This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syarikat Sabah baik pulih projek terbengkalai

31/12/2008 Utusan Online


LABUAN 30 Dis. - KC Project Management Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengurusan projek yang sudah memulihkan beberapa projek perumahan terbengkalai di Sabah, mahu menggunakan kepakarannya membantu menyelesaikan projek-projek bermasalah di negeri lain, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Robert K.C. Chin.

"Adalah merugikan jika pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh oleh KC tidak digunakan sepenuhnya dan diperluaskan ke Semenanjung dan Sarawak kerana kami mahu membantu mengaktifkan semula industri pembinaan," katanya dalam satu temu bual.

Chin berkata, syarikat itu dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah menerusi Enakmen Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 (Sabah) bagi mengurus, mengambil alih kawalan dan menyiapkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 1987.

Beliau berkata, KC Project Management Services telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan badan khas bagi memulihkan dan menyiapkan semua projek perumahan terbengkalai di Sabah.

Bagi membantu menghidupkan semula projek-projek rumah tebengkalai, Chin berkata, kerajaan negeri Sabah juga mengambil langkah proaktif pada 31 Disember 1994 dengan menubuhkan KKTP Sdn. Bhd. bagi menyediakan pembiayaan dan mendaftar serta memindah hak milik tanah kepada pembeli rumah tulen.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.