This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tindakan segera perlu diambil

24/07/2008 Utusan Malaysia


MUAR 23 Julai - Pihak berwajib diminta memberi perhatian dan melakukan tindakan segera terhadap kewujudan beberapa rumah terbengkalai di Tanjung Agas, di sini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Kampung Tanjung Agas, Nordin Ahmad berkata, pihaknya memohon kepada kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, sekiranya tiada tindakan segera diambil, projek perumahan terbengkalai itu akan terus menjadi sarang penagih dan tempat beberapa anak muda melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Kami berharap kerajaan negeri sedia membantu menyelesaikan masalah ini dan kalau boleh pihak tertentu membantu mengesan alamat pemaju yang terlibat,'' katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sebanyak sembilan buah rumah didapati terbengkalai di kawasan itu dan dibiarkan tanpa disenggara dengan sempurna sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Nordin mengingatkan penduduk sekitar yang berdekatan dengan rumah terbengkalai itu berhati-hati dan melaporkan kepada polis jika ternampak sebarang perkara yang mencurigakan berlaku.

"Sejak rumah tersebut dibiarkan bersemak banyak masalah berlaku terutamanya yang melibatkan masalah moral.

"Kadang-kala, remaja datang berpasangan terutamanya mat rempit. Ada juga yang melakukan aktiviti seks bebas.

Ini semua tidak bermoral dan kami bimbang keselamatan penduduk dan anak-anak di kawasan ini," jelasnya.

Oleh itu, Nordin mengingatkan penduduk sekitar sentiasa berjaga-jaga dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang mencurigakan.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.