| 
	
		
			| SPNB mahu pulih 70 projek 
            Malay Mail 21/4/2002
 
 SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui 
			Bahagian
			Pengawasan dan Penguatkuasa mengenal pasti 70 projek perumahan
			terbengkalai di seluruh negara untuk dipulihkan Syarikat Perumahan 
			Negara
			Bhd (SPNB).
 
 Penolong Pengurus Besar SPNB, Mohd Amin Mohd Salleh berkata, 
			daripada 70
			projek perumahan terbengkalai itu, 12 di Selangor, Pahang (10), 
			Wilayah
			Persekutuan (9), Johor (7), Kelantan (7), Negeri Sembilan (6), Perak 
			(5),
			Kedah (4), Pulau Pinang (4), Melaka (3), Terengganu (2) dan Perlis 
			(1).
 
 Beliau berkata, 70 projek itu membabitkan 26,510 unit rumah bernilai
			RM3.23 bilion.
 
 "Kami sasarkan pulih 20 projek sehingga hujung tahun ini dan setakat 
			ini
			14 projek memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan bakinya akan
			diselesaikan penghujung 2003," katanya kepada pemberita di sini 
			semalam.
 
 Sebelum itu, beliau menghadiri majlis penerangan dan menandatangani
			surat akujanji bagi pemulihan projek perumahan Taman Sari Bayu, 
			Seremban.
 
 SPNB syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dilantik sebagai
			agensi pelaksana dengan matlamat utama SPNB mengurus dan memulihkan 
			semua
			projek perumahan terbengkalai
 |  
			|  |  |