Had Kuasa 
			tribunal rumah   
			Berita Harian 05/09/2003 
			 
			KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam, memutuskan Tribunal Tuntutan 
			Pembeli Rumah tidak mempunyai bidang kuasa membuat keputusan kes 
			berhubung perjanjian jual beli rumah yang ditandatangani sebelum 11 
			Disember 2002 kerana ketika itu tribunal belum diwujudkan.
			Dalam keputusan bersejarah membabitkan tuntutan 
			pembeli rumah di negara ini, Hakim Datuk Raus Sharif membenarkan 
			permohonan semakan kehakiman dua pemaju perumahan berhubung 
			keputusan tribunal pada 27 Mac lalu.  
			Sehubungan itu, keputusan Raus semalam mengikat 
			terhadap semua kes lain yang didaftarkan kepada tribunal.
			 
			Tribunal dalam keputusannya pada 27 Mac lalu 
			membenarkan tuntutan enam pembeli berhubung aduan mereka, pemaju 
			lambat menyerahkan rumah masing-masing selain gagal menyiapkan 
			kemudahan kegunaan bersama. 
			Raus berkata, peruntukan undang-undang tidak 
			menyebut bidang kuasa tribunal boleh berkuat kuasa ke belakang atau 
			retrospektif.  
			"Bagi membenarkan tribunal menjalankan bidang 
			kuasa ke atas perjanjian jual beli sebelum 1 Disember 2002, ia perlu 
			membenarkan undang-undang jenayah retrospektif.Ini dilarang Perkara 
			7 Perlembagaan Persekutuan," katanya.  
			Mengikut laporan Penasihat Undang-Undang kepada 
			Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,setakat 3 Julai lalu, 
			2,209 kes difailkan kepada tribunal dan 438 kes sudah diselesaikan. 
			Tribunal itu sudah mengeluarkan perintah pampasan 
			RM2,396,537. 73 kepada pembeli rumah dan semua kes itu didengar 
			walaupun timbul pertikaian berbangkit daripada perjanjian jual beli 
			sebelum 1 Disember 2002.  
			Raus berkata, Seksyen 16N(2) Akta Permajuan 
			Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) tidak boleh dibaca sebagai 
			membenarkan bidang kuasa retrospektif mengenai tribunal atau 
			rnemperluaskan bidang kuasa tribunal itu.  
			Katanya, Seksyen 16N(2) tidak dapat ditafsirkan 
			beroperasi retrospektif kerana wujudnya Seksyen 16 AD yang 
			menjadikan tiada pematuhan terhadap pampasan tribunal itu sebagai 
			kesalahan jenayah.  
			Raus berkata, Seksyen 16 AD pindaan akta itu 
			dengan jelas mendedahkan kedua-dua pemaju kepada tanggungjawab sivil 
			serta tanggungjawab jenayah.  
			"Ini tanpa ragu-ragu menjejaskan hak pemaju jika 
			Seksyen 16N(2) ditafsirkan beroperasi ke belakang," katanya.
			 
			Beliau berkata, ini kerana pada rnasa perjanjian 
			jual beli itu ditandatangani, sebarang perlanggaran perjanjian hanya 
			membabitkan kesan sivil.  
			Pemaju Puncak Dana Sdn Bhd memohon kepada 
			rnahkamah satu perintah mengetepikan pampasan yang diberikan oleh 
			tribunal itu kepada enam daripada 50 pembeli rumah yang membuat 
			aduan terhadap syarikat terbabit.  
			Pada 17 Jun, Raus memerintahkan permohonan semakan 
			kehakiman oleh pemaju itu didengar bersama satu lagi permohonan yang 
			sama bentuknya oleh Westcourt Corporation Sdn Bhd, sebagai kes ujian.  
			Dalam permohonan itu, Puncakdana dan Westcourt 
			mendakwa akta berkenaan tidak menyatakan dengan jelas kesan ke 
			belakang.  
			Sehubungan itu, beliau berkata, tribunal itu tidak 
			boleh mendengar dan memutuskan kes yang berbangkit daripada 
			perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum 1 Disernber 2002. 
			Antara lain pemaju memohon perisytiharan bahawa 
			tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan 
			aduan 50 pembeli rumah serta pengisytiharan pampasan itu tidak sah, 
			batal dan tidak boleh dilaksanakan.  
			Pemaju itu juga memohon perintah bagi menghalang 
			tribunal daripada meneruskan prosiding mendengar dan memutuskan 
			pampasan yang dibuat oleh pembeli rumah lain. 
			Sebuah syarikat pemaju lain, Fadason Holdings Sdn 
			Bhd juga memohon untuk semakan kehakiman terhadap tribunal dan 39 
			pembeli rumah dan kes itu ditetapkan untuk didengar di mahkamah yang 
			sama.  
			Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli 
			Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong memberitahu pemberita mereka akan 
			memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
			  |