This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Isu tender: Notis amaran kepada kontraktor Plaza Rakyat
31/01/2010 Utusan Online

KUALA LUMPUR, 31 Jan. – Kerajaan akan mengeluarkan notis amaran kepada kontraktor projek pembinaan Plaza Rakyat agar meneruskan projek tersebut seawal-awalnya minggu depan, dan jika ingkar, tender akan ditarik balik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, notis itu akan diberikan kepada kontraktor dalam seminggu dua ini agar mereka meneruskan kerja-kerja pembinaan.

"Dan jika dalam masa dua bulan lagi tiada apa-apa kemajuan di situ (Plaza Rakyat) maka tender kontraktor akan ditamatkan dan kita akan buka tender baru,” katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper dan angpau Tahun Baru Cina kepada 150 warga emas dan golongan kurang upaya dalam Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai perkembangan terkini projek pembinaan Plaza Rakyat, yang telah terbengkalai sejak 12 tahun lepas berikutan beberapa kali bertukar tangan.

Global Upline dilaporkan sebagai pemaju projek itu pada masa ini yang diberi tanggungjawab untuk meneruskan pembinaan tiga bangunan — 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat — untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah. – Bernama

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.