This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 

3,668 flet kosong

14/05/2009 Harian Metro Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

KUALA LUMPUR: Penduduk rumah setinggan yang masih enggan berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dinasihatkan berbuat demikian kerana kedegilan mereka hanya menyebabkan pembaziran wang kerajaan.

Ini kerana menurut data yang diperoleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga April 2009, sebanyak 3,668 unit rumah PPR dibiarkan kosong kerana segelintir penduduk setinggan tidak mahu berpindah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata kedegilan segelintir penghuni rumah setinggan menyebabkan pelbagai masalah berlaku antaranya penanggungan kos bulanan oleh pihak DBKL, kelewatan projek pembangunan, malah turut mengundang masalah vandalisme.

“Penghuni setinggan yang diarahkan berpindah ke PPR disediakan satu unit rumah bagi setiap keluarga, maka tidak akan timbul isu bahawa ada keluarga yang tidak mendapat hak mereka.

“Namun, keengganan mereka berpindah menyebabkan unit yang diperuntukkan itu terbiar kosong dan DBKL terpaksa menanggung kos bulanan,” katanya pada sesi bertemu media di sini, semalam.


Menurutnya, selain itu, unit berkenaan juga menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme yang akhirnya kos pembaikan terpaksa ditanggung DBKL.

“Kami sediakan unit PPR cukup untuk semua keluarga yang diarahkan berpindah dari rumah setinggan, namun kecewa kerana ada yang berdegil.

“Mereka seharusnya mengambil peluang ini kerana tidak semua orang ditawarkan rumah dengan kadar bayaran rendah RM124 sebulan,” katanya.

Ahmad Fuad, berkata penduduk setinggan seharusnya bertimbang rasa kerana sehingga kini terdapat lebih 20,000 pemohon menanti giliran untuk mendapatkan rumah PPR namun terpaksa menunggu kerana keutamaan diberikan kepada penghuni setinggan.

Menurutnya, antara penempatan setinggan yang masih enggan bertolak-ansur adalah di Jinjang Selatan dan Kampung Pandan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.