| 
    Rumah belum siap, gaji kena potong 09/10/2003
    Berita Harian
 
 SAYA membeli sebuah rumah di Taman Perumahan Datuk Abdul Rashid, Mukim 
    Beserah, Daerah Kuantan, Pahang sepatutnya memperoleh kunci pada 2 Oktober 
    lalu sebagaimana dijanjikan pemaju Totalhill Sdn Bhd pada 2001.
 Bagaiamanapun, hingga hari ini belum ada tanda dapat mendiaminya kerana 
    projek berkenaan terbengkalai.
 Saya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat 
    menyelesaikan masalah yang menimpa saya bersama ramai lagi pembeli lain.
 Untuk pengetahuan kementerian kini gaji kami telahpun dibuat pemotongan 
    iaitu RM356.65 sebulan mulai September 2003.
 Tetapi saya dapati kerja balik pulih rumah itu agak lembap. Kami berharap 
    agar Kerajaan Negeri Pahang campur tangan dalam menyelesaikan masalah ini. 
    Sampai bilakah kami terpaksa bersabar? Sudahlah gaji kami kecil dan pada 
    masa yang sama harta tidak dapat.
 ZUKI MOHD,
    Kuantan, Pahang.
 |