, beliau 
		berkata, "lesen akan dipohon kemudian, dan pihak kementerian sudah memberikan 
		kebenaran ligan untuk meneruskan projek:' Jurucakap itu mendakwa, hanya sebahagian kecil pembeli 
		sahaja yang bertindak menimbulkan masalah sedangkan kebanyakan daripada 
		mereka bersedia untuk meneruskan pembelian. "Terdapat 90 pembeli sudah menandatangani perjanjian baru 
		dan mereka tidak mempunyai masalah dengan pembelian mereka," kata beliau. Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Perumahan dan Kerajaan 
		Tempatan yang dihubungi berkata, pihaknya akan memberikan jawapan bertulis 
		kemudian. |