Pemaju suka ambil kesempatan  
			21/04/2002
			Harian Metro  
			 
			Saranan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M 
			Kayveas, supaya kuota 30 peratus lot rumah Bumiputera dikurangkan 
			berikutan kegagalan menjuaInya, mendapat reaksi banyak pihak.  
			 
			Sebahagian besar daripadanya membantah cadangan itu atas pelbagai 
			alasan, termasuk sikap pemaju perumahan sendiri yang tidak jujur 
			daIam mengendaIikan penjualannya.  
			 
			Presiden Persatuan Pembeli 
			Rumah Malaysia, Datuk Zainuddin Bachik, berkata sesetengah pemaju 
			perumahan sengaja memberitahu pembeli Bumiputera semua unit sudah 
			dijual dan pada masa sama memberi atasan kepada kerajaan negeri, 
			mereka gagal menjual unit Burniputera berkenaan.  
			 
			Kerana itu, beliau menyarankan supaya kerajaan negeri mengambil aIih 
			pen jualan rumah di bawah kuota 30 peratus Bumiputera yang didakwa 
			gagal dijual pemaju sebelum meluluskan pengubahan ban tarafnya. 
			 
			"Ini bertujuan menghalang pemaju menggunakan alasan unit itu 
			tidak;dapat dijual, sedangkan mereka sebenamya mengelak menjual unit 
			berkenaan pada harga potongan tujuh peratus kepada Bumiputera," 
			katanya. 
			 
			Beliau juga menyarankan supaya kuota 30 peratus itudikekalkan bagi 
			memastikan sesuatu kawasan itu tidak hanya diduduki kaum tertentu. 
			 
			"Ini memandangkan pemaju menggunakan taktik itu bagi memboIehkan 
			unit rumah berkenaa dijual mengikut kadar harga penuh kepada bukan 
			Bumiputera," katanya. 
			 
			Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pula 
			berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan segelintir pemaju 
			enggan mematuhi kouta penjualan rumah kepada Bumiputera. 
			 
			Katanya, siasatan itu turut membabitkan arahan kepada pegawainya 
			supaya menyamar sebagai pembeli Pengerusi Syarikat Perumahan Negara 
			(SPN) Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa ada pemaju perumahan 
			mempunyai agenda tersembunyi biIa sengaja tidak mahu mendedahkan 
			kuota Bumiputera dalam projek perumahan mereka.  
			 
			Beliau berkata, pihaknya menerima banyak maklumat mengenai perkarai 
			itu dan meminta kementerian terbabit menjalankan pemantauan. 
			 
			"KadangkaIa ada kes kuota Bumiputera daIam projek perumahan tidak 
			diikIankan tetapi selepas tempoh dua tahun luput, pemaju meminta 
			kebenaran kerajaan negeri menjualnya kepada bukan Bumiputera," 
			katanya. 
			 
			Oleh itu, beliau menyarankan setiap projek perumahan perlu 
			diiklankan dalam tempoh dua tahun sebagai tawaran kepada pembeli 
			membuat pilihan. Zahid juga mendakwa ada pembeli menggunakan taktik 
			baru dengan memaklumkan kepada pembeli bahawa kuota Bumiputera habis 
			dijual supaya mereka boleh menawarkan kuota kepada bukan Bumiputera 
			selepas tempoh dua tahun luput. 
			 
			Beliau juga menyarankan agensi amanah seperti Permodalan Harta 
			Nasional Berhad, anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) 
			ditugaskan membeli lot kuota Bumiputera. 
			 
			Selain itu, beliau mencadangkan skim pinjaman dua generasi 
			dilaksanakan, yang mana kalau tempoh pinjaman asal hanya 25 tahun, 
			ia dilanjutkan kepada 40 tahun bagi membolehkan anak pembeli 
			meneruskan pembayaran rumah berkenaan. Walau apapun reaksi diterima, 
			ternyata tindakan perlu dilakukan bagi memastikan adakah benar 
			wujudnya pemaju seperti didakwa.  
			 
			Jika benar, ia memang menyedihkan kerana Bumiputera antara paling 
			ramai tidak memiliki rumah, khususnya di kawasan bandar kerana harga 
			tinggi.
			Dengan tindakan pemaju sengaja mengatakan kuota 
			Bumiputera habis dijual supaya kadar potongan harga tujuh peratus 
			boleh ditukar kepada harga penuh, bermakna peluang Bumiputera 
			memiliki rumah sendiri semakin berkurangan.  
			 
			Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang tidak diketahui bila akan 
			berakhir, pastinya lebih ramai Bumiputera tidak mampu membeli rumah, 
			malah ramai tidak bernasib baik apabila dibuang kerja dan menjadi 
			penganggur.  
			Kerana itu, kerajaan negeri dan kementerian 
			terbabit tidak boleh berdiam diri dan hanya memerhati masalah ini 
			berlarutan berlaku tanpa mengambil tindakan sewajarnya.  
			 
			 
			Saranan Kayveas menunjukkan beliau berfikiran sempit, seolah-olah 
			tiada jaIan penyelesaian bagi masalah perumahan yang berlaku ketika 
			ini.  
			 
			la ternyata jalan singkat yang akan hanya menguntungkan 
			pemaju,sedangkan pembeli terus dibelenggu masalah kesukaran membeli 
			rumah sendiri.  
			 
			Sementara itu, Presiden Pemaju Hartanah ,dan perumahan Malaysia (Rehda), 
			Datuk Eddy Chen Lok Loi, berkata masalah kegagalan menjual lot rumah 
			Bumiputera hanya berlaku di kawasan tertentu, khususnya pangsapuri 
			dan rumah pangsa yang membabitkan negeri seperti Johor dan Pulau 
			Pinang.  
			 
			Pilih kediamaman 
			 
			Beliau berkata, masalah ini secara amnya tidak berlaku di banyak 
			negeri kecuali kawasan berdekatan Kampung Baru Cina kerana 
			kebanyakan pembeli rumah Bumiputera memilih kediaman di kawasan yang 
			mempunyai kemudahan ber ibadat dan berhampiran saudara-mara.  
			 
			Contohnya di Kampung Baru Sungai Chua, pemaju menghadapi masaIah itu 
			sejak dua tahun lalu, katanya.  
			 
			Kenyataan Eddy Chen seolah-olah masalah penjualan lot Bumiputera 
			bukan sesuatu yang serius sehingga kuota 30 peratus itu perlu 
			dikurangkan.  
			 
			Bagaimanapun, adalah wajar semua pihak terbabit menyiasat dengan 
			teliti terlebih dulu setiap projek perumahan bagi memastikan 
			Bumiputera membeli lot rumah dan tidak tertipu.  
			Ini juga penting bagi mengelak berlakunya pemaju 
			sengaja mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan, 
			sedangkan nasib Bumiputera yang masih belum memiliki rumah sendiri 
			terbiar.   |