This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Mohon campur tangan kerajaan

15/09/2008 Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR Sekumpulan pembeli rumah di NAS Pavilion di Jalan Imbi di sini berharap kerajaan dapat membantu mereka meneruskan projek itu yang sudah terbengkalai sejak 20 tahun lepas.Kata mereka, walaupun dijangka mendapat ganti rugi tetapi mereka difahamkan nilainya jauh lebih rendah daripada nilai sebenar hartanah mereka.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, projek itu yang telah dua kali bertukar pemilik tetapi sehingga kini ia masih tidak dapat disiapkan.

"Para pembeli akan berdepan kerugian yang besar kerana terikat dengan perjanjian 'Scheme Of Compromise' di mana mereka akan dibayar antara 10 hingga 20 peratus daripada keseluruhan wang pendahuluan yang dibayar.

"Sebagai contoh, seorang pembeli akan hanya dapat sebanyak RM1,000 ke RM2,000 jika sudah membayar sebanyak RM10,000 wang pendahuluan,'' katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, nasib pembeli-pembeli hartanah di situ pernah mendapat perhatian Jabatan Perumahan Negara tetapi tidak banyak yang jabatan itu boleh bantu kerana kes itu kini berada di mahkamah.

"Jabatan itu hanya meminta pembeli untuk menghubungi pihak pemaju agar pelaksanaan 'Scheme Of Compromise' dan usaha-usaha susulan dapat disegerakan.

"Adakah setakat itu sahaja yang boleh dibantu. Adakah ini nasib para pembeli NAS Pavilion yang terpaksa berputih mata,'' katanya.

Satu lagi perkara yang beliau bimbangkan ialah imej negara boleh terjejas kerana mengikut senarai pembeli yang diperolehnya, 35 peratus daripada mereka adalah warganegara asing.

"Apa kata mereka nanti, jika kes perumahan ini nanti berakhir dengan cara penyelesaian yang amat merugikan,'' katanya.

Beliau amat berharap situasi itu dapat diselesaikan secara adil demi kebaikan semua pihak.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.