This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hanya kerajaan boleh bantu

17/09/2008 Utusan Malaysia


SUNGAI BULOH 16 Sept. - Hanya kerajaan termasuk kerajaan negeri sahaja yang boleh membantu memulihkan projek-projek pangsapuri kos yang terbengkalai termasuk mendapatkan kontraktor baru.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, semakin cepat bantuan daripada kerajaan, semakin cepat sesuatu projek itu dapat dipulihkan.

Menurut beliau, dalam kes pangsapuri terbengkalai di Kampung Masjid Sungai Buloh, kontraktor asal projek itu menghadapi masalah kewangan dan ia telah mengganggu pembinaan pangsapuri yang bertujuan mengatasi masalah setinggan di kawasan itu.

"Pada mulanya, kontraktor tersebut memulakan projek itu dengan lancar dan kontraktor itu juga telah memindahkan penduduk setinggan di kawasan itu ke rumah transit di Lembah Subang.

"Kontraktor itu juga menjanjikan semua sewa rumah dibayar oleh mereka sehingga pembinaan pangsapuri itu selesai tetapi malangnya, kontraktor yang dilantik itu mengalami masalah kewangan menyebabkan mereka terpaksa menghentikan pembinaan tersebut," jelasnya lagi.

Semalam Utusan Malaysia menyiarkan keluhan penduduk Kampung Masjid Sungai Buloh apabila bangunan pangsapuri kos rendah setinggi 11 tingkat di kampung itu, terhenti separuh jalan.

Ekoran masalah itu, beberapa penduduk merasa terbeban kerana terpaksa membayar pinjaman bank sedangkan rumah belum siap.

Pada masa yang sama, projek itu juga menyebabkan masjid yang terletak berdekatan dipenuhi dengan air apabila hari hujan dan menganggu keselesaan para jemaah untuk bersembahyang di masjid itu.

Shahrin berkata, sebelum ini, MBSA telah memanggil kontraktor yang bertanggungjawab untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan mereka menyatakan yang mereka menghadapi masalah kewangan bagi meneruskan projek itu.

"Kini, semuanya bergantung kepada kerajaan negeri Selangor untuk membantu pembeli menyelesaikan masalah itu," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.