This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB Cari Pembeli Untuk Projek Terbengkalai Dibaik Pulih

03/06/2009 Bernama


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, sedang mencari dan mengenalpasti 1,175 pembeli rumah bagi projek-projek terbengkalai yang telah siap dibaik pulih.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengarah Urusannya Datuk Mohd Amin Mohd Salleh, berkata pembeli yang dicari adalah terdiri daripada 12 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

"Projek-projek itu adalah Taman Lingkaran Nur, Taman Sungai Pinang dan Taman Kantan Permai Fasa 1 dan 2 (Selangor); Taman Widuri dan Taman Sejahtera (Pulau Pinang); dan Taman Sura Jati (Terengganu).

"Selain dari itu, rumah-rumah lain yang telah dibaik pulih ialah Taman Rakyat Gambang (Pahang), Taman Desa Melati (Kelantan), Taman Bistari (Perak), Taman Rancha-Rancha (Sabah) dan Taman Sri Gedong (Kedah)," katanya.

SPNB menyeru semua pembeli serta orang ramai yang mengenali pembeli supaya tampil menghubungi Seksyen Pemulihan Projek di talian 03-2057 3407, 03-2052 3894 atau 03-2052 3889 bagi memudahkan urusan penyerahan hakmilik rumah mereka.

Mohd Amin berkata SPNB berjaya membaik pulih 73 projek, melibatkan 23,089 unit.

"Daripada projek itu, 19 dibaik pulih menerusi bantuan kewangan SPNB manakala 54 projek lagi menerusi khidmat nasihat dan kepakaran SPNB.

"Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 yang diumumkan kerajaan tahun lalu, sejumlah RM430 juta diperuntukkan kepada SPNB untuk memulihkan projek-projek terbengkalai yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di seluruh NEGARA," katanya.

-- BERNAMA

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.