This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

MAIS jamin CF diperoleh awal Jun ini

21/05/2009 Utusan Malaysia


SHAH ALAM 20 Mei - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi jaminan kepada pembeli pangsapuri Bestari, Seksyen 16 di sini bahawa Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF) akan diperoleh selewat-lewatnya awal Jun ini.

Setiausaha MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kerja-kerja pembaikan di pangsapuri tersebut akan disiapkan dalam masa satu atau dua minggu lagi supaya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) boleh memeriksa dan mengeluarkan CF.

Menurutnya, hanya CF daripada MBSA sahaja yang belum diperoleh sedangkan kelulusan daripada bomba, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Selangor Berhad (Syabas) sudah pun diperoleh sejak tahun lalu.

"Kami faham masalah pembeli tetapi kami berharap pembeli bersabar dan mereka sepatutnya bersyukur kerana MAIS sanggup menyiapkan projek ini walaupun pihak kami hanya tuan tanah.

"MAIS terpaksa mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM1.9 juta untuk menyiapkan projek ini atas rasa tanggungjawab terhadap pembeli yang rata-rata beragama Islam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, MAIS sebenarnya tidak perlu campur tangan dalam projek tersebut tetapi bagi menjaga nama baik MAIS dan atas rasa simpati terhadap pembeli, pihaknya membantu menyiapkan pangsapuri berkenaan.

Projek itu dibina oleh syarikat Cosmopro-Planer Sdn. Bhd. manakala MAIS hanyalah selaku pemilik tanah tapak pangsapuri itu seluas 0.64 hektar.

Bagaimanapun, syarikat itu diisytiharkan muflis pada Januari lalu menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

Mohammed Khusrin berkata, kerja-kerja untuk menyiapkan projek itu tidak akan ditangguhkan lagi kerana beliau faham dengan masalah yang dihadapi oleh para pembeli yang sudah menunggu lapan tahun untuk menduduki rumah mereka.

"Kita harap pembeli faham situasi MAIS yang bertindak hanya sebagai penyelamat daripada projek tersebut terbengkalai,'' katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.