| 
      Hilang sabar Pembeli Serendah 
      Perdana berang rumah tak siap 07/01/2009 Harian 
      Metro Oleh Maiamalina Mohamed Amin
 RAWANG: Hampir tujuh tahun menunggu, pembeli kediaman Serendah Perdana di 
      sini tidak boleh bersabar lagi apabila rumah impian mereka gagal disiapkan, 
      malah terbengkalai begitu saja sejak permohonan pembelian diajukan sekitar 
      2002.
 
 Namun, kontraktor bertanggungjawab terhadap projek terbabit yang juga program 
      di bawah skim pemberian tanah secara terancang tetap melahirkan keyakinan 
      kediaman berbentuk ‘country resort living’ itu akan dibangunkan.
 
 Meskipun sedar banyak kesulitan dihadapi termasuk kelewatan mendapatkan kelulusan 
      dan bantuan teknikal, Kamsu Sdn Bhd (Kamsu) masih dengan pendirian pihaknya 
      akan menyiapkan 550 unit banglo dan rumah berkembar di tanah berkeluasan 100 
      ekar.
 
 Menurut Pengarahnya, Mat Saleh Manap, tanggungjawab menyempurnakan projek 
      Serendah Perdana perlu digalasnya, tetapi dalam pada itu beliau turut mengharapkan 
      kerajaan negeri dan agensi berkaitan membantu dari segi teknikal.“Ini bukan 
      projek perumahan biasa sebaliknya projek di bawah program pemberian tanah 
      secara terancang membabitkan syarikat saya, Kamsu dilantik sebagai kontraktor 
      dan kerajaan negeri.“Atas sebab itu saya bertanggungjawab menyempurnakannya 
      meskipun sedar kini hampir tujuh tahun ia tergendala berikutan kerenah birokrasi 
      dalam mendapatkan kelulusan kerja tanah dan kebenaran menjalankan pembangunan.
 
 “Kelewatan ini bukan disengajakan kerana pihak kami menghantar permohonan 
      membangunkan kawasan sejak 2000 sebelum ia dilancarkan pada 2002 dengan hampir 
      340 pemohon peringkat pertama dan kedua memohon sebagai pembeli.
 
 "Saya tidak pasti 
      apa yang membuatkan proses melulus memakan masa terlalu lama, tetapi selepas 
      diasak barulah 27 Mac tahun lalu menerima kelulusan bagi pelan kerja tanah, 
      bangunan dan infrastruktur,” katanya ketika ditemui, semalam.
 Ditanya bila kerja pembinaan akan dimulakan, Mat Saleh berkata, sukar memberitahu 
      tarikh tepat berikutan mendakwa terima arahan mengatakan projek tidak boleh 
      diteruskan meskipun menerima kelulusan sepenuhnya daripada Lembaga Perumahan 
      dan Hartanah Selangor.
 
 Penjelasan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pembeli apabila ada antaranya 
      menyifatkan Serendah Perdana bakal menjadi projek gajah putih selepas tiada 
      tanda kontraktor mahu membangunkannya.
 
 Ahmad Hisham Hashim, 30-an, berkata dia sudah menjelaskan pendahuluan hampir 
      RM30,000 membabitkan 10 peratus deposit termasuk yuran pengesahan dan guaman, 
      tetapi hampa rumah belum siap, malah tapaknya tetap kosong tanda tiada pembangunan.
    
      Tidak boleh diteruskan   Kuala LumpurL "ini 
      projek laman dan kini tidak boleh diteruskan lagi," kata Pegawai Daerah Hulu 
      Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan mengenai status projek Serendah Perdana, 
      Rawang dekat sini, yang tergendala hampir tujuh tahun.   Menurutnya, projek 
      itu tidak boleh dibangunkan semula berikutan tiada pengiktirafan daripada 
      kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat apatah lagi ia projek terdahulu di 
      bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (JKKK).   "Konsep projek ini 
      ketika ia diluluskan ialah tanah pemberian kerajaan negeri dibangankuan sebagai 
      program pembesaran kampung dengan pemaju mahupun kontraktor bertanggungjawab 
      terdiri daripada mereka yang dipilih sendiri oleh JKKK," katanya. 
       |